December 6, 2014

8 Solidariti Penting Dalam Pemulihan UMNO Selangor - 'Warlords' Mesti Bersatu, Undi Rakyat Semua Kaum Penting


Rasanya telah lama CTS tidak menulis mengenai UMNO Selangor. Masih ada harapankah UMNO Selangor untuk mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam mengambilalih Selangor semula daripada PR? Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2014 lebih seminggu berlalu. Kata-kata Presiden Parti yang berulangkali menyebut perkataan "SOLIDARITI" masih tergiang-giyang.

Umum mengetahui Selangor mempunyai ramai pemimpin yang kuat yang digelar "warlords". Malangnya tiada kerjasama di antara mereka. Solidariti jauh sekali. Inilah antara satu sebab kejatuhan BN terutama UMNO di Selangor. Masing-masing saling bercakaran dan menjatuhkan di antara satu dengan yang lain.

Buat masa sekarang DS Noh Omar adalah Pengerusi Badan Perhubungan Selangor. Suka atau tidak pemimpin dan "warlords" di Selangor harus memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada beliau. CTS tidak kata beliau adalah calon terbaik. Selagi kita tidak ada calon yang lebih baik, bantulah beliau dan kumpulkan sokongan daripada akar umbi untuk merampas Selangor kembali. Dalam berperang kita ada satu komanden iaitu Presiden Parti, kita kena yakin dengan kepimpinan beliau. Kerana itu seruan Presiden iaitu soladiriti kita kena lakukan untuk memastikan kemenangan pada PRU14.

Presiden Parti mengetahui DS Noh Omar adalah calon yang paling layak buat masa ini mengetuai UMNO Selangor. Ini berdasarkan pengalalaman beliau menjadi anggota pentadbiran untuk 3 Perdana Menteri. Solidariti dan kerjasama daripada Ketua-Ketua Bahagian dan Mantan Ketua Bahagian perlu diperkemaskan. CTS dapat merasakan masalah sekarang rasa hormat Ketua Bahagian kepada DS Noh Omar tidak ada disebabkan beliau bukan lagi seorang Menteri Kabinet.

Tony Pua ketika berucap pada Konvensyen Tahunan DAP Selangor 2014 di Petaling Jaya, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, selagi Noh kekal memegang jawatan ketua UMNO Selangor, PR akan terus selesa memerintah negeri itu. Bagi CTS, kalau Tony Pua begitu yakin dengan ketidak kemampuan DS Noh Omar, beliau sepatutnya berdiam diri dan membiarkan UMNO Selangor hanyut. Namun CTS percaya kata-kata Tony Pua ini berasaskan kebimbangan keupayaan DS Noh Omar mengetuai Selangor. Tambahan lagi, beliau cuba untuk menutup kelemahan PR dalam kemelut perebutan kerusi Menteri Besar Selangor.

UMNO Selangor juga tidak harus mendabik dada dengan sokongan orang-orang Melayu di Selangor. CTS berpendapat sokongan pengundi bukan Melayu masih diperlukan untuk UMNO terus mengekalkan pentadbiran di negeri ini. Sekurang-kurangnya 15 peratus sokongan pengundi bukan Melayu diperlukan untuk memastikan parti itu terus bertahan dan kekal relevan di Selangor. Pendekatan untuk mendekati golongan pengundi bukan Melayu perlu diteruskan supaya pengundi tersebut tidak terus menjauhkan diri dan memberi sokongan kepada pihak pembangkang.

Agenda memperkasakan Bumiputera di Selangor harus diteruskan. Pengundi Bumiputera di Selangor telah lama berhadapan dengan masalah perpecahan hingga menjejaskan perpaduan sedia ada. UMNO Selangor perlu kekal diremajakan. Peremajaan parti bukan bererti kita tukar pemimpin tua dan ganti dengan pemimpin muda. Peremajaan parti bukan sekadar berkisar mengenai umur pemimpin sebaliknya menuntut komitmen yang berterusan. Tidak ada yang mustahil bagi BN untuk merampas Selangor kembali. Usaha yang kuat, taat kepada pemimpin, solidariti dari peringkat bawahan sehingalah ke atas. Selebihnya kita berserah kepada Allah SWT.

December 5, 2014

48 Pelik Tapi Benar - Majikan India Hantar Pembantu Rumah Menunaikan Umrah


Tersentuh hati CTS apabila membaca posting seorang kenalan CTS di laman sosial Facebook. Dalam keadaan sosio politik negara yang penuh dengan permasalahan perkauman dan pergeseran antara Agama, masih ramai insan di luar sana yang masih menjunjung nilai perpaduan antara kaum dan Agama yang kita nikmati sejak merdeka. Salah seorang daripadanya adalah Tuan Manickan Letchuman. Beliau telah menaja pembantu rumahnya yang telah bekerja dengannya sejak tahun 2002 untuk menunaikan umrah. 

Kebaikan yang diberikan oleh individu ini melampaui batasan kaum dan Agama. Foto ini amat bermakna bagi CTS dan patut CTS viralkan untuk menunjukkan kepada dunia, inilah Malaysia yang kita cintai. Maaf Tuan Manicham Letchuman, setelah membaca posting ini, barulah CTS mencari siapakah sebenarnya insan ini. Rupanya beliau adalah ADUN Jeram Padang dan EXCO Kerajaan Negeri Sembilan. Terima kasih YB.

December 4, 2014

25 @RafiziRamli Berbohong Sebab Musabab Beliau Disaman DS @NajibRazak Untuk Raih Simpati


Setiausaha Agong PKR ditangkap kerana cuba menipu lagi untuk meraih simpati. Kali ini Rafizi cuba untuk membuat 'spin' bahawa saman yang diterimanya hari ini daripada peguam yang mewakili DS Najib Tun Abdul Razak dan DS Rosmah Mansor adalah kerana kononnya beliau mempertahankan subsidi untuk Rakyat.

Rafizi yang sememangnya bodoh dan telah memalukan kami golongan akauntan bertauliah apabila beliau bengap dalam soal kerahsiaan pelanggan yang terkandung di dalam Banking and Financial Institutions Act (BAFIA) 1989 (kini diganti dengan Financial Services Act 2013) sehingga menyebabkan beliau pernah disaman atas perkara berkenaan. Kes berkenaan masih dibicarakan di mahkamah.

Beliau ingat Rakyat juga bengap seperti beliau. Meletakkan muka surat pertama sahaja di laman sosial beliau dan membuat kenyataan menipu. Nah! CTS perturunkan keseluruhan surat saman daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak sebagai bukti Rafizi menipu. Baca dan fahami isi surat saman itu betul-betul. Baca para 3. (a) sehingga (i) dalam surat saman berkenaan penipuan-penipuan dan fitnah yang dibuat oleh Rafizi.

Kandungan surat berkenaan jelas menyatakan Rafizi disaman kerana telah membuat fitnah dan penipuan, bukan disebabkan beliau mempertahankan subsidi untuk Rakyat. Adalah diharapkan DS Najib Tun Abdul Razak dan DS Rosmah Mansor tegas di dalam menyaman Rafizi Ramli dan tidak sekali-kali menarik balik saman ini atau menyelesaikan kes ini di luar mahkamah (out of court settlement). Saman sampai beliau diistiharkan bangkrap dan tidak layak lagi menjadi Ahl Parlimen!




8 @abby_abadi112 Kata Dr Mashitah Jangan Jual Agama, Kamu Pulak Jual Apa Kalau Berceramah Agama Tanpa Kelayakan?


Masih tidak reda lagi kemarahan 'Ustazah Mee Segera' Abby Abadi dengan kenyataan Dato Dr Mashitah Ibrahim sewaktu berucap mewakili Wanita Kedah dalam Perhimpunan Agong UMNO 2014, tempoh hari. Semalam beliau ketika ditemubual oleh portal Harakahdaily mengesa Dr Mashitah agar tidak menjual Agama dengan berdolak dalik dalam isu memperlekeh kewujudan 'Ustaz Ekspres, Ustazah Jadian' dalam kalangan artis yang berhijrah dalam PAS.

Ustazah Mee Segera ini cakap langsung tidak pandang diri sendiri di dalam cermin. Kalau Dr Mashitah dikatakan menjual Agama, kamu itu menjual apa pulak Arbaiyah? Di mana kamu belajar dan apa kelulusan kamu? Pondok mana Abby Abadi mendalami Agama, dengan ulamak mana atau dengan ahli ugama mana kamu mendalami Agama atau universiti mana kamu memperolehi kelulusan Agama sehingga layak diberi pengiktirafan Ustazah? Apa yang CTS tahu kamu lelaki sendiripun tak tahu nak jaga. Sudah dua suami meninggalkan kamu bukan?

Dr Mashitah tidak pernah mempertikaikan artis yang berhijrah ke arah kebaikan. Apa yang beliau nasihatkan adalah jangalah sehari dua memakai lebai dan tudung, sudah mahu mengeluarkan fatwa yang bukan-bukan. Baru tahu satu dua perkataan Arab sudah mahu mengatakan orang lain salah dan tidak betul. Sekurang-kurangnya Dr Mashitah bercakap dengan ilmu.

Dr Mashitah bercakap kerana beliau pernah belajar di Sekolah Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya Junaid, Padang Lumat, Kedah, kemudian di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah, Ijazah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir, dan Doktor Falsafah dalam bidang Syariah Islamiyyah pengkhususan Tafsir dan Hadis di Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir. Sekali lagi CTS tanya, Arbaiyah belajar di mana?

Paling menyakitkan hati apabila ahlul-ahlul PAS cuba bermain kotor, mereka cuba untuk menjatuhkan maruah Dr Masyitah dengan menyiarkan gambar-gambar Dr Mashitah yang kononnya memakai tudung tidak mengikut piawaian PAS. Cuba lihat sendiri Ustazah Mee Segera PAS bertudung seperti gambar di bawah? Ikut standard SIRIMkah? Ustaz yang ada koleksi video di sebelah itu tidak mahu tegurkah?


December 3, 2014

22 Pengguna TripAdvisor Dari London Mengelarkan Pulau Pinang Sebagai "Prostitute Island" - @cmlimguaneng Mesti Bangga!


Ketua Menteri Pulau Pinang, Tokong Lim Guan Eng mendakwa Pulau Pinang suci bersih daripada dosa maksiat dan jenayah. Kalau adapun kegiatan perlacuran dan perjudian haram adalah disebabkan anggota polis tak buat kerja. pertadbiran DAP di bawah pimpinannya tidak bersalah apa-apa. Pengguna laman sosial berjaya menjumpai komen terhadap Pulau Pinang di laman TripAdvisor. 

Seorang pengguna TripAdvisor dari London membuat komen bahawa beliau tidak berapa suka melancong ke Pulau Pinang kerana terlalu banyak pelacur yang berkeliaran sehingga beliau menamakan Pulau Pinang sebagai "Prostitute Island" atau Pulau Pelacur.


Tidak cukup dengan itu, sebuah portal, HCTV News dengan rencana bertarikh 10 September 2014, telah melaporkan bahawa pekerja sex di Pulau Mutiara itu meningkat dari sehari ke sehari. Laporan rencana berkenaan yang dipetik di sini, berkata,
The sex trade in Penang is booming, with a significant increase of foreign sex workers compared to last year. Penang Immigration Department Chief Basri Othman said that the number of prostitutes who entered the island has risen to 536 this year.
There are at least 200 hot spots offering sex services in Penang and many are found in Upper Penang Road, Chulia Street, Muntri Street, Love Lane and Batu Feringgi. Recent trend has also shown that there is a high demand for prostitutes particularly from Vietnam, the Philippines, Thailand and China.
Tahniahlah Rakyat Pulau Pinang. Ketua Menteri asyik spin kata Pulau Pinang bersih dari maksiat sedangkan hakikat sebenarnya semua orang tahu.

December 2, 2014

14 Blog Apanama Di 'Block' - Kenapa Tuduh Kerajaan?

Hari ini heboh apabila satu blog menjadi kontroversi kerana dikatakan tidak dapat diakses kerana ditutup oleh Kerajaan. Blog berkenaan adalah Apanama.my yang telah menjadi kontroversi sehari dua ini. Blogger Apanama menjadi kontroversi disebabkan beliau dikatakan oleh pengiat media sosial sebagai antara orang yang dimaksudkan sebagai 'bangang' di dalam ucapan penggulungan Presiden UMNO tempoh hari. Blog Apanama.my tidak dapat dibuka dan memberikan mesej seperti berikut:


Pemilik blog berkenaan, Firdaus Abdullah mendakwa Kerajaan berkonspirasi untuk menutup blognya yang kononnya mendedahkan kepincangan Kerajaan. Baca komen-komen beliau di laman sosial Facebook beliau seperti berikut:



Hebat sangatkah penulis Apanama ini sehingga Kerajaan terpaksa untuk menutup blog beliau. Setahu CTS beliau hendak tulis satu artikel sebulan sekalipun susah, ada impakkah penulisan beliau untuk menjatuhkan Kerajaan?

Kepada yang baru nak belajar menggunakan 'share hosting', fahami syarat-syarat untuk berkongsi 'web hosting'. Kalau langgar syarat web/blog akan digantung oleh 'penyedia perkhidmatan'. Disebabkan tidak faham dan tidak mahu belajar (bukan bangang), maka dituduhnya di'block' oleh pihak berkuasa atau lebih seronok lagi tuduh kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab. 

Untuk pengetahuan semua, antara sebab kena 'suspend' adalah penggunaan melebihi quota CPU, RAM, Bandwidth dan sebagainya. Nasihat CTS kepada blogger Apanama, lain kali guna 'web hosting' yang mahal sikit. Kalau guna yang murah, kalau ramai yang melawat blog berkenaan akan nampak seperti 'spam' dan 'pengendali perkhidmatan' akan 'suspend' akaun berkenaan. Apa susahnya, guna sahaja blogger.com, percuma dan selamat. Lagi satu kalau di'block' oleh pihak berkuasa, paparan akan nampak seperti di bawah:

December 1, 2014

37 DS @NajibRazak Kata Blogger UMNO Bangang, Kenapa A Kadir Jasin Yang Terasa?

Orang-orang lama dahulu mengungkapkan peribahasa Melayu dengan begitu cantik sekali. Antaranya, siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Begitu jugalah dengan beberapa orang bloggers yang melompat apabila Presiden UMNO, DS Najib Tun Abdul Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”. 

Antaranya adalah blogger terkenal yang asyik menghentam Kerajaan sejak akhir-akhir ini iaitu Abdul Kadir Jasin, pemilik blog 'A Scribe of A Kadir Jasin' dan Syed Akhbar Ali, pemilik blog 'OutSyed The Box'. Komen mereka dipetik oleh The Malaysian Insiders, di sini.

Untuk berlaku adil, CTS keluarkan kembali skrip kenyataan Presiden UMNO berkenaan:
"Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly. Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang."
Bagi CTS tidak perlu terasa hati kalau pertama, kita tidak menyerang Kerajaan dan berperang sesama sendiri. Perlu diingat, CTS tidak rasa kalau kita menegur kepimpinan parti akan membawa maksud seperti kenyataan Presiden UMNO seperti di atas. Keduanya, kalau kita tidak cari makan dengan UMNO. Cari makan di sini termasuklah mendapat projek jutaan ringgit dan elaun bulanan yang lumayan. 

CTS tidak merasakan DS Najib marah kepada sesiapa yang mahu mengkritik atau menegur Presiden UMNO atau pemimpin-pemimpin lain tetapi yang CTS rasa beliau marah adalah kerana segelintir yng sudah sebat duit UMNO berjuta RM nilainya. Apabila duit berkenaan habis, bloggers sampah ini menggunakan taktik hentam DS Najib lagi. Kemudian minta duit lagi dari UMNO untuk menutup mulut. Itu sahaja yang CTS rasa Presiden UMNO marah.

CTS kerapkali terjumpa gambar di bawah yang viral di media-media sosial. CTS terlalu 'naive' untuk mentafsirkan apa yang cuba disampaikan. Agaknya apanama yang cuba disampaikan oleh kartun sinis di bawah?

November 30, 2014

16 Kenapa Menteri Besar Perak Suami Isteri Berkaki Ayam?





CTS tabik spring dengan Menteri Besar Perak yang cukup sempoi ini. Dengan berkaki ayam, DS Zambry Abdul Kadir meranduk air banjir melawat mangsa bencana banjir di Changkat Jong, Teluk Intan, Perak. Lebih membuatkan CTS kagum adalah beliau turut ditemani oleh isterinya yang turut berkaki ayam dan berpakaian baju kurung. 

Kalau Rakyat Perak tidak hargai Menteri Besar begini yang mereka ada, tak tahulah nak kata apa. Beliau boleh sahaja melepaskan tanggungjawab ini kepada Ahli Parlimen atau ADUN, tetapi beliau memilih untuk turun sendiri melihat kesusahan Rakyat. Oh ya, mana Dyana Sofea? Dyana oh Dyana, mana dikau berada?

6 Stopa Ali Membuta Dalam Majlis Pelancaran Sambutan Ulangtahun PAS Ke 63


Lihatlah betapa khusyuknya Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali sehingga tertidur di dalam majlis Pelancaran Sambutan Ulangtahun PAS Kali Ke-63 Di Perkarangan Markaz Tarbiyah PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan, hari ini. Mungkin Datuk Mustafa yang lebih terkenal dengan panggilan Stopa Ali agak sibuk dengan 'aktiviti peribadi' sehingga penat dan letih di dalam majlis. Al maklumlah kudrat sudah tua tetapi nafsu masih orang muda.

CTS nak tanya dengan penyokong-penyokong PAS, apa sudah jadi dengan video Stopa Ali yang tebar roti canai warna putih tempoh hari. Sudah disiasatkah kebenarannya? takkan lama bebenor deme menyiasat tanpa ada sebarang konklusi?


16 Kerajaan Sarawak Anti Makhluk Halus - 'Mak Lampir' Dilarang Masuk Sarawak!!!


Berdasarkan laman sosial ADUN PKR Taman Medan, YB Hanizat Talha, Ketua Wanita PKR, YB Zuraida Kamaruddin yang lebih mesra dengan panggilan 'Mak Lampir' dikalangan pemain media sosial dihalang dari memasuki Sarawak hari ini. YB Haniza Talha mempertikaikan Kerajaan Negeri Sarawak yang menghalang Ketua Wanita PKR itu dengan menulis, "Mana hak kebebasan tertakluk dalam perlembagaan?" CTS tidak nampak kenapa YB Zuraidah Kamaruddin dan YB Haniza Talha hendak merungut.

Bukankah itu kuasa Rakyat Sarawak yang kamu dan PR juga ingin perjuangkan? Apakah kedua-dua YB ini terlupa dengan "hak-hak rakyat Sarawak" seperti yang termaktub dalam "18 point tuntutan Sarawak" yang mereka perjuangkan? Kalau dalam bahasa kasar orang Sarawak menyebut "Paloi". Baca dulu dan tanya kalau tidak tahu. Eloklah kalau Kerajaan Sarawak menyekat mereka ini. Buat masalah di Negeri yang aman damai ini buat apa? Mungkin Zuraida Kamaruddin ingin menyertai KETUM Anwar Ibrahim di Di Kampung Tinjar, Logan Bunut, Sarawak melancarkan kempen 'Tolak Janji Manis dan Janji Kosong BN' kot? Ehh .. Bang Nuar buat apa tu main raba-raba belakang pula?




 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates