October 18, 2014

0 Dr Wan Azizah Yang Kalah Saman Dengan Felda Sambut Deepavali Di Klang ... Eh Bukan Kajang?


'Nenek Kipas Bersarung Tangan Putih' yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Dr Wan Azizah, meraikan kekalahan beliau dalam kes saman fitnah FELDA dan anak syarikatnya, FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV), semalam dengan menghadiri majlis Deepavali di Klang, sebentar tadi.

FELDA dan FGV telah memenangi saman berkenaan terhadap Dr Wan Azizah dan dua yang lain iaitu Dr Syed Husin Ali, dan penulis artikel itu, Rusnizam Mahat, berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR, Suara Keldaian. 

Dua artikel fitnah jahat Dr Wan Azizah & Co. itu masing-masing bertajuk 'Felda Bankrap' yang diterbitkan pada 22 Jun 2010, dan 'Kontroversi' serta 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' yang diterbitkan bagi edisi 29 Jun 2010. 

Agak pelik bagi Dr Wan Azizah yang masih boleh bersukaria dengan meraikan perayaan warisan keluarga suaminya, selepas didapati bersalah memfitnah. Dan lebih pelik lagi Dr Wan Azizah menyambut Deepavali di Klang dan bukannya di Kajang, DUNnya sendiri. Apa dia ingat dia Menteri Besar nak sambut perayaan satu Selangor? Agak-agak Krismas nanti sambut dengan suami di Penjara Sungai Buloh?

8 7,000 Penyokong @anwaribrahim 'Flashmob' Di Kota Bharu

Kira-kira 7,000 orang berhimpun di perkarangan KB Mall, Kota Bharu, Kelantan bagi menzahirkan sokongan solidariti kepada KETUM (Ketua Umum) Anwar Ibrahim. Jalan raya di bandar Kota Bharu penuh sesak dengan penyokong-penyokong KETUM mengadakan demonstrasi aman ini. Pihak polis masih dapat mengawal keadaan walaupun jumlah peserta yang agak ramai.

Hasil temubual dengan peserta-peserta berkenaan, mereka komited untuk datang ke Istana Kehakiman, Putrajaya pada 28 dan 29 ini bagi menunjukkan sokongan kepada KETUM. Sekian laporan berita CTS yang begitu panas dan penting dari Kota Bharu, Kelantan.

October 17, 2014

0 Pelanduk Selalu Lupakan Jerat, Tapi SPAD Tak Pernah Lupakan Pemandu Teksi Langgar Peraturan


Pepatah mengatakan pelanduk memang selalu melupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah sekali-kali melupakan pelanduk. Aduan yang berterusan dari orang ramai mengenai kerenah pemandu-pemandu teksi di Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak mematuhi undang-undang menyebabkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sentiasa mengadakan operasi dari masa ke semasa. Operasi terbaru dua hari lepas yang melibatkan 55 anggota SPAD dengan kerjasama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah berjaya bertindak tegas menyita 15 teksi yang melakukan pelbagai kesalahan. Operasi yang dipanggil 'Ops Tegas' ini dilakukan serentak di lokasi 'panas' membabitkan Pasar Seni, Menara Berkembar Petronas (KLCC), Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Sambanthan, Hentian Putra dan sekitar Pudu. 

Antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak menggunakan meter, tiada dokumen sah dan enggan mengambil penumpang. Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, tindakan pihaknya menyita terus teksi itu sebagai langkah lebih tegas untuk membanteras kegiatan pemandu teksi yang sengaja mengenakan tambang cekik darah terhadap penumpang terutama pelancong asing. Puluhan komentar memberikan reaksi yang positif di 'fanpage' SPAD semalam, menunjukkan orang ramai menyanjung usaha operasi yang dilakukan oleh pihak SPAD.



12 @RafiziRamli Sudah Mula Beri Arahan Gerakan Mobilisasi Perhimpunan Haram 28 & 29 Oktober cc. @PDRMsia


Setiausaha Agong PKR yang baru, Rafizi Ramli sudah mula mengeluarkan pekeliling kepada Ketua-Ketua Cabang PKR seluruh negara agar membuat kerahan dan mobilisasi anggota PKR agar berhimpun di Istana Kehakiman, Putrajaya bagi memberi sokongan kepada KETUM (Ketua Umum) dalam mengahadapi kes liwatnya pada 28 dan 29 Oktober ini.

Agak melucukan membaca pekeliling ini adalah apabila Rafizi Ramli meminta agar setiap cabang menghantar minimum 5 buah bas yang penuh dengan penyokong. Ada ka penyokong PKR? Selama ini yang menjadi macai setiap perhimpunan Anwar Ibrahim adalah penyokong-penyokong PAS. Penyokong PKR boleh dikira dengan jari. Ada lagikah macai-macai PAS akan bersusah payah berhimpun dan berdemo pada 28 dan 29 Oktober ini?

Kalau dilihatkan kepada 'flashmob' yang diadakan sehari dua ini oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) pimpinan Nik Nazmi, amatlah mengecewakan dan menjatuhkan kemaluan KETUM.  Lihat sendiri gambar di bawah. Himpunan PKR tidak akan berjaya tanpa sokongan macai-macai PAS. Bergantung kepada macai-macai PAS sendiri sama ada hendak terus menyokong KETUM setelah apa yang KETUM lakukan terhadap pemimpin dan parti mereka.


October 16, 2014

5 Kempen Mansuhkan Akta Hasutan Di Parlimen - Orang Asli Turut Diseret Berdemo

Rancangan asalnya adalah peguam-peguam dari Majlis Peguam bersama-sama dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mengadakan demo aman di hadapan Parlimen hari ini untuk menghantar memorandum bagi Menghapuskan Akta Hasutan. Pagi ini mereka merancang untuk berkumpul di Padang Merbok sebelum berarak ke Parlimen. Mungkin sambutan yang diterima kurang mengalakkan sehinggakan penganjur terpaksa mengimport orang luar. 

Ini disebabkan Nik Nazmi sebagai Ketua AMK tidak mempunyai pengaruh yang kuat dan pengikut yang ramai. Majlis Peguam pula sudah terbahagi dua. Ada kumpulan yang pro Akta Hasutan dan ada yang kontra. Apa relevannya mengheret Orang Asli untuk bersama-sama berdemo untuk Kempen Menghapuskan Akta Hasutan? Boleh tak bagikan fakta berapa banyak orang-orang asli yang didakwa di bawah Akta Hasutan sehingga terpaksa mengheret mereka untuk berdemo?


October 15, 2014

10 Ahli Parlimen Ampang @ybz99 Bengap Bila Mendakwa PERMATA Hanya Ambil Anak Orang Kaya


Agak mendukacitakan apabila seorang penjual buah diangkat menjadi Wakil Rakyat seterusnya menjadi Ahli Parlimen. Bukan niat CTS untuk menghina penjual buah. Tidak sama sekali. Namun apabila seorang yang rendah pendidikannya diangkat menjadi pemimpin, beliau hendaklah memperbaiki diri sendiri dan banyak belajar serta membuat penyelidikan.

Tindakan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mempertikaikan Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) menampakkan kebodohan beliau yang nyata. Zuraida Kamarudin berbahas di Parlimen hari ini dengan mendakwa program PERMATA adalah program 'short cut' atau jalan pintas untuk Permata Seni dan kebanyakkannya mengambil kanak-kanak dari kalangan orang kaya. Haprakdaily melaporkan di sini. Adakah beliau tahu perbezaan di antara Pusat Anak Permata Negara dengan Permata Seni?

Untuk pengetahuan Zuraida Kamaruddin, kriteria atau syarat kelayakan untuk menghantar anak ke PERMATA Negara adalah seperti berikut:
  • Gaji suami isteri hendaklah RM2,500 bagi kawasan bandar dan RM1,500 bagi kawasan luar bandar.
  • Suami isteri serta anak mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  • Jarak Pusat Anak PERMATA Negara tidak melebihi 10 km dari kawasan rumah atau tempat kerja.
  • Anak mestilah berada dalam keadaan sihat tubuh badan.
  • Satu anak sahaja untuk setiap keluarga yang layak untuk dimasukkan kecuali anak kembar. 
  • Sekiranya pemohon menghantar 2 permohonan, keutamaan akan diberikan kepada anak yang lebih kecil.
(Sumber: Laman Web Rasmi Bahagian PERMATA)

Dari mana datangnya dakwaan program PERMATA Negara untuk golongan kaya dan berada? Pendapatan ibubapa sebanyak RM2,500 bagi kawasan bandar dan RM1,500 bagi kawasan luar bandar dikira kayakah wahai Zuraida Kamaruddin? Bengap!!!

3 Susulan Fitnah @Keadilan_Daily , PERMATA Buat Laporan @PDRMsia



Kakitangan PERMATA hari ini telah membuat satu laporan polis ke atas Keldaian Daily di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di atas keceluparan portal berkenaan memfitnah PERMATA. Tahniah di atas keberanian kakitangan Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri yang bertindak mempertahankan PERMATA dari terus difitnah. 

Laporan polis berkenaan dibuat sendiri oleh Setiausaha Bahagian PERMATA, Dato Saidatu Akhma binti Hassan terhadap Naib Ketua Wanita PKR, YB Haniza Talha, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail, Pengarang, Nadia Hanafi dan Editor Keldaian Daily. Keldaian Daily dalam artikel mereka bertarikh 12 October 2014, telah memfitnah PERMATA memperolehi dana sebanyak RM711 juta dan subsidi minyak telah dikurangkan untuk tujuan itu. Bersiap sedialah wartawan dan editor Keldaian Daily untuk bermalam di lokap. Silalah fitnah lagi.


October 14, 2014

2 Gambar-Gambar Dan Video Ribut Puting Beliung Di Kampung Alor Besar, Pendang Kedah

Kejadian ribut puting beliung berlaku jam 5.30 petang tadi di Kampung Alor Besar, Pendang, Kedah. Nampak gayanya Malaysia mula mengalami fenomena alam yang sebelum ini hanya kita lihat di layar perak seperti filem 'Twister' dan 'Into The Storm'. Bangunan sekolah dan beberapa rumah mengalami kerosakan yang teruk, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.







video

October 13, 2014

2 Ketua Menteri Melaka DS @idrisharon66 Telah Menjawab Isu 'Octoberfest' - Persoalan Sekarang Siapa Yang Berbohong?



Hari ini, Ketua Menteri Melaka, DS Idris Haron telah mengeluarkan Kenyataan Media menafikan penglibatan Kerajaan Negeri Melaka ke atas penganjuran 'Octoberfest'. CTS ada membuat posting berkenaan semalam, baca di sini. Kenyataan Media yang dikeluarkan hari ini amat bertentangan sekali dengan apa yang disiarkan oleh kebanyakan akhbar-akhbar utama semalam. Nampaknya melalui Kenyataan Media ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Melaka tidak pernah meluluskan penganjuran Oktoberfest. Persoalan sekarang siapa yang berbohong? 

Adalah diharapkan Kerjaan Negeri Melaka mengeluarkan arahan supaya akhbar-akhbar yang menyiarkan berita tidak tepat semalam agar memohon maaf dan menarik kembali berita berkenaan atau dikenakan tindakan undang-undang oleh Kerajaan Negeri. Ini adalah kerana isu ini telah dimanipulasikan dengan meluas oleh pembangkang dan telah mencemarkan nama UMNO dan Kerajaan Pusat secara tidak langsung.

Di bawah adalah video temuramah dengan DS Idris Haron mengenai isu 'Octoberfest':

video

4 Elaun Ahli Parlimen Naik, Kerusi Ahli Parlimen Banyak Yang Kosong, Ponteng ... Ponteng ... Ponteng ...



Perdana Menteri mengusulkan agar elaun Ahli Parlimen dinaikkan pada perbentangan Bajet 2015 Jumaat lepas. Hari ini adalah hari pertama Bajet 2015 dibahaskan dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh sebagai Ketua Pembangkang mengambil sessi pertama. Tengoklah sikap Ahli Parlimen di Malaysia. Baaik di pihak Kerajaan mahupun di pihak pembangkang. Kerusi yang kosong lebih banyak daripada jumlah Ahli Parlimen yang hadir. Apakah Ahli Parlimen hadir ke Parlimen hanya apabila ada kelibat Perdana Menteri atau sewaktu giliran mereka untuk berbahas? 

Rakyat memilih Ahli Parlimen untuk bersuara dan berbahas di Parlimen. Amanah dari pengundi-pengundi mereka telah gagal mereka laksanakan. Mereka ponteng dari tugasan rasmi mereka sedangkan elaun mereka tidak pernah gagal mereka perolehi. Mungkin Ahli Parlimen tidak dapat hadir kerana kekurangan duit tambang dan terpaksa mengikat perut akibat elaun mereka yang hanya RM6,500. Nampaknya jauh lagi perjalanan untuk negara ini menjadi maju dan bertamadun dalam konteks mewujudkan budaya politik baru yang segar.

October 12, 2014

9 Selamat Menyambut Hari 'Typo' Semalaysia

Media sosial hari ini di'hibur'kan dengan beberapa gambar yang disiarkan oleh pengguna-pengguna yang secara kebetulan dapat mengambil gambar siaran televisyen yang memaparkan beberapa kesilapan perkataan yang membawa maksud yang lain. Kesilapan perkataan yang digunakan menjadi bahan jenaka setiap yang mengulas.

Walaupun ianya nampak remeh namun ianya menunjukkan betapa tidak sensitifnya orang yang menaip tulisan berkenaan dan orang yang menyemaknya (jika ada). 4 kesilapan di bawah disiarkan di media sosial, 2 dari RTM dan masing-masing 1 daripada TV3 dan TV9. Selamat menyambut Hari Typo SeMalaysia.

1. Gembira Terima Ijazah dan bukannya Gembira Terima Jenazah


2. Capai Bajet Seimbang dan bukannya Capai Bajet Sembang


3. Yang pastinyanya, Mohamad Shahrul Nizam Yahya bukanlah seorang Perdana Menteri ...


4. ... Dan ini bukannya Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak!!!


Tidak hanya terhad kepada siaran televisyen, sebuah akhbar utama beberapa hari lepas turut membuat kesilapan perkataan seperti berikut:

5. Fakir Miskin dan bukannya Kafir Miskin

7 Apa Masalah Ketua Menteri Melaka Ni Nak Anjurkan Octoberfest?

Dalam CTS dan rakan-rakan menemplak Kerajaan DAP Selangor dengan mengajurkan pesta minum beer yang dikenali sebagai 'Octoberfest', Ketua Menteri Melaka dari UMNO dan beragama Islam (CTS rasalah) boleh mengumukan pengajuran Octoberfest di Jonkers Street, Bandar Melaka. Malah beliau yang dipetik oleh akhbar tempatan mengeluarkan kenyataan bahawa penganjuran pesta beer Octoberfest adalah satu cara Kerajaan Negeri menarik pelancong.

Sejak bila Melaka memerlukan pesta beer untuk menarik pelancong? Tanpa pesta beer Octoberfest sekalipun, jalan-jalan di Melaka sudah tidak mampu untuk menampung kedatangan pelancong tempatan dan Singapura terutama menjelang cuti umum dan hujung minggu. Kerajaan Negeri kena membezakan di antara membenarkan bukan Islam di Melaka untuk minum minuman keras dengan menganjurkan pesta minum beer di tempat terbuka dan khayalak ramai.

Kita faham keadaan masyarakat majmuk di Melaka. Oleh itu, kita tidak menghalang bukan Islam untuk membeli dan meminum arak. Sejak bila pula hendak minum beer dan arak memerlukan satu pesta? Lebih mengaibkan, Kerajaan Negeri Melaka turut menganjurkannya. Setidak-tidaknya Kerajaan DSP Selangor menganjurkan pesta minum beer di tempat tertutup di kompleks membeli belah One Utama. Melaka sebaliknya mengadakan pesta berkenaan di atas jalan umum di Jonkers Street di tengah Bandar Melaka! Sangat mendukacitakan apabila pada hari yang sama Melaka turut mengadakan 'Melaka Berselawat'. Tahniah dan 'well done' Ketua Menteri Melaka, imej si warak anda sangat bertepatan dengan Octoberfest ini.

Saya tertarik dengan apa yan diperkatakan oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara Mohd Razlan Rafii, "apa yang nak di banggakan dengan Budaya Octoberfest ini, ini budaya Barat dan ianya tidak ada kene mengena dengan Budaya Cina, India mahupun Melayu, jauh sekali budaya Kadazan, iban dan dayak. Orang Malaysia ada banyak budaya sendiri yang nak di banggakan dan diraikan bersama, kenapa nak tambah Budaya barat dalam Negara kita!!"


6 Apa Yang Haprakdaily Bengap Sangat - Bajet RM711 Juta Bukan Untuk PERMATA @hdaily09


Harakahdaily kembali menyerang isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor melalui Permata. Harakahdaily berselindung di sebalik satu akaun laman sosial Facebook yang bernama Hayati Aziz yang mengaku kakitangan Permata. Pertamanya, Biarlah CTS menjawab bagi pihak DS Rosmah Mansor, soalan-soalan bodoh yang dikemukakan.

Pertama, PERMATA didakwa tidak didaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS). Wahai si bodoh, tahukah anda bahawa PERMATA adalah sebuah agensi kerajaan. Namanya Bahagian PERMATA. PERMATA adalah sebuah agensi yg terletak dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) sejak zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Ianaya dilaksanakan berperingkat-peringkat sejak akhir 2006. Bukan DS Najib Razak mewujudkan Bahagian PERMATA ini untuk isterinya.

Di bawah JPM ada pelbagai bahagian lagi. Bahagian Istiadat, Bahagian Perumahan, Bahagian Kewangan dan mcam-macam lagi. PERMATA diketuai oleh Setiausaha Bahagian yang berpangkat Jusa C. Setiausaha Bahagian PERMATA sekarang adalah Dato Saidatu Akhma binti Hassan. Mana ada agensi kerajaan berdaftar dgn ROS? Yang perlu berdaftar dengan ROS adalah pertubuhan. 

Kedua, terdapat fitnah jahat mengatakan bahawa RM711 juta telah diperuntukkan untuk PERMATA. Boleh tunjukkan kepada CTS, ada tak mana-mana peruntukan khusus telah diberikan kepada PERMATA? Janganlah terlalu pemalas untuk membaca teks Bajet 2015 wahai Macai-Macai PAS. Kalau adapun peruntukan RM711 juta tersebuta adalah untuk pendidikan awal kanak-kanak.

Ianya merangkumi peruntukan untuk Kementerian Pendidikan, Tadika Kemas, Tadika Perpaduan dan sebagainya. CTS akui yang pasti tiada peruntukan untuk Tadika PASTI PAS! Tambahan lagi setahu CTS, peruntukan PERMATA (sekiranya ada) adalah melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) dan bukannya kementerian lain.


DS Rosmah Mansor bukanlah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau Presiden PERMATA. Beliau hanyalah Penaung PERMATA. Semua bajet dan urusan transaksi diuruskan dan dikawal oleh kakitangan kerajaan. Apa macai-macai PAS ingat DS Rosmah boleh sesuka hati menggunakan dana dan peruntukan PERMATA seperti mana pemimpin-pemimpin mereka menyeleweng duit tabung derma PAS? 

Program PERMATA adalah untuk keseluruhan kanak-kanak cerdik di Malaysia tanpa mengira status agama, kaum dan kepartian. Kalau ada anak-anak orang PAS yang cerdik dan pandai, mereka boleh memohon. Kalau setakat bodoh dan kelulusan SRP macam Mahfuz Omar, tak dapek den nak menolong eh!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates