January 6, 2015

0 #BNBagus! - Bantuan Datang Mencurah-Curah Melalui Bilik Operasi Bantuan MCA


Sejak MCA melancarkan bilik operasi bantuan banjirnya pada Disember lalu, bantuan datang mencurah-curah daripada pelbagai NGO dan sektor swasta. Terkini syarikat NSK Trade City dan180 syarikat pembekalnya tampil ke depan untuk menyumbang barangan bantuan bernilai lebih RM160 ribu untuk dihantar ke mangsa banjir di Perak, Pahang dan Kelantan.

MCA menerima barangan bantuan berkenaan pada satu majlis ringkas di NSK Trade City Selayang hari ini. Barangan bantuan termasuk baju sekolah, beras, air minuman, biskut dan mee segera itu diserahkan kepada Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Timbalan Ketua Setiausaha (Francais & Kepenggunaan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Basarudin Sadali.

Turut hadir ialah Penasihat NSK Dato C.S. Lim dan Pengarah Urusan NSK Encik C.B. Lim. Ini adalah kali ketiga NSK menyumbang kepada mangsa banjir, dengan jumlah nilai sumbangan lebih RM200 ribu. Sebelum ini beberapa syarikat konglomerate telahpun menghantar sumbangan kepada mangsa banjir menerusi MCA. Antaranya Mahsing, Berjaya Group dan Tiong Nam Logistics.






0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates