August 23, 2014

9 Apa Ni? Takkan Hanya YB @KhalidSamad Hadir Kongres PKR 2014? Mana Presiden Atau Timbalan PAS?

Apa sudah jadi? DAP hantar Penasihat Seumur Hidup Sampai Mati, Lim Kit Siang. PAS sebagai parti bersekutu tidak berdaftar PR hantar siapa? Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad. Siapa beliau dalam hiraki kepimpinan PAS? Hanya AJK biasa. Mana Presiden DS Haji Hadi Awang, mana puppet Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Mat Sabu? Sibuk berkabung lagikah? Hebat sungguh YB Khalid Samad di mata Anwar Ibrahim sehingga beliau menjadi wakil PAS sewaktu Perasmian Kongres PKR 2014?

August 22, 2014

6 Ini Kongres PKR Atau Mesyuarat PIBG Sekolah?






Gambar-gambar di atas baru dimuatnaik di dalam posting malam ini disebabkan bagi menghormati kepulangan jenazah-jenazah mangsa tragedi MH17 yang baru tiba ke tanahair sejak pagi tadi. Dalam negara bersedih dan mengharungi Hari Perkabungan Negara hari ini, PKR masih meneruskan agenda politik mereka. Apa yang UMNO namakan Persidangan Agong dan PAS namakan Muktamar, PKR pula menamakan sebagai Kongres PKR. Lihatlah sendiri kedatangan perwakilan. Mungkin macai-macai akan membuat komen, perwakilan baru tiba agaknya atau perwakilan keluar ke tandas kot?

Kongres Wanita PKR dan Kongres Angkatan Muda Keadilan bermula hari ini. Ketika menyampaikan ucapan penggulungan dihadapan ribuan kerusi kosong di Kongres Wanita PKR, Ketua Wanita PKR yang berjaya mempertahankan kerusinya, Zuraida Kamaruddin mendakwa rakyat Selangor akan bangkit mempertahankan negeri itu sekiranya DUN dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya baru diadakan. Malah, ia akan menyebabkan UMNO kehilangan semua kerusi. Mak lampir ... mak lampir ... tinggi impian beliau tu.

Agenda hari ini tidak banyak perkara baru yang diutarakan melainkan agenda suami isteri Anwar Ibrahim-Wan Azizah. AMK melalui Ketuanya yang baru, Nik Nazmi berikrar tidak akan membiarkan Anwar Ibrahim dipenjarakan. Adakah mereka akan berarak ke jalanraya sekiranya Anwar Ibrahim dipenjarakan? Nurul Izzah, anak sulong kepada Anwar Ibrahim pula tidak lain dan tidak bukan berkempen untuk ibunya, Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Eloklah tu. Si suami mencadangkan nama si isteri menjadi Menteri Besar. Si anak pula menjadi tukang kempennya. Nampak sangat keluarga ini gila kuasa kan?

August 21, 2014

7 @tm_insider Tukar Tajuk Dan Ubahsuai Isi Berita @KhalidSamad Selepas Kenyataan Beliau Menjadi Kontroversi

Portal Malaysian Insider secara tiba-tiba menukarkan tajuk beritanya dan mengolah isu berita berkenaan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad yang mempertikaikan kuasa Sultan Selangor diberi hak mutlak melantik Menteri Besar Selangor. Ini berita asal dari Malaysian Insider:



Berita yang disiarkan tidak sampai 4 jam tersebut telah ditukar menjadi seperti berikut:


Tidak dapat dipastikan apakah motif Malaysian Insider menukar tajuk beritanya dan mengolah isu berkenaan. Mungkin untuk mengelak kontroversi. Yang pasti penukaran tajuk dan isi berita tersebut berkemungkinan besar disebabkan pengguna-pengguna media sosial yang meradang dengan tindakan celupar Ahli Parlimen Shah Alam yang mempertikaikan kuasa Baginda Sultan Selangor. Malaysian Insider bijak mengalihkan berita daripada YB Khalid Samad yang mempertikaikan kuasa Sultan kepada para pengguna internet (netizen). Inikah profesionalisme yang ada di kalangan wartawan-wartawan Malaysian Insider? 

Tinjauan ke atas akhbar The Malay Mail Online mendapati tajuk dan isi kandungan akhbar berkenaan masih sama dan tidak berubah. Buat YB CTS, YB Khalid Samad, YB bukanlah seorang Rakyat Selangor. YB sama seperti saya yang hanyalah menumpang di Selangor, cuma YB bertuah dipilih oleh Rakyat Selangor menjadi Wakil Rakyat mereka. Biarlah Rakyat Selangor yang membuat keputusan mengenai negeri dan Sultan mereka. YB sebagai orang luar tidak perlu menyibuk.

1 Four Million Tonnes Of Annual Sugar Output Targeted By MSM By 2020

MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), the country's largest refined sugar manufacturer targets to increase its annual sugar output to four million tonnes by 2020 from 1.25 million tones currently. MSM Chairman, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, who is also the Chairman of Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) which owns a 51% stake in MSM, highlighted the success of achieving a net profit of RM254.68 million last year. TS Isa said, MSM targets to triple sugar output by 2020 is in line with the group plans to move away from being just a national player and increase its share of the global sugar market by rising its output. 

He said the company's sugar product is not only popular in Malaysia, where it commands a 57% market share, but it also known in overseas markets for its quality. Apart from that, TS Isa told reporters at MSM's Hari Raya Aidil Fitri open house at Butterworth yesterday, MSM sugar is known for its quality in countries such as Singapore, South Korea, Australia, New Zealand and Pakistan. MSM export market constitutes 20% of MSM production. 

MSM Holdings saw its second quarter net profit drop 15% to RM78.71 million from RM92.58 million last year, partly due to removal of the 34 sen per kg sugar subsidy last year. However, despite the removal of the sugar subsidy last October, sales volume for sugar had increased in the first half of the year. The sales volume for both the domestic and industrial sectors registered an increased from 366,700 tonnes in the first half of 2013 to 395,400 tonnes in the first half of 2014. Since FGV purchased the stake in MSM from 'sugar king' Robert Kuok in 2009, MSM is focused on consolidating its strength and reinforcing its position as the country 's leading sugar producer. 

August 20, 2014

18 Kempen "Anwar Ibrahim For N01 Pengkalan Kubor" Bermula #Anwar4PKubur


Di kesempatan ini CTS ingin merakamkan takziah buat keluarga Allahyarham YB Datuk Haji Noor Zahidi Omar, ADUN Pengkalan Kubor, merangkap Ketua UMNO Bahagian Tumpat yang telah kembali ke Rahmatullah pukul 5.45 pagi tadi di Guangzhou, China. Beliau berada di sana untuk mendapatkan rawatan ke atas penyakit kanser beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampunkan dosa-dosa beliau dan menempatkan beliau di kalangan mereka yang beriman. Al Fatihah.

Kerusi DUN N01 Pengkalan Kubor adalah milik PKR. PKR telah meletakkan Hassan Ibrahim bertanding pada tahun 2008, kalah dengan majoriti 100 undi. Tahun 2013 pula, PKR telah melatakkan Saharun Ibrahim, juga kalah dengan majoriti 1,736 undi. Untuk PRU14, tidak ada calon yang layak selayak-layaknya melainkan Ketua Umum (KETUM) sendiri iaitu Anwar Ibrahim. Kalau beliau menang, beliau selayaknya ditabalkan sebagai Menteri Besar Kelantan. PAS duduk diam-diam cukup. Jangan bising. Selama ini mereka hanya menjadi lembu dicucuk hidung PKR dan DAP. Apatah lagi selepas boneka Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Mat Sabu mengambilalih kepimpinan PAS kelak, apa lagi yang tinggal buat PAS. 

Rafizi Ramli tidak perlu berfikir mendalam untuk menyingkirkan mana-mana ADUN seperti yang beliau lakukan untuk "Kajang Move". Dr Wan Azizah sudah sesuai benar ditabalkan sebagai Menteri Besar Selangor, dengan perkenan Sultan, kalau Allah izinkan. Nurul Izzah kita fikir kemudian di negeri mana pula kita hendak letak beliau sebagai Menteri Besar. Andai kata Lim Guan Eng tidak melantik isterinya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang kelak, kita boleh mengemukakan cadangan agar Nurul Izzah bertanding di sana. Amacam?

8 Something Malaysia Should Learn From Our Neighbor Thailand - Imagine This Happen In Selangor



Former Thailand Prime Minister, Yingluck Shinawatra crawling and grovelling towards HRH Princess Maha Chakri Sirindhorn. Could not imagine this situation happen in Selangor in the near future. I want to see MB-wannabe, Dr Wan Azizah do this at Istana Alam Shah before she gets the big NO from His Royal Highness the Sultan of Selangor. 

The likes of Guan Eng, Kit Siang, Teresa Kok, Ambiga, Tian Chua, the Ngeh-Nga Cousin freakshow, the Hindraf fruitcakes and other Malay-hating scums infesting our land should be required to maintain this posture every time they are in the presence of Raja-Raja Melayu.

As for Yingluck, she can crawl to me anytime she wants.

Thanks KijangMas Perkasa for the inspiring posting.

0 Cerita Warga Facebook Keretanya Digesel Kenderaan Berplat PG1



Memandu kenderaan mewah seperti Mercedes Benz bukanlah lesen untuk kita memandu secara tidak berhemah dan memotong dan mencelah sesuka hati. Inilah luahan perasaan seorang pengguna laman sosial Facebook, apabila beliau menceritakan pengalaman pahit beliau berhadapan dengan pemilik kereta mewah yang bernombor pendaftaran PG1 di Pulau Pinang. CTS rasa pernah dengar nombor pendaftaran ini tetapi sudah terlupa siapa pemiliknya. Mungkin ada pembaca-pembaca CTS yang tahu? Pemandu kenderaan tersebut memandu dengan begitu pantas dan tidak peduli untuk berhenti dan melihat apa yang berlaku selepas kedua-dua kenderaan bergesel. 

Baca apa ditulis oleh mangsa yang bernama Jenny Lim. Tekaan saya adalah bahawa kenderaan berkenaan dipandu oleh seseorang yang tidak mahu dirinya dikenali. Mungkin kita perlu bersangka baik. Mungkin bukan pemilik kenderaan PG1 yang memandu kenderaan tersebut pada masa itu. Mungkin juga pemandunya yang terlebih sudu dari kuah. Apapun memandangkan pemilik kenderaan tersebut amat gemar menyaman orang sini sana, lebih baik pengadu di atas, Jenny Lim membuat aduan polis ke atas pemilik kenderaan berkenaan.

August 19, 2014

1 Pengerusi SPAD Lawat Lokasi Runtuhan Di Tapak Pembinaan MRT Kota Damansara @SPADChannel


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar bersama Ketua Pegawai Pembangunan, Azmi Abdul Aziz serta Pengurusan SPAD meninjau ke kawasan kemalangan MRT di tapak bekas Institut Penyelidikan Getah Malaysia berdekatan dengan Hospital Pusrawi Damansara. TS Syed Hamid telah diberi taklimat mengenai kejadian berkenaan dan dibawa melawat sekitar tempat kejadian.

Dalam sidang media beliau selepas itu, beliau berkata SPAD telah menubuhkan pasukan siasatan. Selesai siasatan tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab. Berkaitan mayat pekerja, kesemua tiga mangsa berbangsa Bangladesh itu sudah ditemui. Pihak kedutaan sudah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan. Urusan mengenai jenazah pekerja warga asing akan diseliakan oleh pihak MRT dan kedutaan negera tersebut.

Mengenai tempoh masa laporan siap, menurut TS Syed Hamid, laporan awal biasanya diserahkan dalam jangkamasa seminggu.  Beliau berkata, jangkamasa seminggu hanya melibatkan pasukan penyiasatan teknikal dan tidak termasuk laporan daripada pihak polis serta bomba.












15 DAP Mula Rekrut Remaja Melayu, Pemuda Dan Puteri UMNO Buat Apa? Sibuk Selfie?

Menjelang PRU14, DAP mula memperkemaskan langkah untuk merekrut remaja-remaja Melayu untuk mencintai ideologi DAP. Dengan mengadakan forum-forum yang dinamakan 'Sekolah Demokrasi', fikiran-fikiran remaja ini akan diracuni supaya menjadi 'agent of change'. Itulah antara sebab DAP mengambil tokoh remaja seperti Rara dan Dyana Sofya. Remaja-remaja ini tidak perlu menyertai DAP. Cukuplah mereka fasih dan mahu memperjuangkan ideologi parti berkenaan.

Ini kelemahan Pemuda dan Puteri UMNO. Sibuk ber'selfie' di laman sosial dan masih dibuai mimpi, orang-orang Melayu masih lagi bersama UMNO. Apa aktiviti yang dilakukan oleh Putera dan Puteri UMNO untuk pengisian rohaniah seperti ini. Kalau adapun aktiviti, main bolasepak bersama Ketua Pemuda, mengacau dodol dengan Ketua Puteri dan lain-lain aktiviti yang membazir tanpa pengisian. Habis camno?

August 18, 2014

6 Kenyataan Akhbar Sultan Selangor Untuk PR - Tunggu Beta Balik Kalau Meroyan Sangat Nak Ganti Menteri Besar


Buat puak-puak PR yang tergila-gila sangat hendak menaikkan isteri Ketua Umum (KETUM), Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor dan Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Balkis, diharap mereka dapat bersabar sehingga 27 Ogos ini. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato Mohamad Munir Bani telah mengesahkan bahawa Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid Khalid Ibrahim telah memohon untuk mengadap Baginda Sultan di Budapest, Hungary. 

Walaubagaimanapun, Baginda telah menolak dan meminta Menteri Besar Selangor menunggu sehingga Baginda balik ke tanahair pada 27 Ogos ini. Buat sementara waktu, TS Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar Selangor yang sah dan juak-juak PR diharap menghentikan drama sinetron murahan mereka sehingga ke tarikh berkenaan sebab kami semua sudah muak!!! Ini pula kenyataan TS Khalid Ibrahim selepas menerima maklumbalas daripada Baginda Sultan Selnagor:

0 Muafakat Raya Kota Tinggi 2014 - RM60,396 Berjaya Dikumpul Untuk Tabung Kemanusiaan Palestin


Majlis Muafakat Raya Kota Tinggi 2014 bertemakan "Dakapan Gaza, MH370 & MH17" telah berjaya mengumpulkan sejumlah RM60,396. Setakat pada hari majlis berkenaan sahaja sejumlah RM35,000 berjaya dikumpulkan. Sumbangan-sumbangan tersebut datangnya daripada masjid-masjid dan orng ramai terutamanya daripada masyarakat Kota Tinggi yang hadir dalam majlis berkenaan. Ianya telah melebihi sasaran asal untuk mengumpul dana sebanyak RM40,000. 

Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang sudi hadir ke majlis Muafakat Raya berkenaan, YB Asiah Md Arif, EXCO Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Kesenian, Kebudayaan Dan Warisan Negeri Johor, yang mencetuskan idea berkenaan dan banyak membantu program berkenaan, Pejabat Daerah, jabatan-jabatan Kerajaan, Yayasan Mesra dan khususnya kepada masyrakat di Kota Tinggi. 

Datuk Ehsan merasa amat terharu, walaupun masih berada di dalam suasana Hari Raya Aidil Fitri, masyarakat Malaysia masih prihatin untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu saudara-saudara mereka di Gaza yang menderita. Beliau berkata, walaupun nilai berkenaan tidak banyak dan menampung semua, sekurang-kurangnya jumlah berkenaan dapat membantu kesusahan Rakyat di Gaza.

15 Ceramah Burukkan MB Selangor Di Paya Jaras Semalam Juga Gagal!




Dengan barisan penceramah hebat seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, R Sivarasa dan Elizabeth Wong masih gagal untuk mengundang orang ramai untuk hadir mendengar kutukan dan fitnah terhadap Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid Ibrahim. CTS mencadangkan agar ceramah-ceramah selepas yang akan diadakan selepas ini perlu diadakan hadiah cabutan bertuah seperti kereta, motorsikal, laptop dan sebagainya untuk menarik orang ramai untuk hadir.

August 17, 2014

25 Seperti Dijangka, PAS Buat U-Turn Dan Flip Flop Dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat Pagi Ini



Seperti jangkaan ramai, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Khas PAS Pusat yang bersidang hari ini tidak menampakkan hasil apa-apa. Pendirian PAS sebelum ini untuk mempertahankan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, berkubur. PAS tidak dapat menahan gelombang desakan daripada DAP dan PKR. Akhirnya PAS membuat keputusan U-Turn dan Flip Flop dengan mencadangkan nama Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB Azmin Ali sebagai mengantikan TS Khalid Ibrahim.

PAS kekal sebagai keldai yang dicucuk hidung di dalam pakatan PR yang tidak berdaftar. Memalukan bagi sebuah parti yang menggunakan nama Islam. Laungan 'takbir' dan 'Allahuakbar' daripada penyokong-penyong Presiden PAS, TS Haji Abdul Hadi Awang tidak memberi keputusan apa-apa kerana PAS hanya berani mengertak, tetapi lterpaksa menjilat ludah mereka sendiri.

Agak pelik sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Khas PAS Pusat sebentar tadi apabila Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang tiada, sebaliknya Timbalan beliau, Mat Sabu yang menjadi tukang cakap. Adakah Hadi Hadi Awang merajuk sebab dimalukan di dalam mesyuarat pagi tadi apabila majoriti Jawatankuasa Khas PAS Pusat tidak menyokong pendiriannya?




 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates