March 1, 2014

1 Is Chew Mei Fun aka 'Comey' Fun Is Kajang People's Favourite Choice?

Former deputy minister Datin Paduka Chew Mei Fun, who is making a comeback after a three-year hiatus from politics and the public eye, is ready for bigger challenges. Chew, who is the daughter of Hainanese chicken rice sellers, earned her Master's degree in Chinese studies from Universiti Tunku Abdul Rahman during her 'break', and also set up the university's first post-graduate society. 

Chew began her career in politics in 1995 after joining then Wanita chief Datuk Teng Gaik Kwan as the latter's publicist. She went on to contest in the 1999 general election and won the Petaling Jaya Utara parliamentary seat. She held on to the seat until she was beaten by DAP's Tony Pua in the 2008 general election. 

Datuk Seri Najib Razak admitted that Barisan Nasional (BN) will face stiff competition for the Kajang by election but said Chew can hold her own as the MCA leader is 'well-liked' by locals there. Chew Mei Fun, whose Tan Sri Muhyiddin described her as 'Comey' Fun, once said after she was named as Kajang BN candidate:
"This is my promise to Kajang voters. If I am their choice, I will shoulder the responsibility of assisting them myself and not my secretary or assistants. I appeal to you to offer me the opportunity to work for all of you. If blessed with victory, it will not be an award solely for Chew Mei Fun as an individual but it will signify the state assembly’s direction towards a healthier two-party system." 



4 @shamsuliskandar Ahli Parlimen PKR Bertaraf Kangkung?

Tidak sampai sebulan, pendirian Ahli Parlimen dari Melaka ini sudah berubah sama sekali. Ibarat meludah ke tanah, hari ini dijilatnya kembali dengan penuh lahap. Kita tidak lupa bagaimana pada bulan Januari tahun ini, YB Shamsul Iskandar mengadakan perhimpunan untuk memboikot barangan Jepun. Begitu bersemangat beliau hari itu membela Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Ini dilakukan sebagai tanda sayang kerana Ketua Pembangkang berkenaan tidak dibenarkan masuk ke Jepun kerana tidak mendapat kebenaran khas kerana beliau adalah bekas banduan. Kita juga tidak lupa bagaimana sebahagian ahli PKR yang ekstrim pada hari itu telah membakar bendera Jepun kononnya kerana terlalu marah.

Tup tup bulan Februari setelah hampir sebulan kejadian berkenaan, YB yang sama dengan muka tak tahu malu telah mengikuti rombongan Ketua Pembangkang berkenaan ke Jepun. Siap bergambar lagi dengan senyim lebar di bumi Jepun. Inilah contoh muka tebal pemimpin pembangkang yang tebalnya melebihi getah sekerap.

February 27, 2014

1 Selesainya Isu Langat 2 - PM @NajibRazak & Kerajaan BN Hero Rakyat Selangor Sebenarnya



Satu peristiwa bersejarah di antara dua kuasa Kerajaan yang berlainan politik kepartian berlaku semalam. Kerajaan PR Selangor dan Kerajaan Persekutuan telah mencapai satu persetujuan untuk membolehkan kerajaan negeri mengambil alih pengurusan syarikat-syarikat bekalan air, yang akan menerima pampasan RM9.65 billion. Sebagai balasan, Kerajaan PR Selangor akan membenarkan kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan loji rawatan air Langat 2. 

Tahniah diucapkan kepada Kerajaan PR Selangor yang akhirnya akur dengan desakan Rakyat di negeri Selangor yang kekurangan air terutama di para pengguna di beberapa kawasan di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor, yang melibatkan lebih 60,000 pengguna di 71 kawasan.

Ibarat pepatah English, 'better late than never', walaupun berlaku kelewatan untuk meneruskan projek Langat 2 akibat kedegilan Kerajaan PR Selangor untuk membenarkan projek air berkenaan dilaksanakan, Rakyat Selangor terpaksa menerima hakikat, masalah air di Selangor akan berakhir sepenuhnya apabila loji Langat 2 berkenaan siap sepenuhnya 3 tahun lagi. Kesan kedegilan Kerajaan PR Selangor juga turut menyumbang kenaikan kos dari sudut peningkatan harga barangan dan buruh.

Walaupun kita berterima kasih dengan TS Khalid Ibrahim di atas keberaniannya tidak mengikut kata nasihat Penasihat Ekonomi RM1 Kerajaan Selangor, Anwar Ibrahim, kita tidak boleh melupakan kata-kata sombong dan bongkak Menteri Besar Selangor pada tahun-tahun 2010 hingga 2012, sehinggakan beliau sanggup menyarankan Rakyat Selangor meminum air lombong! Dalam pada masa yang sama, Anwar Ibrahim, yang pada masa ini berada di Jepun, pastinya terduduk dan terkedu kerana Menteri Besar Selangor tidak meminta nasihat beliau sebelum perjanjian ini dibuat dengan Kerajaaan Pusat, baca Malaysiakini, di sini



Awal 2014 menyaksikan MB Selangor, TS Khalid Ibrahim menandatangani 'Memorandum of Understanding (MOU)' selepas memaksa Rakyat Selangor melalui keperitan dan risiko akibat ketiadaan air. Keangkuhan dan kedegilan TS Khalid Ibrahim dan kerajaan PR ini mengakibatkan kos tambahan sebanyak RM606 juta kerana penangguhan yang disengajakan sejak tahun 2008. 

Kerajaan Barisan Nasional melalui kepimpinan Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak yang dituduh angkuh oleh Kerajaan PR ini pula begitu bermurah hati untuk menyelesaikan Krisis Air Selangor DEMI RAKYAT, dengan bersetuju membenarkan Selangor mengurus sendiri bekalan air mereka, menyuntik RM2 bilion untuk membantu kerajaan negeri bagi proses pengambil alihan saham dan memberikan lagi sejumlah RM900 juta untuk memastikan program mitigasi air dilaksanakan. Tahniah DS Najib Tun Abdul Razak!


4 Defisit Kerajaan DAP Pulau Pinang Semakin Parah Di Bawah @cmlimguaneng @dapmalaysia


Kalau diikutkan kritikan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, terhadap Kerajaan Pusat, semuanya serba tidak kena. Beliau sahaja yang mahir mengenai urusan mentadbir dan menguruskan kewangan. Betulkah? Hakikat dan fakta yang tidak boleh dipertikaikan adalah defisit Kerajaan DAP Pulau Pinang semakin meningkat dari setahun ke setahun. Defisit Kerajaan DAP Pulau Pinang bertambah sebanyak 564% (!!!) daripada RM39.45 juta pada tahun 2009 menjadi RM262.04 juta pada tahun 2013. 

Inikah yang dikatakan sebagai Kerajaan 'Competency', 'Accountability' dan 'Transparency' (CAT)? Lim Guan Eng sepatutnya melihat muka ke cermin daahulu sebelum membuka mulut untuk mengkritik Kerajaan Pusat. Berita-berita defisit Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh dibaca di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini.

2 Jabatan Kedua Pulau Pinang Dirasmi DS @NajibRazak Sabtu Ini - Bukti Komitmen Kerajaan Dahulukan Rakyat



Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, dalam perjumpaan beliau bersama media semalam, menyelar sikap sesetengah pihak khususnya pembangkang yang sengaja mereka cipta isu untuk memburuk-burukkan kerajaan berhubung pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Menurut Datuk Fadillah, yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), secara faktanya idea pembinaan jambatan itu wujud ketika zaman Tun Dr Mahathir menerajui kepimpinan negara, seterusnya dilaksanakan semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan akhirnya disiapkan sepenuhnya ketika Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran negara. Ia sekali gus menolak dakwaan, kononnya kerajaan Barisan Nasional menciplak idea pembangkang berhubung pembinaan jambatan tersebut.

"Kalau nak diikutkan, pembangkang (pada ketika itu) yang membangkitkan isu untuk menolak pembinaan jambatan ini atas pelbagai alasan seperti membazir dan sebagainya. Namun atas dasar kepentingan rakyat, Kerajaan Barisan Nasional tetap meneruskan pembinaannya, walaupun mereka (pembangkang) menguasai kerajaan."

Datuk Fazilah juga turut menolak dakwaan kononnya pihak kerajaan sengaja meluluskan pembinaan jambatan tersebut secara bengkang-bengkok agar kos pembinaannya meningkat sekali gus mengaut keuntungan hasil dari kutipan tol.

"Mengapa ia bengkang-bengkok, sudah pasti ada sebabnya, (kerajaan) bukan sengaja nak memanjangkan. Selain melihat kepada kesesuaian muka bumi dan akhirnya disusuli dari sudut teknikal, barulah ia dibuat penilaian dan diputuskan. Dari segi teknikal, satu dari jajaran yang akan dilalui dan ia perlu melihat kepada bentuk muka bumi. Sama ada apa yang berada di bawah (dasar laut) dan apa yang berada di daratan."

"Dari situ pula akan dibuat kajian, apakah kesannya kepada alam sekitar termasuklah yang berada di dalam laut agar kehidupan laut tidak terjejas. Semua ini telah diteliti terlebih dahulu dan inilah hasilnya seperti yang akan kita lihat nanti," jelas beliau ketika ditemui semalam. Malah menurut beliau lagi, pembinaan jambatan ini juga sekali gus menolak dakwaan yang kononnya kerajaan Barisan Nasional bersikap 'pilih kasih' khususnya kepada negeri yang ditadbir oleh PR.

"Sesuai dengan apa yang dilafazkan oleh Perdana Menteri, bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu memberikan fokus kepada rakyat dan diikuti dengan pencapaian. Atas sebab itu, kita tidak mengira sama ada rakyat itu pembangkang ataupun tidak. Walaupun mereka (PR) yang memerintah, kerajaan tetap meneruskan pembinaan projek tersebut, bila kita janji, kita akan laksanakan. Kerana ia memberikan pulangan yang besar kepada rakyat sekali gus memberikan impak kepada ekonomi negara."

"Sebagai contoh (sekitar) kawasan Batu Kawan (tanah besar) dan Batu Maung di bahagian pulau, sebaik sahaja jambatan ini siap dibina, kita sudah boleh melihat kesannya. Pembangunan industri, perumahan, pusat komersial dan sebagainya. Ini sudah pasti akan memberi peluang perniagaan dan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat (khususnya) dan mereka yang tinggal di zon utara (amnya)," jelas beliau lagi.

Pembukaan Jambatan Pulau Pinang kedua itu akan diadakan serentak dengan majlis perasmiannya yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri pada hari Sabtu, 1 Mac 2014.

February 25, 2014

4 @roketkini Dan @cmlimguaneng Buat Fitnah Terhadap BR1M - Kerajaan Wajib Saman Ini Apek DS @NajibRazak


Buat sekalian kalinya, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat fitnah. Kali ini sasaran beliau adalah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Melalui lidah portal DAP, Lim Guan Eng dilaporkan berkata,
Kerugian yang dialami Malaysia Airlines (MAS) berjumlah RM4.1 bilion dalam tiga tahun sejak 2011, menyebabkan keluarga berpendapatan kurang RM3,000 sebulan hanya menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM650, bukannya RM1,200 seperti dijanjikan Barisan Nasional (BN) dalam Manifesto PRU-13 lalu.
Sumber: Roketkini.com
Lim Guan Eng dalam keadaan sedar dan tidak mabuk memfitnah bahawa kerugian MAS telah menyebabkan Rakyat hanya menerima BR1M sebanyak RM650. Hakikat yang beliau tahu dan Rakyat juga majoritinya tahu bahawa jumlah BR1M yang diberikan oleh Kerajaan kepada Rakyat adalah secara 'one-off' sekali setahun ini sebenarnya akan ditingkatkan dari tahun ke setahun sehinggalah sampai kepada sasaran yang telah ditetapkan iaitu dalam tahun 2018 pada kadar RM1,200.00.

Lim Guan Eng sudah melampaui batas, Kerajaan seharusnya tidak memberi muka lagi sebaliknya mengemukakan saman malu kepada Lim Guan Eng dan portal Roketkini, kerana sebagai seorang Ketua Menteri, beliau seharusnya tidak menabur fitnah sesuka hati. Apakah Peguam Negara berani mengambil tanggungjawab ini?

0 SPAD Condemns Taxi Driver Forced Female Passenger To Perform Sex Act @SPADchannel


As reported by The Star, here, there was an incident whereby a 62-year-old taxi driver allegedly forced a female customer to perform sexual act on him in Taman Seri Petaling in Sentul, here, on Jan 28. In the 10.30am incident, the 22-year-old victim had just taken the taxi to go to work, before its driver suddenly put a knife on its dashboard.

City Criminal Investigation Department acting chief Assistant Commissioner Khairi Ahrasa said the suspect, known to the victim as she had used his taxi service previously, then asked the victim to put her hand on his private parts. When she declined to do so, the suspect took the victim’s hand and forced her to hold his private parts. The nightmarish episode ended when they reached the woman’s house. 

He warned her to keep mum about the incident as she scrambled out of the taxi. He did not charge her for the ride. It was learnt that the suspect had allegedly forced the victim to masturbate him. Khairy said the victim was traumatised by the incident, and only lodged a report at the Kepong police station on Sunday.

Meanwhile, in a statement received today, the Land Public Transport Commission (SPAD) said they have tracked down the suspect and is working with the police on the case. SPAD Chief Executive Officer, En Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal said they will revoke taxi driver's licence if he is found guilty of the offence. The latest update from Manager, Corporate Division, SPAD, Noor Hisham Mohd Taha, the taxi driver had just been arrested by the Police. The following is the full media release from SPAD:
SPAD Condemns Inappropriate Behaviour Of Taxi Drivers
Kuala Lumpur, 25 February 2014
Referring to The Star’s article published 25 February 2014, entitled ‘Nightmare ride with pervert cabbie’, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) wishes to inform members of the public that investigations have begun on the alleged sexual assault that involved a taxi driver.  S.P.A.D. has tracked down the driver and he has been called in for investigation.  S.P.A.D. will also work closely with PDRM in this investigation. 
S.P.A.D. stands firm in condemning all forms of harassments and if found guilty, the taxi driver runs the risk of having his licence revoked under the Land Public Transport Act 2010. 
“Anyone found guilty of the alleged offence is not fit to be a taxi driver and is a disgrace to the profession,” said  S.P.A.D.’s Chief Executive Officer,  En. Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.  He added that S.P.A.D. is working hard to improve the taxi industry and taxi drivers demonstrating negative behaviour which was against the law or breached licensing conditions would be weeded out and these drivers punished for their abhorrent behaviour. 
S.P.A.D. urges victims of any types of harassment to immediately come forward and lodge a complaint directly with S.P.A.D., via the SPAD Aduan Hotline (1-800-88-7723), through email (aduan@spad.gov.my), via Twitter @aduanSPAD or on the SPAD official Facebook page.

2 Kerajaan Wajib Menolak Cadangan Menyambung Kontrak Dawama @NajibRazak @MuhyiddinYassin @SPRMMalaysia


Siasatan perlu dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat penyalahgunaan kuasa terhadap cadangan menyambung konsesi syarikat percetakan Dawama Sdn Bhd bagi tempoh 10 tahun lagi. Dawama diberikan konsesi selama 12 tahun bermula September 2002 untuk mencetak, memasarkan dan mengedar buku terbitan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).

Dawama ditubuhkan pada Oktober 1999 bagi mengambilalih aktiviti DBP yang diswastakan iaitu pra-cetak, rekabentuk, percetakan, pengedaran dan pemasaran penerbitan DBP. Dawama diberikan konsesi selama 12 tahun bermula September 2002 untuk mencetak, memasarkan dan mengedar buku terbitan DBP. Akibat masalah kewangan, syarikat tersebut terpaksa memberhentikan operasinya, menyebabkan hampir 400 pekerja diberhentikan tanpa gaji pada 2011.

Namun Dawama gagal menjalankan kerja percetakan buku teks Kementerian Pendidikan pada tahun 2010 sekaligus memberi gambaran syarikat Bumiputera itu gagal melaksanakan projek bernilai RM120 juta setahun. Tahun 2011 menyaksikan pengusaha percetakan Melayu yang lain di bawah Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) membantu DBP dengan sepenuh hati bagi menyiapkan buku teks pada tahun tersebut walaupun masa yang diberikan agak singkat. Kerja-kerja pencetakan, pengedaran dan pengangkutan telah dijalankan dengan jayanya oleh syarikat pengusaha yang lain. Malangnya tahun 2012, kerja-kerja pencetakan DBP diberikan kembali kepada Dawama walaupun jelas kegagalan Dawama melaksanakan amanah mereka pada tahun sebelumnya.

Sudah kedengaran khabar yang kuat mengatakan bahawa konsesi Dawama akan disambung apabila kontrak yang sedia ada berakhir bulan Ogos 2014. Kalau konsesi berkenaan disambung setahun dua kita tidak kisah. Sebaliknya konsesi syarikat Dawama akan disambung selama 10 tahun!!! Kerajaan melalui Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), yang merupakan badan persekutuan yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras projek-projek penswastaan, harus menghalang penyambungan konsesi ini atas faktor-faktor berikut:
  • Bagaimana syarikat yang mendapat projek bernilai RM120 juta setahun gagal untuk membayar gaji, KWSP dan PERKESO pekerja-pekerja mereka sehingga 328 pegawai dan kakitangan yang diberhentikan pada 1 September 2011 setelah syarikat itu berdepan kemelut kewangan.
  • Syarikat pencetakan, pengedaran dan pemasaran Bumiputera yang lain boleh menggantikan Dawama kerana ini terbukti apabila Dawama mengalami masalah pada 2010, syarikat-syarikat Bumiputera inilah yang mengambil kontrak yang tidak mampu dilaksanakan Dawama dan melepasi sasaran DBP.
  • Tindakan menyambung konsesi Dawama dilihat bersifat monopoli dan tidak membantu syarikat-syarikat pencetakan, pengedaran dan pemasaran Bumiputera yang lain dan seterusnya boleh menutup periuk nasi lebih daripada 25,000 pekerja syarikat pencetakan, pengedaran dan pemasaran Bumiputera yang lain berbanding beberapa ratus pekerja syarikat Dawama.

February 24, 2014

3 PKR Yang Bertanding Di #PRKKajang, DAP Yang Kutip Derma


Cina DAP memang pandai mengambil peluang yang ada. Agak pelik apabila PKR yang bercadang untuk bertanding di DUN Kajang, DAP yang sibuk-sibuk untuk mengadakan Jamuan Makan Malam untuk mengutip derma. Jamuan makan malam yang bertemakan 'Dari Kajang Ke Putrajaya' dicadangkan diadakan di Tempat Letak Kereta Pasar Sg Chua, Kajang pada 21 March akan datang.

Tidak seperti modus operandi PAS yang mengutip derma seperti peminta sedekah dengan mengedarkan tin-tin Milo di ceramah-ceramah yang mereka adakan, DAP melakukannya dengan sedikit bergaya dan bercirikan korporat. Dengan mengenakan harga tiket untuk satu meja makan sebanyak RM500, RM1,000 atau RM2,000, gaya DAP mengemis nampak lebih professional.

Seperti biasa, tiada akauntabiliti untuk dana yang dikutip. Tiada akaun khusus dibuka untuk diaudit secara terperinci. Ke mana wang tersebut pergi dan dibelanjakan sentiasa menjadi tanda tanya. Inilah bentuk ketelusan yang sering dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin Cina DAP.

February 23, 2014

7 "I See You In Court" Kata Datuk Rahman Dahlan Kepada Lim Guan Eng




Laman sosial Twitter menjadi panas malam ini apabila kesabaran Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sampai ke kemuncaknya. Tuduhan dan putarbelit Lim Guan Eng terhadap rencana Datuk Rahman Dahlan mengenai perpaduan nasional, dengan mengulangi dakwaan Datuk Rahman Dahlan kononnya menyokong pembakaran kitab yang mengandungi kalimah Allah menaikkan kemarahan beliau sehingga Datuk Rahman Dahlan menulis, "I see you in court". 

Nampak gaya buku sudah bertemu dengan ruas. Selama ini Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat menggunakan mahkamah untuk menutup mulut pengkritiknya. Seperti biasa DAP dan kuncu-kuncunya terus mengaburi mata Rakyat dengan mewujudkan persepsi negatif terhadap pemimpin negara. Mungkin untuk dijadikan modal kempen di PRK Kajang barangkali. Sekarang giliran Lim Guan Eng sudah tiba. Adalah diharapkan Datuk Rahman Dahlan bertegas membawa Setiausaha Agung DAP itu ke mahkamah, supaya beliau berhenti menyebar fitnah.

6 'Occupy Beach Street' Trend Terbaru Perhimpunan Di Pulau Pinang


Mungkin sudah tidak ada orang Melayu tinggal di Pulau Pinang apabila banner acara 'Occupy Beach Street' hanya bertulisan English dan Bahasa Cina. Satu Penghinaan halus kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang. Ini adalah satu acara bagi penduduk Pulau Pinang yang diadakan di Beach Street, Georgetown, bagi membolehkan jalan berkenaan dijalankan perhimpunan tanpa gangguan sebarang kenderaan. Ianya dijalankan setiap Ahad, jam 7.00 pagi sehingga 1.00 petang. 

Kerajaan DAP Pulau Pinang amat cerdik menggunakan perkataan 'occupy' bagi membezakan perhimpunan-perhimpunan haram yang mereka lakukan sebelum ini. Mungkin ada sedikit persamaan dengan perhimpunan haram 'Occupy Dataran' tempoh hari. Mungkin didikan awal oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang bermula dengan kegiatan sosial yang positif sebelum digalak kemudian hari untuk kegiatan menentang kerajaan seperti mana yang berlaku seperti Arab Spring?

1 BR1M 3.0 2014 - Apa Yang Perlu Anda Tahu


Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak, semalam telah melancarkan agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 2014 peringkat Nasional, semalam di satu majlis yang berlangsung di Sekolah Aminudin Baki, Kuala Lumpur. Untuk BR1M 2014 yang dimasukkan ke dalam akaun, akaun-akaun penerima BR1M telahpun dikreditkan sejak hari Jumaat lagi. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 diberikan pada golongan masyarakat yang memerlukan demi meringankan beban mereka dalam menangani kos sara hidup.


1. Terdapat beberapa kekeliruan apabila penerima-penerima BR1M menyemak akaun-akaun mereka semenjak hari Jumaat. Ini termasuklah potongan RM50 untuk i-BR1M, iaitu Insurans Takaful Berkelopok Rakyat 1Malaysia daripada jumlah BR1M yang diterima. Pemberian BR1M 3.0 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 merangkumi RM600 tunai dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50. Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 (termasuk i-BR1M sebanyak RM50). Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450 (termasuk i-BR1M sebanyak RM50).

2. Menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah, sekitar 17,000 orang itu menulis surat sendiri kepada kerajaan untuk memberitahu mereka sudah tidak layak lagi terima bantuan itu kerana pendapatan sudah lebih dari syarat yang ditetapkan. Mereka ini pernah menerima BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 dulu. Katanya ada sekitar 17,000 orang yang menolak pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 3.0 kali ini.

3. Kepada penerima-penerima BR1M 3.0 yang tidak mempunyai akaun Bank, prosedur penerimaan tunai adalah melalui baucer seperti tahun sebelumnya.


4. BR1M 1.0, 2.0 dan 3.0 adalah untuk kesemua Rakyat Malaysia, tidak mengira kaum dan Agama, waima apa parti sekalipun. Malah hasil tinjauan di mesin-mesin ATM mendapati pak-pak lebai PAS dan Cina DAP yang awal-awal lagi beratur untuk mengeluarkan wang BR1M. Juak-juak PR kata Rakyat dapat BR1M disebabkan PR menjadi pembangkang yang kuat. Bagus! Jika itu kebenarannya, elok kita kekalkan PR sebagai pembangkang jika mahu BR1M lagi.


5. Ada yang kata pemberian BR1M adalah sedikit atau 'ciput' dan mana cukup duit sebanyak itu untuk berbelanja. Memanglah tak cukup kalau duit BR1M digunakan untuk menukar 'sport rim', makan di restoren makanan segera, tengok wayang setiap hari dan sebagainya. Namun, pembelian barangan asas seperti di bawah, cukup untuk persedia selama setahun.


6. BR1M 3.0 diperbutirkan secara terperinci melalui lakaran-lakaran grafik di bawah. Perlaksanaan BR1M akan sentiasa ditambahbaik demi kesejahteraan rakyat, Insha Allah.




 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates