October 4, 2014

0 Kuasa Tetapkan Kadar Tambang Bas Ditentukan Oleh Pihak Sekolah, Ibu Bapa Dan Pengendali Bas - SPAD


Isu tambang bas sekolah yang selama ini menjadi kontroversi dan 'perang dingin' di antara pihak ibu bapa dan pengendali bas akhirnya terjawab semalam. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyerahkan kuasa menetapkan kadar tambang bas sekolah kepada sekolah, ibubapa dan pengendali bas, mulai tahun depan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar pada sidang media di Kuala Lumpur, berkata dengan keputusan berkenaan, bermakna SPAD telah menukar peranannya daripada menetapkan tambang kepada memantau dan mengawal selia sahaja. Ini bermakna pihak sekolah dan ibubapa menerusi Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) boleh berunding dengan pengendali bas bagi menentukan kadar tambang mengikut jenis dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Menurut TS Syed Hamid, mereka juga boleh memutuskan untuk meluluskan atau menolak permohonan pengendali bas sekolah. Sebagai salah satu langkah mengatasi masalah bas sekolah 'sapu' atau tidak berlesen, SPAD akan memudahkan permohonan lesen pengendali bas sekolah. Tambah beliau, sesiapa sahaja boleh memohon lesen itu asalkan mereka memenuhi syarat dan tidak mempunyai rekod jenayah. 

Pengendali yang mempunyai lesen yang sah daripada SPAD dibenarkan menggunakan bas sekolah mereka untuk aktiviti hujung minggu atau membawa pelajar bersiaran ketika cuti sekolah. Bas sekolah yang mempunyai lesen yang sah daripada SPAD secara automatik dilindungi skim insurans sehingga RM100 ribu.

Walaupun kuasa menentukan tambang telah diberikan kepada pihak sekolah, SPAD akan mengenakan tindakan jika menerima laporan pengendali meletakkan harga yang tidak munasabah. TS Syed Hamid menyarankan agar pihak sekolah dan ibu bapa menggunakan kuasa dan hak mereka sebagai pengguna bagi memastikan tidak ada pengendali yang cuba mengambil kesempatan. 

2 Penang Banjir Lagi Semalam - Mana Janji DAP Selesaikan Banjir Dalam Satu Penggal?

Pulau Pinang termasuk bahagian Georgetown mengalami banjir luar biasa semalam. Kerajaan DAP Pulau Pinang cuba menyalahkan UMNO sekali lagi. Sedangkan mereka telah berkuasa di Pulau Pinang hampir 2 penggal. Kerajaan DAP Pulau Pinang pernah berjanji akan menyelesaiakan masalah banjir dalam hanya satu penggal!

Mana cakap-cakap retorik untuk menyelesaikan masalah banjir berkenaan? Kerajaan DAP bercakap seolah-olah mereka Tokong atau Tuhan yang berjanji bulan dan bintang. Sedangkan mereka hanya manusia biasa yang tidak terlepas dengan sifat bohong, bongkak dan lemah.

October 3, 2014

10 Editor Harakahdaily Merintih Harga Minyak Naik Sambil Mengisi Minyak Pada Kereta Nissan Teana


Amat sedih dan pilu apabila membaca posting yang dibuat oleh Pengarang dan Editor Harakahdaily yang juga blogger PAS blog Sanggah Tok Sago, Tarmizi Mohd Jam, apabila beliau mengeluh dengan kenaikan harga minyak semalam sebanyak 20 sen. Baru sahaja hendak bersimpati, apabila melihatkan gambar yang dipaparkan rupanya kereta Nissan Teana. Kereta mewah tu yang berharga lebih dari RM100,000! Golongan hartawan dan banyak duit (kalau tidak tentu tidak mampu membeli kereta mewah ini kan dan hanya mampu pakai kereta kancil, tiara atau motorsikal) secara tiba-tiba menjadi Rakyat Marhaen yang terkesan dengan kenaikan minyak.

CTS bersembahyang Jumaat di Masjid As-Syakirin, KLCC tengah hari tadi. Sepanjang perjalanan dari pejabat ke masjid, butik dan restoren mewah di dalam KLCC dan juga Pavillion penuh dengan orang ramai. Mungkin golongan ini juga terkesan dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen. Mereka tidak kisah berbelanja mewah walaupun 'penuh-penuh' mulut mengutuk Kerajaan mengurangkan subsidi minyak. CTS merasa sedih dan pilu lagi. Yang lebih memilukan sehingga sebak dada ini apabila membaca posting-posting yang terdapat di laman sosial Facebook, sejak petang tadi. 

Jalanraya menuju ke Utara, Selatan dan Pantai Timur penuh sesak dengan kenderaan untuk pulang ke kampung berhari raya Aidil Adha. Golongan ini juga terkesan dengan kenaikan harga minyak apabila mereka tidak kisah membayar harga petrol dan diesel untuk mengharungi lebuhraya dan jalan persekutuan yang penuh sesak. Golongan ini akan sekali lagi menempuh jam pada Hari Ahad dan Isnin apabila kembali ke Ibu Kota untuk kembali bertugas. Mungkin apabila sampai ke kampung akan sambung memaki hamun Kerajaan mengurangkan subsidi minyak. Sedih kan? CTS berhari raya di Shah Alam sahaja.



Ini pula gambar-gambar yang dimuatnaik oleh rakan Facebook di sebuah pasaraya terkenal di Kuala Lumpur. Amat sedih dan pilu apabila Rakyat Malaysia terkesan dengan kenaikan harga minyak sehingga mereka naik minyak keluar membeli belah. Kesian Rakyat Malaysia kan?



October 2, 2014

4 Harakahdaily Fitnah Tun Dr Mahathir Guna Sumber Twitter Palsu Berkenaan Isu Kenaikan Minyak 20 Sen cc. @hdaily09 @suara_generasi


Harakahdaily telah memfitnah Tun Dr Mahathir apabila portal berkenaan menulis Tun Dr Mahathir menegur tindakan Kerajaan yang menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter. Portal Harakahdaily telah mengambil maklumat daripada Twitter palsu yang menggunakan nama dan gambar Tun Dr Mahathir. Akaun twitter berkenaan menggunakan akaun @suara_generasi seperti dipaparkan di bawah:



Kita tidak dapat menafikan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan nama Tun Dr Mahathir Mohammed di laman sosial Facebook, Fanpage dan Twitter bertujuan untuk menjadi terkenal dan dapat mengumpul pengikut yang ramai. Tindakan ini tidak beretika dan tidak bertanggungjawab. Lebih memalukan apabila portal politik terkenal seperti Harakahdaily mengutip kenyataan sampah di media sosial yang menggunakan nama Tun Dr Mahathir sebagai sumber berita mereka, tanpa membuat pengesahan kepada tuan punya diri. Lagi sampah dan tidak bertanggungjawab.

4 Mat Sabu Masuk Hospital TAR Klang Sebab Harga Minyak Naik 20 Sen?



Melalui laman sisial Twitter Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad, beliau menulis Timbalan Presiden PAS telah dimasukkan ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang. Kemasukan beliau ke hospital bukan disebabkan oleh terkejut dengan kenaikan mendadak harga minyak sebanyak 20 sen, sebaliknya disebabkan oleh demam denggi.

Allah SWT telah menghantar seekor nyamuk untuk memperingatkan Mat Sabu bahawa khalifah pujaannya, Lim Guan Eng bukanlah seorang yang berkuasa di dunia ini. Namun berita Mat Sabu masuk hospital tidak mengembirakan sesiapa. Kalau ditakdirkan ajal beliau sudah sampai, tiada Pilihanraya Kecil (PRK) akan diadakan.

September 30, 2014

17 Hari Ini Dalam Sejarah - Madam Kipas Lawat Kajang

Semalam CTS ada membuat posting bertanyakan di mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang merangkap Menteri Besar Tak Jadi, Dr Wan Azizah sewaktu Kajang dilanda banjir kilat. Hari ini, ADUN Kajang berkenaan menafikan posting CTS. Hari ini beliau muncul beb!

Beliau hadir melawat kawasan parlimennya lengkap dengan baju kurung gaya orang hendak pergi rombongan kenduri kahwin. Seperti biasa, 'trademark' beliau tidak dilupakan iaitu Kipas Korea di tangan dan 'glove' putih Micheal Jackson.



8 Himpunan Desak PAS Keluar PR Tidak Dapat Sambutan

Sekumpulan anak muda yang menamakan NGO nereka sebagai Lensa Anak Muda pukul 10.00 pagi tadi telah mneghantar satu memorandum di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Memorandum ini mwndesak agar PAS keluar dari PR. Sayangnya tiada piket seperti yang dijadualkan sebelumnya. Malah perhimpunan yang dikatakan panas hari ini sesuam air sejuk apabila hanya lebih kurang 30 orang sahaja yang hadir.

Itupun mungkin termasuk wartawan, bloggers dan orang awam yang hadir. Kalau diikutkan yang menyerahkan memorandum hanyalah 7 orang. CTS melihat senario ini tidak lebih kepada drama sinetron yang cuba dimainkan oleh PR di bawah sutradara KETUM (Ketua Umum) Anwar Ibrahim. Mana mungkin PR tidak pertahankan kubu sendiri. Ni kes nak bagi BN syok sendiri. Kita layan sajalah.

September 29, 2014

21 Kajang Banjir Lagi, Mana @drwanazizah








Padan muka penduduk Kajang yang memberi undi kepada bin KETUM (Ketua Umum), Dr Wan Azizah di dalam PRK Kajang yang lepas. Mana muka Wan Azizah sewaktu Kajang dilanda banjir lagi hari ini? Teringin pulak CTS hendak melihat Dr Wan Azizah meranduk air banjir sambil memegang kipas bersama sarung tangan putihnya itu. 

Kalau setakat hendak hadir majlis makan malan dan menyambut Perayaan Kuih Bulan di Kajang dan beri ceramah bodoh, tak payah jadi Wakil Rakyat pun tak apa. Teringat CTS kepada lawak seorang rakan Twitter, "If Rafizi had designed Waze, any request for directions to Kajang would end up with people being sent to Bukit Antarabangsa."


1 Antara PRK Balingian, Teluk Intan Dan Pengkalan Kubor, Prestasi Parti PR Mana Yang Paling Teruk?


Lama sudah CTS tidak berpantun, kita mulakan posting ini dengan pantun berikut:

33.00% Undi PKR jatuh di Balingian
27.30% pulak undi DAP jatuh di Teluk Intan
Kalau sudah hati busuk macam syaitan
Undi PAS turun 13.18% juga jadi perdebatan

Kemerosotan peratusan undi DAP dan PKR lebih teruk dari PAS kalau mengikut statistik di atas. Statistik tidak pernah berbohong. Bagaimana Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim hendak jawab ni? Dalam PAS telah diboikot oleh DAP dan PKR sewaktu PRK Pengkalan Kubor, mereka masih mampu mencatat peratus penurunan bilangan undi yang terkecil. Jika dibandingkan sewaktu PKR di Balingian dan DAP di Teluk Intan yang mendapat sokongan padu dari PAS, kedua-dua parti ini tidak mampu mencatat prestasi yang memberansangkan.

Statistik di atas telah dikeluarkan oleh Nasruddin Hassan hari ini yang tidak berpuas hati dengan Lim Kit Siang yang menyalahkan PAS di atas kegagalan untuk mendapatkan kembali kerusi DUN Pengkalan Kubor.

September 28, 2014

12 Ceramah Pelancaran Mansuhkan Akta Hasutan Hanya Dihadiri 300 Orang? KETUM Malu Besar

Mungkin alasan yang diberikan adalah semalam ada perlawanan English Premier League (EPL) sehingga menyebabkan ceramah dan Perasmian Mansuhkan Akta Hasutan tidak mendapat sambutan. Kehadiran penduduk dan penonton import di Tapak Pesta Seberang Jaya, Pulau Pinang adalah dalam lingkungan 300 orang. KETUM (Ketua Umum) Anwar ibrahim sudah hilang bisanya atau Rakyat sudah muak berpolitik.Entah ke mana hilangnya penyokong-penyokong beliau yang jutaan orang itu.

Di dalam ceramah berkenaan, KETUM berjanji hendak membongkarkan "penyelewengan" TSKI semasa jadi MB. Marilah sama-sama kita tunggu. "Penyelewengan" Tun Dr Mahathir yang beliau kata berkotak-kotak tu sampai la ni tidak bongkar-bongkar. Mungkin dia masih simpan dalam peti ais kot? Atau mungkin belum tiba masanya. Jam Omega yang beliau dan isteri kata nak tunjuk pun tak tunjuk-tunjuk sampai sekarang ini.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates