March 29, 2014

10 Laki Bini 4 Presiden - Senarai Penuh Hari Pencalonan Pusat PKR


Drama apakah ini? Laki kononnya lawan bini untuk jawatan nombor satu, jawatan Presiden parti. Hiraki apakah ini apabila Ketua Umum bertanding jawatan Presiden? Ingatkan jawatan Ketua Umum paling tinggi dalam parti, macam jawatan Mursyidul Am dalam PAS. Apapun layan saja drama sinetron mereka. Tema hari ini adalah "Laki Bini 4 Presiden PKR - Luaskan Kuasa Keluargaku". Senarai penuh Hari Pencalonan Pusat PKR seperti di bawah:

29 Mac 2014 Sabtu
Ibu Pejabat PKR, Tropicana Petaling Jaya

Tutup Jam 5.00 Petang

Calon Presiden:
1. YB Datuk Seri Anwar Ibrahim calon No 2
2. YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim calon No 1

Calon Timbalan Presiden:
1. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim No 3
2. YB Tian Chua No 6
3. YB Saifudin Nasution No 2 
4. K Ramacahandran No 1
5. Murali No 4
6. YB Azmin Ali No 5

Calon Naib Presiden:
1. Baru Bian
2. Dato Mansor Osman
3. YB Fuziah Saleh
4. Suresh Kumar
5. N Surendran
6. Mustafa Kamil Ayob
7. YB Ellizabirth Wong
8. Dr Shurumugam
9. Dr Trishtaram
10. YB Mohd Rafizi Ramli
11. Mohd Yahaya Shaari
12. Lee Chen Cheh (letak jawatan di DUN Kajang)
13. YB Nurul Izzah Ibrahim
14. YB Dr Xavier
15. Shamsul Iskandar

Calon Ketua Wanita:
1. YB Roziah Ismail
2. YB Zuraida Kamarudin

Calon Timbalan Ketua Wanita:
1. Haniza Mohd Talha
2. Prof Rusnah Anai
3. Tengku Intan Tengku Abd Hamid

Calon Naib Ketua Wanita:
1. Gam Pi Nee
2. Norshah Abd Samad
3. Dr Daroyah Alwi
4. Sivamala
5. Joha Mat Lani
6. Tan Po Lai

Calon Ketua AMK:
1. Nazri Yunus
2. YB Nik Nazmi Nik Ahmad
3. YB Amirudin Shaari

Calon Timbalan Ketua AMK:
1. Mohd Sarman
2. Chan lee kang
3. Afif Barudin
4. Ramesh Kumar

- Sumber Urusetia Pencalonan Pusat PKR

13 Agak Dangkal Kadir Jasin Guna Merdeka Centre Untuk Menghentam DS @NajibRazak


Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Abdul Kadir Jasin berkokok lagi. Mungkin untuk menarik perhatian pihak atasan ataupun mempunyai agenda tersendiri, kita tak pasti. Kadir dalam blognya The Scribe  dan dipetik oleh The Malaysian Insiders berkata, satu keanehan atau ironi kerana DS Najib adalah PM Malaysia yang paling buruk prestasi pilihan raya (sejak krisis 13 Mei 1969), tetapi tidak dicabar.

Agak pelik apabila Kadir mengulas berdasarkan laporan dari kajian Merdeka Center mengenai populariti DS Najib yang jatuh kepada 52%. Ini bukan kajian baru. Malah kajian disiarkan pada bulan Disember 2013. Kadir Jasin tidak ada kajian terbarukah? 3 bulan sudah berlalu. Kadir Jasin sepatutnya mempunyai maklumat yang lebih terkini. Umum mengetahui kajian Merdeka Center tidak telus dan objektif. Kajian Merdeka Center berkiblatkan pembangkang dan bertujuan untuk menjatuhkan dan mencemarkan reputasi Kerajaan.

Apabila Merdeka Centre membuat kajian sebanyak 67% daripada responden dalam kajian itu menyebut peningkatan kos sara hidup dan inflasi sebagai punca mereka hilang keyakinan terhadap Najib, seharusnya Kadir Jasin harus bertanya kepada Merdeka Center, berapa ratuskah responden yang memberi maklumbalas terhadap kajian tersebut. Kalau setakat tidak sampai 1,000 responden, bolehkah kesimpulan dibuat bagi mewakili puluhan juta penduduk Malaysia?

Kadir Jasin seharusnya lebih objektif dan lebih ikhlas dalam mengkritik kepimpinan DS Najib. DS Najib bersifat terbuka di dalam nenerima kritikan. Namun, mengambil analisa dan kajian pembangkang seperti Merdeka Center menyebabkan kita sedikit kliase dengan niat Kadir Jasin. Janganlah merosakkan nama baik Datuk sebagai Bekas Ketua Pengarang NST dan blogger terkenal demi tindakan desperado ini. Amat tidak berbaloi!

0 Gambar-Gambar Sedih Calon PKR #DUNBalingian Di Pusat Pengundian





Proses pengundian PRK DUN Balingian bermula pada pukul 8.00 pagi hari ini dengan 13,233 pengundi biasa akan menunaikan tanggungjawab masing-masing. SPR membuka 21 pusat pengundian melibatkan 16 buah sekolah rendah dan menengah, tiga dewan serba guna/balai raya serta dua rumah panjang. PRK Balingian menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon BN iaitu bekas pegawai daerah Dalat Yussibnosh Balo, dan seorang ahli perniagaan Abdul Jalil Bujang, daripada PKR.

Alahai kesian pula melihat calon PKR si Abdul Jalil Bujang. Nampak gaya macam sudah kalah di Balingian. Penyokong-penyokongnya pun sudah mula lari entah ke mana. Pemimpin-pemimpin PKR sibuk dengan pemilihan jawatan parti di Semenanjung. Penduduk-penduduk Balingian‬ pun sudah tolak kehadiran Parti Kelentong Rakyat di sini. Sah BN menang besar bila keputusan diumumkan lewat petang nanti.

March 28, 2014

24 Samseng Yang Hendak Tembak PM @NajibRazak Akhirnya Kecut Telor cc. @PDRMsia




'Samseng Kampung Dusun' yang mengugut untuk menembak Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dua hari lepas, akhirnya menutup akaun laman sosial Facebook beliau hari ini. Ini setelah gambar-gambar beliau dan posting kontroversi di laman sosial berkenaan yang berbunyi, "Aku ingat mau tembak jer Najib Razak...aku tarak goyang sama sapa-sapa..." telah disebar luas oleh pengguna media sosial.

Konsep goyang goyang ini memang amat popular setelah diperkenalkan oleh suami ADUN Kajang, Anwar Ibrahim. Sekarang apabila semua pihak mencari samseng ini, tahu pula beliau takut. Samseng jenis apakah ini? Belum apa-apa sudah lari sembunyi dalam kain Mak dia.

22 "Mana Bangkai MH 370?" - Tajuk Yang Sopan Untuk Muka Depan Harakah


Tidak ada perkataan lainkah yang boleh digunakan selain daripada perkataan "bangkai" sebagai tajuk utama muka surat depan akhbar rasmi parti PAS? Sungguh sopan dan indah bahasa yang digunkan oleh Harakah bagi menghormati mangsa pesawat hilang MH370 dan keluarga mereka.

Keduanya, Harakah sememangnya "flip flop" dan keliru dalam satu muka surat hadapan akhbar mereka. Mereka mempertikaikan Kerajaan dan mahukan Kerajaan menunjukkan bukti jika benar pesawat MH370 telah terhempas, sama ada bangkai atau serpihan pesawat, barangan bagasi atau cerbisan-cerbisan mayat di lokasi kejadian. 

Dalam masa yang sama, seluruh pemimpin dan ahli PAS merakamkan takziah kepada keluarga penumpang dan kru pesawat MH370. Malah kalimah "Innalillahu Wa Inna Ilaihi Rajiun" atau ucapan takziah yang bermaksud "Dari Allah Kita Datang, Kepada Allah Kita Kembali" turut dicetak. Mana satu ni?


0 SPAD Pandang Berat Isu Ulat Teksi - 2 Kes Mahkamah Jadi Bukti


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) amat mengambil berat isu Ulat Teksi yang masih berleluasa terutama sekali di pintu masuk negara seperti lapangan terbang KLIA dan LCCT. Pelbagai operasi dilakukan oleh pihak SPAD dalam usaha untuk membendung kegiatan berkenaan. SPAD sememangnya tidak bertolak ansur di dalam mempertahankan hak pengguna dari ditipu oleh kegiatan Ulat Teksi dengan mengheret pihak terbabit ke muka pengadilan.

Hari ini, seorang pemandu Teksi Eksekutif, Gobi A/L Muniandy, dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang atas kesalahan di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Mengikut fakta kes, tertuduh tanpa kuasa yang sah telah menawarkan perkhidmatan pengangkutan untuk membawa pelancong dari LCCT ke Hotel Melia Kuala Lumpur.

Mahkamah Sesyen baru-baru ini pula menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 dan penjara selama 3 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut kepada Soo Mun Kit selepas beliau mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. 

Mengikut fakta kes, tertuduh tanpa kuasa yang sah telah cuba untuk memujuk penumpang untuk menggunakan perkhidmatan teksinya dari LCCT ke Town View Hotel, Kuala Lumpur. Pendakwaan dilakukan oleh Puan Uma Devi Balasubramaniam sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Adalah diharapkan kerjasama dari orang ramai terutama daripada penumpang-penumpang di KLIA dan LCCT agar menggunakan perkhidmatan teksi yang sah bagi membendung kegiatan Ulat Teksi ini. Operasi bersepadu walau sebanyak mana sekalipun pasti tidak dapat membendung aktiviti ini sekiranya orang ramai masih memberikan sokongan kepada kegiatan Ulat Teksi ini.

March 27, 2014

1 Gambar-Gambar Kerakusan DAP Merobohkan Gerai-Gerai Melayu di Telok Bahang Pulau Pinang Pagi Tadi






Tahniah Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana akhirnya gerai milik Melayu di Teluk Bahang di runtuhkan oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pagi tadi. Operasi perobohan melibatkan 13 binaan gerai milik orang Melayu bermula jam 9.30 pagi dan selesai pada jam 11.10 pagi tadi. MPPP telah cuba untuk merobohkan gerai-gerai ini sebelum ini tetapi gagal. Ianya berikutan operasi perobohan diberhentikan buat sementara waktu disebabkan para peniaga dan penduduk mula bertindak agresif untuk mempertahankan gerai milik mereka.

Namun hari ini pekerja-pekerja Melayu MPPP berjaya melaksanakan arahan Boss Besar Cina DAP mereka yang bertapa di bangunan KOMTAR, untuk merobohkan gerai milik bangsa mereka sendiri. Tahniah kepada Rakyat Negeri Pulau Pinang kerana cukup pandai nak UBAH kerajaan. Lai kali UBAH lagi. Kalau tak UBAH, gerai mana boleh kena roboh. Tahniah sekali lagi. Lihat juga video di bawah:

March 26, 2014

4 Pilot Air Asia Pertikai Isu #MH370 Digantung Tugas Sementara Tunggu Siasatan - Tahniah DS @tonyfernandes @azranosmanrani


Semalam CTS ada memuatkan isu seorang juruterbang kanan Air Asia X yang mempertikaikan pengumuman Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak berkenaan kehilangan pesawat MH 370 di Lautan Hindi. Baca di sini. Hari ini pemilik Air Asia, DS Tony Fernandes telah mengantung tugas juruterbang berkenaan sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan. Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," katanya dalam satu tulisan di laman sosial Twitter. 

Ketua pegawai eksekutifnya Azran Rani Osman berkata, arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangannya membuat kenyataan yang mengguris perasaan. "Arahan khusus kepada kru kami dalam membuat komen terbuka berkenaan MH370. Tanggungjawab untuk tidak menyakitkan perasaan," katanya, juga di Twitter. 

Tahniah DS Tony Fernandes dan Azran Rani Osman yang peka dengan sensitiviti Rakyat Malaysia mengenai isu ini.

March 25, 2014

14 Kenapa Petronas Benarkan Bob Lokman Berceramah / Bertazkirah Di Surau Milik Mereka?


Ini gambar yang dikirimkan oleh pekerja Petronas yang tidak berpuas hati tindakan Surau Petronas menjemput Ustaz Segera PAS Bob Lokman, untuk memberi ceramah / tazkirah waktu Zohor sebentar tadi. Sudah tidak adakah lagi ustaz yang berwibawa dan berilmu yang dapat dipanggil oleh Petronas untuk berceramah dan memberi tazkirah? 

Apa kelulusan Agama Bob Lokman? Adakah Bob Lokman mendapat tauliah dari mana-mana Majlis Agama Islam untuk memberi ceramah / tazkirah? Kenapakah Petronas sebagai tulang belakang Kerajaan menjemput Ustaz Segera PAS yang saban hari memaki hamun Kerajaan? Adakah AJK-AJK Surau Petronas telah dipenuhi dengan juak-juak PAS, tak ubah seperti gunting dalam lipatan?

7 Pilot Air Asia X Pertikai Pengumuman PM @NajibRazak Mengenai #MH370 Semalam


Banyak sungguh pihak yang mempertikaikan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak semalam mengenai kehilangan pesawat MH 370 yang diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi semalam. Salah seorang daripada mereka adalah pilot daripada Air Asia X bernama Krish Jejendira. 

Kita boleh menerima sekiranya beliau tidak dapat menerima kenyataan nasib pesawat berkenaan. Namun, pertuduhan beliau Kerajaan menyembunyikan maklumat adalah keterlaluan. Ini melibatkan nyawa manusia terdiri daripada anak kapal dan penumpang berjumlah 239 orang. Pagi tadi Perdana Menteri telahpun membuat usul di Dewan Rakyat seperti di bawah. Apa lagi pilot bertaraf pegawai kanan berkenaan mahu lagi?
Di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) di Dewan Rakyat bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Di bawah usul itu, dewan turut merakamkan takziah kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang serta anak-anak kapal pesawat berkenaan.

Bahawa dewan ini menyatakan ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat yang memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberikan bantuan dalam operasi tersebut.

Apa yang perlu kita lakukan dalam minggu-minggu dan mungkin bulan-bulan akan datang ini ialah untuk mencari segala serpihan, rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370 supaya kita boleh mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa pesawat itu telah hilang di selatan Lautan Hindi.

Pada masa ini kerajaan menerima pelbagai cadangan dan antaranya untuk berkabung dengan mengibarkan bendera separuh tiang. Kerajaan berpendapat, kita perlu menemui objek dan serpihan itu terlebih dahulu sebelum kita melakukan perkara tersebut. Begitulah juga saya diberitahu Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan bersidang pada pukul 6 petang ini untuk menentukan solat jenazah ghaib, bila patut dilakukan.



1 Tahniah YB @AzminAli Di Atas Keprihatinan Terhadap Anggota SAR #MH370 - Bukan Seperti @tianchua


Buat pertama kali, CTS rasa kagum dan hormat kepada Ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali yang secara jujur menghargai pengorbanan Pemangku Menteri Pengangkutan, DS Hishammuddin Tun Hussein dan semua anggota yang berusaha keras dalam operasi SAR. Contoh sebeginilah yang kita mahukan daripada Wakil Rakyat pembangkang. Kata pepatah English, 'Give a credit when its due'. Tahniah sekali lagi buat YB Azmin Ali. Beliau tidak berkelakuan seperti Ahli Parlimen Batu yang sentiasa berpolitik 24 jam. Contoh terbaru adalah seperti 'tweet' beliau semalam:


March 24, 2014

2 PM @NajibRazak Press Statement On 24.03.2014 @10.00 p.m. - Al Fatihah For #MH370


This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.
This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.

3 Kenapa Media Asing Biadap Memakai Seluar Pendek Dalam Sidang Media #MH370

CTS saya agak kurang beradab apabila segelintir media luar terutama jurufoto asing yang menghadiri sidang media isu kehilangan pesawat MH370 di Pusat Media Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengenakan seluar pendek dan t-shirt ringkas bagi menghadiri sidang media tersebut.

Ini jelas membuktikan mereka tidak professional ketika bekerja dan memandang rendah sidang media yang dilakukan oleh Malaysia. Kita boleh menerima sekiranya ini adalah majlis liputan perlawanan golf atau bolasepak.

Seharusnya pegawai Jabatan Penerangan bertugas lebih arif dalam kod etika sebuah majlis. Etika pemakaian seharusnya jurufoto media asing lebih terkehadapan dalam sesuatu majlis khas. Diharapkan Jabatan Penerangan lebih peka ada sidang media seterusnya dan tidak hanya mengawal media tempatan.

March 23, 2014

7 Panas #PRKKajang - Lelaki Menyamar Ahli Majlis MPKj Ditangkap Polis

Seorang lelaki berusia 40an telah ditahan polis sebentar tadi kerana menyamar sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Kelihatan seorang ahli PAS (berbaju kuning) kelihatan cuba berunding dengan anggota PDRM agar lelaki berkenaan tidak ditahan. Macam-macam pe'el orang PR ni kan.

Peratusan keluar mengundi setakat 2pm:

Kota Cheras-1368/3661-37% 
Sg Sekamat-2301/4712-49% 
S.Impian-981/2018-48% 
Tmn Mesra-868/1289-67% 
Sg Kantan-1534/2488-61% 
Tmn Kajang Baru-2169/4476-48% 
Kajang-1330/2181-61% 
Sg Chua 1-2237/4737-47% 
Sg Chua 2-1245/2600-48% 
Sg Chua 3-405/684-58% 
Sg Chua 4-322/805-40% 
Sg Chua 5-1099/1830-60% 
Tmn Delima 1444/1690 -85% 
K.Permai-1947/3310-59% 
Bandar Kajang -722/1222-59% 
Bt 10 Cheras-1040/1575-59% 

Purata -21012/39278-53%


2 Gambar-Gambar Sambutan Pengundi Kepada Calon BN @chewmeifun Di SMK Kajang #PRKKajang #PilihMeiFun

3 Gambar-Gambar Provokasi Kangkung Bodoh Oleh PKR Di Hari Pengundian #PRKKajang

PKR sudah tiaa modal lain untuk berkempen di hari pengundian selain dari membuat provokasi bodoh. Di hari pengundian hari ini, tema kangkung yang sudah menjadi isu lapuk dimainkan kembali. Sepatutnya mereka memainkan isu 'Anwar 4 cm'.

0 Calon BN @chewmeifun Tiba Awal Di Pusat Pengundian #PRKKajang #PilihMeiFun

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates