March 15, 2014

3 Ahli Parlimen PAS Temerloh @Tantawi100 Kena Minta Maaf Sebab Fitnah @PDRMsia cc. @KBAB51


Ini adalah posting yang dibuat oleh Ahli Parlimen PAS Temerloh, Nasrudin Hassan atau lebih dikenali sebagai Nasrudin Tantawi berkenaan solat hajat yang ingin dilakukan oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Halim. Posting ini dibuat di dalam laman Fanpage beliau.

Kononnya, PDRM mengambil keterangan kerana mengadakan solat hajat. Kononnya, layanan PDRM tidak sama diberikan seperti yang diberikan kepada 'Raja Bomoh'. Kononnya, mereka tidak dibenarkan solat hajat di situ. Ini semua fitnah! Baca apa yang diucapkan oleh tuan punya diri dipetik di laman sosial Facebook seperti di bawah:


Tidak ada satu perkataan negatif pun yang keluar dari mulut Ustaz Syarhan. Malah beliau turut memuji anggota PDRM dan pihak KLIA kerana memberi kerjasama yang baik. Persoalannya, apakah ada niat jahat dari Ahli Parlimen PAS Temerloh membuat posting sedemikian rupa? Kalau pihak PDRM melarang solat hajat seperti yang didakwa oleh Nasrudin Hassan, gambar-gambar ini apa pula? Mereka dilarangkah dari bersembahyang hajat di KLIA?



4 Kenapa @tm_insider Padam Artikel @drwanazizah Perlekehkan Operasi SAR #MH370? #PilihMeiFun


Portal media The Malaysian Insider (TMI) hari ini telah memadam artikel yang disiarkan semalam bertajuk "Dunia Guna Alat Canggih, Malaysia Pakai 'Bomoh Doremi' Cari MH370, kata Dr Wan Azizah". Artikel tersebut menyelitkan kenyataan Presiden PKR berkenaan yang memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia dalam operasi mencari pesawat MH370, dalam ceramahnya di Sungai Jelok, Kajang malam sebelumnya.

Kenapakah portal media yang seperti TMI memadamkan artikel yang disiarnya sebelum ini? Apakah ini ada kaitan dengan gesaan pihak-pihak tertentu meminta agar artikel berkenaan ditarik balik kerana ianya mampu memberikan Wan Azizah impak yang negatif menjelang PRK Kajang kelak? Untuk rekod, semasa ceramah di Sungai Jelok itu, Wan Azizah telah menyelar kerajaan dan menuduh bahawa kerajaan Malaysia bergantung kepada khidmat bomoh untuk mencari pesawat MH370, selain turut menyelitkan beberapa kutukan terhadap pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Lihatlah sendiri video ceramah Wan Azizah yang tidak sensitif langsung dengan perasaan Rakyat. Orang sebeginikah yang kita mahu angkat sebagai ADUN Kajang?

video

Sebaliknya, pilihlah Chew Mei Fun sebagai Wakil Rakyat yang prihatin dengan permasalahan Rakyat.

2 Kempen PR Di #PRKKajang Semakin Biadap - Poster Babi Betina Terhadap MCA Dan @chewmeifun Amat Keterlaluan!


"Jika MCA Boleh Dipercayai, Babi Betinapun Boleh Panjat Ke Atas Pokok" antara intipati poster kempen pilihanraya yang dimuatkan oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, di dalam laman sosial Facebook dan Twitter beliau. Kempen PR menjadi semakin panas dan biadap. Seorang Ahli Parlimen sanggup membuat perumpamaan rakan-rakan politik yang lain sebagai babi betina. Kenapa perlu menggunakan 'derogatory remarks' yang sebegini rupa untuk mendapatkan sokongan? 

Perbuatan jijik dan hina sebegini tidak seharusnya berlaku kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai demokrasi yang subur dan sihat dimana rakyat diberi kuasa sepenuhnya untuk memilih wakil rakyat mereka. Kenapa PR tidak boleh mengamalkan amalan berkempen secara bersih. Kenapa perlu politik adu domba?

0 Berita CNN Paling Dipercayai? Nama PM Malaysia @NajibRazak Pun Salah!

Macam mana kita hendak percayai berita yang disampaikan oleh badan penyiaran antarabangsa Cable News Network (CNN) sebagai tepat dan terkini sedangakan nama Perdana Menteri Malaysia sendiripun dilaoorkan tidak betul?

Bagaimna Rakyat Malaysia boleh hadap dengan apa yang dihidangkan oleh CNN dan menidakkan apa yang disampaikan oleh pihak berkuasa di dalam Sidang Akhbar. Memalukan sungguh laporan CNN. Ini bukan nama Perdana Menteri kami!


Di bawah adalah transkrip penuh Sidang Media Perdana Menteri DS Najib Razak:

PM Najib Razak’s Press Statement on MH370

Seven days ago Malaysia Airlines flight MH370 disappeared. We realise this is an excruciating time for the families of those on board. No words can describe the pain they must be going through. Our thoughts and our prayers are with them.

I have been appraised of the on-going search operation round the clock. At the beginning of the operation, I ordered the search area to be broadened; I instructed the Malaysian authorities to share all relevant information freely and transparently with the wider investigation team; and I requested that our friends and allies join the operation. As of today, 14 countries, 43 ships and 58 aircraft are involved in the search. I wish to thank all the governments for their help at such a crucial time.

Since day one, the Malaysian authorities have worked hand-in-hand with our international partners – including neighbouring countries, the aviation authorities and a multinational search force – many of whom have been here on the ground since Sunday.

We have shared information in real time with authorities who have the necessary experience to interpret the data. We have been working nonstop to assist the investigation. And we have put our national security second to the search for the missing plane.

It is widely understood that this has been a situation without precedent.

We have conducted search operations over land, in the South China Sea, the Straits of Malacca, the Andaman Sea and the Indian Ocean. At every stage, we acted on the basis of verified information, and we followed every credible lead. Sometimes these leads have led nowhere.

There has been intense speculation. We understand the desperate need for information on behalf of the families and those watching around the world. But we have a responsibility to the investigation and the families to only release information that has been corroborated. And our primary motivation has always been to find the plane.

In the first phase of the search operation, we searched near MH370’s last known position, in the South China Sea. At the same time, it was brought to our attention by the Royal Malaysian Air Force that, based on their primary radar, an aircraft – the identity of which could not be confirmed – made a turn back. The primary radar data showed the aircraft proceeding on a flight path which took it to an area north of the Straits of Malacca.

Given this credible data, which was subsequently corroborated with the relevant international authorities, we expanded the area of search to include the Straits of Malacca and, later, to the Andaman Sea.

Early this morning I was briefed by the investigation team – which includes the FAA, NTSB, the AAIB, the Malaysian authorities and the Acting Minister of Transport – on new information that sheds further light on what happened to MH370.

Based on new satellite information, we can say with a high degree of certainty that the Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS) was disabled just before the aircraft reached the East coast of peninsular Malaysia. Shortly afterwards, near the border between Malaysian and Vietnamese air traffic control, the aircraft’s transponder was switched off.

From this point onwards, the Royal Malaysian Air Force primary radar showed that an aircraft which was believed – but not confirmed – to be MH370 did indeed turn back. It then flew in a westerly direction back over peninsular Malaysia before turning northwest. Up until the point at which it left military primary radar coverage, these movements are consistent with deliberate action by someone on the plane.

Today, based on raw satellite data that was obtained from the satellite data service provider, we can confirm that the aircraft shown in the primary radar data was flight MH370. After much forensic work and deliberation, the FAA, NTSB, AAIB and the Malaysian authorities, working separately on the same data, concur.

According to the new data, the last confirmed communication between the plane and the satellite was
at 8:11AM Malaysian time on Saturday 8th March. The investigations team is making further calculations which will indicate how far the aircraft may have flown after this last point of contact. This will help us to refine the search.

Due to the type of satellite data, we are unable to confirm the precise location of the plane when it last made contact with the satellite.

However, based on this new data, the aviation authorities of Malaysia and their international counterparts have determined that the plane’s last communication with the satellite was in one of two possible corridors: a northern corridor stretching approximately from the border of Kazakhstan and Turkmenistan to northern Thailand, or a southern corridor stretching approximately from Indonesia to the southern Indian ocean. The investigation team is working to further refine the information.

In view of this latest development the Malaysian authorities have refocused their investigation into the crew and passengers on board. Despite media reports that the plane was hijacked, I wish to be very clear: we are still investigating all possibilities as to what caused MH370 to deviate from its original flight path.

This new satellite information has a significant impact on the nature and scope of the search operation. We are ending our operations in the South China Sea and reassessing the redeployment of our assets. We are working with the relevant countries to request all information relevant to the search, including radar data.

As the two new corridors involve many countries, the relevant foreign embassies have been invited to a briefing on the new information today by the Malaysian Foreign Ministry and the technical experts. I have also instructed the Foreign Ministry to provide a full briefing to foreign governments which had passengers on the plane.  This morning, Malaysia Airlines has been informing the families of the passengers and crew of these new developments.

Clearly, the search for MH370 has entered a new phase. Over the last seven days, we have followed every lead and looked into every possibility. For the families and friends of those involved, we hope this new information brings us one step closer to finding the plane.

March 14, 2014

5 Sungguh Kurang Ajar PAS Jadikan Musibah Negara #MH370 Sebagai Modal Ceramah Politik


Mereka ini tiada dalam senarai orang-orang yang membantu Kerajaan mengesan pesawat MAS MH370 yang hilang. Apa yang mereka tahu adalah menjadikan setiap musibah yang berlaku di dalam negara ini sebagai modal politik. Kalau tahun lepas, mereka politikkan Tragedi Lahad Datu, Sekarang mereka menghina mangsa dan keluarga krew dan penumpang pesawat MH370 dengan menganjurkan ceramah atas nama 'Misteri MH370? Himpunan Rakyat'.

Siapa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, siapa Presiden Pro Mahasiswa Nasional, Abdul Muqit Muhamad, siapa Ahli Parlimen Raub, Dato' Arif Sabri Abdul Aziz dan siapa  YDP Pas Kawasan Batu, Haji Ishak Surin untuk membicarakan tentang kehilangan MH370? Adakah mereka pakar dalam bidang penerbangan ataupun pakar 'aviation forensic'? Sungguh memualkan melihat keletah mereka ini. Dalam seluruh negara bersedih dan mendoakan keselamatan krew dan penumpang MH370, PAS masih ada masa untuk buat ceramah bermodalkan isu MH370. Lepas itu bawa tin milo untuk mengutip derma di kalangan yang hadir untuk mengisi tabung parti.

0 Ikrar Dan Janji @chewmeifun Kepada Penduduk Kajang #PilihMeiFun #PRKKajang


'Demi Intergriti dan Kredibiliti'. Itulah kalimah keramat ikrar dan janji calon BN DUN Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun kepada penduduk-penduduk Kajang. Ini bukan slogan kosong dan retorik. Dengan rekod perkhidmatan cemerlang semasa beliau menjadi mantan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara selama 2 penggal dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Mei Fun memberikan ikrar dan janji seperti berikut:

Ikrar Mei Fun:

1. Memperkuatkan 'check & balance' terhadap kerajaan negeri Selangor.

2. Membetulkan masalah hal ehwal tempatan.

3. Memainkan peranan sebagai pihak pembangkang yg konstruktif.

4. Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat.

Janji Mei Fun:

1. Memperkenalkan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej Kajang sebagai sebuah Bandar Kebudayaan.

2. Mendirikan pusat khidmat wakil rakyat dan berperanan sebagai jambatan berkesan di antara Majlis Perbandaran dengan rakyat jelata. Memantau pentadbiran kerajaan tempatan untuk memastikan kualiti perkhidmatan yg memuaskan. Memantau keberkesanan pihak MPKj dalam pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur-infrastruktur termasuk jalan,longkang,lampu jalan dan kebersihan persekitaran.

3. Meningkatkan sistem pengangkutan awam dan lalu lintas Kajang secara holistik melalui penyelarasan dengan projek MRT yg dirancang oleh kerajaan pusat,demi menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kajang yg kian menular.

4. Menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Kajang.

5. Memantau dan berkerjasama dengan pihak Polis dalam usaha membanteras jenayah,mengeratkan hubungan pihak Polis dengan orang awam,menubuhkan jawatankuasa keselamatan masyarakat dan menggerakkan penduduk-penduduk dalam usaha memperbaiki keadaan keselamatan.

Majlis Pelancaran Janji Mei Fun Kepada Warga Kajang telah berlangsung di Markas Induk MCA di Taman Berjaya, Sg Chua, Kajang, sebentar tadi.



3 This 'Raja Bomoh' Is Actually Predicted PR To Win GE13 - What Say You @anwaribrahim ?


Opposition leader Anwar Ibrahim demanded that the government disclose who gave permission for a bomoh to conduct rituals inside KLIA to locate the missing Malaysia Airlines jet. When speaking in the Dewan Rakyat yesterday, PR supremo Anwar Ibrahim lashed out at the bomoh for his unIslamic rituals, and demanded to know who gave the shaman clearance to perform at the airport before the international media.

Anwar noted that the leader of 3 witch doctors, Ibrahim Mat Zin had worn a 1Malaysia badge, and quipped that the latter was 'Bomoh 1 Malaysia'. Anwar later criticised the government’s handling of the crisis, pointing to allegations of slow response and a lack of information over search efforts. He also said Malaysian officials were fumbling due to their complacency from dealing with a docile local media. 

But Anwar Ibrahim did forgot one thing. The self-designated 'world bomoh VIP king' has predicted that Pakatan Rakyat would win the May 5, 2013 General Election. A video, apparently recorded on April 22, 2013, revealed Ibrahim doing what he knows best i.e. performing rituals with his now-world-famous bomoh gear - bamboo binoculars, coconuts and a fish trap. The aim of the ritual was not to detect a missing plane, but to predict the victor of the 13th general election. Now we know which side this 'Raja Bomoh' really is. What say you Anwar Ibrahim? Did you call this 'Raja Bomoh' to the airport to turn Malaysia into the world’s laughing stock?

video

0 SPAD Hargai Pemandu Teksi Yang Amanah


Bertempat di pejabat SPAD di KL Sentral, Kuala Lumpur, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semalam telah mengadakan satu majlis untuk menghargai pemandu teksi yang mempunyai sifat amanah dan terpuji. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menyampaikan sijil penghargaan kepada kedua orang pemandu teksi berkenaan di majlis berkenaan. Berikut adalah biodata kedua-dua pemandu teksi berkenaan dan kejadian yang berlaku sehingga mereka diiktiraf oleh pihak SPAD.

No Siri Sijil Penghargaan: COMMS/TX0001/2014

Encik See Meng Ko, 60 telah menjumpai kamera benilai RM 20,000 milik Puan Erme Halini, seorang jurutera IT semasa beliau bersama suami menaiki teksi En. See di KL Sentral pada bulan Januari 2014. Kamera itu milik syarikat tempat Puan Erme bekerja dan beliau telah mencari semula teksi yang beliau naiki. Pada masa yang sama, Encik See juga mencari pemilik kemera tersebut. Akhirnya mereka bertemu semula di KL Sentral dan Puan Erme ingin menghulurkan 'ang pow' sebagai tanda terima kasih beliau, namun Encik See menolaknya dengan sopan.

No Siri Sijil Penghargaan: COMMS/TX0002/2014

Encik Mohamad Muhaimin, 40 telah memulangkan semula dompet milik Puan Nurulhuda binti Mohd Akhir, seorang penjawat awam di Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya. Di dalam dompet beliau mengandungi wang tunai, lesen pemandu, kad kredit dan kad ATM. Encik Mohamad Muhaimin telah bersusah payah untuk menghubungi Puan Nurul Huda untuk memulangkan dompet tersebut. Puan Nurul Huda amat bersyukur dan berterima kasih kepada En. Muhaimin.

Adalah menjadi harapan SPAD untuk melihat pemandu-pemandu teksi yang menjadi penanda aras kepada sistem pengangkutan awam lain. Pemandu teksi yang berhemah akan membuatkan penumpang lain merasa selamat dan selesa menggunakan perkhidmatan teksi. Apabila penumpang merasa yakin dan selamat, mereka akan lebih kerap menggunakan perkhidmatan teksi dan ini sudah semestinya akan meningkatkan pendapatan pemandu-pemandu teksi.

March 13, 2014

9 Gambar-Gambar Siling Lobi Hotel Concord Shah Alam Runtuh Hari Ini - YB @KhalidSamad Sila Letak Jawatan


Siling lobi Hotel Concorde Shah Alam runtuh kira-kira jam 5.30 petang hari ini. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan. Kita tunggu sajalah komen dari pemimpin-pemimpin pembangkang dan juak-juak mereka. Semua ini mesti salah UMNO.


Sebelum ini di dalam ceramah di Kajang yang berkisar tragedi kehilangan pesawat MH370, YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam telah mengandaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak akan meletakkan jawatan kerana kejadian tersebut selain mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan Malaysia yang meluaskan jarak pencarian sehingga ke Selat Melaka. Dalam laman sosial Twitter pula, beliau secara sinis meminta Menteri meminta maaf dan letak jawatan.

Di dalam kejadian di Hotel Concorde yang berlaku di dalam kawasan parlimen beliau, YB Khalid Samad kena ambil tanggungjawab, tidak perlu bermadah dan beralasan. Saya tidak perlu mengandaikan YB parlimen saya untuk meletak jawatan. Allah bayar tunai kerana keceluparan YB mempermainkan isu kehilangan pesawat MH370. YB Khalid Samad, sila letak jawatan!






0 Latihan Khas Pemandu TEKS1M - Usaha SPAD Ke Arah Transformasi Industri Teksi


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menganjurkan program latihan dua hari kepada pemandu Teksi 1Malaysia (TEKS1M) dalam usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan teksi di negara ini. Tujuan sesi latihan ini adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pemandu TEKS1M dalam setiap aspek serta mengasah kemahiran berkomunikasi antara mereka dengan penumpang. Latihan ini merupakan satu keperluan di dalam dasar dan syarat operasi untuk menjadi seorang pemandu TEKS1M.

Di akhir sesi latihan ini, pemandu TEKS1m akan mengetahui cara bagaimana untuk mengenali dan menjayakan matlamat diri dengan menjaga imej, nama baik diri dan kerjaya, menggunakan teknik komunikasi secara berkesan dengan penumpang, dapat membezakan di antara pemandu teksi biasa dan pemandu teksi contoh, berpeluang mempelajari teknik meningkatkan pendapatan pemandu teksi serta berupaya memahami aspirasi, perancangan dan harapan SPAD di samping mengetahui syrat dan peraturan operasi.

Pada majlis yang berlansung di sebelah petang tadi, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menyampaikan sijil kepada 56 orang pemandu TEKS1M yang menjalani latihan di Ibu Pejabat SPAD di KL Sentral, Kuala Lumpur. Ini sebahagian daripada 1,000 pemandu TEKS1M yang mendapat pemberian teksi individu di bawah Program Perdana Teki 1Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak pada bulan April 2012. 1,000 teksi ini adalah permulaan kepada pengenalan kelas perkhidmatan baru dan merupakan sebahagian daripada agenda transformasi industri teksi.




2 Kena Tahan JPJ Sebab Prihati Dengan #MH370

Kalau nak tunjuk simpati dan bersolidariti dengan mangsa dan keluarga pesawat MH370 yang hilang. Janganlah sampai melanggar undang-undang mahupun peraturan jalan raya. Kan dah tak pasal-pasal kena tahan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebab menukar plat motor. Walau bagaimanapun, kita berharap pihak JPJ tidak mengenakan saman kepada lelaki berkenaan. Cukuplah dengan amaran keras.

5 Gara-Gara Celupar @AzminAli Panggil DS @NajibRazak Haiwan Ternakan, Mursyidul Am Tibai Gelar Azmin Anjing @anwaribrahim


Minggu lepas, Azmin Ali dengan kerasnya menyatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah merupakan haiwan ternakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad disebabkan oleh ketakutan untuk melihat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkuasa semula jika menang pada Pilihanraya Kecil Kajang dan seterusnya menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Ujarnya, kerajaan UMNO-BN dilihat ingin mengulangi semula peristiwa pada tahun 1998 dimana Anwar didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar dan juga Sukma Darmawan. Video berkenaan boleh disaksikan di bawah:

video

Kesan daripada keceluparan mulut Azmin Ali berkenaan, semalam, bekas Naib Ketua Pemuda PKR Pusat yang juga Mursyidul Am TIBAI, Zahid Md Aris, ketika berceramah di Kajang, telah menggelarkan Azmin Ali 'Anjing Belaan' Anwar Ibrahim, YB Jamban dan YB Tanggang. Zahid berkata, Azmin adalah anjing yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk menggigit TS Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan barisan kepimpinan yang tidak selari dengan Anwar Ibrahim. Video berkenaan boleh dilihat di bawah:

video

March 12, 2014

10 Video Bomoh Ala Laksamana Do Re Mi Permainkan Islam Dan Mangsa Tragedi #MH370 - Kenapa KLIA Tak Halau?





Selepas seorang bomoh mengaku Raja Bomoh membawa alat menangkap ikan untuk mencari pesawat MAS yang hilang beberapa hari lepas, hari ini 3 Laksamana Do Re Mi pula datang ke lapangan terbang KLIA untuk mengejar 'glamour'. Seharusnya pihak pengurusan KLIA tidak melayan tindakan bodoh, bangang dan khurafat ini yang boleh memalukan Malaysia di mata dunia. 

Kalau pandai sangat buat sajalah jampi serapah songsang di rumah. Agaknya kenapa ketiga-tiga mangkuk hayun ini tak naik 'tikar terbang' berkenaan untuk datang ke KLIA. Kenapa menaiki kereta? Siapa agaknya mangkuk hayun yang panggil bomoh-bomoh tiruan ini untuk buat kerja-kerja yang tidak berfaedah ini?

4 PKR Hari Ini Bentang 4 Manifesto Menipu Rakyat - Ini Hujah Bagaimana PKR Menipu #PRKKajang #PilihMei Fun


Setiap kali ada PRK, setiap kalilah Rakyat dihidangkan dengan manifesto pembohong oleh PR. Tidak terkecuali di Kajang. PKR hari ini melancar empat teras utama manifesto PRK DUN Kajang. Manifesto itu dilancarkan calon PKR, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail di Bilik Gerakan Utama PKR di Sungai Sekamat, di sini. Empat teras itu membabitkan isu keselamatan, kesesakan lalu lintas, anak muda dan usahawan kecil serta isu perbandaran.

Pertama, isu kesesakan lalulintas bukan perkara baru di Kajang. Kerajaan Pusat telah dan sedang menyelesikan masalah berkenaan dengan membina projek 'Mass Rapid Transit (MRT)' di Kajang dengan jangkaan projek berkenaan akan siap pada tahun 2017. Projek berkenaan akan memberi manafaat kepada 1.2 juta penduduk yang menghubungkan Sungai Buloh, Kota Damansara, Dataran Sunway, Bandar Utama, TTDI, Seksyen 16, Pusat Bandar Damansara, KL Sentral, Warisan Merdeka, Bukit Bintang , Pasar Rakyat ,Cochrane , Maluri , Cheras dan Kajang. Bagaimana pula Wan Azizah dan PKR bercadang hendak menyelesaikan masalah lalu lintas. Jalan atas angin?

Kedua, isu anak muda apa yang ingin diselesaikan oleh Wan Azizah? Sedangkan isu anaknya  sendiri Nurul Izzah dan suami, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim, sebagai ibu bapa, tidak dapat selesaikan, apakah jaminan beliau hendak menyelesaikan isu anak muda? Untuk rekod, Mahkamah Rendah Syariah semalam memerintahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkenaan dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim supaya segera melantik wakil jawatankuasa pendamai dalam kes cerai yang difailkan Nurul Izzah. Hakim, Syarie Ab Malek Awang menetapkan 1 April bagi pasangan itu membawa jawatankuasa pendamai masing-masing ke mahkamah, dan jika mereka gagal berbuat demikian, mahkamah boleh menutup kes berkenaan.

Ketiga, dalam isu perbandaran pula teringat manifesto yang dibentangkan oleh YB Rodziah Ismail, ADUN PKR Batu Tiga. Katanya dalam manifesto berkenaan, Kerajaan PR akan membina stesyen bas baru mengantikan stesyen bas Seksyen 17 yang usang di Shah Alam. Sememangnya janji berkenaan akan ditepati. Namun bukan oleh Kerajaan PR Selangor sebaliknya Kerajaan Pusat. Baca keratan akhbar di bawah:



Mengenai manifesto keempat, isu keselamatan, nak selamat macam mana? Suami sendiri bekas banduan dan baru sahaja disabitkan dengan hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat! Apa solusi yang hendak Wan Azizah tawarkan? Cawat besi untuk anak muda di Kajang?

March 11, 2014

2 NGO Cina Kajang Beri Sokongan Kepada @chewmeifun

Bertempat di Grand Ballroom, Hotel Imperial Uptown, Kajang, semalam, seramai 600 orang dari 100 NGO dan pemimpin-pemimpin dari tokong Cina sekitar Kajang menghadirkan diri untuk makan malam dan berdialog bersama pemimpin-pemimpin MCA.

Di dalam ucapannya, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berharap masyarakat Cina beri peluang bukan saja kepada calon tetapi kepada barisan kepimpinan MCA setelah MCA melalui transformasi parti. 

Sementara itu, calon BN bagi PRK Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun, menyeru supaya beliau diberi kepercayaan dan sokongan penuh. Sekiranya beliau menang, ini bermakna beliau merupakan satu-satunya mewakili suara masyarakat Cina bagi pihak pembangkang di DUN Selangor nanti.

0 Video Pendek Penuh Informatif Tentang #PRKKajang #TentangKajang #Kajang #POTV @PPUMonline

video

Tak pastilah CTS siapa yang buat video di atas. Cumanya video pendek berdurasi 2:44 minit penuh informatif ini memberikan sedikit latar belakang tentang Kajang dan PRK yang bakal diadakan. Antara intipati video adalah:

Jumlah Pengundi : 39, 278 orang 

Melayu   : 48.52%
Cina       : 40.28%
India       : 10.32%
Lain-lain : 0.89%

Komposisi Jantina pula adalah seperti berikut:

Perempuan : 50.07%
Lelaki         : 49.93%

12 Gambar-Gambar Pendengaran Keputusan Hukuman Kes Karpal Singh Di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta

Terkini 1.00 PM: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenakan denda RM 4,000 keatasnya kerana didapati bersalah membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak pada tahun 2009. 

Terkini 11.50 AM: Anwar Ibrahim tiba di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta.



Beberapa pemimpin-pemimpin PR kelihatan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta bagi mendengar hukuman terhadap peguam Karpal Singh selepas didapati bersalah mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009.

Karpal, 73, didapati bersalah kerana mengeluarkan kenyataan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari 2009 bahawa pengguguran Mohammad Nizar sebagai menteri besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah. Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Karpal menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika didenda lebih RM2,000 atau dipenjara melebihi tempoh setahun.







 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates