December 27, 2014

50 Hebat @cmlimguaneng Pergi Bercuti Ke Paris Naik Eurostar Kelas Perniagaan




Hebat solidariti di antara pemimpin-pemimpin PR. Ketua Menteri Pulau Pinang masih tidak mahu memendekkan percutian beliau di Paris. Katanya beliau ke sana dengan menaiki keretapi Eurostar dalam Kelas Perniagaan. Hebat lakonan Tokong Lim. Dalam negeri berpura-pura naik Air Asia kelas ekonomi. Nak tunjuk zuhud kepada macai-macai.

Anwar Ibrahim pula sibuk dengan percutian keluarga di New Zealand. Macai-macai PR hanya tahu mengkritik Perdana Menteri yang bercuti. Langsung tidak menyentuh rakan sekutu pemimpin PR yang turut bercuti mewah. Tinggallah Azmin Ali di Kelantan. Itupun buat lawak bodoh. Bagi cek bantuan RM1 juta kepada Kerajaan Kelantanpun kena diletakkan di dalam 'frame' dan diletak riben. Sungguh tidak ikhlas.


0 BN Bagus - Wee Ka Siong Pantas Berkhidmat Untuk Rakyat


Banjir bukan sahaja berlaku di Pantai Timur malah beberapa lagi negeri di Semenanjung seperti Perak dan Johor. Ini termasuklah beberapa kampung yang terlibat di Air Hitam. Setakat hari ini sebanyak 26 keluarga dengan jumlah keseluruhan 81 orang berlindung di SK Kota Dalam, Air Hitam. Manakala 11 keluarga lagi dengan jumlah keseluruhan 41 orang pula berlindung di SMK Suria Perdana.

Ahli Parlimen MCA/BN Air Hitam yang juga Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong adalah di antara Wakil Rakyat yang prihatin dan mesra Rakyat. Datuk Wee sewaktu ditemui di pusat pemindahan banjir mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk membuka dua pusat pemindahan banjir 2 di SK Kota Dalam dan SMK Suria Perdana di Air Hitam. Mangsa banjir di Air Hitam telah dipastikan bukan sahaja bekalan makanan dan tempat perlindungan disediakan malah perkhidmatan perubatan juga turut dipastikan. 

Datuk Wee juga berkata untuk Pantai Timur, beliau juga memastikan bantuan telah digerakkan ke Kelantan dan Terengganu terutama Gua Musang, di mana beliau dan Presiden MCA membuat lawatan sehari sebelum itu. Sebanyak sebanyak 12 tan bekalan dengan 2 lori telah pun dihantar ke Gua Musang dari Cameron Highlands. Bekalan adalah berbentuk makanan untuk dimasak, makanan kering dan air minuman yang sangat diperlukan.

3 buah lagi lori dengan bekalan sebanyak 9 tan dari Ibu Pejabat MCA akan terus ke Kuala Krai, satu lagi kawasan yang teruk dilanda banjir. Bekalan akan terus dihantar ke kawasan Tanah Merah, Kemangan dan Machang yang telah terputus hubungan. Untuk Terengganu, satu treler bekalan keperluan mangsa banjir pula telah diletakkan di Kuala Terengganu. Manakala Dato Paduka Chew Mei Fun pula akan menguruskan penghantaran barangan melalui helikopter ke kawasan-kawasan yang sukar untuk dihubungi.

Datuk Wee berpesan kepada penyumbang-penyumbang bekalan bantuan agar mempercepatkan penghantaran dan terus dihantar ke pusat pengumpulan supaya setiap penghantar dapat dihantar segera dan lebih tersusun. Datuk Wee juga mengucapkan terima kasih kepada semua NGO yang turut membantu memberi sumbangan.




1 Kenyataan Media DS @IsmailSabri60 Berhubung Isu Terkini Banjir


Kenyataan Media Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Berhubung Isu Banjir

Putrajaya 27hb Disember

Seramai 2,100  sukarelawan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah digerakkan ke lapan lokasi banjir di seluruh negara. Menurut menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara kawasan tumpuan iaitu Kuala Kangsar di Perak, Jerantut dan Kuala Lipis di Pahang serta Kampung Paloh dan Kota Bharu di Kelantan.

"Berikutan banjir yang teruk melanda Pantai Timur, semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani termasuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) telah bergerak bersama Angkatan Tentera Malaysia dalam misi menghantar bantuan bagi membantu mangsa banjir,^ Katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, penghantaran pertama misi bantuan seberat 18 metrik tan ke Kelantan telah dihantar melalui Lapangan Terbang Subang dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kataya, sebahagian barangan itu berupa barangan segar seperti kobis, bawang dan sayur-sayuran lain. Katanya, barangan yang sampai di Lapangan Terbang Kota Bharu akan diedar oleh unit ATM 8 Briged dengan kerjasama FAMA, PPK dan PNK.

"Nelayan-nelayan tempatan telah dikerah untuk membantu menghantar bekalan makanan ke kawasan penempatan banjir yang sukar untuk dimasuki kenderaan darat. Mereka yang secara sukarela membantu telah menggunakan bot masing-masing untuk melaksanakan misi bantuan," katanya. Tambah Ismail Sabri lagi, terdapat 10 buah bot nelayan di Tumpat, 8 buah di Kota Bharu dan 5 buah di Dungun diguna untuk menyelamatkan mangsa banjir dan menghantar bekalan  makanan.

"Ada di antara sukarelawan nelayan ini juga sebenarnya adalah mangsa banjir," ulas beliau. Ismail Sabri menarik perhatian, setakat ini sumbangan ikan beku sebanyak 1500 kilogram dari NEKMAT telah dihantar ke Dungun, Kemaman dan Besut, Terengganu. Pada masa yang sama, Kementerian Pertanian juga telah menggerakkan jentera misi bantuan ke Johor khususnya di Segamat, Kota Tinggi, Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.

"Kementerian Pertanian turut bekerjasama dengan Kelab Gerakan Transformasi Ruminan Malaysia (GTR) dalam mengagihkan makanan ternakan. Setakat ini kita telah mengagihkan makanan ternakan kepada penternak di Perak Tengah dan usaha sedang dibuat bagi menghantar bekalan ke Kelantan dan kawasan yang menghadapi masalah," katanya lagi.

23 PM @NajibRazak Sudah Berada Di Kelantan - Macai Nak Meroyan Lagi?




Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak telah tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Baharu, Kelantan. Sesampainya di sana, beliau telah diberi taklimat berkenaan situasi banjir. Beliau dijangkakan akan membuat tinjauan ke atas Sungai Kelantan di Jambatan Sultan Yahya Petra 2 dan mengadakan lawatan ke beberapa pusat pemindahan banjir. 

Diharap macai-macai yang rindukan wajah dan kehadiran Perdana Menteri di sisi mereka tidak akan meroyan lagi. Cuma CTS nak tanya, mana Anwar Ibrahim, mana Lim Kit Siang, mana Lim Guan Eng, mana Haji Hadi. Macai-macai tidak rindu merekakah? Inilah yang dikatakan bila susah ingat Najib Razak, bila senang ingat Anwar Ibrahim. Orang yang didoakan KO KO ini jugalah yang dicari macai-macai!


Rindu lagi gambar-gambar PM Najib Razak dengan Rakyat Kelantan? Nah untuk tatapan macai-macai. Tiada 'bodyguard', tiada pengawai, tiada Menteri dan juga Timbalan Menteri sertaa AJK UMNO. Semua sibuk dengan urusan mangsa-mangsa banjir. Tak ada 'busy body' nak berkepit dengan PM. Inilah yang kita nak.




December 26, 2014

2 Bantuan Banjir Digerakkan Oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani - Tahniah DS @IsmailSabri60


Semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani  telah digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara  terutamanya di kawasan yang teruk di landa banjir. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Pertanian  memperuntukkan RM362,000 untuk disalurkan segera kepada mangsa-mangsa.

Bantuan itu katanya, termasuklah 12,000 kampit beras (5kg setiap satu) yang bernilai RM162,000, ikan sejuk beku bernilai RM30,000, air mineral sebanyak 10 ribu botol bernilai RM10,000, telur ayam kampung berjumlah 50,000 biji bernilai RM20,000 serta RM140,000 untuk membeli barangan kelengkapan lain.

"Semua agensi di bawah kementerian seperti LPP, FAMA, NAFAS dan NEKMAT telah dikerahkan untuk menyalurkan bantuan  kepada mangsa-mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut beliau, Kementerian Pertanian bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia bagi operasi menyalurkan bantuan makanan ke kawasan yang terputus hubungan.

"Sejak hari pertama banjir melanda Kelantan, Kementerian Pertanian melalui agensinya iaitu KADA telah menggerakkan jenteranya bagi menyalurkan bantuan makanan berupa beras, ayam, daging, bihun serta makanan lain kepada mangsa di pusat penempatan dan pemindahan banjir," katanya.

Ismail Sabri memberitahu, antara pusat penempatan dan pemindahan yang terlibat adalah di Pasir Mas, Kubang Kerian,  Tumpat dan Rantau Panjang. Kementerian Pertanian juga katanya, akan menjadi penyelaras kepada pusat pengumpulan di negeri terlibat seperti di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak. Selain itu, Pejabat Pertanian di kawasan terlibat akan dibuka setiap hari sebagai bilik gerakan untuk pemantauan bantuan.

"MADA pula akan meyalurkan bantuan segera untuk kawasan yang terlibat dengan banjir di Kedah dan Perlis. Kita juga akan menggerakkan nelayan untuk tujuan penghantaran bekalan makanan ke kawasan penempatan banjir memandangkan kebanyakan kawasan yang terlibat tidak boleh dimasuki kenderaan darat," katanya lagi.

Dalam.perkemvangan berkaitan, Ismail Sabri memberitahu, Agrobank dan TEKUN akan membuat penstrukturan semula pembayaran pinjaman kepada semua mangsa yang terlibat. Selain itu, peruntukan pasca banjir sebanyak RM50,000 turut disediakan Kementerian Pertanian untuk projek pembangunan bagi membaikpulih  pulih infra akuakultur.

"Sebanyak RM20,000 pula diperuntukkan kepada penternak ruminan untuk bantuan silaj dan isirung kelapa sawit (PKC)," katanya. Pada masa yang sama,  beliau memberitahu, setakat ini bekalan ikan dan sayur untuk keperluan negara masih mencukupi.

"Saya telah mengarahkan eksport untuk beberapa jenis sayur dihentikan serta merta jika keperluan negara mendesak. Import beberapa jenis sayur juga akan dibuat jika keperluan negara berkurangan," jelas beliau.

Ismail Sabri turut menegaskan, beliau telah mengarahkan eksport ikan tempatan ke luar negara dihentikan sejak Oktober lagi bagi persediaan menghadapi kekurangan bekalan akibat bencana banjir. Katanya, sumber protein itu juga akan diimport sekiranya keperluan mendesak. 

"Kita sentiasa memantau bekalan sayur, ikan dan cuba pastikan tiada masalah besar dihadapi rakyat negara ini," katanya.

54 Edisi Kantoi Lakonan ADUN Meru Turun Sampaikan Bantuan Banjir


Pepatah English mengatakan "pictures speak a thousand word". Kawan dan lawan semua dan semua pencacai PR hina Perdana Menteri, DS Najib Razak bercuti di London. Allah maha berkuasa mula membuka keaiban Pas kepada Rakyat. Akhirnya Allah tunjuk siapa PAS, siapa ADUN Meru dan siapa PAS sebenarnya. Kadangkala CTS terfikir, negeri-negeri yang mengalami banjir yang teruk adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. 

Namun, yang selalu maki hamun Kerajaan di laman-laman sosial datang dari Rakyat Negeri Kelantan. Sepatutnya Rakyat negeri berkenaan mempertikaikan kepimpinan Kerajaan Negeri  dalam pengurusan banjir sebelum mereka mempertikaikan Kerajaan Pusat. Mereka sepatutnya bertanya di mana Wakil Rakyat mereka sebelum bertanya di mana Perdana Menteri berada. Soalan cepumas untuk ADUN Meru, kenapa perlu beliau mempersendakan mangsa bencana alam. Kalau hendak berbakti, buatlah dengan ikhlas.


21 Dinasour Tua @limkitsiang Buat Fitnah Lagi Di Twitter Mengenai Keadaan Banjir Di Kelantan


Apa lagi yang boleh diharapkan kepada dinasour tua Lim Kit Siang? Hendak mengaharapkan beliau turun ke Pantai Timur untuk membantu mangsa banjir, jangan haraplah. Kwasan parlimen beliau sendiri di Gelang Patah pun tidak terurus. Semalam, beliau membuat fitnah lagi di laman sosial Twitter. Katanya, tiada Menteri UMNO melawat Kelantan yang sedang menghadapi banjir terburuk semenjak 1971.

'Keyboard Warrior' tua ini bercakap menggunakan kepala lutut. Berikut adalah fakta Menteri dan Timbalan Menteri UMNO yang melawat Kelantan sebelum tulisan fitnah dinasour tua berkenaan ditulis:

22/12/2014 - Dr Helmy Yahya, Timbalan Menteri Kesihatan melawat Tumpat, Kelantan.
25/12/2014 - Dato Mustapha Mohamed, sekembalinya dari umrah terus bekerja keras dan pada tarikh ini beliau berada di Kuala Krai, Kelantan.
25/12/2014 - DS Idris Jusoh, Menteri Pendidikan berada di Pasir Putih, Kelantan.
25/12/2014 - Dato Rohani Abdul Karim, Menteri KWKM turut berada di Pasir Putih, Kelantan.

Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai sentiasa berada di Lapangan Terbang Subang bagi menguruskan penghantaran bantuan ke Kelantan.




Hari ini, Timbalan Perdana Menteri turut berada di Kelantan untuk mensyuarat keadaan banjir terkini bersama Menteri Besar Kelantan dan Menteri Kabinet. Lain kali kalau hendak membuat fitnah dan adu domba, selidiklah fakta terlebih dahulu wahai dinasour tua. Kamu pula bila hendak melawat Kelantan wahai Lim Kit Siang? Biar CTS belanja tiket Air Asia ke sana kalau tak ada duit.

December 25, 2014

37 Ku Nan Batal Sambutan Tahun Baru Di Putrajaya, @AzminAli Tak Mahu Batal Temasya #Selangor15?

Alhamdulillah Kerajaan BN prihatin dengan penderitaan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir di Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sekarag bukan masa untuk bergembira. Kedukaan mangsa banjir dikongsi oleh keseluruhan Rakyat Malaysia. Petang tadi, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tegku Mansor telah membatalkan Konsert Ambang Tahun Baru anjuran Ambank di Purtajaya. Walau bagaimanapun, Program Selawat Cinta Rasul Di Masjid Putra dan Dataran Merdeka akan diteruskan. 

Tahniah Ku Nan kerana mendengar degup nadi Rakyat Marhaen. Sebelum ini macai-macai PR sedang melalak dengan pengajuran konsert berkenaan walaupun bukan menggunakan wang Kerajaan atau Rakyat, sebaliknya ianya adalah initiatif pihak swasta. Macai-macai PR terlupa, Kerajaan PR Selangor di bawah Dato Menteri Besar Azmin Ali, belum lagi membatalkan Temasya #Selangor15. 

Adakah beliau tidak perduli dengan penderitaan mangsa banjir? Adakah beliau akan membatalkan penganjuran temasya berkenaan yang akan bermula esok sehingga Ambang Tahun Baru? Ini kerana salah satu sebab penganjuran temasya itu diadakan adalah untuk menyambut 100 hari pentadbiran beliau sebagai Menteri Besar? Kita tunggu dan lihat. Sementara itu macai-macai PR seperti cacing kepanasan. Ho ho ho!

31 PM @Najib Razak Playing Golf With @BarrackObama During Christmas



There are lots of anger that PM Najib is seen playing golf with Obama in Hawaii on Christmas day and that he is not on the ground visiting the flooded east coast or in Malaysia directing flood relief efforts.

However, we have to be realistic and understand that a PM's role is not to direct flood efforts nor to wade thru flood waters to carry victims to safety. He is better served monitoring the situation and approve allocations and allow the right emergency bodies and his ministers to do their work.

A cursory glance at his twitter and FB page also shows that he has been making frequent updates on the flooding situation:



In fact, just 4 days ago, Najib did visit flood victims at the relief center in SMK) Gudang Rasau, Pahang that was holding residents around Sungai Belat. See here. It's not like he doesn't care or is not updated with the latest. But even if he was on the ground in the flooded areas, there is little he can do and it is actually counter-productive.

Being on the ground is really just a populist photo-opportunity and the publicity and hoo-hah around him could turn out to be a hindrance to relief efforts instead of a help. Not many people get to play a round of golf on Christmas Day (being the most important festival day for Obama) with the USA presidnet to build relationships - many many more famous world leaders would never have the chance.

Who knows? Perhaps Najib could have asked Obama to look into assisting the flood victims in the east coast either via monetary donations or via technical, medical or logistic assistance?

15 Posting Kemanusian - Bantuan Mangsa Banjir Dari IM4U #share4unity #prayforall #darurat #Kelantan #Banjir

Macai-macai PR marahkan CTS kerana buat posting untuk mengkritik Kerajaan Azmin Ali mengadakan temasya tanpa memberi idea dan pertolongan kepada mangsa-mangsa banjir dalam posting sebelum ini. CTS beranggapan kalau kita membuat kebaikan, tangan kanan yang memberi jangan sampai tangan kiri yang tahu. Lainlah kalau kita hendak meraikan 100 hari pemerintahan kita sebagai Menteri Besar, kenalah buat temasya dan karnival, ya tak?

Sebuah badan NGO amal dan sukarela, IM4U telah menyediakan bantuan makanan dan keperluan untuk mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Pasukan IM4U ini akan berada di lokasi di bawah untuk menghulurkan bantuan bersama sukarelawan-sukarelawan.

Tarikh : Jumaat, 3.00pm - 10.00pm, 26 Dec 2014.
Lokasi Utama : Sekolah Kebangsaan Bunohan, Kampung Bunohan, Tumpat 16200, Kelantan

Anatara barangan yang akan diedarkan:
- Sleeping Bag
- Tent
- T-Shirt
- Nasi Lemak, Nasi Goreng Segera
- Borang Penerimaan

Tarikh : Sabtu, 9.00am – 6.00pm, 27 Dec 2014.
Lokasi:
9.00am – Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2, 16200, Tumpat, Kelantan
11.00am - Sekolah Kebangsaan Geting, Jalan Stesen, 16200, Tumpat Kelantan
1.00pm - Sekolah Menengah Kebangsaan Geting, Jalan Stesen, 16200, Tumpat Kelantan
3.00pm - Sekolah Kebangsaan Chabang 4, Kampung Chabang 4, 16210, Tumpat Kelantan
5.00pm - Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Belakang Masjid Pengkalan Kubor, 16080 Kelantan
7.00pm – Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Jalan Kota Bharu, 16200, Tumpat Kelantan

Diharap pembaca-pembaca dapat menyebarkan maklumat di atas kepada mangsa-mangsa banjir.


31 Kelantan Tengah Banjir, Kerajaan PAS Boleh Buat Konsert Lagi!!


Hebat betu Kerajaan PAS Kelantan. Dikhabarkan dua hari lepas berlangsungnya Konsert BPR di Tambatan Di Raja Kota Bharu. Konsert ini kononnya untuk menarik kedatangan pelancong sempena cuti sekolah. Agak-agaklah kalau nak buat konsert pun. Kerajaan PAS Kelantan agak-agak tahu tak bahawasanya Rakyat Rantau Panjang, Tumpat, Pasir Mas, Kuala Krai dan Gua Musang sedang bergelap dalam serba kekurangan dalam menghadapi gelombang banjir luar biasa yang sedang melanda negeri berkenaan. Berat nanang sudah kalau begini.

0 SPAD Jalankan Ops Parasit / Serkap Di Pudu Sentral - 10 'Ulat Tiket' Ditangkap


Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menjalankan satu operasi bagi membanteras aktiviti 'ulat tiket' dan turut menjalankan pemeriksaan ke atas bas secara mengejut di dalam operasi yang dipanggil 'Ops Parasit / Serkap'. Operasi ini dijalankan di Pudu Sentral semalam.

10 'ulat tiket' yang cuba mendesak pelanggan membeli tiket bas berjaya ditahan oleh pegawai SPAD dalam operasi yang bermula 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Operasi berkenaan diketuai oleh Pengurus Besar Besar Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, membabitkan 12 anggota dan seorang pegawai SPAD serta beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Datuk Che Hasni, semua yang ditahan akan dakwa di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM1 ribu dan tidak melebihi RM50 ribu atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Menurut Datuk Che Hasni, sepanjang tahun ini, di Pudu Sentral sahaja, SPAD telah mengenalpasti 803 kesalahan dan ia sedang dalam proses untuk dibawa ke Timbalan Pendakwaraya yang akan menentukan sama ada akan mengenakan kompaun atau membawa pesalah ke mahkamah.

Katanya kebanyakan kesalahan itu membabitkan pengusaha mengenakan tambang berlebihan, mengambil dan menurunkan penumpang di tempat tidak dibenarkan serta berkaitan lesen. Manakala jumlah 'ulat tiket' yang ditangkap ialah 41 orang. Datuk Che Hasni dalam pada ituturut menyampaikan 'goodies' kepada penumang-penumpang bas semperna pulang ke kampung untuk menyambut hari perayaan dan tahun baru.



December 24, 2014

6 Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak Banjir, Selangor Masih Boleh Anjur Temasya #Selangor15 YAB @AzminAli ?


Mungkin Temasya Selangor 15 yang bakal diadakan dari 26 hingga malam ambang tahun baru nampak molek sekiranya diadakan dua minggu atau sebulan yang lalu. Sekiranya perayaan gilang gemilang ini diadakan sehari dua lagi bersemperna sambutan ambang tahun baru, 100 hari pentadbiran MB Baru dan pelancaran Tahun Melawat Selangor, nampak seperti ada yang tidak kena. 

Dalam kita bersimpati dengan nasib saudara-saudara kita di Pahang, Kelantan, Terangganu, Perak dan beberapa negeri lain yang dilanda banjir yang luar biasa, kita di Selangor bersuka ria dengan temasya. Malu saya Dato Menteri Besar untuk sama-sama bersukaria sedangkan saudara-sudara saya yang lain menderita. Dua hari tangan ini tidak boleh membuat posting disebabkan sebak melihat penderitaan saudara-saudara yang dilanda cubaan di gambar-gambar yang dipaparkan di media-media sosial. 

Dato Menteri Besar masih ada hatikah untuk meneruskan sambutan ini dengan melihat gambar-gambar di bawah? Bukankah lebih baik kita gantikan dengan sembahyang hajat dan doa selamat untuk saudara-saudara kita waima untuk menyambut tahun baru sekalipun?




0 Timbalan Menteri JPM Nasihat Jangan Jual Saham FGVH


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, kejatuhan harga saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) sebenarnya berpunca daripada penurunan harga sawit di pasaran dunia dan bukan disebabkan oleh permasalahan atau salah laku di dalam pengurusan syarikat tersebut. Katanya, peneroka dan pemegang saham perlu menyedari 75 peratus perniagaan FGVH bergantung sepenuhnya kepada minyak kelapa sawit yang juga barangan komoditi. Oleh itu, beliau menasihatkan peneroka dan pemegang saham  FGVH supaya ti­dak menjual kepentingan masing-masing wa­laupun ketika ini berlaku penurunan pada kadar RM2.21 sesaham sehingga pukul 5 petang semalam. 

Datuk Razali menasihatkan orang ramai agar tidak membandingkan perniagaan yang dijalankan oleh FGV dengan Sime Darby Berhad dan IOI Corp Berhad yang mempunyai pelbagai cabang perniagaan dan perkhidmatan yang lain. Pemegang saham perlu memahami bahawa jika harga minyak sawit dunia turun sekali gus akan mempengaruhi harga saham FGVH. Proses turun, naik, untung dan rugi ini adalah adat di dalam perniagaan. Oleh itu, perancangan masa depan FGVH adalah syarikat berkenaan sedang menanam semula pokok-pokok sawit yang diyakini mampu menandingi syarikat-syarikat perladangan lain apabila pokok tersebut matang pada 2016 hingga 2018 kelak.


FGVH tidak habis-habis mendapat kritikan daripada pihak pemnbangkang sejak syarikat berkenaan telah disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 June 2012. Namun, ramai penganalisa saham percaya kejatuhan saham FGVH adalah bersifat sementara. Saham FGVH adalah untuk pelaburan masa hadapan. Harga saham FGVH akan meningkat semula. Ini berdasarkan kepada dua faktor utama. 

Pertama, FGV adalah syarikat peladangan yang besar dan kini mengendalikan 343,521 hektar ladang sawit di Malaysia dengan keupayaan pengeluaran 5.2 juta tan buah sawit. Ia juga sedang dalam peringkat pengembangan dengan pengambilalihan ladang baru dan peluasan aktiviti hiliran yang mana semua ini memperlihatkan langkah pengembangan perniagaan yang menarik dan mampu menarik minat pelabur untuk menyokong kestabilan peningkatan harga sahamnya.

Kedua, saham FGV juga antaranya turut dimiliki pelabur institusi kukuh dan besar seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mempunyai 13 juta pencarum, Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang mempunyai lebih 10 juta pelabur, Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Kumpulan Wang Persaraan.

Mengulas lanjut, Datuk Razali berkata, langkah untuk menanam semula pokok-pokok sawit itu adalah tepat kerana secara kebetulan banyak pokok sawit FGVH ketika ini sudah tua. Bagaimanapun beliau tidak dapat menyatakan bilangan pokok yang terlibat dalam proses tersebut. Katanya, dalam masa yang sama kerajaan sedang bekerjasama dengan pelbagai pelabur antarabangsa seperti Indonesia, China dan Rusia bagi mendapatkan maklumat untuk membangunkan FGVH supaya tidak terlalu bergantung dengan barangan komoditi.

0 SPAD Sita 5 Kenderaan Persendirian Dalam Operasi Uber Di Johor Bharu



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyita lima kenderaan persendirian dalam satu operasi Uber di sekitar bandar raya Johor Baharu semalam. Menurut kenyataan media SPAD yang disiarkan seperti di bawah, kenderaan itu disita mengikut Seksyen 80 dan Seksyen 81 Akta Pengangkutan Awam dan Darat (APAD) 2010 kerana kesalahan menawarkan perkhidmatan Uber.

Kenyataan itu berkata operasi penguatkuasaan terhadap kenderaan yang menjalankan operasi Uber itu dijalankan di kawasan tumpuan sekitar Johor Baharu seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Legoland dan Pasir Gudang.

SPAD tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang serta syarat pelesenan pengendali terutamanya yang menggunakan kenderaan persendirian bagi menjalankan operasi Uber, tambah SPAD.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates