June 7, 2014

0 SPAD Ambil Tindakan Tegas Terhadap Pemandu Teksi Sertai Demonstrasi


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan mengambil tindakan tegas terhadap 33 pemandu teksi yang dikenal pasti menyertai demonstrasi Rabu lepas, di Bukit Bintang di sini. Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenal pasti pemandu teksi lain yang turut menyertai demonstrasi itu sehingga menghalang lalu lintas, meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan serta mengganggu ketenteraman awam. Rabu lepas, pemandu teksi mengadakan demonstrasi itu kerana dipercayai tidak berpuas hati berhubung isu penguatkuasaan.

Berikut adalah Kenyataan Media penuh oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD:
SPAD AKAN BERTINDAK TEGAS TERHADAP PEMANDU TEKSI YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG 
KUALA LUMPUR, 7 Jun 2014 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengambil tindakan terhadap 33 pemandu teksi yang telah dikenalpasti menyertai demonstrasi pada hari Rabu lepas di Bukit Bintang. SPAD juga sedang bekerjasama dengan pihak Polis dan JPJ untuk mengenalpasti pemandu-pemandu lain yang turut serta dalam demonstrasi tersebut sehingga menghalang lalulintas, meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan dan mengganggu ketenteraman awam.
Dalam hal ini, SPAD memandang serius akan sikap  pemandu pemandu tersebut dan akan mengambil tindakan tegas seperti menggantung kad pemandu atau membatalkan lesen pengendali teksi tersebut. SPAD ingin menegaskan kepada semua pemandu teksi dan pengangkutan awam darat supaya tidak menyertai sebarang demonstrasi yang menyalahi undang undang.

8 Sudah Tiba Masanya Syarikat GLC Tidak Berurusan Niaga Dengan Syarikat Rasis DS @NajibRazak


Kita tidak boleh menyalahkan sebuah syarikat milik kaum Cina sepenuhnya mengeluarkan satu iklan kerja untuk syarikat mereka di mana salah satu daripada terma syaratnya adalah 'Preferrably non-bumiputra encourage to apply'. Mungkin sebagai sebuah syarikat Cina, mereka lebih selesa mempunyai kakitangan sebangsa dengan mereka. Mungkin juga inilah caranya mereka hendak membantu kaum mereka sendiri. 

Maklumat pengurusan syarikat sendiri menunjukkan hampir 99% ahli lembaga pengarah terdiri daripada kaum Cina. Pengerusi atau Chairman yang berbangsa Melayu mungkin diletakkan di situ sebagai 'Non-Executive Directors' untuk melobi projek-projek Bumiputera. CTS tidak ada masalah dengan perkara di atas. Ianya telah lama berlaku dan syarikat ini bukanlah merupakan syarikat pertama seumpamanya. 

Cumanya, CTS agak kecewa apabila syarikat-syarikat badan berkanun milik Kerajaan (GLC) seperti Tenaga Nasional Berhad, PLUS, Telekom Malaysia, Petronas dan Celcom menjadi antara pelanggan dagang utama dengan syarikat rasis ini. Mungkin sudah sampai masanya Kerajaan mengkaji semula terma dan syarat syarikat rasis ini dan juga syarikat-syarikat rasis yang lain di Malaysia untuk membuat hubungan dagang dengan syarikat-syarikat GLC milik Kerajaan.

3 Badan Peguam Malaysia 'Double Standard' Dan 'Bias' Menegur DS @NajibRazak Isu Saman Beliau Ke Atas @malaysiakini

Ahli politik dan pegawai kanan kerajaan patut menerima kritikan umum sebagai sebahagian daripada kehidupan politik dan bukan menyaman pengkritik mereka, kata Badan Peguam Malaysia.
“Mereka patut menerima komen tidak menyenangkan, tidak kira berapa pedas, jelik atau tidak benar, kerana ia sebahagian rintangan semula jadi dalam kehidupan politik awam, selagi tidak menjejaskan kehidupan peribadinya,” kata presidennya Christopher Leong. - Sumber: Malaysiakini.
Presiden Badan Peguam Malaysia berkenaan amat 'bias' dan bersikap 'double standard' ketika menegur Datuk Seri Najib Razak, atas kapasiti peribadi, yang sebelum ini memutuskan untuk menyaman Malaysiakini ekoran kompilasi komen pembaca dalam dua artikel berkaitan krisis Terengganu. Mungkin beliau lupa atau buat-buat lupa apabila dari tahun 2009 hingga tahun 2014, terdapat 14 kes saman yang dikemukakan ke atas media cetak oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. 

Kenapa Badan Peguam Malaysia tidak bertindak menegur pemimpin-pemimpin pembangkang ini sewaktu mereka menyaman media sebaliknya hanya memberi perhatian kepada saman Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak? Mungkin Christopher terlupa atau sekali lagi buat-buat lupa kalimah hikmat yang diucapkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terhadap seorang wartawan di dalam sidang media, "You Ulang I Saman!"

June 6, 2014

15 Bagaimana Peserta 'Keadilan Executive Internship Program' Diserap Masuk Sebagai PTD? cc. DS @AliHamsa55


Saban hari, kita telah didedahkan dengan rahsia-rahsia Kerajaan yang jatuh ke tangan pembangkang. Saban hari kita dimomokkan dengan kakitangan-kaitangan Kerajaan di dalam Perkhidmatan Awam yang menjadi agen dan pengerak utama menentang Kerajaan. Kerajaan mengambil mudah perkara ini. Kerajaan lupa dengan kehadiran 'pengkianat-pengkiaat yang menduduki jawatan-jawatan penting di dalam Kerajaan, boleh dan akan menyebabkan persepsi Rakyat terhadap Kerajaan sedia ada menjadi begitu buruk dengan menyekat, menghalang serta menyejukbekukan semua usaha Kerajaan untuk Rakyat.

Seorang penyokong dan pemimpin muda PKR, telah dikesan sedang cuba diserapkan oleh mentor-mentor mereka ke dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Seorang wanita bernama Thangeswary Paleswaran yang bernombor kad pengenalan 900525-05-5260 telah diserap sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Kami difahamkan, Thangeswary Paleswaran sudahpun diterima masuk untuk berkursus di Institut Tadbir Negara (INTAN) selama setahun. Sebaik-baik sahaja selesai kursus terakhir sebagai PTD di INTAN, beliau pastinya akan dihantar untuk berkhidmat di mana-mana jabatan kerajaan.

Cuba lihat di dalam iklan 'Keadilan Executive Internship Program' yang disiarkan oleh PKR. Thangeswary Paleswaran berada di sebelah kanan Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim. Bagaimana seseorang yang diketahui menentang dan sentiasa memandang serong terhadap Kerajaan boleh diterima bekerja dengan kerajaan? Tidakkah orang ini cenderung untuk mengkhianati kerajaan selain menyalurkan maklumat-maklumat rahsia untuk diputarbelit bagi kepentingan parti politik yang disertainya? 

Proses PTD melalui beberapa saringan. Agak aneh apabila penyaring-penyaring di JPA gagal mengesan siapa sebenarnya Thangeswary Paleswaran sehingga membolehkan wanita yang giat aktif dalam PKR itu diterima sebagai penjawat awam. Berapa ramaikah penjawat awam yang sudahpun lepas bebas dan berada di jawatan-jawatan penting, yang banyak menyalurkan pelbagai rahsia kepada parti-parti politik terutama pembangkang bagi membolehkan mereka melakukan fitnah dan putar belit demi kemenangan pada PRU-14 yang akan datang?

June 5, 2014

4 Kerajaan DAP Pulau Pinang Caj RM3 Untuk Pengunjung Hotel - Kerajaan @cmlimguaneng Tak Tahu Cari Hasil Negeri Ka?

Bagi CTS RM3 tidaklah sebesar mana kalau niat CTS ingin bersedekah. Tapi kalau Kerajaan DAP cauvinist seperti Pulau Pinang memaksa CTS untuk membayar RM3 kononnya untuk bayaran pembangunan sektor perlancongan di Pulau Pinang, CTS menjadi 'piss-off'.

Berkuatkuasa 01 Jun 2014, Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewajibkan setiap pengunjung hotel di Pulau Pinang untuk membayar 'ufti' sebanyak RM3 untuk satu bilik, satu malam sekiranya pengunjung berhasrat untuk menginap di hotel.

Inilah bentuk penindasan yang dilakukan ke atas pengunjung yang ingin datang ke Pulau Pinang. Mereka bukan sahaja tidak dialu-alukan malah dikenakan lebihan bayaran untuk bermalam di republik ini. Inikah Kerajaan mesra Rakyat yang prihatin seperti yang dilaung-laungkan?

June 4, 2014

4 Cukai Pintu Di Terengganu Kerajaan Dah Cakap Tangguh, Yang Pi Demo Buat Apa?


Tak faham sungguh dengan puak-puak PAS dekat Terengganu ni. Suka sangat berdemo. Kerajaan Terengganu sudahpun memaklumkan bahawa kenaikan cukai pintu ditangguhkan. Yang pi demo tu buat apa? Yang sudah naik cukai pintu adalah di negeri yang diperintah oleh PR seperti di Selangor. Awat tak meroyan pi berdemo di sana? Bagilah masa Menteri Besar baru. Bukankah beliau memaklumkan baru dalam perbincangan? Hok ni la kata base bengong. Keja ang nok nyusoh orang ramai. Dok reti baca kot banner merata-rata kata tangguh?

Puak-puak ini telah diasuh didik oleh boss-boss mereka dengan isi perut yang penuh dengan kekotoran. Jangan pakai dan jangan percaya apa sahaja yang diperkatakan oleh pihak lain. Walaupun ada di kalangan hak yang berakal dah yakin janji kerajaan untuk tangguh dulu namun kerana hendakkan keuntungan politik serta ingin mendabik dada kelak bahawa penangguhan atau penurunan cukai pintu kelak adalah hasil demonstrasi anjuran mereka. Inilah strategi lakonan mereka.

P/s: Nampak gayanya sejak PAS bersekedudukan dengan DAP, warna hijau tidak lagi menjadi kegemaran. Warna merah DAP juga yang menjadi pujaan hati. Lantak Pak Haji lah!


June 3, 2014

7 Calon DAP #PRKTelukIntan Yang Kalah @dyanasmd Harus Nafikan Tuduhan Beliau Bersekedudukan Dengan Cina


Agak tidak mengejutkan dengan pendedahan The Unspinners, di sini mengenai calon DAP PRK Teluk Intan dikatakan bersekedudukan atau tinggal serumah dengan seorang lelaki berbangsa Cina. Lelaki Cina yang dikenali sebagai Ooi, dikatakan juga sebagai Pembantu Khas Lim Kit Siang ini dan Dyana Sofya telah didakwa oleh pemilik blog berkenaan tinggal berdua di dalam sebuah rumah beralamat No. 98, Jalan Jasa 41, Taman Rini Hill, Mutiara Rini, Johor Bharu, Johor.


Tuduhan ini amat berat. Dyana Sofya harus tampil membuat penafian umum mengenai perkara di atas, sekiranya tidak benar. CTS lah orang pertama yang akan mempertahankan Dyana Sofya sekiranya tuduhan ini adalah fitnah. Sekiranya benar, kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan beberapa Pemuda UMNO Malaysia yang berhajat dan telah membuat jemputan rasmi kepada Dyana Sofya untuk menyertai UMNO.

Terkini, lamaran Dyana Sofya untuk menyertai UMNO telah dinyatakan sendiri oleh Exco Pemuda Umno, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, kepada Sinar Harian, di sini. Adakah keputusan ini keputusan konsensus Pemuda UMNO Malaysia? Apakah cadangan ini sudah mendapat 'endorsement' daripada Ketua Pemua, Khairy Jamaluddin? Sudah tidak ada perempuan lainkah yang EXCO Pemuda UMNO hendak sanggap?

1 Syarikat Cina Tidak Rasis Dalam Pengambilan Pekerja Melayu? Baca Kajian Ini!


1. Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum cina dan syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina di negara ini.

2. Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen kajian selama tiga tahun yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon berdasarkan kualiti kelayakan atau berdasarkan bangsa.

3. Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar “Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

4. Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat cina dan syarikat Antarabangsa dimana jawatan tinggi dipegang oleh kaum cina. Kajian tersebut di lakukan dengan menghantar ‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru tamat universiti kepada mana mana syarikat cina yang mengiklankan kerja kosong.

5. Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 42.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 1.2% pemohon Melayu yang dipanggil walaupun kelayakan yang serupa telah dihantar.

6. Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui adakah syarikat kaum cina memilih berdasarkan bangsa pemohon.

7. Beliau bagaimana pun mengingatkan mana mana individu yang tidak berpuas hati hasil kajian ini boleh mengemukakan saman kepadanya kerana kajian ini telah di buat secara terperinci, melalui methodologi dan kaedah kaedah yang ada didalam pengajian PHD. Kajian ini mengambil masa yang sangat panjang kerana ianya di ulang berkali kali hanya semata mata tidak percaya bahawa hasil keputusan menunjukkan syarikat kaum cina mengamalkan diskriminasi terhadap graduan Melayu. Kajian ini secara asalnya memfokuskan untuk mengetahui mengapa graduan Melayu susah mendapat perkerjaan berbanding graduan Cina.

8. Beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 44% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 1.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.

9. Kajian mereka juga mendapati hanya syarikat yang dimiliki Melayu tidak mengamalkan diskriminasi dan boleh menerima mana mana calon baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 4.8 % dan 5.8% untuk graduan Melayu.

10. Bagi syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina menunjukkan 42.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.
11. Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan syarikat cina lebih menerima calon dari Universiti Swasta berbanding dengan Universiti Awam.

12. Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.

13. Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat Cina dan calon Cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan selain "kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan". Kajian ini bagaimanapun tidak diteruskan, kerana takut implikasi bangsa Melayu yang tahu akan hakikat kaum Cina yang jelas mendiskriminasikan akan membuatkan bangsa Melayu marah akan sikap kaum Cina.

14. Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.

June 2, 2014

5 Parking Pulau Pinang Naik Lagi - Pentadbiran MPSP @cmlimguaneng Panggil Kenaikan Parking Sebagai Diskaun!!!


Kalau ikut definasi bodoh macai-macai PR, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan hanya berlaku di negeri-negeri di bawah pentadbiran BN. Macai-macai pekak badak ini lupa, Kerajaan DAP Pulau Pinang baru sahaja menaikkan kadar parking bulanan yang akan berkuatkuasa mulai 01 Julai 2014. Ironininya, Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) cuba untuk memperbodohkan Rakyat. 

Parking telah dinaikkan dari RM50 sebulan kepada RM75. Kemudian macai-macai bodoh PR diperbodohkan dengan kononnya diskaun atau penjimatan sebanyak RM15? Macai-macai menjerit Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah paling baik dan berhemah. Mereka lupa bahawa kenaikan telah berlaku sebanyak RM10 iaitu RM60 (harga baru) - RM50 (harga lama). Buat MPSP pula, RM15 hangpa panggil penjimatan? Penjimatan kepala hotak hangpa!!!

June 1, 2014

0 SPAD Seized Badly Maintained Buses During Late Evening Operations


Land Public Transport Commission (SPAD) is getting tough on stage bus companies operating with unsatisfactory bus condition in the city. During a late evening operation by the commission, two stage buses were impounded two days ago at Pudu Sentral and Jalan Silang for failing to comply with the permit guidelines including operating with badly maintained vehicles. 

According to SPAD’s head of enforcement Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, SPAD acted after receiving numerous public complaints on poorly maintained buses. SPAD had enough of such sub-standard service by bus operators to the city folks.

The stage bus company is currently being investigated under Section 22 of the Land Public Transport Act 2010 with a fine not less than RM1,000 or not more than RM500,000, or two years imprisonment or both if found guilty. He urged the public to lodge report to the commission on poor level of service to revitalize the country’s public transport image.

"You could see for yourself of the appalling condition of the bus just by looking at the exterior structure and interior fittings of the buses seized. This is deemed as not roadworthy, let alone to provide transportation service to the people. We want to remind all transport operators in the country to ensure that their vehicles are in good condition as well as safe and comfortable for commuters," said Che Hasni.

However, he lamented the fact that public refused to give full cooperation to prolong the commission’s investigation into the alleged misconduct of transport operators or drivers. There have been several occasions when complainants not willing to provide full details when SPAD requested them to provide further statement to facilitate the investigation. 

As a result, there were many incomplete complaints and it is always difficult for SPAD to take action. He added that there would be more bad news for errant bus companies. This was only just the beginning. SPAD were closely observing several bus operators in the city centre and SPAD won’t hesitate to take stern action against them anytime soon.

16 Apabila Bidang Perubatan Dan Politik Dicampuradukkan ... Inilah Jadinya


Pilihanraya Kecil Teluk Intan sudahpun melabuhkan tirainya. Namun beberapa insiden semasa tempoh berkempen masih menjadi bualan. Salah satunya adalah tindakan seorang pakar di Pusat Perubatan KPJ yang meletakkan poster calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya, di dalam kliniknya. Sejak bilakah DAP telah mengambil alih majoriti saham Pusat Perubatan KPJ? Amat malang apabila seorang pakar perubatan tidak dapat membezakan di antara karier politik beliau dan amalan perubatan terhadap pesakitnya.

Mungkin sudah sampai masanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tidakan yang sewajarnya. Bayangkan kalau kita memberitahu doktor berkenaan bahawa kita adalah ahli UMNO dan BN, bayang apakah ubat yang akan diberikan oleh doktor berkenaan. Tindakan mencampur aduk politik dan perubatan adalah satu yang menyalahi etika dan amalan yang keterlaluan.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates