November 29, 2014

39 Lihat Cara Tokong Lim Guan Eng Duduk Melayan Pelabur

Tidak perlu belajar ilmu psychology untuk membaca bahasa badan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Cara beliau duduk dengan deligasi pelabur-pelabur luar negara amat memalukan bagi seorang pemimpin di Malaysia. Mengangkat kaki kanan diletak tinggi di atas kaki sebegini amat biadap dan tidak sopan dalam majlis formal.

Belum pernah lagi rasanya kita melihat keadaan sebegini di dalam mana-mana perjumpaan pemimpin tempatan dan dunia. Cara duduk Ketua Menteri Pulau Pinang ini mungkin hanya boleh dilihat di perjumpaan kongsi-kongsi gelap, mafia dan perjumpaan bapak-bapak ayam. Ianya melambangkan sifat sombong dan takbur. ' No sense of decorum and common courtesy'. Amat memalukan!

November 28, 2014

7 Tahniah @Armand_PJU Dan @RazlanRafii Jadi Wira Di PWTC Petang Tadi

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii dan EXCO Pemuda UMNO, Armand Azha hari ini menjadi hero di PWTC apabila mereka telah berjaya menghalang PWTC daripada menjadi kacau bilau. Ini berikutan sekelompok kumpulan pembangkang yang cuba menghantar memorandum kepada Perdana Menteri berikutan beberapa ketidakpuasan hati seperti penutupan sebahagian kampung penduduk setinggan di Kampung Chubadak.

Armand Azha bertindak menerima memorandum berkenaan daripada kumpulan berkenaan bagi pihak Perdana Menteri manakala Razlan Rafii boleh dipuji kerana melayan tindakan kumpulan berkenaan dengan penuh ukhwah persaudaraan Islam. Inilah contoh Pemuda yang CTS kagumi. Tahniah Razlan Rafii dan Armand Azha.

0 Pembangkang Sengaja Membuat Tuduhan Kerajaan Menggunakan Akta Hasutan Untuk Musuh Politik, Kata DS @IsmailSabri60


Pihak pembangkang sengaja memanipulasikan pengunaan Akta Hasutan kononnya akta ini digunakan terhadap musuh-musuh politik kerajaan. Ini dilakukan untuk membolehkan tekanan daripada pihak antarabangsa terhadap Kerajaan Malaysia dilakukan. Sambil Dato Seri Ismail Sabri menafikan tuduhan berkenaan, beliau berkata tiada siapa yang ditangkap atas sebab politik. Akta Hasutan hanya digunakan untuk menjaga keharmonian kaum dan Agama dikalangan masyarakat Malaysia.

Menteri Pertanian Dan Asas Tani itu berkata demikian hari ini ketika sessi media selepas mendengar taklimat daripada Biro Pertanian Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Beliau menyokong penuh langkah Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 seperti di dalam Ucapan Perasmian Perhimpunan Agong UMNO 2014. Temubual eksklusif beliau boleh ditonton di sini atau di bawah:

27 Kenapa Wartawan Malaysiakini Komited Melaporkan PAU14 Walaupun Mereka Tidak Dilayan?


Mereka tidak diberikan pass media, mereka tidak diberikan ruang tempat untuk mereka bekerja. Namun mereka tetap datang duduk di atas lantai menghadap skrin besar Aras 2, PWTC. Kenapakah mereka begitu komited untuk melaporkan perhimpunan terbesar orang-orang Melayu Islam sedangkan mereka tidak dialu-alukan? Apa yang mereka cari di Perhimpuan Agong UMNO (PAU) 2014 walaupun mereka merupakan lidh pembangkang? Apakah ada agenda yang tersurat dan tersirat? 

CTS kagum dengan semangat mereka melakukan tugasan. Tidak merungut tiada makanan, tiada pass media, tiada tempat bekerja atau tempat bekerja tiada cahaya elektrik. Prinsip mereka mudah, bekerja di mana-mana asalkan dapat informasi dan bahan untuk ditulis. Jadi tidak hairanlah rating portal mereka antara yang tertinggi. Ini yang seharusnya dicontohi oleh media-media sosial Barisan Nasional.



November 26, 2014

49 Ucapan Ketua Wanita Baling Di PAU 2014 Mendapat 'Standing Ovation'


"Ucapannya lancar dan tepat kepada isu." 

"Aku kena bagi 'thumbs up' dan 'credit' untuk Mashitah Ibrahim yang berbahas sebagai Wakil Wanita Kedah."

"Amat baik ucapan beliau. Tak ada wa ampu sana wa ampu sini sepertimana yang Muhyiddin pesan malam tadi."

Itulah kenyataan-kenyataan yang CTS terima dengar petang tadi selepas Wakil Wanita Kedah yang juga Ketua Wanita Baling, Dato Dr Mashitah Ibrahim berbahas di dalam persidangan Wanita UMNO. Beliau telah mendapat 'standing ovation' dan tepukan gemuruh daripada perwakilan-perwakilan wanita yang hadir di akhir ucapannya. Perwakilan Wanita mungkin dahagakan satu bentuk ucapan yang berinformasi, padat dengan saranan dan pengolahan isu yang baik sekali sekala diselangi oleh jenaka-jenaka sinis. Ini dibuktikan apabila pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan kepada perwakilan wanita mendapat sambutan yang padu sehingga bergema satu dewan.

Ucapan bertenaga hampir 45 minit ini, Dato Dr Mashitah Ibrahim berjaya mengupas isu kedudukan Agama Islam dan keistimewaan orang-orang Melayu dengan baik. Beliau juga turut menyentuh tentang usaha untuk usaha-usaha pihak tertentu untuk menyelewengkan akidah Umat Islam. Kupasan beliau tentang krisis kekeliruan identiti di kalangan Umat Islam terutama isu Kalimah Allah banyak memberi kesedaran kepada pendengar. Isu liberalisme dan pluraisme tidak dilupakan oleh beliau. Dato Dr Mashitah juga melahirkan kebimbangan beliau terhadap gejala gay, lesbian dan LGBT yang melanda masyarakat Malaysia.

Tahniah buat Dato Dr Mashitah Ibrahim. Inilah pemimpin wanita yang dicari-cari oleh UMNO selama ini. Diharap kepimpinan tertinggi UMNO tidak terlepas pandang dengan tokoh agamawan wanita seperti ini. Ucapan Dato Dr Mashitah boleh ditonton di sini.

16 Persidangan PAU Setahun Sekali Pun Nak Mengular Jugak Ka? cc. @Khairykj



Jam menunjukkan 4.15 petang. Ketika ini Timbalan Presiden berada dalam Persidangan Pemuda sekarang. Keadaan di Riverside penuh dengan orang. Kalau hendak difikirkan baik, yang ramai-ramai di Riverside mungkin orang luar yang datang mendengar perbahasan daripada Pemuda, Wanita dan Puteri. Tapi kalau sudah berbaju Melayu putih, bersamping merah dan tergantung tag perwakilan di leher, sudah tentu bukan pemerhati. Buat apa perwakilan ini di Riverside? Mengular kah?

Seperti kata sahabat baik saya, Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri sedang berlangsung, ramai juga perwakilan yang bersidang di Riverside. Tentunya mereka juga sedang membincangkan masa depan Agama, Bangsa dan Tanahair. Perhimpunan Agong Wanita, Pemuda dan Puteri berlangsung sehari saja setahun. Paling kuat dua hari. Jika hendak duduk dengar jurucakap-jurucakap berhujah di Dewan Persidangan untuk sehari duapun tak boleh, payahlah. Lain kali tak payah datang ke PWTC kalau komitmen terhadap parti tidak dapat diberikan. Mungkin Ketua Pemuda boleh bagi tau Presiden parti, tahun depan persidangan rasmi di Riverside, Dewan Merdeka kita tutup.

15 Premis Kedai Melayu Pulau Pinang Diroboh Lagi - Terima Kasih @cmlimguaneng




Lokasi kejadian berlaku di premis kedai di Lot 2775 - 2777, MK 12, Kampung Sungai Nibong Kecil, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Operasi ini melibatkan perobohan dua gerai peniaga Melayu di Bukit Jambul. Melayu sudah dihalau keluar dari pulau. Sekarang peniaga Melayu pula akan dihalau dari Tanah Besar. Melayu tidak layak tinggal di kawasan elit di Pulau. Melayu tidak layak berniaga di Tanah Besar apatah lagi di Pulau. Melayu merempat di tanahair sendiri. Terima kasih Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Terima kasih PAS Pulau Pinang rakan sekutu Kerajaan DAP kerana membela Melayu. Jangan lupa untuk mengundi DAP, PKR dan PAS lagi dalam PRU14 nanti.

November 25, 2014

32 Hanya 8 Nama Jalan Di Kuala Lumpur Dinamakan Semula, Nga Kor Ming Dan Penyokong Cina DAP Sudah Meroyan


Hanya 8 sahaja jalan-jalan utama di Kuala Lumpur yang dinamakan semula, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sudah meroyan dengan meletakkan status tidak puas hatinya di laman sosial Facebook beliau. Ini diikuti dengan ratusan komen-komen daripada cina-cina DAP bangsat yang tidak puas hati dengan penamaan semula jalan-jalan tersebut. 

Kita faham kenapa cina-cina DAP ini marah sangat dengan penamaan semula jalan-jalan di Kuala Lumpur ini. Ini disebabkan oleh nama-nama jalan yang baru adalah bersemperna nama Raja-Raja Melayu yang telah ditabal sebagai Yang DiPertuan Agong. Mana cina-cina DAP ini mahu nama Raja-Raja Melayu berada di jalan-jalan Ibu Kota Kuala Lumpur, kan? 

Buat Nga Kor Ming, sewaktu Kerajaan DAP Pulau Pinang menamakan semula IJM Promenade kepada Karpal Singh Drive atau Persiaran Karpal Singh, tidak dengar pula rugutan daripada Wakil Rakyat DAP ini. Begitu hebat sekali jasa mendiang Karpal Singh berbanding Raja-Raja Melayu? Kalau mahu kurang ajar dengan Raja-Raja Melayu, agak-agaklah Bro.



Baca contoh komen-komen bangsat Cina-Cina DAP seperti di bawah:



November 24, 2014

17 Dato MB @AzminAli 'Political Genius' - Adakah Ketua Pembangkang Selangor Akan Terhutang Budi?


CTS kena akui hebat mainan politik Menteri Besar Selangor yang baru, YB Azmin Ali. Azmin Ali adalah bekas produk UMNO. Beliau tahu apa yang ada dalam fikiran pemimpin-pemimpin UMNO. Hari ini Azmin Ali membuat dua kejutan. Pertama, Menteri Besar Selangor ini telah meng'hadiahkan' Ketua Pembangkang Selangor dengan kemudahan-kemudahan seperti elaun RM3,000 sebulan, kereta rasmi, petrol dan tol percuma serta seorang pemandu dan seorang Setiausaha Kerja.

Dengan kemudahan-kemudahan ini, CTS berharap Ketua Pembangkang Selangor tidak terhutang budi dan bekerja dengan sepenuh hati untuk merampas Selangor kembali. Tapi bolehkah? Tidakkah beliau terasa temakan budi seperti pepatah Melayu, hutang budi dibawa mati?

Kejutan kedua yang dilakukan oleh Azmin Ali hari ini adalah memberi peruntukan kepada ADUN-ADUN Pembangkang di Selangor sebanyak RM200,000! Ini tidak pernah dilakukan oleh pentadbiran sebelumnya di zaman TS Khalid Ibrahim mahupun ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN). Ini yang CTS takutkan. UMNO dan BN Selangor kena cepat sedar dengan gimik permainan Menteri Besar Selangor ini kalau tidak mahu BN dan UMNO 'tutup kedai' di Selangor seperti apa yang terjadi di Kelantan.

Azmin Ali dan macai-macai sekalian janganlah merasa bangga diri bila bagi peruntukan RM200 ribu kepada ADUN-ADUN BN. Mungkin MB terlupa atau buat-buat lupa bahawa peruntukan MARRIS untuk penyelenggaraan di setiap kawasan DUN pada 2014 sahaja berjumlah RM 523.5 juta bersamaan RM1.19 juta kepada 44 orang ADUN PR. Rakyat Selangor tidak sebodoh itu untuk dimomokkan dengan gimik politik murahan.

3 Dr Mashitah Ibrahim Sah Wakil Wanita Baling Yang Akan Berucap Di Perhimpunan Agong UMNO


Sebelum ini CTS ada membuat posting mengenai ketidaan wakil pembahas dari kalangan Wanita UMNO yang berpendidikan Agama di dalam Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2014 bermula esok, baca di sini. Suratan atau kebetulan, berdasarkan sumber daripada Agendadaily, di sini, berita terkini yang dilaporkan oleh portal berkenaan adalah Ustazah Dato Dr Mashitah Ibrahim, yang juga Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dan Ketua Wanita Baling bakal berucap pada PAU 2014. Berikut adalah intipati harapan dan perkara pokok apa yang beliau akan bahaskan di dalam PAU 2014:
"Memang betul. Selama ini saya tidak pernah diberi peluang bercakap atau berbahas di PAU. Ini kali pertama dan saya amat berterima kasih kepada Wanita UMNO bahagian Baling yang memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan usul agama dan pendidikan. Saya juga mungkin juga nak menekankan tentang penggunaan dan pemahaman tentang perkataan "jihadist" yang merupakam istilah baru yang diperkenalkan oleh Barat. Pada saya bila tambah huruf "ist" ia melambangkan kepada fanatik. Misalnya kalau kita sebut "terror" jadi terrorist. Ini apa pula dipanggil Jihadist dan Islamist?"
"Ini adalah istilah-istilah baharu yang dicipta oleh Barat yang sering mengatakan Jihadist orang Muslim. Mereka melihat Jihadist macam "terrorist". Maka saya nak memperbetulkan kekeliruan kita mengenai istillah ini supaya kita tidak terikut-ikut dengan cara hidup orang lain. Nabi Muhammad (s.a.w) menyebut - kamu akan mengikut sejengkal demi sejengkal, sedepa demi sedepa sehinggalah kalau orang itu membawa kamu masuk ke lubang biawak pun kamu akan ikut. Sahabat pun bertanya siapa yang dimaksudkan oleh Nabi? Adakah itu Yahudi dan Nasrani? siapa lagi kalau bukan mereka, jawab Nabi."
"Maknanya kita tak diajar untuk menukar agama tetapi perlahan-lahan dipengaruhi untuk melupakan agama kita dengan mengikut kepada budaya dan cara hidup orang lain. Itulah yang sedang berlaku sekarang! Ini sebenarnya adalah satu agenda terancang dan kita tidak boleh membiarkan ia berterusan kerana ia akan membawa kepada satu pengakhiran yang sangat merbahaya keranda agenda ini tersusun."
"Dalam Islam disebut, kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak terancang. Saya rasa inilah masanya sebagai seorang pendakwah, saya harus memberi kesedaran dan insyaalah saya berharap apa yang akan saya utarakan nanti akan dibawa oleh perwakilan untuk dibincang oleh bahagian masing-masing."

41 PAS Mahu Serah Memo Bantah Arak Dalam MAS Err ... Kilang Carlsberg Di Shah Alam Bila Mau Tutup?


Kita sokong tindakan PAS untuk menghantar memorandum membantah jualan arak dalam pesawat MAS. Kita sokong 100%! Dalam masa yang sama kita mempertikaikan tindakan politikus-politikus ini tidak membantah dan menutup kilang arak terbesar di Selangor (di Malaysia barangkali) yang berada di Shah Alam. Kita jangan bercakap mengenai sejarah yang lalu. Kita bercakap pasal keadaan sekarang. 

Sekarang Selangor diperintah oleh pakatan PAS, DAP dan PKR. Mereka berkuasa untuk melakukan apa sahaja termasuk menutup kilang arak tersebut. Kita juga mempertikaikan tindakan politikus-politikus PAS yang tidak membantah dan menutup pusat-pusat jalang yang berselindung atas nama Rumah Urut di negeri yang diperintah oleh pakatan PAS, DAP dan PKR seperti di Pulau Pinang dan Selangor. 

Kita pertikaikan juga kenapa politikus-politikus PAS tidak membantah dan menghalang lesen-lesen penjualan arak dikeluarkan di negeri-negeri yang diperintah oleh paatan PAS, DAP dan PKR seperti di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Kalau Kalau jawapan politikus-politikus PAS, arak di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor adalah untuk kegunaan bukan Islam maka sama juga dengan MAS, arak juga diberikan kepada bukan Islam. Kalau haram diminum di dalam kapal terbang, maka haram jugalah minum waima di mana sahaja sekalipun. Mudah sahaja kalau kita hendak mengetahui sama ada politikus-politikus PAS berjuang demi Agama atau sekadar survival politik mereka.

November 23, 2014

18 Ribuan Membanjiri Ceramah Bergerak Ketua Pemuda PAS Kota Melaka




Gila dah puak-puak PAS ni. Orang sibuk bercuti, mereka sibuk mengambil kesempatan untuk mengadakan ceramah bergerak menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Masih relevankah PAS terutama di Melaka? Atau orang sudah muak dengan kehadiran mereka. Lihatlah bukti dalam gambar-gambar di atas apabila Ketua Pemuda PAS Kota Melaka mengadakan ceramah bergerak. Kononnya untuk mengambil kehadiran umum yang membanjiri di Pasar Tani Telok Mas. Malangnya penonton-penonton hanya terdiri daripada kain-kain baju dan khemah penjaja yang setia mendengar. Alahaaai PAS.

0 Bahas Tanpa Rasa Takut, Bawa Suara Akar Umbi, Kata DS @IsmailSabri60 - Ini Pemimpin Yang Kita Mahu


Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ismail Sabri mengharapkan agar perbahasan kali ini akan dibahaskan dengan penuh terbuka, berani dan dapat membawa harapan serta suara akar umbi orang Melayu di negara ini. 

Kata beliau, pembahas-pembahas usul juga perlulah membahaskan usul secara terbuka dalam setiap isu yang dibahaskan tanpa ada rasa takut dan tanpa ada sekatan. Beliau dipetik berkata keada UMNO-Online:
"Saya percaya, dalam keadaan senario politik hari ini, pastinya bukan sahaja ahli-ahli UMNO tertunggu-tunggu perbahasan yang akan berlansung, begitu juga keseluruhan orang-orang Melayu di negara ini amnya. Begitu juga dengan ucapan Presiden kita, yang pastinya ditunggu-tunggu oleh semua perwakilan dan juga rakyat di negara ini untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh beliau."
"Justeru itu, saya berharap agar perbahasan kali ini akan memperlihatkan satu perbahasan yang jujur, yang datangnya dari hati seorang pembela dan pejuang agama, bangsa dan tanahair, serta membawa suara dan hasrat dari akar umbi untuk didengari oleh pemimpin di peringkat tertinggi negara."
Seterusnya beliau mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan Agung UMNO 2014 pada perhimpunan Agung UMNO 2014 kali ini dan mengharapkan agar perhimpunan kali ini akan membawa satu idea-idea baru yang dapat memberikan manfaat untuk perjuangan UMNO dan negara.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates