March 8, 2014

2 Majlis Makan Malam MCA Diboikot di Kajang?

Lebih dari 3,000 hadir di Dewan San Choon, Kajang. Majlis Makan Malam anjuran Wanita MCA Malaysia sempena meraikan Hari Wanita Sedunia. Kelibat calon BN, untuk DUN Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun, menambahkan seri dan mendapat sambutan yang luar biasa dari hadiron yang hadir.

Memang benar kehadiran pengundi Cina di majlis makan makan anjuran MCA belum tentu menjadi penanda aras kepada sokongan pengindi Cina telah kembali kepada BN. Namun, kajian rambang yang dibuat di sekitar peti undi Sg Chua, Chew mendapat perhatian dan sambutan yang amat baik dari pengundi. Umum mengetahui peri undi Sg Chua merupakan kawasan hitam dan mwnjadi kubu kuat PR.

1 Konvesyen PR Kali Ke 5 Di Shah Alam Diteruskan - Tiada Ucapan Simpati Dan 'Minute Of Silence' Untuk Mangsa #MH370?

Hari ini berlangsungnya Kenvensyen PR Kali Ke 5 di Shah Alam, Selangor. Seperti tahun-tahun yang lepas, kehadiran amat tidak memberangsangkan sekali. Tidak perlu menjadi perwakilan untuk hadir ke Konvensyen ini. Namun ianya tidak cukup untuk memobilasikan kehadiran ahli dan penyokong. Begitu gah pemimpin-pemimpin PR mengajak orang ramai turun ke jalan raya berdemonstrasi untuk menyatakan solidariti kepada Anwar Ibrahim, sedangkan kehadiran penyokong ke konvensyen sendiri amat mengecewakan.

PR masih ghairah berpolitik sepanjang hari. Tiada langsung tanda simpati kepada mangsa kepada pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing. Walaupun skrip ucapan pemimpin PR disediakan terlebih dahulu, apalah salahnya ucapan pemimpin PR dimulai atau disulami dengan rasa simpati kepada mangsa-mangsa pesawat MH370 yang hilang? Apakah tiada masa langsung untuk 'a minute of silence' untuk menghormati tragedi Negara hari ini kalau tidakpun sampai konvensyen berkenaan dibatalkan?

Hanya setelah konvensyen hampir melabuhkan tirainya, barulah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memulakan ucapannya dengan melahirkan simpati kepada keluarga mangsa pesawat hilang MH370. Itupun setelah diasak bertubi-tubi di media sosial oleh pengikut-pengikutnya tentang sikapnya yang sentiasa berpolitik dan tidak sensitif dengan tragedi yang berlaku hari ini.




16 Badut-Badut Yang Menghina Kemalangan #MH370

Ketika Rakyat Malaysia sedang bersedih dengan kehilangan pesawat MAS MH370 yang dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing, terdapat beberapa badut yang cuba membuat lawak bodoh dengan membuat kenyataan yang menghina. Mereka termasuklah Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, DS Mohammad Nizar Jamaluddin, pelakon dan penyanyi, Zek Zaidi, bekas perserta Raja Lawak yang juga penyokong kuat PKR, Leman Raja Lawak dan beberapa orang awam.

Masyarakat media sosial menjadi sangat kreatif hari ini. Masing-masing cuba menjadi 'pemecah berita' dengan menyiarkan berita-berita palsu dan tidak benar. Kononnya, mereka tahu segalanya. Hentikanlah tunjuk pandai ini dan biarlah pihak Kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka mencari dan menyelamat pesawat yang hilang berkenaan.







0 'Comey' Fun - Dari Wanita Untuk Wanita

"Renyuk kain menjadi kemas bukan kerana jenama seterika yang digunakan, tetapi kasih sayang yang mengalir dari tangan yang menggunakan seterika itu". Itulah kata-kata hikmah Cina yang beratus tahun diwarisi turun temurun. Kata-kata hikmah ini jugalah yang dipegang oleh calon BN DUN Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun, supaya beliau tidak lupa diri.

Beliau tidak pernah lupa dirinya anak penjaja kecil yang dibesarkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Atas kesedaran itulah Chew memperbaiki kehidupan diri dan keluarga. Apabila berjaya, beliau sama sekali tidak melupakan asal usul beliau. Mungkin sebab itulah, masyarakat marhaen di Kajang tidak kekok untuk mendampingi beliau.

Malah, jasa-jasa Chew ketika menjawat jawatan Ahli Parlimen PJ Utara bagi tempoh 1999 hingga ke 2008 tidak pernah sekali-kali dilupakan oleh penduduk di situ. Penduduk-penduduk di situ pasti tidak dapat melupakan jasa Chew yang membantu penduduk ketika pembinaan Lebuhraya Damansara Puchong ingin dibina di kawasan perumahan sepanjang jalan SS21/44 dengan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Ini tawaran yang Chew kemukakan kepada penduduk Kajang, terutama kaum wanita. Bukan projek mewah. Bukan pembangunan metropolitan yang menyesakkan. Chew tawarkan khidmat bakti beliau yang telah terbukti sebelum ini. Chew tawarkan akan berada bersama penduduk ketika susah dan senang. Di hari yang bertuah bagi seluruh wanita seluruh dunia ini, Chew menawarkan diri ... dari wanita untuk wanita.


March 7, 2014

6 Terkini - 50,000 Hadir Di Stadium Kajang Tanda Solidariti Kepada Anwar Ibrahim

50,000 orang hadir di Stadium Kajang untuk memberikan sokongan dan tanda solidariti kepada Anwar Ibrahim. Kehadiran orang ramai ke stadium berkenaan hasil daripada desakan pemimpin-pemimpin pembangkang di laman-laman sosial yang mengesa demonstrasi diadakan bermula malam ini di Stadium Kajang.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang menghukum Ketua Pembangkang penjara 5 tahun kerana meliwat Saiful Bukhari Azlan. Gerun betul melihat kehadiran yang mengkagumkan ini.

0 SPAD - Syarat Baru Mohon Permit Teksi Johor Bharu - Singapura

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, semua pemandu teksi bagi laluan Johor Bahru ke Singapura perlu menjalani temuduga terbuka bagi memperbaharui permit teksi masing-masing mulai Mei ini. Langkah itu bertujuan mengatasi masalah dalaman yang dihadapi pemandu teksi bagi mendapatkan permit. SPAD akan mengadakan temuduga untuk pemandu-pemandu teksi berkenaan bagi permit yang bakal tamat 31 Mei ini. Tan Sri Syed Hamid berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama pemandu teksi Johor Bahru-Singapura di Pejabat Parlimen Johor Bahru, di sini, dua hari lepas. Turut hadir pada majlis berkenaan, Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Menurut Tan Sri Syed Hamid, antara masalah dalaman dihadapi pemandu teksi termasuk penggunaan teksi biru (Innova) berbanding teksi kuning, selain cara pengagihan dan pemilikan permit teksi Johor Bahru ke Singapura yang sering dipersoal. SPAD akan cuba mencari pendekatan bagi pemandu teksi ini, supaya mereka tidak rasa teraniaya dalam menentukan siapa layak atau tidak layak untuk membawa teksi masuk ke Singapura. Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 200 permit dikeluarkan bagi teksi Johor Bahru ke Singapura dan 200 permit bagi teksi Singapura ke Johor Baharu seperti dipersetujui menerusi perbincangan kerajaan Malaysia dan Singapura sebelum ini.

1 Sajak Dari Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim Kepada Allahyarham Raja Aizam


Sajak nukilan ASP Kehormat Kamal Affendi Hashim yang juga merupakan seorang penganalisis jenayah. Sajak tersebut dicetuskan ekoran pemergian seorang anggota PDRM yang terkorban semasa menjalankan tugas di Klang, Selangor.

Terima kasih di atas pengertian pengorbanan dan empati yang tidak berbelah bagi kepada warga PDRM.

Allahyarham KPL Raja Aizam Raja Mohd berusia 55 tahun telah meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak.

Semoga roh Allahyarham KPL Raja Aizam Raja Mohd ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

March 6, 2014

1 Buku Ultraman Diharamkan DS @Zahid_Hamidi ? Penjelasan Lanjut Perlu Untuk Mengelak Isu Jadi Bahan Lawak

Kemaskini 9.00 PM:

CTS mendapat maklumat daripada sumber dalaman yang memberikan sebab-sebab pengharaman buku 'Ultraman The Ultra Power' seperti gambar di bawah. Bukan watak Ultraman yang menjadi puncanya. Sebaliknya Kalimah Allah yang dipermainkan oleh segolongan pihak yang tertentu. Harap maklum.


Posting Asal:


Agak mengejutkan apabila membaca berita Malaysiakini, petang tadi mengenai pengharaman buku 'Ultraman The Ultra Power' oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kalau berita berkenaan disiarkan oleh Malaysiakini, bolehlah dianggap fitnah atau gurauan, tetapi berita berkenaan diambil dari BERNAMA! Alasan pengharaman buku berkenaan yang diberikan oleh KDN agak terlalu umum dan menimbulkan tanda tanya. Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuatkuasa 18 Februari lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
    
"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan."

KDN seharusnya memberi alasan yang lebih konkrit dan lebih terperinci. Rata-rata rakan sebaya CTS membesar dengan watak Ultraman bertahun-tahun sedari kecil, rasanya tidak ramai yang menjadi penganas dan penjenayah kesan kerana terpengaruh dengan watak-watak Ultraman. Ultraman melawan raksaksa dari dunia lain. Apa yang ganasnya? Apakah ini bermakna watak-watak 'super hero' lain seperti Thor, Captain America, Superman, Spiderman dan sebagainya akan turut diharamkan?

0 Undi @chewmeifun Untuk Membolehkan Lagi Suara Wanita Dibawa Ke DUN Selangor


Walaupun calon PKR bagi PRK DUN Kajang, Anwar Ibrahim, seringkali menghebahkan isu-isu nasional dalam ceramah beliau, calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun, menghabiskan sebahagian besar masanya menangani isu-isu tempatan, termasuk ancaman denggi. Chew berkata penduduk perlu memastikan rumah-rumah mereka itu telah disimpan bersih untuk mencegah nyamuk Aedes daripada membiak.

"Majlis tempatan dan pemaju perumahan tidak mungkin telah melakukan yang terbaik apabila melibatkan kepada kebersihan alam sekitar. Untuk mengelakkan nyamuk Aedes daripada membiak, penduduk perlu mengambil inisiatif mereka sendiri untuk menjaga rumah mereka supaya bersih dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Tanpa minda dan sikap yang betul, sebanyak mana kempen kesedaranpun tidak akan membantu di dalam memerangi denggi."

Mengenai peluangnya di dalam PRK berkenaan, Chew berkata, "Sebagai calon wanita, saya mungkin mempunyai kelebihan kerana berjaya meraih sokongan pengundi wanita. Saya pasti mereka mahu seorang lagi wakil wanita dalam Dewan Undangan Negeri Selangor." Chew berkata BN perlu memenangi pilihanraya kecil Kajang bagi membolehkan beliau memainkan peranan yang berkesan sebagai ahli pembangkang di Selangor dan juga berfungsi sebagai 'jambatan' antara Kajang dan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pembangunan berterusan di sini.

6 Video @teresakok Dapat Telur Busuk



Ini adalah video yang diterima daripada individu yang berada di tempat kejadian di mana Teresa Kok telah mendapat telur busuk selepas bersalaman dengan seorang lelaki. Kejadian berlaku sejurus Ahli Parlimen Seputih, Terasa Kok selesai berceramah di Padang Taman Cermai di Permatang Pauh, Pulau Pinang, malam tadi. Kita tidak perlu marah-marah. Mungkin ini satu cara lelaki itu hendak bergurau. Satiralah katakan.

video

March 5, 2014

0 @ngakorming Menghina Kaum Wanita Dan Menggelar @chewmeifun Sebagai Pembantu Rumah


Hari ini adalah hari Wakil-Wakil Rakyat PR membuat komen bodoh dan menghina masyarakat. Tengah hari tadi, ADUN Seberang Jaya menghina anggota PDRM. Baru beberapa minit tadi ADUN Kepayang dan juga MP Taiping, Nga Kor Ming pula menghina kaum wanita termasuklah calon BN PRK Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun. Nga Kor Ming di dalam laman sosial Twitternya menulis:
"Calon MCA CMF berlakon sebagai Makcik pembersih lantai. Hari ini pula mengambil seterika. Nampaknya dia hendak jadi pembantu rumah dan bukan ADUN yang membela Rakyat. Habislah MCA yang menjualkan hak Cina."
Pertama, kenapa Nga Kor Ming memainkan isu perkauman di sini? Chew Mei Fun dicalonkan untuk berkhidmat kepada semua penduduk di Kajang tanpa mengira kaum dan Agama. Kedua, salahkah Chew Mei Fun membersihkan sebuah pusat ibadat di Kajang? Salahkah beliau membantu penduduk berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur? 

Kalau Anwar Ibrahim setakat hendak ceramah saja di Kajang, jangan salahkan calon BN hendak berkhidmat dengan penduduk Kajang. Buruk sangatkah kerja makcik pembersih lantai dan pembantu rumah yang Nga Kor Ming hendak hina? Ketiga, simbol seterika yang dipegang oleh Chew Mei Fun di dalam gambar di atas adalah penghargaan kepada kaum Wanita. Antara lain yang tersebut di dalam poster berkenaan adalah:
"Renyuk kain menjadi kemas bukan kerana jenama seterika yang digunakan, tetapi kasih sayang yang mengalir dari tangan wanita yang menggunakan seterika itu. Terima kasih Wanita."
Kalau Nga Kor Ming tidak tahu menghargai Wanita, jangan menghina mereka!!!

2 ADUN Seberang Jaya @afifbahardin Hina @PDRMsia - Katanya Penjenayah Bunuh Polis Tidak Menghairankan! cc. @KBAB51




Agak panas hati CTS apabila ADUN Seberang Jaya yang juga EXCO Pulau Pinang dengan bongkak dan sinis menulis di dalam posting beliau di laman sosial Twitter dengan nada menghina anggota PDRM, "Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah". 

Inilah mentaliti Wakil-Wakil Rakyat PR terutama PKR yang sentiasa menyalahkan pihak PDRM dalam apa jua keadaan sekalipun. Adakah ADUN ini tidak mempunyai perasaan terhadap keluarga anggota PDRM yang terkorban ketika bertugas? Adakah ADUN PKR ini merujuk tulisannya kepada kes yang berlaku semalam di mana Koperal Raja Aizam Raja Mohd, yang cedera di kepala maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Koperal Mohd Aidil Mustafa, masih menerima rawatan di hospital sama, akibat  diserang hendap sekumpulan warga asing dalam satu kejadian di Taman Sentosa di Klang?

Malang bagi penduduk Pulau Pinang mempunyai seorang ADUN berfikiran seperti sampah. CTS doakan supaya Allah memberi dugaan kepada beliau yang memungkinkan beliau untuk meminta pertolongan daripada anggota PDRM yang beliau pandang rendah. Dunia ini bulat wahai Yang Berhormat. Akhir zaman ini Allah akan membalas tunai, selalunya. Yakinkah anda bahawa suatu hari nanti anda tidak perlu meminta pertolongan daripada anggota PDRM?

11 Wanita Melayu Islam Penyokong Gereja Turut Hadir Di Mahkamah Putrajaya

Dalam masyarakat Islam berkumpul di hadapan Mahkamah Putrajaya untuk menyatakan sokongan dan mempertahankan Kalimah Allah, terdapat kelibat wanita Melayu Islam yang hadir untuk menyatakan sokongan kepada golongan gereja.

Gambar-gambar di bawah diambil di kantin mahkamah. Wanita berkenaan yang dipercayai dari kumpulan NGO Sisters In Islam (SIS) dan ahli COMANGO, memperkenalkan dirinya sebagai Siti Zabedah Kassim, kelihatan memakai t-shirt ketat berwarna hitam bertulisan 'Allah Rabb Al Alamin'.

Wanita berkenaan kelihatan mendekati Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dan beberapa ustaz di meja makan berkenaan sambil mengedarkan bunga. Kedengaran ustaz-ustaz yang berada di meja berkenaan beristighfar melihat keletah wanita berkenaan.




0 Gambar-Gambar Himpunan Aman Pertahankan Kalimah Allah di Mahkamah Putrajaya

Lebih 2,000 orang individu dan ahli pelbagai NGO Islam dan Melayu berkumpul di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi ini bagi memperlihatkan ukhwah mempertahankan Kalimah Allah daripada dipergunakan oleh majalah mingguan The Herald. Mereka yang datang dari seluruh pelusuk negara mula berkumpul sejak jam 8.00 pagi. 

Ada yang datang membawa sepanduk, ada yang duduk membaca surah Yasin dan ada yang buat sembahyang hajat. Mahkamah Persekutuan yang bersidang pagi ini ditangguhkan tanpa membuat sebarang keputusan. Ketua panel 7 hakim, Tun Ariffin Zakaria memberitahu mereka akan buat keputusan pada satu tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates