April 26, 2014

2 Gambar-Gambar Bersejarah Presiden @BarackObama Tiba Di Malaysia

Selamat datang Presiden Barack Obama ke Malaysia hari ini. Pesawat 'Air Force One' yang membawa Presiden Amerika Syarikat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Tentera Udara Di Raja Subang pada pukul 4.50 petang. Kali terakhir seorang Presiden Amerika Syarikat melawat Malaysia ialah pada tahun 1966 iaitu 48 tahun yang lalu. Presiden Barack Obama hadir majlis sambutan rasmi di Dataran Parlimen sempena lawatan negara tiga hari ke Malaysia sejurus selepas mendarat.

















video

0 Selepas Transnasional Berhad, SPAD Telah Menggantung Permit Kenderaan Syarikat Merry Holidays Sdn Bhd

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung permit kenderaan pengendali syarikat bas persiaran, Syarikat Merry Holidays Sdn Bhd yang terlibat dalam kemalangan pada 20 April 2014 sehingga mengakibatkan seorang penumpang terkorban. Penggantungan ini berkuatkuasa pada 27 April 2014 dan melibatkan sebanyak tujuh (7) permit bas persiaran yang beroperasi di laluan seluruh Semenanjung Malaysia. 

Ini pergantungan kedua dalam bulan April 2014 di mana sebelum ini SPAD telah mengantung 27 permit bas ekspres Transnasional bagi laluan Timur-Sektor Utara, lanjutan daripada kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut berkuatkuasa 23 April 2014. Keputusan tersebut diambil hasil pengauditan yang mendapati pihak syarikat tidak memantau had kelajuan dan mendapati system GPS tidak berfungsi. 

Keputusan penggantungan ini di ambil kerana pengendali gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dibawah SPAD-ICOP Keselamatan, antaranya; tidak memasang GPS pada kenderaan, tidak melantik pegawai keselamatan, gagal memantau kelajuan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan gagal melakukan pemeriksaan keatas pemandu sebelum memulakan perjalanan.

Sejak Ogos 2013, SPAD telah menggantung sebanyak 542 permit kenderaan syarikat bas henti-henti, bas ekspres, bas pesiaran, bas sekolah dan kenderaan perdagangan yang terlibat dalam kemalangan dan telah melanggar syarat-syarat pelesenan serta SPAD – ICOP Keselamatan.

Sehubungan ini, SPAD ingin memohon kepada semua pengendali agar sentiasa memberi perhatian yang serius kepada aspek keselamatan penumpang dan pengurusan pemandu serta penyelengaraan kenderaan.

April 25, 2014

1 Video @ahmadmaslan Lembukan @RafiziRamli Isu Bajet Tambahan Menjadi Viral Di Internet

video

Pakar Strategik PKR yang juga merupakan calon Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dimalukan dengan teruk sekali di dalam satu sessi Parlimen. Ini berikutan Rafizi Ramli mempertikaikan tindakan DS Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang tidak pernah gagal membentangkan bajet tambahan sepanjang menjadi Menteri Kewangan.

Datuk Ahmad Maslan di dalam jawapan beliau menemplak Rafizi Ramli dengan membandingkan dengan bajet tambahan yang dibentangkan oleh Anwar Ibrahim semsa beliau menjadi Menteri Kewangan sehinggalah beliau dipecat. Fakta yang Rafizi Ramli terlupa atau buat-buat lupa adalah sepanjang 8 tahun Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan, sebanyak 29 kali Anwar Ibrahim membentangkan bajet tambahan!!! Nampak sangat Rafizi Ramli kantoi buat sekalian kali apabila beliau tidak membuat kajian yang mendalam sebelum membuka mulut celupar beliau.

April 24, 2014

0 Cubaan Burukkan DS @NajibRazak Isu Geran MOSTI Buktikan @RafiziRamli Terdesak Untuk Menjadi Popular Pemilihan PKR

Menjelang pemilihan PKR yang akan datang, Rafizi Ramli yang mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden parti berkenaan kelihatan terdesak berkempen untuk memancing undi perwakilan dan menaikkan imejnya yang sering kali gagal di dalam usaha untuk memburukkan pemimpin dan parti UMNO/Barisan Nasional. 

Cara mudah untuk menjadi popular di dalam kempen pemilihan parti PKR adalah mengaitkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak di dalam isu yang cuba diketengahkannya. Bermula 15 April 2014, melalui 4 artikel di blog beliau di sini, di sinidi sini dan di sini, Rafizi Ramli cuba untuk mengaitkan Perdana Menteri di dalam campur tangan di dalam urusan pemberian geran MOSTI berjumlah RM100 juta kepada sebuah syarikat Bumiputera yang mana 25% pegangan saham syarikat berkenaan oleh kerajaan menerusi Malaysia Venture Capital (MAVCAP).

Pendedahan Rafizi Ramli tidak langsung mendatangkan bukti untuk menunjukkan Perdana Menteri 'mengarah' ataupun 'campur tangan' di dalam proses kelulusan geran ini.  Sebaliknya, memo sokongan yang diberikan oleh Perdana Menteri adalah berbentuk umum yang tertakluk kepada pertimbangan dan 'Standard Operating Procedures (SOP)' Kementerian yang berkaitan sebagaimana banyak memo-memo sokongan lain yang dipohon melalui pejabat beliau.


Daripada surat yang dilampirkan oleh Rafizi Ramli seperti di atas, tidak ada langsung ayat yang berbaur 'arahan' yang dicatatkan.  Minit yang dicatatkan oleh Perdana Menteri di atas surat berkenaan kepada Menteri MOSTI berbunyi:
"Y.B. Dato’ Dr. Ewon Ebin, Untuk pertimbangan. Saya tiada halangan jika projek ini sesuai."
Jelasnya, Perdana Menteri tidak 'campurtangan' atau 'memberi arahan' untuk kelulusan geran ini, sebaliknya sokongan yang diberikan lebih cenderung berdasarkan minat dan kesungguhan beliau untuk menjayakan 'Bioeconomy Transformation Programme (BTP)' dan mengupayakan syarikat-syarikat yang layak berkaitan teknologi hijau.

Geran 'Research & Development (R&D)' yang diberikan adalah bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan teknologi, dan bukannya satu projek komersil yang melibatkan dana ratusan juta. Geran yang dipertimbangkan oleh Kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn Bhd juga bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut oleh  Rafizi Ramli di dalam blog beliau. 

NSE Resource Corporation (M) Sdn Bhd dikhabarkan akan mengemukakan saman berjumlah RM200 juta kepada Rafizi Ramli ekoran pembohongan dan manipulasi fakta, yang bertujuan mencemarkan imej syarikat berkenaan dan menimbulkan kemarahan dan prasangka buruk golongan akademik.

Penerangan lanjut berserta fakta dan ulasan terperinci mengenai kes ini boleh dibaca melalui blog sahabat CTS, blogger Sanggah Tok Janggut, di sini.

April 23, 2014

4 @anwaribrahim Berbohong Lagi Berkenaan Jalan Permatang Pauh, @PetraJayaMP Membogelkan Pembohongan Beliau


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kantoi berbohong sekali lagi. Ye lah kalau tidak berbohong bukan Anwar Ibrahim namanya. Berdasarkan soalan yang ditanya oleh pemegang akaun laman sosial Twitter @Gguzmen, beliau meminta penjelasan daripada Anwar Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, kenapakah jalan di kawasan berkenaan amat teruk terutama dari simpang lebuhraya Kulim sehinggalah sampai ke Bukit Mertajam. CTS yang kebetulan membuat audit di sini mengakui kebenaran fakta berkenaan.

Anwar Ibrahim tanpa malu dan segan telah menjawab kononnya jalan berkenaan adalah jalan persekutuan. Lebih meyakinkan beliau menyatakan bahawa beliau telah merujuk kepada Kementerian yang berkenaan. Tidak berpuas hati, pemilik akaun @Gguzman telah mendapatkan jawapan daripada Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof. Datuk Fadilah menjawab bahawa jalan berkenaan adalah jalan P7, iaitu jalan di bawah seliaan Kerajaan DAPPulau Pinang.

Anwar Ibrahim hanya tahu berpolitik. Anwar Ibrahim hanya tahu membuat ceramah pusing satu Malaysia. Beliau gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat. Lebih memalukan, sama ada beliau secara sedar dan niat berbohong ataupun beliau tidak tahu bahawa jalan di Permatang Pauh adalah di bawah seliaan Kerajaan DAP Pulau Pinang, mana-mana keadaan sekalipun amat memalukan sekali. Anwar Ibrahim harus bertaubat, seperti kata mendiang Karpal Singh.


3 Ahli Parlimen DAP Mula Menyerang TS @Khalid_Ibrahim Memintanya Meletak Jawatan


Perkembangan terbaru yang agak menarik hari ini apabila Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun atau lebih dikenali sebagai YB Jeff Ooi hari ini secara terbuka menemplak Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim berkenaan krisis air di dalam laman sosial Facebook beliau. Beliau turut menggunakan bahasa tidak sopan sebagai Ahli Parlimen yang meminta agar TS Khalid Ibrahim dipecat seraya menggunakan ayat "Sack that bugger".

Perkembangan ini nampak menarik dengan apa yang berlaku semalam apabila Anwar Ibrahim telah menarik diri dari pencalonan Presiden PKR menjadikan isteri beliau, Wan Azizah kekal sekali lagi sebagai Presiden PKR. Mungkin ada perancangan sulit untuk menjatuhkan TS Khalid Ibrahim dari kerusi Menteri Besar Selangor serta menaikkan ADUN Kajang yang baru dipilih ini.

Keduanya, saranan YB Jelutong ini ada juga asasnya. Cumanya, tidak boleh sekadar menghalakan senjata terhadap TS Khalid seorang diri menghadapi krisis air. Sekiranya betul beliau perlu dipecat, barisan EXCOnya termasuk dari parti DAP sendiri wajib dipecat juga. Persoalannya, siapa yang boleh memecat TS Khalid Ibrahim? Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam parti atau isterinya Presiden PKR? Jangan lupa TS Khalid Ibrahim mempunyai kuasa yang amat ampuh iaitu membubarkan DUN Negeri Selangor dengan perkenan Baginda Sultan Selangor.

0 Gambar-Gambar Tanah Mendap Di Bukit Bintang - Kuala Lumpur Jam Teruk

Kuala Lumpur hari ini terutama di Jalan Raja Chulan menghala Bukit Bintang hari ini mengalami kesesakan teruk apabila berlakunya tanah mendap sehingga menyebabkan beberapa jalan ditutup untuk pembaikan. Beberapa lubang yang dalam kelihatan di jalanraya. Pengguna-pengguna jalanraya yang bekerja di bangunan berkaitan terpaksa mengambil jalan alternatif untuk pulang petang tadi.

April 22, 2014

0 Tak Tahu Pula ADUN DAP Tronoh, @Sivatronoh Penyokong Kuat 1 Malaysia?



Bukan main gembira lagi ADUN DAP Tronoh memuat naikkan gambar-gambar Karnival Little India di Ipoh di dalam laman sosial Twitter beliau. Mungkin secara sedar atau tidak, beliau telah memberi sokongan kuat kepada persembahan kebudayaan  berkonsepkan 1 Malaysia seperti tertera di gambar-gambar di atas. Siapa yang menganjurkan majlis berkenaan YB? YB-YB Pembangkang Perak kah yang menganjurkan atau seperti biasa YB-YB dengan muka tebal tidak malu menceroboh masuk sahaja ke dalam majlis orang? 1 Malaysia tu YB. Tak perasankah?

0 Faktor Manusia Adalah Sebab Utama Kemalangan Bas - SPAD


"Berkenaan dengan kemalangan-kemalangan yang berlaku baru-baru ini, dari perspektif SPAD di mana melibatkan pihak-pihak seperti siasatan PDRM dan kajian MIROS serta banyak lagi agensi yang terlibat, kebanyakannya melibatkan faktor manusia," itulah rumusan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, ketika sidang media lawatan kerja SPAD, ERL dan MAHB ke KLIA 2 semalam.

Adalah penting sekali bagi syarikat pengendali bas mengambil langkah yang cermat dan teliti di dalam pengambilan pemandu-pemandu bas di mana hanya syarikat-syarikat pengendali saja yang boleh menentukan sebelum bas berlepas, pemandu-pemandu bas mereka bersih dari pengambilan dadah dan berada di dalam rehat dan kesihatan yang sempurna.

Pihak-pihak seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Di Raja Malaysia (PDRM) tidak boleh sentiasa berada di bas-bas terminal untuk memantau. Operasi khas yang melibatkan agensi seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sememangnya selalu diadakan terutama pada hari-hari perayaan. Tetapi agensi yang paling mudah dipersalahkan ialah SPAD. Apabila terlalu banyak agensi yang terlibat, satu perbincangan perlu diadakan untuk menyelaraskan latihan, pemeriksaan dan tanggungjawab operator. 

Ada juga laporan di mana pemandu-pemandu bas persiaran yang dipaksa untuk bekerja tanpa rehat. Apa yang perlu dilakukan pemandu-pemandu bas ini membawa isu-isu tersebut ke kementerian yang terlibat dengan sumber tenaga manusia untuk mengelak penganiyaan terhadap mereka dan ini sememannya bukan bidang SPAD.

Kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan. Namun tindakan SPAD menggantung lesen syarikat pengendali adalah untuk beri kesedaran agar syarikat-syarikat ini perlu diberi perhatian serius terhadap pemandu-pemandu mereka terutama sebelum bas berlepas. Jangan menuding jari tetapi cuba perbaiki keadaan. Samada kebenaran bas dua tingkat dibenarkan bukan dalam bidangkuasa SPAD dan pihak Kementerian Pengangkutan telah pun membenarkan dan meluluskan struktur bas tersebut. 

Setelah semua pihak berkenaan seperti PUSPAKOM meluluskannya, maka pihak SPAD yang akan memberi lesen kepada syarikat pengendali. Ini juga termasuk jumlah penumpang yang duduk dan berdiri ditentukan pihak JPJ. TSSH menegaskan syarikat-syarikat pengendali mesti mengambil serius pengambilan pemandu-pemandu bas sebelum berlepas dan tindakan menggantung syarikat-syarikat
bas yang terlibat dalam kemalangan bukanlah penyelesaian kepada punca kemalangan.

6 Palsukan Hadith Rasulullah SAW - @anwaribrahim Menempah Neraka?

Anwar Ibrahim mendapat kecaman hebat dari orang Islam di Malaysia kerana sekali lagi beliau dirakam melakukan ritual tunduk sembah mayat di upacara kematian mendiang Karpal Singh. Banyak alim ulama menegur perbuatan tersebut sebagai berdosa. 

Namun Anwar Ibrahim tidak dapat menerima teguran bahawa perbuatannya itu sesuatu yang haram dengan berdalilkan hadith yang asalnya sahih namun telah dipalsukan oleh beliau secara terang-terangan di ceramah PR pada 20 haribulan yang lalu dan disiarkan kembali di dalam akhbar Keadilandaily. Hadith yang sahih sebelum dipalsukan oleh Anwar Ibrahim adalah seperti berikut:
Dari Abdurrahmaan bin Abi Lailaa, ia berkata: Sahl bin Hunaif dan Qaid bin Sa’d pernah bertugas di Al-Qaadisiyyah. Telah lalu jenazah di hadapan mereka, lalu keduanya pun berdiri. Dikatakan kepada mereka berdua: "Sesungguhnya jenazah itu adalah orang dari kalangan Ahludz-Dzimmah". Mereka berkata: "Sesungguhnya pernah lalu satu jenazah di hadapan Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, lalu beliau berdiri. Dikatakan kepada beliau: "Sesungguhnya ia adalah jenazah orang Yahudi". Beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Bukankah ia juga manusia" [Diriwayatkan oleh Bukhaariy no. 1313, Muslim no. 960, An-Nasaa’iy no. 1921, dan yang lainnya].
Ada banyak hadith sebegini telah diriwayatkan samada sahih atau dhaif namun tidak ada satu pun yang meriwayatkan Nabi menundukkan kepala kepada mayat yahudi tersebut. Jelas di sini Anwar Ibrahim telah melakukan satu pendustaan ke atas Nabi dengan memalsukan hadith Baginda shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Tidak perlulah bercerita panjang dan berdalih jika ianya melibatkan pendustaan ke atas Nabi, Anwar Ibrahim bertaubat, menarik balik kata-katanya. 

Janganlah ingin membenarkan perbuatannya melakukan ritual tunduk sembah mayat di upacara kematian mendiang Karpal Singh, maka beliau sanggup berdusta ke atas Nabi. Sesungguhnya Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah memberi amaran yang sangat keras berkenaan hal ini:
"Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka."[Diriwayatkan oleh al-Bukhari – no: 109]
Sebagai umat Islam kita mesti sensitif apabila seseorang berdusta ke atas Nabi sebegini. Perkara ini tidak boleh diambil mudah. Tidak perlu berasa malu jika tidak melakukan ritual tersebut, jika kita mempraktikkan tuntutan Agama Islam. 

April 21, 2014

0 Lawatan Bersama pihak SPAD, ERL dan MAHB ke KLIA 2

Selepas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengeluarkan lesen kepada Express Rail Link (ERL) untuk memulakan KLIA 2, hari ini pihak SPAD yang diketuai oleh Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, bersama-sama dengan wakil dari syarikat ERL dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) telah mengadakan lawatan kerja ke KLIA 2 untuk melihat dari segi perlaksanaannya. ERL diwakili oleh Puan Noormah Mohd Noor manakala MAHB diwakili oleh Datuk Azmi Murad.

Kesempatan lawatan kerja ini diambil untuk melihat sistem teksi dan bas di terminal pengangkutan awam. Yang paling penting sekali, SPAD ingin tentukan semua pihak samada operator, 'queue manager' berpuas hati dan paling penting, caj yang dikenakan tidak membebankan penumpang-penumpang yang hendak datang ke KLIA 2.

Lesen untuk ERL beroperasi telah dikeluarkan SPAD pada 14 April 2014. ERL telah beroperasi di atas permohonan kepada SPAD dan dicadangkan kepada Perdana Menteri. Selepas diluluskan mereka dibenarkan beroperasi dan setakat ini pihak SPAD telah berpuas hati. Pihak SPAD juga berpeluang berbincang tentang 'signage' dan perkhidmatan-perkhidmatan di KLIA 2 yang melibatkan pengangkutan awam. 

Selaras dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan, teksi 2-tier yang digunakan di KLIA juga akan dijalankan di KLIA 2. Cumanya SPAD meminta 'queue manager' menentukan imej teksi yang ke KLIA 2 kerana teksi akan membawa imej negara. Semua teksi samada teksi bajet, bandar, limosin, kereta keluarga dibenarkan beroperasi di KLIA 2. Ini adalah kerana tiada lagi sistem konsensasi di mana syarikat-syarikat tertentu untuk beroperasi.

Tan Sri Syed Hamid Albar dalam sidang medianya memohon agar teksi-teksi bandar supaya jangan tunggu hingga 4-5 jam di KLIA 2 jika tiada penumpang. Pihak SPAD hanya memberi peluang untuk mencari rezeki di tempat yang lebih luas lagi. Katanya, pada mulanya, pihak SPAD ingin mengguna satu sistem iaitu teksi yang bermeter saja, tetapi oleh kerana KLIA mengguna sistem 2-tier, maka untuk elak komplikasi, sistem 2-tier turut juga digunakan.




10 Depan KTM Serdang Banjir Kilat - Banjir Tapi Selangor Catu Air

Ini masalahnya Neeri Selangor di bawah pentadbiran PR. Sistem saliran hancur dan tidak terjaga. Berlaku hujan lebat sedikit akan banjir kilat. Bila banjir, Menteri Besar Selangor dan EXCO akan umum seribu macam janji. Buat tebatan banjirlah, bersihkan sistem saliranlah. Pi mai pi mai dok tang tu jugak.

Hari ni berlaku lagi banjir kilat di depan KTM Serdang. Apa pula mereka nak kata. Sudahlah Rakyat Selangor dibelenggu dengan sistem catuan air akibat ketidakcekapan pengurusan air dan sombong bongkak Kerajaan PR Selangor. Sekarang dengan banjir pulak dah. Lantak hangpalah penduduk Serdang. Hangpa yang pilih mereka dalam PRU13 dulu. Apa macam?

7 Kenapa Hanya Penghormatan Negeri? Negara Juga Harus Iktiraf Karpal Singh!


Jenazah beliau diletakkan di Dewan Seri Pinang untuk majlis penghormatan terakhir. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri, agensi kerajaan turut hadir memberi penghormatan. Bendera negeri Pulau Pinang diturunkan separuh tiang selama seminggu. Perarakan turut dilakukan melalui sekolah lamanya, St Xavier's Institution, pejabat guamannya di Jalan Green Hall dan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di Jalan Farquhar sebelum mayat beliau dibakar di Batu Gantung. Namanya terus diabadikan dengan IJM Promenade telah ditukar kepada Karpal Singh Drive atau Persiaran Karpal Singh. Begitu hebat sekali penangan mendiang Karpal Singh. Tiba-tiba teringatkan satu perkara. Apa jasa-jasa Karpal Singh kepada Negara amnya dan Pulau Pinang khasnya sehingga diangkat seperti pahlawan negara?

Mungkin jasa terbesar Karpal Singh kepada Rakyat Malaysia adalah menjadi penghalang kepada seorang pengamal homoseksual untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1997. Karpal Singh membangkitkan isu moral Anwar Ibrahim di dalam Dewan Rakyat sebanyak dua kali secara serius, iaitu pada bulan Oktober dan Disember 1997. Segala apa yang berlaku dalam Parlimen dicatatkan dan ianya dinamakan Penyata Rasmi Parlimen (hansard). Dalam hansard semua benda akan tercatat hatta ketawa atau pun kecoh. Hansard Parlimen tidak menipu dan tidak boleh ditipu. Rakan blogger RBF Online, membuat penyelidikan yang terperinci berkenaan hansard yang berkaitan bertarikh  22 Oktober 1997 dan 18 Disember 1997 (Baca di sini).

Sebagai bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah seorang pemimpin dan peguam yang berwibawa dan mempunyai suara yang lantang terutama ketika membawa isu-isu kontroversi. Namun, kelantangan beliau beberapa kali mengundang padah. Kita juga tidak lupa bilamana Karpal Singh telah dikatakan menderhaka dengan titah perintah Sultan Perak. Karpal Singh telah didakwa kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Feb, 2009, bahawa pengguguran DS Mohammad Nizar dan pelantikan DS Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru oleh Sultan Perak boleh dipersoalkan di mahkamah. Pada 21 Februari 2013 Karpal didapati dan pada 11 Mac 2014, beliau telah dijatuhkan hukuman denda RM4,000 atas tuduhan menghasut.

Negara juga harus mengiktiraf Karpal Singh kerana atas usaha keras beliau membangkitkan isu di Parlimen suatu ketika dahulu, Negara diselamatkan dari mempunyai seorang Perdana Menteri yang mengamalkan hubungan sejenis. Namun, kita masih berharap agar amanat beliau yang diucapkan secara langsung di media massa pada 08 Februari 2009 seperti di bawah menjadi kenyataan. Kita juga merasa amat sedih dengan pemergian mendiang Karpal Singh ini, kerana berkemungkinan segala rahsia anakguamnya yang bernama Anwar Ibrahim akan turut terkubur.

April 20, 2014

19 Dua Kali @anwaribrahim Ziarah Mendiang Karpal Singh, Dulu Kenapa Tak Ziarah DS Azizan Razak?

Calon Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu bersusah payah hadir di Dewan Sri Pinang memberi penghormatan terakhir kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh. Ini kali kedua Anwar Ibrahim hadir menziarahi mendiang Karpal Singh semenjak beliau meninggal dunia.

Maafkan CTS kalau bertanya, pernahkah Anwar Ibrahim datang melawat DS Azizan Razak, Mantan Menteri Besar Kedah sewaktu beliau nazak dulu dan hadir menziarahi jenazah Allahyarham sewaktu beliau dikebumikan. Puas sudah CTS mencari di dalam arkib Google mengenai perkara berkenaan, namun tidak berjumpa. Bila masa Karpal Singh, siap letak-letak jambangan bunga gitu.

Kenapalah ada layanan 'double standard' di antara kedua-dua pemimpin ini? Bagaimanakah sebagai seorang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap pilih bulu, di dalam memilih layanan yang diberikan kepada pemimpin-pmimpin parti komponen PR yang tidak berdaftar. Mungkin Anwar Ibrahim hanya menziarahi saudara seagamanya kot?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates