October 25, 2014

4 Pemimpin-Pemimpin PR 'Difinah', Namun Laporan @PDRMsia Tidak Mahu Dibuat - Pelik Tapi Benar


Menurut laporan Antarapos, di sini, Ustaz Azhar Idrus tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung penyebaran video dan gambar lucah di laman sosial sejak Rabu lalu. Pelik tapi benar. Seorang yang difitnah tidak mahu membuat laporan polis untuk membersihkan diri dan keluarganya. Laporan polis juga penting bagi membolehkan siasatan dibuat bagi mengheret pihak yang bertanggungjawab membuat dan mengedit video lucah itu, sekiranya benar. Namun, bagi pemimpin PR yang terjebak di dalam kontroversi yang mereka dakwa sebagai fitnah dan tidak mahu membuat laporang polis, Ustaz Azhar Idrus bukanlah orang yang pertama.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, berkata dirinya difitnah dgn video skandal 'ice-cream' di dalam tandas enggan buat laporan polis.

Bekas Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali, juga mengatakan dirinya difitnah dgn video skandal spender putih, juga enggan buat laporan polis. 

Dyana Sofea dan Zairil Abdullah (anak angkat Khir Johari), juga kata mereka difitnah dengan politik longkang, juga tidak membuat laporan polis. 

Dalam banyak-banyak pemimpin yang terpalit kontroversi, CTS mengkagumi Mantan Presiden MCA, Chua Soi Lek, seorang pemimpin bukan islam juga yang 'gentleman'. Tidak menipu, tidak buat laporan polis, tetapi terus mengaku segala perbuatannya dan meletak segala jawatan termasuk jawatan menteri. Hebat!

11 Gambar Anwar Ibrahim Pegang Cucu Mula Tersebar Untuk Raih Simpati - Bersimpatikah Kita Dengan Dosa-Dosa Beliau?



Sekeping gambar KETUM (Ketua Umum) PKR sedang mendukung dan menghayun cucu telah dimuatnaikkan ke laman sosial Facebook beliau untuk cubaan meraih simpati dan persepsi umum mengenai dirinya yang mementingkan keluarga. Perbicaraan yang akan diadakan di Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 dan 29 October ini adalah berkenaan kes liwat beliau terhadap Saiful Bukhari Azlan. Ini bukan kes politik. Mungkin beliau terlupa, masa beliau tengah berseronok-seronok, tidaklah pula beliau ingat akan cucu, anak atau isteri? Oh ya, sejak bila Anwar Ibrahim sudah tidak sakit belakang sehingga boleh mendukung dan meghayun cucu?

Anwar Ibrahim adalah insan yang mempunyai banyak dosa dengan Rakyat Malaysia. Dosa beliau dengan orang-orang Melayu khasnya dan Rakyat Malaysia amnya tidak terhimpun apabila beliau, isteri beliau sebagai Presiden PKR, serta parti yang mereka pimpin tidak habis-habis membuat fitnah dan pembohongan kepada organisasi dan syarikat Rakyat seperti FELDA. Antara dosa-dosa beliau, keluarga dan parti mereka kepada FELDA antara lain adalah:
  • PKR menuduh FELDA menghantar minyak dan menjalankan perniagaan dengan negara Israel. Sebaliknya apabila mereka menjangkakan akan kalah kes fitnah berkenaan di mahkamah, PKR telah membuat penyelesaian kes di luar mahkamah dan menarik balik tuduhan tersebut serta meminta maaf sambil mengakui urusniaga penghantaran minyak mentah tersebut dilakukan dengan negara Palestin.
  • 'FELDA Bankrap', 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' yang telah diterbitkan oleh lidah rasmi PKR, Suara Keadilan, telah dibuktikan di mahkamah sebagai fitnah. Isteri KETUM, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Dr Syed Husin Ali yang ketika itu Naib Presiden PKR, Pelita Koridor Sdn Bhd, Percetakan NPK Sdn Bhd dan Pengarang Rusnizam Mahat disaman oleh Felda dan syarikat pelaburannya, FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd, dan telah didapati bersalah kerana memfitnah FELDA.
  • Anwar Ibrahim membuat pembohongan di dalam ceramah-ceramah beliau dengan mengatakan perniagaan FELDA sedang nazak apabila FELDA yang mempunyai untung RM1 billion mempunyai hutang sebanyak RM6 billion. Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Ahmad Maslan menjawab pembohongan KETUM di Parlimen dengan menegaskan tidak ada syarikat dalam kumpulan Felda yang menanggung kerugian. 
Anwar Ibrahim telah melantik CTS dan seluruh Rakyat sebagai Hakim Negara. Sebagai seorang Hakim Negara, CTS berpendapat Saiful Bukhari Azlan sebagai mangsa liwatnya, perlu mendapat pembelaan seperti mana yang telah diputuskan oleh barisan Yang Arif Mahkamah Rayuan sebelum ini. Sebagai Hakim Negara, CTS berpendapat Anwar Ibrahim didapati bersalah kerana cuba untuk mensabotaj dan meruntuhkan organisasi Rakyat seperti FELDA. Sebagai Hakim Negara, CTS berpendapat Anwar Ibrahim harus dipenjarakan agar Rakyat terpelihara dari fitnah dan pembohongan beliau serta beliau dapat insaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang beliau lakukan.

October 24, 2014

0 FELDA Rancang Bina 20,000 Unit Rumah Mampu Milik Dalam Masa 5 Tahun, Anwar Ibrahim Pasti Panas Bontot


Felda akan membina 20,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara untuk generasinya dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Beliau berkata projek itu akan dimulakan selepas semua pengurusan pinjaman, sistem pembelian dan faktor lain di selesaikan. Baca laporan UMNO Online, di sini

"Kita perlu tentukan anak-anak Felda yang layak memiliki rumah, institusi kewangan boleh beri pinjaman dan sistem pembelian dikaji," katanya selepas majlis graduasi Maktab Rendah Sains Mara Felda Kampus Tun Abdul Razak Ke-5 di Sungkai, Perak.

KETUM (Ketua Umum) Anwar Ibrahim pastinya panas punggung mendengar berita ini. KETUM sebelum ini mata terkenal dengan perangai beliau yang suka mengadu domba masyrakat FELDA yang majoritimya dari kalangan orang-orang Melayu. KETUM pandai menabur janji kepada Rakyat FELDA namun tidak pernah beliau tepati. Sebelum ini kejayaan FELDA bukan disebabkan oleh Anwar Ibrahim, sebaliknya disebabkan oleh kebijaksanaan golongan pemimpin bijak pandai di dalam FELDA seperti Pengerusi, Pengarah dan pihak pengurusan FELDA. 

Malah, apabila Tan Sri Isa Samad, mengambilalih jawatan Pengerusi FELDA, nasib peneroka-peneroka FELDA semakin terbela. FELDA tidak perlu Anwar Ibrahim untuk sekadar menggula-gulakan mereka. Malah masyarakat FELDA pastinya bersyukur sekiranya Anwar didapati bersalah di dalam perbicaraan kes liwatnya pada 29 dan 29 Oktober ini dan dihumban ke penjara. Masyarakat FELDA pastinya akan mengiringi Anwar Ibrahim ke Penjara Sungai Buloh dengan kenduri kesyukuran.

0 SPAD Teruskan 'Ops Parasit' Di Pulau Lagenda Bagi Membanteras Kereta Sewa Tanpa Permit


Akhbar New Straits Times, di sini melaporkan terdapat kekecohan selama 10 minit di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi apabila sekumpulan 40 lelaki menghalang pegawai-pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dari merampas tujuh kenderaan yang disewakan tanpa permit yang betul. Kejadian tegang itu berlaku pada pukul 12.00 tengah hari dalam 'Ops Parasit' semalam berhampiran Jeti Kuah, Langkawi.

Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai SPAD berjaya mengawal keadaan dan pengendali perkhidmatan kereta sewa haram beredar dari tempat kejadian setelah mereka dimaklumkan bahawa kenderaan mereka yang disita akan dikembalikan. Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad dalam mengesahkan kejadian itu berkata, operasi itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan SPAD untuk menghapuskan kereta sewa yang tidak berlesen di pulau pelancongan itu. 

Datuk Che Hasni menegaskan bahawa pengendali perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen telah menjejaskan keselamatan pelancong memandangkan kenderaan mereka tidak tertakluk untuk menjalani pemeriksaan pematuhan keselamatan berkala dan tidak mempunyai perlindungan insurans yang betul, yang wajib bagi syarikat-syarikat kereta sewa berlesen.

Kita menyanjung tinggi usaha berterusan SPAD dalam mempertingkatkan operasi teksi tidak berlesen di seluruh negara terutama di pulau perlancongan itu bagi mengelakkan pelancong menjadi mangsa penipuan atau jenayah yang dikaitkan dengan pemandu teksi. Kes penipuan seperti tidak menggunakan meter dan sejak kebelakangan ini kes-kes jenayah yang dilakukan oleh pemandu teksi atau mereka yang menyamar sebagai pemandu teksi menyebabkan rating perkhidmatan teksi Malaysia berada pada kedudukan paling teruk di dunia. Tambahan lagi, imej Langkawi sebagai Pulau Lagenda harus dijaga dari kerenah teksi tanpa permit.

22 Kalau Orang Pahang Tak Suka Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari Di Sana, Pindahkan Saja Ke Selangor cc. @khairykj


Agak jelek dan memualkan apabila sebuah akademi bola sepak di Gambang menjadi kontroversi apabila akademi berkenaan yang menggunakan nama lagenda bolasepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari, dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Sebelum ini Perkasa Pahang membantah penamaan Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari yang baru disempurnakan pelancarannya oleh Perdana Menteri Malaysia, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Yang Di  Pertua Perkasa Pahang, Datuk Dr Wahid Manaf mahukan Presiden FAM yang juga Baginda Sultan Pahang diabadikan namanya di akademi tersebut. Beliau menyifatkan penamaan Mokhtar Dahari kepada akademi tersebut satu penghinaan halus kepada institusi Di Raja negeri itu.

Semalam pula, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, persoalannya mengapa pihak terbabit menggunakan nama Mokhtar Dahari sedangkan bekas pemain Selangor dan kebangsaan itu tidak banyak berjasa kepada negara. Kenyataan biadap Ahli Parlimen itu amat keterlaluan. Jasa Allahyarham Mokhtar Dahari kepada kemajuan bolasepak negara lebih tinggi daripada jasa Datuk Abdul Manan kepada negeri Pahang.

Kalau orang-orang Pahang agak kenegerian sangat untuk mengabadikan nama atlet sukan di negeri Selangor pada akademi di bumi Pahang, apa kata Menteri Belia Dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin memindahkan sahaja akademi tersebut ke Selangor atau mana-mana negeri yang tidak menghina tokoh lagenda bolasepak negara. Apalah bagus sangat akademi tersebut berada di Gambang. Buat Ahli Parlimen Paya Besar, Yang Di Pertua Perkasa Pahang dan rakan-rakan sekutu dengannya, pastikan dahulu Pahang dapat menewaskan Kedah hujung minggu ini di dalam Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia dan layak ke Peringkat Akhir sebelum cabul mulut untuk mempertikaikan jasa tokoh lagenda bolasepak negara.

October 23, 2014

0 7 Stesen Kereta Api Laju Malaysia-Singapura Bakal Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi


Tujuh stesen projek Kereta Api Laju (HSR) Malaysia-Singapura telah dikenal pasti di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Batu Pahat, Muar dan Nusajaya. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata demikian kepada wartawan Malaysia dan Singapura pada Persidangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi 2014 di Tokyo, semalam.

Malaysia akan mula memuktamadkan butiran projek HSR dengan Singapura suku pertama tahun depan. Singapura masih dalam proses menjalankan kajian kemungkinan dan dijangka menyiapkannya pada awal tahun depan. TS Syed Hamid berkata, kerajaan pada masa ini sedang membuat penilaian mengenai sistem Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang terbaik bagi Malaysia berdasarkan sistem daripada Eropah, China dan Jepun. Beliau menambah, ia bukan semata-mata mengkaji tentang teknologi tetapi juga modal insan dan budaya cara berfikir.

Adalah diharapkan HSR akan membawa manfaat besar kepada kedua-dua negara serta kawasan yang dilalui perkhidmatan itu. Ianya sekaligus dapat menutup mulut pengkritik bahawa projek HSR adalah merupakan satu pembaziran Kerajaan. Kalu dilihat dari segi logik, manfaat bukan sahaja dari segi pengangkutan tetapi juga pembangunan bandar selain memangkin pertumbuhan ekonomi di kawasan yang dilalui. 

HSR merupakan antara Projek Permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi dan dijangka menjana RM6.2 juta setahun dalam pendapatan kasar negara selain mencipta 29,000 peluang pekerjaan menjelang 2020. Persetujuan melaksanakan projek HSR dibuat semasa sesi pemukiman pemimpin antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, Februari lepas.

October 22, 2014

5 Program Jelajah Anwar Ibrahim Di Pulau Pinang Hari Ini Gagal Dapat Sambutan - Game Over!


Hari ini adalah Hari Jelajah Anwar Ibrahim di Pulau Pinang. Satu program yang terang-terang menghina mahkamah dalam beliau menghadapi perbicaraan kes liwatnya pada 28 dan 29 Oktober ini di Istana Kehakiman, Putrajaya. Walaupun perbicaraan itu bakal menetukan sama ada beliau dipenjarakan atau tidak, kehadiran penyokong-penyokongnya ke Dewan Cina Leap Seang Kor kurang mendapat smbutan. 

Lebih banyak kerusi di dalam dewan yang tidak bertuan. Yang hadir hanyalah penyokong-penyokong tua. Mana pengundi-pengundi anak-anak muda reformasi. Nampaknya Kajang Move menyebabkan ramai Rakyat mula meluat dan menyampah dengan Anwar Ibrahim. Yang kejar tak dapat , yang dikendong berciritan.




Dari Dewan Cina, Anwar Ibrahim berpindah tempat ceramah beliau  ke Tapak Expo Seberang Jaya.Mungkin alasan hujan akan digunakan untuk menutup kemaluan kehadiran yang amat mengecewakan. Hujan sepanjang lewat petang sehinggalah jam 9.45 pm. Penonton semasa kemuncak acara dianggarkan sekitar 800-1,000 orang. Bagi orang yang mempunyai karisma 'crowd puller' seperti Anwar Ibrahim, jumlah kedatangan penyokong-penyokongnya di kubu kuatnya sendiri menunjukkan auranya sudah semakin hilang.



October 20, 2014

6 Dyana Sofya Bukanlah Pemimpin PR Pertama Terpalit Kontroversi - Lihatlah Wajah-Wajah Pemimpin RAKYAT PR


24 jam telah berlalu. Kontroversi gambar-gambar intim Dyana Sofya dan Zairil Abdullah (anak angkat Khir Johari) masih tergantung. Tiada tanda-tanda kedua-dua pemimpin PR ini akan membuat laporan PDRM dan SKMM. Hanya penafian yang tidak kuat dilakukan oleh kedua-dua mereka sedangkan nilai moral mereka sedang dipertikaikan oleh masyarakat. Mana tidaknya, Dyana Sofya diangkat sebagai ikon Melayu anak muda di dalam DAP. Zairil Abdullah pula adalah digambarkan seorang suami yang penyayang kepada dua anak. 

Sekiranya laporan PDRM dan SKMM tidak dibuat oleh kedua-dua mereka, bagaimanakah mereka mahu membersihkan nama mereka? Apakah Dyana Sofya tidak merasa marah apabila beliau dikatakan perosak rumahtangga orang dan mengoda suami orang? Di mana suara pejuang-pejuang hak wanita dan pertubuhan wanita di dalam isu ini? YB Zuraida Kamaruddin yang sebelum ini begitu lantang mempertahankan hak wanita hendak diam seribu bahasa begitu sahajakah?



Sekiranya benar gambar-gambar intim berkenaan, Dyana Sofya dan Zairil Abdullah bukanlah kes yang pertama pemimpin PR terpalit kontroversi dan skandal. Mari kita melihat kembali kes-kes yang lama, yang mungkin telah dilupakan ramai pihak.






October 19, 2014

30 Dyana Sofya dan Zairil Khir Johari Harus Nafi Gambar Intim Mereka



Pagi hujung minggu ini panas dengan gambar-gambar intim dua pemimpin DAP, Calon Ahli Parlimen Teluk Intan, Dyana Soya dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari. Gambar-gambar yang tersebar luas di media sosial kelihatan mereka bermesra dan bercium di dalam sebuah kenderaan. Dyana Sofya dan Zairil Khir Johari seharusnya membuat penafian keras sekiranya gambar ini tidak betul dan melapokan perkara ini kepada pihak Polis dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Berdasarkan pengalaman CTS, gambar-gambar di atas agak sukar untuk diubahsuai (superimpose). Nampak gambar-gambar tersebut dari 'i-cloud'. Mungkin ada yang menceroboh (hack) ke dalam akaun peribadi laman sosial mereka. Yang penting Dyana Sofya kena nafi dengan tegas, buat laporan polis dan SKMM. Kalau tidak masyarakat akan anggap inilah 'role model' perempuan Melayu di dalam DAP iaitu hanya sebagai penyedap kepada pemimpin.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates