August 9, 2014

10 Forum "Khalid Ibrahim Belot Pakatan?" Kecoh




Nampak gayanya 'roadshow' untuk menjatuhkan kredibiliti Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor akan diadakan setiap malam untuk memberi penjelasan yang belum tentu jelas kenapa Menteri Besar Selangor berkenaan harus diturunkan. Antara panel forum "Khalid Ibrahim Belot Pakatan?" yang diadakan di The KL & Selangor Chinese Assembly Hall, malam ini adalah  Azrul Azwar Ahmad Tajudin. 

Si Mamat Lembut ini dahulunya bekerja sebagai Ketua Pakar Ekonomi di Bank Islam. Bank Islam pernah membuat laporan polis terhadap beliau dan digantung tugas, kerana mendapat dan membocorkan dokumen sulit bank. Diambil oleh TS Khalid untuk menjadi seorang Penasihat Ekonomi Selangor dan sekarang membuat 'roadshow' untuk menjatuhkan Boss beliau. Namun seperti biasalah, di mana ada forum atau mesyuarat PKR pasti akan ada tidak puas hati sehingga berlaku kekacauan sehingga hampir tercetus pergaduhan. Tak percaya lihat video di bawah:

1 Maklumbalas TS @Khalid_Ibrahim Mengenai Pemecatan Beliau - Akan Dapatkan Nasihat DYMM Sultan Selangor

Ini kenyataan pertama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas dipecat dari PKR petang tadi, melalui laman sosial Facebook beliau. TS Khalid Ibrahim Khalid sekarang adalah bebas. Sudah tidak perlu mendengar arahan Anwar Ibrahim mahupun Wan Azizah. TS Khalid Ibrahim masih MB Selangor. Esok giliran Khalid Ibrahim pula untuk memecat Penasihat Ekonomi bernilai Seringgit dan semua ahli PKR yang jadi Pengarah GLC Selangor.


Menteri Besar Terima Keputusan PKR, Akan Dapatkan Nasihat DYMM Sutan Selangor
August 9, 2014 at 8:15pm

Saya menerima keputusan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.

Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap surat tunjuk sebab,  pihak parti itu sendiri keliru dengan maklumat lanjut mengenai tuduhan terhadapn saya. Malah, PKR gagal menjelaskan secara khusus artikel dalam perlembagaan parti yang telah saya cabuli.
  
Saya juga ingin menyatakan walaupun saya telah memohon sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin ditangguhkan kepada 15 Ogos 2014 tetapi tiada jawapan balas diberikan.

Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa mendengat penjelasan daripada saya. Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab tuduhan terhadap saya mengikut proses yang betul. Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti.

Saya akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini,  dan mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi. 

Sehingga isu ini diselesaikan mengikut  prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar  mengikut kemampuan saya.

Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini.

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

4 Drama PKR Semakin Menarik - Pengerusi Disiplin PKR Kena Saman

Kemaskini 6.00 p.m.:



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid bin Ibrahim dipecat dari PKR. Selangir kini buat pertama kali mempunyai Menteri Besar dari Parti Bebas!

KENYATAAN AKHBAR
PRESS RELEASE

PARTI KEADILAN RAKYAT

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.

Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.

Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:

• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:
o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;
o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;

• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;

• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;

• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.

DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014

Posting Asal:

12 Polis Bantuan Merokok Di Tempat Berhawa Dingin Di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Kita tahu jam sudah menunjukkan pukul 3.20 pagi 09/09/2014 dan ketika ini mata memang mengantuk untuk menjalankan tugas bagi Polis Bantuan di stesen bas Terminal Bersatu Selatan (TBS).  Ini tidak bermakna anda boleh merokok di tempat awam berhawa dingin yang dikhaskan kawasan larangan merokok. Kawasan kejadian adalah di belakan restoren Nasi Kandar TBS.

Tindakan dua pegawai Polis Bantuan, di mana salah seorang daripadanya berpangkat Sarjan, menghisap rokok amat tidak boleh diterima. Ibarat harapkan pagar, pagar makan padi. Kita harapkan mereka untuk menguatkuasakan undang-undang, sebaliknya mereka pula yang melanggarnya.

August 8, 2014

16 Walaupun 'Imam Selipar' Pernah Mengelarkan BN Yahudi, YB Titiwangsa Tetap Menyambutnya Dengan Mesra


Walaupun berlainan parti dan pernah mengelarkan BN Yahudi, Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dato Johari Abdul Ghani turut menerima kunjungan dari ahli PAS yang terkenal dengan panggilan 'Imam Selipar', Hoslan Hussin. Mahkamah Persekutuan sebelum ini pernah menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas beliau yang merupakan seorang penjawat awam, atas kesalahan menghina mahkamah berikutan tindakan lelaki itu yang melemparkan seliparnya ke arah panel hakim.

Walaupun berbeza anutan kepercayaan kepartian, YB Dato Johari tidak sesekali meminggirkan atau menghalau Rakyat marhaen yang ingin bertemu dengannya untuk mengadu masalah dan memohon bantuan. Kita berfikir positif sahajalah. Mungkin Imam berkenaan sudah berubah dan bertaubat. Tabik spring buat YB Dato Johari. Ini contoh YB yang diperlukan oleh BN untuk menghadapi PRU14.

9 Di Mana Letaknya Bahasa Kebangsaan Di Mata PKR?


Ini adalah 'roadshow' DS Dr Wan Azizah malam tadi berhubung isu MB Selangor, di Ampang. Lihat betul-betul banner besar di belakang pentas tempat Dr Wan Azizah menghamburkan fitnah terhadap Menteri Besar Selangor bertujuan untuk mengulingkan beliau. Bahasa Kebangsaan diletakkan di tempat ketiga selepas Bahasa Mandarin/Kantonis dan Bahasa Inggeris. Beginilah mereka menunjukkan tanda hormat mereka kepada Bahasa Kebangsaan. 

Apa lagi yang tak kena? Bukankah mereka mengaku mereka adalah parti berbilang bangsa? Di mana mereka meletakkan Bahasa Tamil di dalam banner di atas? Bahasa Mandarin/Kantonis ada, Bahasa Inggeris ada, Bahasa Malaysia juga terpaksa diletakkan, mana pergi Bahasa Tamil? Mungkin orang India tak penting kot dalam PKR. Penting hanya bila tiba waktu untuk mengemis undi sewaktu pilihanraya.

17 Ada 2 Majlis Besar Semalam Untuk MB Selangor Semalam - Majlis Doa Selamat & Majlis Bunuh Karekter MB

Bertapa bercelarunya parti PKR boleh dilihat di dalam dua majlis besar yang dianjurkan semalam. Kedua-duanya untuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Di Kediaman Menteri Besar Selangor di Shah Alam, satu majlis doa selamat, tahlil dan bacaan Yassin diadakan untuk mendoakan agar Menteri Besar Selangor kekal dengan jawatan yang disandangnya.

Manakala, di Ampang pula, satu majlis untuk orang yang sama tetapi untuk sebab yang berlainan telah diadakan. Satu upacara makan besar-besaran diadakan, ditambah dengan ceramah-ceramah untuk menjatuhkan Menteri Besar. Siapa lagi yang menganjurkannya, tidak lain dan tidak bukan dari phak yang gilakan kekayaan Negeri Selangor dan bercita-cita tinggi untuk menjadi Menteri Besar Wanita Malaysia yang pertama, Dato Seri Dr Wan Azizah.

Kegilaan dalam politik PKR Selangor semakin menjadi-jadi. Hendak tukar Menteri Besar saja sudah berbulan tidak boleh selesai. Jangan kata nhendak tukar Menteri Besar, pemilihan parti PKR pun tak selesai jugak. Sekarang, sudah mula jelajah ceramah pulak. Kalau Tan Sri Khalid Ibrahim sudah hilang sokongan rakyat, tak perlulah berceramah burukkan dia lagi. Buaat saja usul undi tidak percaya terhadap Khalid di DUN. Atau mungkinkah Anwar sendiri pun tidak percaya dia boleh menang sekiranya usul untuk menyingkirkan Khalid dilakukan di DUN?

Di Shah Alam:




Di Ampang:





August 7, 2014

2 Boikot Mc Donalds, Makan Malam Di Nando's Dengan Rokok Di Tangan


CTS tertarik dengan tempat pertemuan "Raya Bersama Anak-Anak Muda DAP" yang akan dilakukan di Nando's, Jalan SS2/67 pada Sabtu minggu depan. Inilah cara Rakyat Malaysia memboikot barangan zionist Israel. Dua tiga hari lepas, Rakyat Malaysia yang kebanyakannya Melayu berperangai seperti Zionist Israel, menyerang dan berdemo di Mc Donalds, Dungun Terengganu. Habis harta benda restoren berkenaan dimusnahkan. Kita harapkan pemboikot tegar Mc Donalds ini tidak berduyun-duyun menghadiri majlis hari raya anjuran DAP di Nando'. Ye lah, Mc Donalds hangpa boikot, Nando's hangpa melahap ye?


CTS amat tertarik dengan  kenyataan Mufti Kelantan, "Kita perlu boikot untuk menyatakan sokongan keada perujuangan Rakyat Gaza. Jangan pula kata boikot barang Israel tetapi di tangan mereka ada rokok". Yang pasti, Rakyat Malaysia hanya tahu boikot produk Nestle, Tesco dan Mc Donalds. Perbagai alasan akan diberikan kalau kita suruh pemboikot tegar ini untuk memboikot rokok, Astro, Maxis, Celcom Axiata, Samsung, Iphone, Nokia, Motorola, Lenovo dan lebih-lebih lagi Facebook. Alasan mereka untuk melaksanakan boikot terpilih, buatlah apa yang termampu.

August 6, 2014

1 Panas!!! Menteri Potong Kad Kredit HSBC Tanda Protes Isu Gaza



Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini membuat kejutan dengan menyiarkan tindakan beliau memotong Kad Kredit HSBC sebagai tanda protes beliau terhadap isu Gaza. Di dalam laman sosial Facebook beliau, beliau dipetik berkata,
"Memandangkan HSBC menutup akaun milik pertubuhan-pertubuhan Islam yang menyokong Palestin, saya mengambil keputusan untuk membatalkan kad kredit dengan HSBC."

1 MB Selangor TS @Khalid_Ibrahim Jawab Surat Tunjuk Sebab PKR

Isu Menteri Besar Selangor sudah nenjadi lawak badut 'circus'. Ianya bukan lagi isu kerusi Menteri Besar sebaliknya pertelingkahan untuk merebut hasil mahsul Negeri Selangor yang kaya raya oleh beberapa individu yang tamak terutama dari pasangan suami isteri Anwar-Azizah. Pertama kali dalam sejarah, surat Notis Tunjuk Sebab mengenai pertelingkahan di dalam parti didedahkan untuk tatapan umum. TS Khalid tidak menunggu lama untuk menjawab Notis Tunjuk Sebab yang diberikan kepadanya semalam oleh Pengerusi Lembaga Disiplin parti PKR.

Surat jawapan kepada Notis Tunjuk Sebab bertarikh hari ini, kepada Dato Tan mempunyai beberapa kesilapan teknikal. Mungkin kesilapan ini disebabkan oleh keadaan tergesa-gesa TS Khalid Ibrahim untuk membalas surat Notis Tunjuk Sebab yang diberikan kepadanya semalam. Antaranya adalah surat bertarikh 08 Ogos 2014, tarikh bulan Islamnya adalah 10 Ramadan 1435. TS Khalid Ibrahim juga sepatutnya tidak menggunakan kepala surat (letter head) Pejabat Menteri Besar Selangor kerana ini hal dalaman antara beliau dan parti PKR. 

6 Hebat Cara PKR Tutup Bangkai 'Langkah Kajang' - Dengan Sogok TS Khalid Ibrahim!!!


Hebat cukup hebat langkah PKR hendak menutup bangkai pergolakan yang berlaku di Selangor. 3 ganjaran besar akan disogok untuk membolehkan kerusi Menteri Besar Selangor diberikan kepada DS Dr Wan Azizah. Dilantik menjadi Pengerusi Penstrukturan Air di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun sebanyak RM50,000 serta kemudahan bertaraf Menetri Besar serat semua salahlaku akan ditutup, merupakan sogokan yang ditawarkan kepada TS Khalid Ibrahim. Persoalannya,

1. Tidakkah ini boleh dikategorikan sebagai rasuah? 
2. Sumber kewangan manakah yang akan diambil untuk membayar TS JKhalid Ibrahim setiap bulan sebanyak RM50,000? Duit Rakyat lagikah?
3. Kesalahan salahlaku hanya boleh ditutup sekiranya mengikut arahan, inikah cara PKR memerintah?

Kita berharap PKR bersifat 'gentlemen' dengan tidak mengeluarkan kenyataan bahawa ini adalah surat palsu. Adakah Tan Sri Khalid Ibrahim akan bersetuju atau PKR bakal berdepan dengan masalah yang lebih besar selepas ini. Kita tunggu dan lihat.

3 Bagaimana Pembantu Rumah Boleh Menjadi Pemandu Mendiang Karpal Singh?


Pas lawatan untuk pekerja sementara bagi bekas pemandu Mendiang Karpal Singh jelas tertera Cinnasamy Selvam atau C Selvam, seorang warganegara India hanya dibenarkan untuk diambil bekerja sebagai 'maid' atau pembantu rumah. Bagaimana Mendiang Karpal Singh dan keluarganya membenarkan C Selvam untuk bekerja sebagai pemandu keluarga? 

Bukankah ini melanggar Akta Immigresen kerana menyalahguna bidang pekerjaan pekerja sementara sehingga menyebabkan kematian? Patutlah mana-mana pemimpin DAP tidak pernah menghubungi bekas pemandu Mendiang Karpal Singh ini sejak beliau ditempatkan di Penjara Taiping pada 09 Julai 2014. Mungkin ada perkara yang mereka hendak sembunyikan?

Terdapat dua persoalan yang harus dijawab oleh keluarga Mendiang Karpal Singh:

1. Adakah C Selvam mempunyai Lesen Memandu yang sah sebelum beliau dijadikan pemandu?
2. Sekiranya tidak, siapakah yang bertanggungjawab menjadikan C Selvam sebagai pemandu sedangkan beliau tidak mempunyai lesen memandu yang sah?

0 Encorp Berhad - Unlocking Landbank Value


Property developer, Encorp Bhd is bullish about its prospects with Felda Investment Corp (FIC) on board as the latter has valuable landbank in key cities nationwide. FIC, which is Federal Land Development Authority’s (Felda) investment arm, owns large tracts of landbank. Anything that comes by in the future would be promising because of FIC’s portfolio strength. Encorp have to go back to the objective on why FIC is acquiring them, which is to unlock the value of its landbank. This will definitely enable Encorp to be on the growth momentum.

In May 2014, FIC acquired 49.45 per cent of Encorp from its major shareholders, Lavista Sdn Bhd and Pegang Impian Holdings Sdn Bhd. It triggered an unconditional mandatory takeover offer to acquire the remaining shares, warrants and loan stocks it did not own in Encorp at RM1.55, 55 sen and RM1.55 a piece, respectively. The offer closed on July 10. FIC now holds 72.29 per cent of Encorp, which will remain listed on Bursa Malaysia. Encorp’s top priority is to focus on growing its property development and construction divisions.

Encorp Berhad currently is held by Acting Chief Executive Officer (CEO), Mohd Ibrahim Masrukin Ibrahim. The Board of Directors includes four members from the Felda group. They are Mohd Zaid Abdul Jalil, who is FIC’s CEO and Executive Director; Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, a Director of Felda, Felda Global Ventures Holdings Bhd, MSM Malaysia Holdings Bhd and Yayasan Felda; Datuk Faizoull Ahmad, Chairman of Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd and Felda D’Saji Sdn Bhd chairman; and Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, chairman of Felda, FGV, FIC and Felda Holdings Bhd.

August 5, 2014

0 Mogok Bas Kilang Di CIQ Johor Bharu - PDRM Dan SPAD Akan Ambil Tindakan

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi tempoh lima hari kepada 16 syarikat pengusaha bas yang didapati terlibat mengadakan protes di Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bharu, Jumaat lepas sehingga mengakibatkan kesesakan teruk hampir lima jam.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis temu siasat terhadap syarikat-syarikat berkenaan untuk datang dan memberi keterangan kepada pihaknya dalam tempoh berkenaan bagi meneruskan proses siasatan yang akan disiapkan pada minggu depan.

Manakala pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pula telah mengeluarkan 100 saman kepada pemandu-pemandu bas kilang berkenaan. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah II Johor Baharu Selatan, Supt Mohd Nadzir Ghulam Kadir berkata kesemua mereka yang meletakkan kenderaan di bahu jalan utama terbabit akan disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987. Menurut Supt Mohd Nadzir, pemandu-pemandu bas kilang dengan sengaja beredar membawa kunci dan meninggalkan bas sebelum kemudian berkumpul beramai-ramai.

Sementara itu, bagi pihak SPAD pula, menurut Datuk Che Hasni, kertas siasatan telah dibuka dan notis telah dihantar untuk mengenalpasti jenis kesalahan yang mereka lakukan. Sekiranya didapati melanggar syarat-syarat permit kenderaan, tindakan boleh dikenakan iaitu mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang membawa peruntukan penalti tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah. Selain itu, SPAD juga boleh menggantung serta membatalkan permit kenderaan mereka bergantung kepada hasil siasatan.

42 Ini Padahnya Kalau Hubungan Nazri Aziz-Lim Guan Eng Intim - Pulau Pinang Sudah Ada Pesta Bogel!!!


Sejak Kerajaan DAP mengambilalih Pulau Pinang, pelbagai perkara tak senonoh berlaku di dalam pemerintahan Lim Guan Eng. Ini ditambah dengan sokongan kuat dan tak berbelah bagi daripada Kementerian Perlancongan di bawah Menteri DS Nazri Aziz. Sejak semalam telah tersebar sebuah video dari laman 'Vimeo' yang bertajuk "Malaysia Nude Sports Games 2014" (video berkenaan telahpun dipadamkan). Video yang berusia 2 bulan ini berdurasi 5:26 minit memaparkan beberapa lelaki dan perempuan yang mengadakan permainan pantai dan melukis di badan secara berbogel.

Ianya dianjurkan oleh Kelab Sukan Bogel Pulau Pinang yang disertai oleh hampir kesemuanya berbangsa Cina dikatakan warga negara Singapura, berumur di antara 30 - 45 tahun. Pengambaran dilakukan di Taman Negara, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Adakah acara sebegini menjadi daya tarikan baru Pulau Pinang? Jangan ditanya Nazri Aziz. Apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng semuanya baik dan cantik di mata beliau. Video berkenaan juga boleh ditonton di bawah:

August 4, 2014

2 Video Orang Minyak Di Dataran Pahlawan, Melaka Tersebar




Anak siapalah ni. Ingatkan orang minyak hanya wujud dalam filem P Ramlee, Sumpah Orang Minyak. Dalam zaman moden inipun masih ramai yang buat perkara yang pelik-pelik. Sehari dua ini berlegar di media-media sosial gambar-gambar yang dikatakan orang minyak. Kejadian ini sebenarnya berlaku di Dataran Pahlawan, Melaka pada hari pertama Raya lalu. 

Orang minyak berkenaan dikatakan menganggu orang ramai yang lalu lalang terutamanya kaum wanita. Dengan bantuan pengawal keselamatan, suspek akhirnya berjaya diberkas. Video di bawah dikongsi oleh seorang rakan Facebook.

22 Kalau Hendak Boikot Mc Donalds Silakan - Jangan Biadap Sebegini


Bayangkan orang asing datang ke rumah kita, buat rumah kita sesuka hati mak bapak dia seolah-olah mak bapak dia bayar sewa rumah atau ansuran Bank. Tindakan pemuda yang tidak beradab ini membawa nasi bungkus dan teh o ais untuk makan di Mc Donalds untuk menunjukkan tindakan boikot adalah keterlaluan dan kurang ajar. Tindakan sebegini tidak sepatutnya dipuji. Kalaulah ada peraturan yang tak benarkan makanan dari luar dimakan di sesuatu premis sewajarnya dihormati. Apa yang terjadi ini hanyalah mencerminkan sikap tak peduli aturan dan hormat pada orang lain.

CTS juga tidak setuju dengan tindakan sesetengah pihak yang mengambil gambar orang sedang makan di Mc Donalds atau mengadakan ceramah depan pintu masuk restoren dengan bertujuan untuk dimasukkan ke dalam Facebook (penyokong utama Zionist Israel) dengan niat memalukan orang (public shaming). Memboikot sesuatu produk adalah hak individu. Tak perlulah rasanya untuk memaksa semua orang mengikut kehendak kita. Nak boikot tu boikot la, tapi tidak perlu pergi depan Mc Donalds untuk memalukan pekerja-pekerja muslim. Mereka hanya cari makan secara halal. Kalau berhenti, kau nak gajikan ke?


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates