September 13, 2014

13 Gambar Menarik Pemimpin UMNO-PAS Sempena Penamaan Calon #PRKPengkalanKubor - Muafakat Pemimpin Politik




Walaupun berlainan parti, ini tidak menghalang Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin Tun Hussein untuk menyapa Mursyidul Am PAS, Dato' Bentra Nik Aziz Nik Mat sewaktu penamaan calon Pilihanraya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, pagi tadi. Yang tua dihormati dan yang muda disatuni. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. 

Tidak ada apa yang lebih menarik yang dipinta oleh Rakyat Marhaen seperti CTS melainkan muafakat pemimpin-pemimpin politik. Tidak perlu bergaduh 24/7. Dengan ketiadaan parti chauvinism DAP di PRK Pengkalan Kubor, diharap PRK ini menjadi PRK yang paling aman dan berhemah. Anggaplah macam pertandingan adik beradik. 

September 12, 2014

7 Kenapa Lim Kit Siang Mempolitikkan Isu Teoh Beng Hock Sehingga Ke Shanghai?

Sudah seminggu, Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan kematian Teoh Beng Hock (TBH) lima tahun lalu bukan disebabkan oleh bunuh diri dan Mahkamah telah mengarahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci. Biarlah pihak polis dan pihak peguam negara menjalankan siasatan mereka dan janganlah kita menunding jari ke mana-mana pihak terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tidak perlu mempolitikkan isu berkenaan seperti mana yang dilakukan oleh DAP.


Untuk pengetahuan, sebuah akhbar Cina telah melaporkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah pergi ke Shanghai, China sejak 06 September 2014. Beliau telah bercakap di dalam forum bebas berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan. Lim Kit Siang telah membuat penghakiman sendiri dengan menyatakan TBH telah dibunuh dan bukan membunuh diri. Katanya lagi, Rakyat akan mengingati kes ini dan kebenaran akan terserlah. CTS tidak nampak apa keperluan Lim Kit Siang untuk memburukkan negara di luar negara.

CTS amat bersetuju dengan pendapat Tunku Aziz yang merupakan Presiden, Yayasan Pencegahan Rasuah Malaysia dan bekas Timbalan Presiden parti DAP. Beliau telah menyeru kepada DAP untuk tidak menangguk di air keruh dengan membuat andaian sendiri serta mempolitikkannya. Akibatnya Rakyat akan terpengaruh sebelum keputusan seterusnya dibuat serta menimbulkan apa yang dikatakan prasangka dan seterusnya menjadi bahan khabar angin yang boleh menjejas keadilan yang dicari. Semua pihak harus menerima baik keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan. Ini membuktikan bahawa mahkamah di negara ini adalah bebas dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan tidak tunduk kepada kehendak kerajaan.

Jika diperhalusi memang tepat penghakiman yang dibuat oleh salah seorang daripada tiga hakim Mahkamah Rayuan itu, iaitu Yang Arif Dato Mah Weng Kwai. Katanya, TBH bukan merupakan suspek di dalam siasatan kes tetapi hanya merupakan sebagai saksi. CTS berpendapat, sebagai seorang saksi, TBH adalah merupakan aset kepada SPRM yang harus dijaga dan bukan dihapuskan. Oleh itu, sebelum pihak polis, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman mengemukakan bukti kukuh bahawa TBH dibunuh, tidak ada pihak yang wajar dipersalahkan. SPRM juga tidak wajar ditunding jari.

1 Calon PAS #PRKPengkalanKubor Kod 02? Kedah? Mana Mai Calon Anak Tempatan? PAS Berbohong Lagi?


Nampak gayanya sekiranya calon PAS Pengkalan Kubor memenangi Pilihanraya Kecil (PRK) yang akan datang, maka Rakyat Pengkalan Kubor harus bersyukur kerana Wan Rosdi bin Wan Ibrahim adalah anak Kedah. Beliau mempunyai kod kad pengenalan '02'!! Belum apa-apa PAS sudah kantoi berbohong. PAS cuba untuk membohongi pengundi-pengundi DUN Pengkalan Kubor bahawa Wan Rosdi adalah anak tempatan. 

Harakahdaily terang-terang menyatakan bahawa Wan Rosdi adalah anak tempatan. Anak tempatan Kampung Bendang Pak Yong! (Lihat keratan akhbar Harakahdaily, di sini). Semakan yang diakukan menerusi daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), kod negeri bagi Wan Rosdi adalah '02' iaitu Kedah. Kalau Kelantan kodnya adalah '03'. Zaman sekarang zaman teknologi maklumat. Maklumat di hujung jari. Kalau PAS dan Harakahdaily rasa suka untuk berbohong, buang sahaja songkok atas kepala tu! Jangan memalukan Islam.

19 YB Nurul Izzah Melalak Kertas UPSR Bocor, Beliau Lupa Zaman Bapa Ketum Jadi Menteri Kertas BM SPM Juga Bocor!!!


Tidak cukup dengan permohonan maaf yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan, DS Idris Jusoh dan Menteri Pendidikan, TS Muhyiddin Yassin, semalam anak Ketum (Ketua Umum), Nurul Izzah Anwar Ibrahim telah mendesak penggantian Menteri untuk dilakukan. CTS juga tersenyum apabila Nurul Izzah membuat kenyataan akhbar bahawa "Kementerian Pendidikan sepatutnya sudah menyediakan kertas ujian alternatif bagi peperiksaan tersebut sekiranya menghadapi kes kebocoran".

Ahli Parlimen Lembah Pantai ini banyak perkara yang beliau tidak peka rupanya. Pertama, Lembaga Peperiksaan mempunyai beberapa set kertas peperiksaan sebagai 'back up' alternatif sekiranya berlaku kebocoran dan lain-lain sebab. Kenapa Kertas Ujian UPSR Sains terpaksa dilakukan pada 30hb September dan bukan dilakukan dengan segera adalah Kementerian Pelajaran dan Lembaga Peperiksaan terpaksa mencetak kembali kertas ujian peperiksaan yang dijadikan sebagai 'back up' alternatif itu. 

Masa juga terpaksa diambil untuk mengedarkan kertas peperiksaan yang baru ke seluruh negara. Takkanlah YB Lembah Pantai juga meminta Kerajaan mencetak kertas peperiksaan 'back up' alternatif itu walaupun tiada apa-apa yang berlaku? Nanti pembangkang juga yang bising mengatakan Kerajaan membazir duit Rakyat sebab kertas peperiksaan 'back up' alternatif yang dicetak tidak digunakan!

Kedua dan yang paling penting, Nurul Izzah mungkin masih menyusu botol dan tidak ingat apa yang berlaku pada tahun 1989 sewaktu bapa Ketum beliau menjadi Menteri Pendidikan. Pada waktu itu, Kertas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk Bahasa Malaysia juga bocor dan kesemua pelajar SPM pada masa itu terpaksa mengambil kembali kertas peperiksaan berkenaan. Bagaimana CTS tahu mengenai perkara tersebut? Sebabnya CTS antara calon yang terpaksa mengulang kembali kertas berkenaan walaupun CTS tidak memperolehi kertas BM yang bocor itu.

Zaman tersebut walaupun tiada komunikasi media sosial canggih seperti 'Whatsapp' dan 'Telegram', penyebaran kertas soalan bocor begitu meluas, bayangkan sekarang dan akan datang. Kenapa Menteri Pendidikan pada masa itu tidak diminta meletak jawatan? Oh lupa, mungkin beliau kebal. Dengan berstatus banduan salah guna kuasa dan suspek jenayah liwat, beliau masih bergiat aktif di dalam politik dan menjadi Ketua Pembangkang!

September 11, 2014

0 Transformasi PLKN - Aspek Patriotisme Dan Perpaduan Kaum Harus Ditambahbaikkan

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan salah satu program yang dijalankan di Malaysia pada 16 Februari 2004. Idea penubuhan program ini mula dicetuskan dalam Kongres Patriotisme Negara pada 24 Oktober 2002. Pada mulanya program ini dikenali sebagai 'Kerahan Tenaga'. Namun, setelah mendapat pandangan daripada orang ramai 'Kerahan Tenaga' ini telah ditukar kepada 'Khidmat Negara'. PLKN bukanlah satu bentuk kerahan negara ala tentera yang diamalkan oleh negara luar dan negara kita pada tahun 1952 untuk menerangi komunis. Kandungan perkhidmatan ini meliputi 30 peratus ala tentera dan 70 peratus kemasyarakat. Program ini melibatkan golongan remaja yang berumur 18 tahun atau lepasan SPM yang dipilih secara rawak.

Di sebalik kebaikan yang diperolehi dari program berkenaan, banyak kelemahan yang telah diperkatakan terutama sekali dari segi masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Pelbagai masalah seperti masalah pentadbiran, disiplin, penyertaan peserta adalah antara masalah yang memberi gangguan kepada kelancaran perjalanan PLKN. Perkara ini merisaukan kesemua pihak memandangkan PLKN diwujudkan atas dasar yang sangat murni iaitu untuk melahirkan remaja bersifat patriotik dan mewujudkan semangat perpaduan di antara kaum. PLKN diwujudkan dengan hasrat yang begitu murni melalui pelaksanaan modul-modulnya.

Dua aspek terpenting di dalam PLKN harus ditambahbaikkan iaitu aspek patriotisme dan perpaduan kaum serta intergrasi nasional. Hari ini golongan remaja dan belia terdedah dengan unsur-unsur menghina kedaulatan negara sewenang-wenangnya. Kes-kes belia dan remaja yang dibawa ke mahkamah dan didakwa di bawah Akta Hasutan semakin menjadi-jadi. Nama-nama seperti Wan Ji Wan Hussin, Alex Tan dan beberapa lagi mengambarkan betapa semangat patriotisme semakin luntur di kalangan remaja dan belia. Modul kenegaraan perlu ditambahbaikkan dalam meperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatan Raja dan undang-undang serta cabaran-cabaran dalam serta luar negara.

Selain daripada melahirkan remaja yang berpatriotisme yang tinggi dalam diri mereka, PLKN juga diharap dapat ditransformasikan untuk mempertingkatkan perpaduan kaum serta integrasi nasional. Perpaduan begitu penting dalam membentuk sebuah negara yang aman. Tiga bulan sebenarnya belum begitu mencukupi untuk melihat keberkesanan sesuatu program. Namun, apa yang paling utama ialah bagaimana peserta dapat mengaplikasi apa yang diperoleh dan dipelajari daripada PLKN dalam kehidupan sebenar. Perlu ada kesinambungan program berkenaan setelah para peserta manamatkan kursus selama 3 bulan. Objektif PLKN mestilah diteruskan dan tidak boleh berhenti sebaik sahaja PLKN tamat. Jika ini berlaku maka gagallah hasrat murni PLKN. Oleh itu, adalah mustahil untuk menjadikan PLKN sebagai satu titik terakhir pembentukan generasi remaja yang gemilang.

Pada waktu kita perlu bersifat prihatin akan masalah yang wujud dalam PLKN, kita juga perlu bersifat optimis bahawa PLKN akan berjaya. Kita perlu berfikir secara realistik bahawa dalam pelaksanaan program yang begitu besar, akan timbul masalah. Kita tidak boleh membenarkan masalah yang timbul menenggelamkan atau mematikan hasrat murni kerajaan. Sifat optimis perlu ada kerana tanpanya pembentukan remaja yang bersifat patriotik dan perpaduan kaum sukar wujud. Yang pentingnya, program PLKN mesti dinilai sebaik sahaja sesuatu program tamat tempoh setiap tahun. Hasil penilaian perlu dijadikan sebagai kayu pengukur sejauh mana berkesannya program ini. Segala kelemahan perlu di atasi. Sama ada program ini perlu kepada pengubahsuaian banyak bergantung pada penilaian yang dilakukan.

0 Permata Yang Tidak Digilap - TS Dr Syed Hamid Albar Dari Penulis Puisi Kepada Penterjemah




Kesibukan beliau sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan kecintaan beliau terhadap bidang seni dan sastera. Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dua hari lepas telah melancarkan buku Mohammad Hashim Kamali, yang beliau terjemahkan dari Bahasa Inggeris. Majlis pelancaran buku berkenaan, bertajuk 'Wasatiyaah Dalam Al Quran Dan Sunnah' telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato Seri Shabery Cheek, di International Institute of Advance Studies (IAIS), di Kuala Lumpur.

TS Dr Syed Hamid di dalam ucapannya berkata, Konsep Wassatiyah sebenarnya cukup indah. Ia bukan sahaja ditakrifkan sebagai kesederhanaan, malahan ianya boleh didefinasikan sebagai tidak melampau atau tidak ekstrem. Beliau menambah, Wasatiyyah dari perseptif Islam bermakna Umat Islam mesti bersederhana, ari dari sifat ekstrem atau membuat sebarang kenyataan atau perilaku ekstrem dan melampaui batas.

Ini merupakan percubaan pertama TS Dr Syed Hamid Albar di dalam arena penterjemahan dan usaha beliau ini turut disokong oleh IAIS. Beliau menterjemah buku ini kerana minatnya terhadap tajuk dan konsep kesederhanaan. Ramai yang tidak mengetahui, TS Dr Syed Hamid Albar juga pernah menempa sejarah peribadinya serta melakarkan nama sebagai Menteri Kabinet yang pertama menerbitkan buku sastera hasil karya puisi penulisannya bertajuk 'Merenung Jendela Hidup'. Buku berkenaan perah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

September 10, 2014

10 Peguam PKR Dalang Tunjuk Perasaan Mansuh Akta Hasutan Di UM Hari Petang Tadi?




PKR bijak memanipulasi pelajar-pelajar Universiti Malaya hari ini apabila mereka kelihatan cuba mendalangi tunjuk perasaan Mansuh Akta Hasutan yang diadakan di perkarangan universiti berkenaan petang tadi. Kelibat peguam pro-PKR kelihatan di dalam tunjuk perasaan berkenaan. Begitu juga dengan kenderaan rasmi Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga kelihatan di tempat tunjuk perasaan berkenaan. Oh ya, calon DAP PRK Teluk Intan yang kalah, Dyana Sofya turut juga kelihatan.


Ramai tertanya-tanya siapakah peguam wanita cantik di atas. Beliau adalah Michele Darlene Yusadas, yang merupakan seorang peguam di firma guaman Daim & Gamany. Selain Michele, beberapa lagi peguam PKR seperti Sivarasa Rasiah dan Lateefa Koya turut bekerja di situ. Jadi tidak hairanlah segolongn kecil pelajar-pelajar Universiti Malaya ini naik lemak dan berani bertindak melanggar peraturan dan undang-undang Universiti.





September 9, 2014

2 @drwanazizah Boleh Serah Kerusi #PengkalanKubor Namun Tak Mahu Beralah Jawatan MB Selangor

Sejak dua tiga hari ini agak menghairankan apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah agak aktif mengeluarkan kenyataan. Hari ini beliau telah mengeluarkan Kenyataan Media menyatakan bahawa PKR bersedia memberi laluan kepada PAS demi kesepakatan menentang UMNO di PRK N01 Pengkalan Kubor. Nampak gayanya gagap Puan Presiden sudah hilang kot? Mungkin kena jerkah dengan suami tersayang? Berikut adalah Kenyataan Media beliau:
KENYATAAN MEDIA
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
KEADILAN MEMBERI LALUAN KEPADA PAS DEMI KESEPAKATAN MENENTANG UMNO DI PRK PENGKALAN KUBUR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi
Saya ingin menyusul kenyataan saya semalam yang merujuk kepada pendapat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang di mana saya telah menekankan kepentingan kerjasama dan muafakat berterusan Pakatan Rakyat. Saya percaya kita perlu kembali kepada hasrat rakyat agar Pakatan Rakyat terus menumpukan usaha menggembleng semula tenaga rakyat berhadapan Umno/Barisan Nasional.
Rakyat kini berhadapan dengan kenaikan harga minyak yang saya jangka akan diumumkan sebelum Belanjawan 2015, pengenalan GST menjelang April 2015, tangkapan dan pelbagai tindakan undang-undang khususnya di bawah Akta Hasutan selain dari adu domba perkauman dan keagamaan yang berterusan.
Untuk berhadapan dengan Umno/Barisan Nasional secara berkesan, keutuhan dan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat perlu dipertahankan agar kita bersatu menentang Umno/Barisan Nasional. Saya percaya ini hanya dapat dicapai melalui tolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar.
 Oleh yang demikian, KEADILAN telah memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding di Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubur mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar.
Saya doakan Allah SWT memberi kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat kelak.
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
9 September 2014
PKR sebenarnya memberikan gula-gula kepada PAS supaya bertanding melawan BN di Pengkalan Kubor. PKR tahu mereka tidak boleh menang di DUN Pengkalan Kubor dan sudah menjangkakan akan kena sabotaj oleh PAS, sekiranya mereka meneruskan hasrat untuk bertanding di sana. Ini disebabkan di Kelantan PKR mengemis jentera PAS. PKR tidak mempunyai jentera mereka sendiri di Kelantan mahupun di Terengganu. Jadi biarlah PAS melawan UMNO, fikir PKR. PKR mahu melaga-lagakan kembali PAS dengan UMNO.

Lagipun Dr Wan Azizah sedang membeli jiwa PAS. Dr Wan Azizah masih menaruh harapan semoga PAS terbuka hati untuk memberi laluan kepada beliau untuk menjadi MB Selangor. Kalau betul Dr Wan Azizah 'saling memahami dan berjiwa besar' seperti yang dinyatakan di dalam Kenyataan Media di atas, beliau sepatutnya beralah di dalam merebut jawatan MB Selangor. Ini memandangkan semua pihak tahu, PAS tidak mahu Dr Wan Azizah menjadi MB Selangor, apatah lagi Tuanku Sultan Selangor.

September 8, 2014

5 Kenyataan Akhbar Istana Selangor - Hanya PAS Hantar 3 Nama Calon MB, PKR & DAP Biadap Dan Derhaka!!



Dalam Kenyataan Akhbar yang dikeluarkan menerusi Setiausaha Sulit baginda pagi tadi, Tuanku Sultan Selangor bertitah hanya PAS yang akur menghantar 3 nama calon MB Selangor. Tuanku Sultan Selangor menganggap tindakan PKR dan DAP yang menghantar satu nama sahaja calon MB Selangor, iaitu bini KETUM (Ketua Umum), Dr Wan Azizah, sebagai biadap dan derhaka.

"Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014. Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," titah Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini, 8 September, 2014.


0 Setelah 5 Hari Berita Fitnah DS @Zahid_Hamidi, Baru @theSundaily Buat Permohonan Maaf?


Orang putih kata, "the damage has been done". Selepas 5 hari kenyataan berunsur fitnah dikeluarkan oleh akhbar percuma harian, The Sun, hari ini akhbar berkenaan mengeluarkan kenyataan di muka surat dua menyatakan bahawa berita yang mereka siarkan pada 3 September adalah tidak benar. Ini berkaitan berita yang disiarkan oleh akhbar berkenaan yang bertajuk "Zahid: Non-Malays Getting Arrogant".

Mengapakah akhbar berkenaan mengambil masa 5 hari sebelum membuat kenyataan? Kadangkala CTS terfikirkan akhbar ini mempunyai agenda tertentu untuk memburukkan pemimpin Barisan Nasional. Misi tercapai? Akhbar seharusnya menjadi pelapor yang benar dan tepat dan bukannya 'propagandist'. Tidak asal-pasal DS Zahid dikutuk kiri dan kanan oleh rakan dan lawan disebabkan berita tidak benar tersebut.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates