June 14, 2014

2 Belanda vs Sepanyol - Sah Penyokong @anwaribrahim Seorang Ni Mabuk Daun Ketum


Orang gila Piala Dunia, diapun nak buat status kononnya dia juga peminat Piala Dunia. Mungkin niat di hati hendak menunjukkan kepada Mentor beliau, Anwar Ibrahim bahawa beliau adalah peminat pasukan Sepanyol. Al maklumlah dapat menonton layar besar di istana Anwar Ibrahim di Segambut.

Sudahnya, tunjuk pula kebodohan diri di laman sosial Facebook. Inilah macai-macai Anwar Ibrahim. CTS tidak pernah tahu sejak bila Messi atau Lionel Messi ini main untuk Sepanyol. Pemain kelab Barcelona ini setahu CTS bermain untuk Argentina. Tidak pastilah kalau Anwar Ibrahim menguruskan ekstradisi Messi untuk berpindah ke Sepanyol tahun ini. Macai-macai ...

P/s: Tahniah pasukan CTS yang membelasah Sepanyol semalam 5-1. Hidup Luis Van Gaal!


June 13, 2014

1 Kenapa MB Selangor TS @Khalid_Ibrahim 'Main Wayang' Isu KIDEX? cc. @PetraJayaMP @NajibRazak


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, jelas 'main wayang' apabila sengaja mendakwa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) gagal hadir ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan kononnya LLM meminta tempoh tujuh hari untuk menyediakan kertas kerja lengkap mengenai cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX). Menurut sumber yang CTS perolehi, LLM langsung tidak ada menyebut meminta tempoh tujuh hari untuk menyediakan kertas kerja lengkap seperti didakwa, dalam surat balasan kepada MTES. 

Malah menurut sumber itu lagi, surat jemputan kepada Ketua Pengarah LLM untuk hadir ke Mesyuarat EXCO MTES berhubung isu KIDEX hanya diterima kira-kira dua jam daripada waktu mesyuarat sepatutnya berlangsung. Faks diterima oleh pihak LLM pada jam 9.14 pagi, 12 Jun 2014, sedangkan mesyuarat diadakan pada jam 11.00 pagi 12 Jun 2014 di MTES. 

CTS difahamkan lagi, LLM dalam jawapannya kepada MTES memberikan jawapan tidak dapat hadir kerana baru sahaja menerima surat jemputan mesyuarat pada hari sama dan pada masa  yang  sama mempunyai mesyuarat lain. Agak-agaklah kalau hendak menjemput orang. Mana sempat notis dua jam yang diberikan kerana semua pegawai sudah ada komitmen lain!

Menurut sumber lagi, LLM turut menjelaskan bahawa pihaknya akan menghadiri mesyuarat berkaitan isu sama yang sudah diatur oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), Negeri Selangor pada hari berikutnya iaitu hari ini 13 Jun 2014. Ini sememangnya ada dalam jadual asal.

Mengikut akhbar-akhbar hari ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pertandingan Kemahiran Malaysia semalam turut menjelaskan mengenai isu sama. Menurutnya, beliau mendapat tahu bahawa Menteri Besar Selangor memaklumkan kepada media beliau memanggil LLM untuk bermesyuarat dengan MTES, tetapi surat panggilan mesyuarat hanya dihantar pada hari sama pada 12 Jun 2014. Ini petikan YB Menteri dipetik dari akhbar:

"Saya ingat LLM komited dengan perkara lain dan tidak dapat menghadiri mesyuarat itu. Kita akan membantu untuk mengatur pertemuan dengan Menteri Besar Selangor dengan LLM dan pihak berkenaan untuk menerangkan apa yang mereka ingin ketahui. Sebenarnya, semuanya sudah dibentangkan dengan MTES termasuk jajaran dan kajian trafik sebelum ini."

"Saya melihat banyak tekanan oleh pihak terutama yang menggunakan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). LDP tidak dapat menampung keperluan sekarang, sebab itu kena ada lebuh raya untuk mengalihkan tumpuan di LDP. KIDEX merupakan jalan penyelesaian bagi menyuraikan trafik di LDP dalam 20 ke 30 peratus."

Persoalannya adalah kenapa Menteri Besar Selangor bermain wayang? Kenapa MTES di bawah Kerajaan Selangor cuba untuk memburuk-burukkan LLM dengan harapan LLM akan dipersalahkan kerana tidak hadir mesyuarat semalam?

0 SPAD Lancar Ops Hippo Di Puchong Untuk Banteras Lori Lebih Muatan


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak pernah alpa dan leka daripada menjalankan operasi terhadap pengangkutan awam dan lori muatan barangan bagi memastikan pengendali perkhidmatan berkenaan mematuhi peraturan jalanraya dan lebih utama adalah keselamatan keseluruhan pengguna awam di jalanraya tidak terancam. Lantas, awal pagi tadi, SPAD telah mengadakan Ops Hippo di sekitar Puchong bagi mengesan lori-lori yang melanggar peraturan jalanraya.

25 lori ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan. Daripada jumlah itu, 12 lori didapati membawa lebih muatan, 12 mengubahsuai panel sisi dan sebuah kerana melakukan halangan jalanraya. Di badan lori jelas tertera berat yang dibenarkan adalah 30 tan, tetapi muatan yang dibawa melebihi antara 100 hingga 160 peratus. Ops Hippo itu diketuai oleh Pengurus Besar Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad yang dibantu oleh lapan pegawai dan 27 anggota. Ia bermula jam 4 pagi dan berakhir pada 12 tenghari.

Menurut Che Hasni Ops Hippo dijalankan setelah SPAD mendapat banyak aduan dari penduduk Puchong.  Katanya, penduduk mengadu banyak jalan rosak disebabkan kekerapan lori membawa muatan berlebihan. Menurut Che Hasni, SPAD telah mengenalpasti antara kawasan 'hot-spot' kegiatan berkenaan ialah di Rawang, Cheras dan Puchong. Kebanyakan kesalahan yang dilakukan ialah membawa muatan berlebihan dan kegagalan memenuhi ciri keselamatan.







2 Iklan Pesta Seks Liar Di Facebook? @PDRMsia @SKMM_MCMC





Semakin menjadi-jadi gejala sosial di media sosial. Teknik terbaru yang digunakan adalah mengiklankan pesta seks liar di media-media sosial seperti Facebook, kerana ianya cepat dan berkesan serta boleh mengelakkan diri daripada dihidu oleh pihak berkuasa. Ini satu cabaran bagi pihak berkuasa seperti PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengawal selia dan membanteras kegiatan berkenaan.

June 12, 2014

0 Kerajaan Bersetuju Cadangan SPAD Selaraskan Tambang Teksi


Kerajaan pada dasarnya sudah bersetuju dengan cadangan perubahan dan penyelarasan tambang teksi yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Bagaimanapun keputusan muktamad hanya akan diketahui setelah SPAD mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dalam industri berkenaan. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata, walaupun cadangan itu dikemukakan akhir tahun lalu, keputusan kerajaan itu hanya dimaklumkan kepada SPAD baru-baru ini. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibupejabat SPAD di Kuala Lumpur, Selasa. Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal. Pengerusi SPAD itu bagaimanapun mengelak apabila wartawan bertanyakan sama ada perlaksanaan itu membabitkan kenaikan atau penurunan harga tambang. Tetapi jika dirujuk rekod lalu, tahun lalu SPAD mengakui adanya keperluan untuk  mengkaji semula tambang teksi. 

Sehubungan itu, dalam kertas cadangan kepada kerajaan SPAD telah mengambilkira beberapa kriteria utama penetapan tambang teksi, iaitu mencerminkan kos sebenar perkhidmatan teksi dan memberikan pulangan yang wajar kepada pemandu dan pengusaha teksi serta memberi motivasi kepada pemandu untuk mengamalkan prinsip pengendalian dan tingkah laku yang betul

Hasil penyelidikan kajian yang dilakukan oleh SPAD dengan bengkel-bengkel teksi menunjukkan bahawa kos pengendalian teksi telah meningkat sejak kali terakhir semakan kadar tambang teksi dijalankan pada tahun 2009.

Enam kos komponen utama telah dikenalpasti dalam cadangan penstrukturan semula tambang teksi iaitu kos kenderaan (bayaran sewa harian), peralatan, bahan api, penyelenggaraan, overhead dan buruh (gaji pemandu).

12 Gambar Pegawai Polis Koyak Duit Rasuah Pesalah Trafik Viral Di Media Sosial - Tahniah @PDRMsia @KBAB51



Di sebalik kecaman dan tohmahan yag mereka hadapi setiap hari, anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) tetap menjalankan tugas mereka dengan amanah dan berintegriti. Tindakan seorang pegawai trafik yang mengoyak duit rasuah yang cuba disuap oleh pesalah trafik harus diberi pujian. Saman tetap saman. Semoga Allah melindungi anggota-anggota polis yang jujur dan aanah sebegini sewaktu menjalankan tugas.

5 Begini Penghinaan Terhadap Umat Islam, Kenapa @SKMM_MCMC Masih Tidak Bertindak? cc. @PDRMsia







Tidak cukupkah bukti untuk mendakwa individu di atas? Apakah pihak yang bertanggungjawab perlu menunggu laporan bertulis dibuatkah baru hendak diambil tindakan? Pegawai-pegawai di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sepatutnya lebih proaktif untuk mengawal selia dan mengesan individu-individu di laman sosial yang cuba membangkitkan ketegangan kaum dan Agama. Saya tidak rasa SKMM mempunyai masalah untuk mengesan individu di atas. Sampai bila Umat Islam hendak dihina sebegini dan mereka terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang disebabkan oleh penguatkuasaan yang lemah?

8 Walaupun Kalah #PRKTelukIntan, Ceramah @dyanasmd Berjaya Menarik Puluhan Ribu Di Kota Bharu (10 Gambar)

Kesian calon DAP PRK Teluk Intan. Walaupun beliau telah kalah di sana, pihak PR masih lagi cuba hendak menjadikan beliau sebagai ikon anak muda. Tindakan mereka membawa Dyana Sofya ke Kota Bharu, negeri Serambi Mekah untuk Ceramah Perdana nyata tidak mengundang kejayaan. Lihatlah berapa kerat sahaja penonton yang hadir untuk mendengar ceramah beliau di Stadium Kota Bharu, semalam.

Gambar ini diambil sewaktu Dyana Sofya sedang berceramah. Di belakangnya terdapat dua penceramah lain iaitu YM Mahfuz Omar dan YB Thomas Su daripada DAP. Tidak dapat dipastikan kegagalan kehadiran penonton disebabkan Ceramah Perdana dibuat pada hari bekerja, tidak cukup promosi atau Rakyat Kelantan sudah muak dengan ceramah kosong. Yang pasti Dyana Sofya gagal digunakan untuk menarik penonton dan tidak hairanlah mengapa beliau kalah di PRK Teluk Intan.










June 11, 2014

0 SPAD Akan Pastikan Tahap Keselamatan Bas Dalam Keadaan Baik Semasa Musim Aidil Fitri


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah bersiap sedia dalam memastikan perkhidmatan bas ketika musim sambutan Hari Raya Aidlfitiri berjalan lancar tanpa peristiwa menyedihkan. Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, pihaknya akan memastikan tahap keselamatan setiap bas berada dalam keadaan baik untuk beroperasi ketika musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Beliau seboleh-bolehnya mahu melihat semua bas mempunyai tali keledar untuk penumpang-penumpang mereka. Beliau tidak menolak kemungkinan akan menguatkuasakan peraturan lebih ketat terhadap penggunaan tali keledar ini suatu hari nanti. Beliau bercakap kepada pemberita dalam Sidang Media di Ibu Pejabat SPAD, semalam.

Tambahnya, selain itu, pemandu-pemandu bas juga perlu melalui ujian air kencing secara rawak bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku akibat dipengaruhi dadah. SPAD akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam memastikan tiada pemandu bas yang menggunakan dadah ketika memandu.

5 Kenduri Seks? Utusan Malaysia Sudah Jadi Majalah Mangga Ka?


Sebagai salah sebuah penerbitan akhbar Melayu yang tertua di Malaysia, CTS amat kecewa dengan sikap profesionalisme wartawan Utusan Malaysia dalam melaporkan berita di atas. Laporan jenayah sengaja disensasikan untuk apa? Menaikkan rating? Tidak ada perkataan lainkah yang lebih baik dan sesuai yang boleh digunakan selain dari terma 'kenduri seks'? 

Kenduri adalah bahasa Melayu yang indah yang diterjemahkan sebagai jamuan makan (yang lazimnya didahului oleh zikir, doa dan sebagainya), kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa dan lain-lain) telah digunakan dengan begitu kotor sekali penggunaan perkataannya oleh Wartawan Utusan Malaysia.

Ini adalah kes rogol yang tidak berperikemanusiaan. Bukan dengan kerelaan diri dari mangsa. Ini bukan kes remaja berkenaan menjual dirinya untuk seks. Tindakan wartawan Utusan Malaysia menggunakan perkataan 'kenduri seks' amat menghina dan mengaibkan mangsa. Apa perasaan keluarga dan adik beradik mangsa membaca berita berkenaan?

June 10, 2014

0 Respons SPAD Berikutan Rungutan Ulat Tiket Di Larkin Sentral @aduanSPAD


Berikutan rungutan seorang pengguna laman sosial Facebook berkenaan kegiatan 'Ulat Tiket' yang berlaku di Larkin Sentral semalam, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini telah membuat pemeriksaan mengejut di situ. Anggota-anggota SPAD telah membuat pemeriksaan di kaunter hadapan platform seperti kaunter syarikat KKKL, Delima,City Express, Mayang Sari dan Cepat Sedia.

Harga tiket di platform dan tiket penumpang juga telah diperiksa dan mendapati harga pada hari ini dijual pada harga normal. Antara senarai harga tiket yang diperiksa adalah dari Syarikat Qistna, Shamisha, Kwok Ping dan Meredian Holiday. Tiada notis dikeluarkan dalam pemeriksaan hari ini. Aktiviti 'Ulat Tiket' juga tidak aktif memandangkan cuaca hujan yang amat lebat di Larkin Sentral pada hari ini. 

Untuk makluman, anggota-anggota SPAD juga telah membuat pemeriksaan pada hari yang sama, bertarikh 8/6/2014 di Larkin Sentral. Pada waktu itu keadaan masih tenang. Beberapa kesalahan dikesan pegawai-pegawai SPAD seperti bas beroperasi di luar kawasan dan gagal kemukakan jadual tambang dan jadual perjalanan.

Menurut pihk SPAD lagi, aduan terbuka di laman sosial Facebook seperti di atas dibuat dipercayai berkemungkinan dari beberapa faktor dibawah:

1. Kejadian berlaku kerana beberapa kaunter tiket dikatakan ditutup setelah tiket habis dijual.

2. 'Ulat Tiket' telah ambil kesempatan dengan menaikkan harga tambang sehingga dua kali ganda dari harga asal kepada penumpang apabila anggota SPAD telah beredar meninggalkan Larkin Sentral.

3. Penumpang yang berpusu-pusu inginkan tiket untuk ke Kuala Lumpur dan lain-lain tempat untuk memulakan minggu baru dan masih musim cuti sekolah.

Pihak SPAD sentiasa komited dengan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dan pemeriksaan seterusnya dan berkala akan sentiasa dilaksanakan dan tangkapan akan dilakukan berpandukan standard operasi yang sedia ada.




12 Kereta Ahli Parlimen Parking Sesuka Hati Di Bangsar


Posting Asal:

Ahli Parlimen seharusnya menunjukkan contoh yang baik untuk menjadi teladan kepada Rakyat. Tindakan kereta milik Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar bernombor pendaftaran KJ99 diletakkan di tepi jalan berdekatan Jalan Telawi 2, yang bukan dikhaskan untuk parking memang tidak boleh diterima. Lebih-lebih lagi kalau ianya diletakkan di hadapan pili bomba. Mungkin Ahli Parlimen berkenaan boleh menasihatkan pemandunya agar lebih berhati-hati pada masa akan datang kerana Rakyat sentiasa memerhati gerak geri Wakil Rakyat.

Kemaskini 5.10 p.m.:

Datuk Kamaruddin Jaafar telah menghantar e-mail secara peribadi kepada CTS berkenaan isu di atas seperti di bawah. Terima kasih di atas penjelasan Datuk dan maklumbalas yang segera.
Assalamu alaikum,
Saudara,
Saya ada terima salinan posting blog saudara berkenaan parking kereta saya di Bangsar. Sebenarnya ini hari kedua pemandu saya bekerja dengan saya dan saya dah maklum dia untuk menunggu saya di kawasan parking masjid tapi apabila saya naik bailk kereta dia kata kawasan parking masjid terlalu sesak dan dia tunggu saya dalam kereta sahaja.Jadi mungkin dia memang berada dalam kereta atau pun dekat situ apabila saudara berada di situ. 
Terima kasih dan wassalam,
Kamarudin

7 Pesanan Komuniti Islam - Elakkan Membeli Bihun Cap Masjid

Kemaskini 11/06/2014:

Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merampas 834 kilogram bihun cap kucing dan masjid dari sebuah pasar raya borong di sini, hari ini, yang dihasilkan di sebuah kilang di Batu 7, Jalan Ipoh. Kilang berkenaan juga diarahkan tutup bermula hari ini.







Posting Asal:

Ini adalah satu pesanan buat pengguna Islam dan bukan Islam yang mementingkan kebersihan di dalam pemakanan seharian. Elakkan membeli Bihun Cap Masjid yang berada di pasaran. Ianya dibuat di sebuah kilang berbangsa Cina di Jalan Ipoh. Itu bukan isunya. Isunya adalah pembuatan bihun berkenaan di kilang yang kotor dan tidak terurus.

Produk berkenaan juga menggunakan lambang halal JAKIM tanpa kebenaran. Adalah diharapkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Kesihatan Malaysia atau mana-mana agensi berkaitan dapat melakukan serbuan terhadap kilang berkenaan.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates