February 15, 2014

0 Kumpulan Professional Cina Pula Membantah Video @teresakok


Bukan sahaja kaum Melayu dan India yang muak dengan video kontroversi Teresa Kok, kaum Cina sendiri mula membuat bantahan dan protes secara terbuka. Pagi tadi, Kumpulan Profesional Cina telah mengadakan sidang akhbar untuk menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan penerbitan video 'Onederful Malaysia CNY 2014'  terbitan Teresa Kok berikutan dikatakan mengandungi elemen keganasan lembut (soft violent) yang boleh mempengaruhi mereka yang tidak berfikir secara positif.

Kumpulan itu juga bersepakat mendesak Teresa harus memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia walaupun mereka tahu beliau tidak akan berbuat demikian. Di dalam klip video berdurasi hampir 12 minit itu, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh berlakon sebagai pengacara yang menemuramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baru Cina.

Tiga tetamu undangannya itu mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah. Video itu didakwa turut dikatakan menghina kaum Melayu menerusi perkataan 'Malay Si' yang membawa maksud 'Melayu Mati'. Selain itu, kandungan video tersebut turut memperlekehkan insiden pengganas di Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan beberapa pasukan tentera di negara ini.


1 Kenyataan Media - SPAD Tak Akan Berkompromi Pemandu Lori Yang Melanggar Undang-Undang




Rentetan daripada 50 pemandu lori pasir yang bertindak biadap menghadang jalan keluar masuk JPJ Johor di Taman Daya pada 12/02/2014, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) hari ini mengeluarkan kenyataan media tidak akan sekali-kali berkompromi dengan mana-mana operator atau pemandu lori yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Darat 2010.

Pada lewat petang kejadian hari berkenaan, 50 pemandu lori bertindak samseng memberhentikan kenderaan berat mereka, menghadang laluan keluar masuk Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ Johor terletak di Taman Daya, Johor Bahru. Tindakan biadab ini dikatakan sebagai reaksi terhadap operasi berterusan SPAD Wilayah Selatan, membanteras muatan berlebihan sehingga berkebarangkalian mengancam nyawa pengguna jalanraya lain. Pejabat SPAD turut ditempatkan di bangunan JPJ Johor ini. Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Balai Polis Taman Setia Indah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan kemudian dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.

Sebanyak 674 kesalahan melibatkan pemandu lori di zon selatan direkodkan SPAD dari 2013 hingga Januari tahun ini. SPAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesalahan paling banyak dilakukan adalah lebih muatan dan tidak mengambil langkah-langkah keselamatan bagi pengguna jalan raya lain. SPAD amat memandang berat isu lebihan muatan membabitkan lori kerana ia berisiko tinggi dan membahayakan pengguna jalan raya. Justeru, semua pemandu lori diminta mematuhi undang-undang yang ditetapkan selain berbincang dengan SPAD jika mempunyai masalah.



February 14, 2014

3 MP DAP Tanjong, Ng Wei Aik Gila Gambar Lucah? cc. @cmlimguaneng @limkitsiang @NajibRazak



CTS ingin meminta penjelasan daripada Ahli Parlimen DAP Tanjong, YB Ng Wei Aik, atas sebab apakah beliau meminati laman Fanpage berunsur gambar bogel dan lucah melalui laman sosial Facebook beliau. Janganlah YB Cina DAP ini memberikan alasan bahawa akaunnya telah diceroboh (hack) dan beliau suci bersih. Alasan bodoh ini tidak dapat diterima lagi. Pelik-pelik betul orang Pulau Pinang. Cina Bukit yang suka laman web lucahpun boleh diangkat menjadi Yang Berhormat. 

Mungkin ini kepimpinan melalui tauladan agaknya? YB Ng Wei Aik, jangan malu dan jangan segan, silalah bagi alasan anda. Agaknya memang kebanyakan MP PR memang gila seks kot sepertimana Pemimpin Agung Bertaraf Dunia mereka yang bercadang hendak bertanding di PRK DUN Kajang?


0 Sebulan Sahaja Diperlukan Oleh Yayasan Selangor Untuk Luluskan Projek 1 Billion!! Gila Effisyen!



Tiada keperluan mendesak untuk Selangor mewujudkan projek janakuasa solar kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih mampu membekalkan tenaga elektrik bukan sahaja untuk Selangor malah untuk keperluan Negara. CTS bekerja di sebuah bank di Ibukota sebagai seorang juruaudit dalaman. Tahulah sedikit sebanyak mengenai permohonan dan kelulusan sesuatu projek. Amat menakjubkan bagi sebuah yayasan negeri dapat meluluskan projek bernilai RM1 billion dalam masa sebulan. 

Lebih menakjubkan projek ini diluluskan secara rundingan terus, tiada syarikat lain dipanggil secara tender untuk dibuat perbandingan harga dan perkhidmatan. Bukankah rujukan perlu dibuat oleh Yayasan Selangor dengan pihak-pihak berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Bank Negara Malaysia (BNM) terlebih dahulu bagi syarikat luar negara melabur di Selangor? 

Pengeluaran Surat Hasrat (Letter of Intent) dikeluarkan oleh Timbalan Pengurus Besar, Yayasan Selangor dan bukannya Pengurus Besar sendiri. Apa mustahaknya surat berkenaan perlu ditandatangani dengan segera sehingga tidak dapat menunggu sehingga Pengurus Besar balik dari cuti sakit? Nampak sangat ada 'conflict of nterest' di sini atau adakah pengeluaran surat berkenaan secara segera ini disebabkan oleh seseorang yang mempunyai kepentingan di sini? Jangan lupa kenyataan dari Kok Chee Keong bahawa beliau mengenali Teresa Kok 'sangat rapat' pastinya mempunyai pemberat dalam pengeluaran 'Surat Hasrat' ini.

Baca kronologi bagaimana permohonan projek berkenaan diluluskan dalam masa sebulan dan melalui rundingan terus, di sini.

3 14 Februari - Hari Bencana Buat Penduduk Kelud, Kediri, Jawa Timur #PrayForKelud

Tiada hadiah coklat diperlukan oleh mereka. Tiada bunga ros yang diimpikan oleh mereka. Mereka perlikan sokongan dan doa kita menghadapi bencana letusan gunung berapi. Gunung Berapi Kelud, Kediri yang meletuskan lahar dan debu awal pagi tadi mengakibatkan 200,000 penduduk Jawa Timur terjejas manakala tiga lapangan terbang terpaksa ditutup.

Kepulan debu yang naik hingga 17 kilometer ke udara itu boleh dilihat sejauh 9 km ke barat memaksa lapangan terbang di Surabaya, Yogyakarta dan Solo terpaksa ditutup. Kita doakan Allah melindungi penduduk-penduduk di sana.





February 13, 2014

0 SPAD Perlukan Kerjasama Orang Ramai Buat Aduan Pemandu Teksi Warga Asing


Pengurus Besar Penguatkuasaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Che Hasni Che Ahmad berpesan kepada pengguna-pengguna teksi di Malaysia agar jangan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak SPAD sekiranya mereka menaiki teksi dan melihat wajah pemandunya atau slanga percakapannya seperti orang asing tetapi mengaku warganegara Malaysia.

Che Hasni yang ditemui pemberita selepas Ops Tegas Alien (Operasi Membanteras Pemandu Teksi Warga Asing) semalam, berkata, kebelakangan ini SPAD banyak menerima aduan daripada orangramai mengenai kegiatan warga asing yang bekerja sebagai pemandu asing. Che Hasni berkata hasil maklumat yang diterima daripada rakyat Malaysia yang prihatin, pihaknya telah mengenalpasti kawasan-kawasan di mana warga asing beroperasi sebagai pemandu teksi.

"Daripada operasi ini kami berjaya merekodkan 32 kes di mana 21 pemandu didapati tidak mengunakan meter, lima cuba menetapkan harga tambang, seorang tidak mempunyai kad pemandu dan seorang enggan mengambil penumpang. Tiga orang pemandu dokumennya dirampas oleh JPN untuk disemak kesahihannya. Daripada tangkapan itu enam disyaki warga Pakistan tetapi memiliki kad pengenalan Malaysia. JPN sedang menyemak kad pengenalan mereka. Kita akan meneruskan operasi dari semasa ke semasa kerana kegiatan ini menjejaskan pendapatan pemandu teksi tempatan."

9 Logo PKR Dalam LRT Rapid KL - Apa Kejadah Semua Ini?

Apa motif stiker logo PKR dipasang di dalam tren di ruangan iklan yang menempatkan iklan Harian Metro? Lambang PKR ini dapat dilihat di dalam LRT Rapid KL laluan Seri Petaling. No 2229 adalah nombor gerabak LRT berkenaan. Mungkin ada macai-macai PKR yang cuba untuk membuat promosi murahan dengan menampal stiker parti berkenaan.

Adalah diharapkan kakitangan Rapid KL dapat membuang stiker berkenaan kerana bagaimana boleh diiklankan logo PKR dalam kemudahan awam yang Kerajaan sediakan. Bagaimana pihak pengurusan Rapid KL Boleh terlepas pandang perkara sebegini. Apakah berlakunya sabotaj dalaman? PKR tidak terlibat langsung dalam penyediaan prasarana LRT untuk Rakyat. Kenapa diberikan promosi percuma untuk pembangkang?

Kemaskini 2.30 PM:

Baru dapat Whatsapp dari CEO SPAD:
"The PKR logo is a sticker and was sticked at door of our Ampang Line train. It has been removed at about 5 pm at Sri Petaling when Oprations Control Centre observed a twitter reporting about it while the train heading to Sri Petaling. Checked all doors only 1 sticker found and removed.
Rgs"

5 Selepas DS @Zahid_Hamidi Dihina, Giliran DS Rosmah Mansor Pula DiAibkan Dengan Gambar Edit cc. @shaberyc


Semalam CTS ada siarkan bagaimana Fanpage penyokong penjilat Cina DAP, 我们全力支持民行 We Fully Support PKR, menghina Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), DS Zahid Hamidi dengan gambar edit dan kata-kata kesat. Lihat posting berkenaan di sini. Selepas 24 jam berlalu, blogger-blogger DS Zahid Hamidi masih diam membisu tanpa ada usaha untuk mempertahankan Boss mereka. Tolong jangan makan elaun buta. 

Tindakan keterlaluan mereka semakin biadap. Hari ini pula, lihatlah bagaimana seorang ibu dan isteri seorang pemimpin negara dihina oleh penyokong penjilat Cina DAP di Fanpage yang sama. Lihat di sini. Adakah ini patut dan wajar? CTS sungguh sedih melihat seorang ibu dan isteri di hina dan dimaki sebegini. Apakah Ibu dan Kakak/Adik mereka turut dipermainkan sebegitu rupa? 

Macai-macai PR telah mengedit gambar DS Rosmah Mansor, mereka menyidir dan menghina beliau dengan kata kata kesat yang tidak sanggup CTS tulis di sini. SKMM tolong ambil tindakan tegas menutup Fanpage ini dan membawa Admin berkenaan ke muka pengadilan dengan undang-undang yang ada.

February 12, 2014

0 Sanjay Dutt Ditangkap Dalam Operasi Alien (Pemandu Teksi Warga Asing) Kerjasama SPAD, Imigresen & PDRM

Satu 'Ops Tegas Alien' (Pemandu Teksi Warga Asing) anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah dilaksanakan sejak pagi tadi bagi membanteras aktiviti 'Pemandu Teksi Warga Asing dan Teksi Tidak Guna Meter (TGM)'. Lokasi bertempat di Cheras, Kajang dan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kesemua pemandu teksi warga asing yang ditangkap telah dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, Jalan Bandar untuk diambil tidakan selanjutnya.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, dalam operasi berkenaan, tiga pemandu teksi warga asing telah ditahan. Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati warga asing berkenaan mempunyai MyKad dan pihaknya menyerahkan kepada JPN untuk tindakan selanjutnya. Tambahnya, selain memburu pemandu bukan warganegara, pihaknya juga menyasarkan teksi-teksi yang tidak menggunakan meter.

Operasi khas bermula pukul 9 pagi itu dijalankan secara bersepadu bersama-sama Jabatan Imigresen, PDRM dan JPN dengan disertai 84 anggota dan pegawai. Dalam pada itu, Che Hasni menambah, bagi kesalahan tidak menggunakan meter, pemandu atau pemilik teksi boleh didenda antara RM1,000 hingga RM500,000, atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 22, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

0 Akhbar The Heat Cuba Mencabar KDN cc. DS @Zahid_Hamidi @fuhas_tweet


Nampak gayanya akhbar mingguan The Heat cuba untuk mencabar kredibiliti Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila sejak semalam akhbar ini telah diedarkan secara percuma di kawasan pejabat dan perumahan di sekitar Lembah Kelang. CTS sendiri telah memperolehi akhbar berkenaan di hadapan Bangunan ING, Jalan Raja Chulan, ketika keluar untuk makan tengahari.

Akhbar mingguan The Heat telah digantung serta-merta oleh KDN dan akhbar berkenaan tidak lagi diterbitkan seperti yang dijadualkan sejak 21 Disember 2013. Apakah akhbar berkenaan telah dibenarkan untuk berada di pasaran semula oleh KDN atau pihak akhbar berkenaan cuba untuk mencabar kewibawaan dan ketegasan KDN itu sendiri? Sekiranya akhbar berkenaan masih digantung, tindakan tegas sewajarnya diambil.

DS Zahid Hamidi sewajarnya bertindak tegas dan lantang seperti mana tindakan beliau sebelum Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Cina-Cina DAP sudah mula kurang ajar menghina beliau, contohnya seperti di dalam laman Fanpage We Fully Support PKR, di sini. Malah ganjaran sebanyak RM1,500 ditawarkan kepada individu yang dapat menampar DS Zahid Hamidi.






February 11, 2014

5 YB Kuantan @fuziah99 Memang Muka Tak Malu, Menempek Di Majlis Orang Untuk Tumpang Nama


Ini memang jenis muka tak tahu malu. Jenis muka tebal setebal getah sekerap. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, tanpa ada rasa malu dan bersalah telah hadir ke Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ikhsan Mangsa Banjir bagi Daerah Kuantan yang mengalami banjir buruk baru-baru ini. Majlis ini telah diadakan di Dewan SUKPA, Indera Mahkota pagi tadi.

Kehadiran MP Kuantan di majlis berkenaan dengan mengedarkan borang pendaftaran parti PKR telah mengelirukan penerima sumbangan. Ramai penerima sedar bahawa sumbangan berkenaan tidak ada kena mengena dengan MP Kuantan itu ataupun PR atau PKR. Ianya dilacarkan di bawah pengurusan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Biarlah pihak MKN menguruskan bantuan berkenaan. Yang YB sibuk-sibuk menempel buat apa? Kalau tak ada kerja sangat eloklah buat saja demo Anti Lynas sekali lagi.

9 Tidak Faham Kenapa Ketua Menteri Melaka Sampai Kena Tender Nombor MCM11 Sampai RM20,900!!!


CTS boleh faham kalau korporat-korporat dan ahli perniagaan yang kaya raya membeli nombor pendaftaran kenderaan. Apa yang saya tidak faham apabila kakitangan Kerajaan dan wakil-wakil Rakyat berhabis duit untuk mendapatkan nombor yang mereka inginkan. Tidak salah kalau mereka menggunakan duit mereka sendiri, yang mungkin tabungan sedari kecil. Apa yang salahnya adalah persepsi Rakyat. 

Dalam Perdana Menteri menggalakkan dan menyuruh Rakyat berjimat cermat, Ketua Menteri Melaka sendiri membelanjakan RM20,900 untuk membeli nombor pendaftaran kenderaan MCM11. Kita faham kenapa nombor 11 dipilih kerana ini adalah nombor kesukaan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Maafkan kerana terpaksa menegur, kerana yang hendak menjawab dengan macai-macai PR adalah kami yang di bawah ini.

February 10, 2014

0 Skandal Goldsino Investment Development Limited Teresa Kok Mula Dibongkarkan - Mana Mau Lari Ah Soo!



Pendedahan blog DAP Insider, di sini mengenai skandal terbaru Teresa Kok tidak begitu mengejutkan. Masakan beliau masih boleh menyalak beliau adalah jaguh di dalam anti korupsi, bersih dan berintigriti sedangkan beliau tidak lagi diberi kepercayaan oleh parti DAP dan PR untuk terus bertanding sebagai ADUN di dalam PRU-13 yang lepas.

Berdasarkan sumber blog di atas, penglibatan Teresa Kok di dalam amalan korupsi melibatkan 'proxy' beliau selama ini. TS Khalid telah membawa perkara ini ke pengetahuan pemimpin tertinggi DAP, dan perkara ini telah menyebabkan beliau tidak lagi dibenarkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri. Amalan korupsi ini termasuklah satu projek yang bernilai RM1billion yang dianugerahkan kepada syarikat milik asing ke atas 2 lot tanah di Dengkil dan Kuala Kubu yang terletak di dalam daerah Sepang dan Hulu Langat.

Yayasan Selangor mempunyai 2 lot tanah, satu di Dengkil di bawah daerah Sepang dan satu lagi di Kuala Kubu Baru di bawah daerah Hulu Selangor. Tanah di Dengkil yang berkeluasan 15.17 ekar (PT 39693) telah disewakan kepada Sekolah Agama Rakyat dengan kadar sewaan RM25 ribu sebulan. Manakala tanah di Kuala Kubu Baru (PT 521) yang berkeluasan 40 hingga 50 ekar telah disewakan kepada Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menempatkan 2 kem dengan kadar sewaan RM700 ribu sebulan, yang mana merupakan penyumbang keuntungan kepada Yayasan Selangor.

Pada 14/12/2011, Yayasan Selangor telah menerima Surat Hasrat (Letter of Intent) daripada Goldsino Investment Development Limited yang berasal dari Zhuhai, China, untuk memulakan projek yang dikenali sebagai 'Solar Photovaltaic Power Plant' di atas kedua-dua tanah tersebut. Cadangan yang dikemukakan adalah menyewa kedua-dua lot tanah tersebut selama 25 tahun dan projek berkenaan dianggarkan bernilai RM1 billion. Dalam mesyuarat pengenalan, kedua-dua wakil daripada Goldsino Investment Development Limited telah memaklumkan bahawa mereka mengenali Teresa Kok.

Fakta yang menarik dicatatkan di dalam Surat Hasrat daripada Goldsino Investment Development Limited kepada Yayasan Selangor adalah kenyataan "We would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us to participating for the above project (Kami ingin mengucapkan penghargaan kepada Yayasan Selangor kerana menjemput pihak kami untuk terlibat dalam projek di atas)". Ini menunjukkan perbincangan awal telah dibuat di antara Teresa Kok dengan wakil daripada Goldsino Investment Development Limited (merujuk kepada Kok Chee Keong, Director of Goldsino Investment Development Limited (Malaysia)).

Lanjutan daripada itu, pada 19/12/2011, Hafidah Haron, Pemangku Pengurus Besar, Bahagian Harta dan Pembangunan di Yayasan Selangor telah mengeluarkan satu memo kepada Pegawai Undang-Undang Yayasan Selangor untuk melakukan semakan ke atas syarikat Goldsino Investment Development Limited. Pada 22/12/2011, Yayasan Selangor telah mengeluarkan Surat Hasrat kepada Goldsino Investment Development Limited yang ditandatangani oleh Raja Amir Shah, Timbalan engurus Besar yang dilantik oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim and Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pada 27/12/2011 pukul 10.00 pagi, Yayasan Selangor telah mengadakan mesyuarat dengan Goldsino Investment Development Limited, di Bangunan Yayasan Selangor. Seramai 8 orang pegawai telah mewakili Yayasan Selangor dan Kok Chee Keong secara perseorangan mewakili Goldsino Investment Limited. Memeorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding - MOU) telah dibincangkan untuk menangani isu berkaitan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Surat Hasrat telah diserahkan kepada Presiden, Goldsino Investment Development Limited dalam mesyuarat bertarikh 28/12/2011. Penyerahan Surat Hasrat dalam masa yang amat singkat telah membuktikan bahawa projek ini adalah berdasarkan Runding Terus (Direct Negotiation). Tiada tender terbuka diiklankan di dalam laman web Yayasan Selangor berkaitan dengan projek ini. Sehingga kini, tiada perbincangan lanjut telah dibuat berkaitan keuntungan yang dijana oleh Yayasan Selangor selepas kedua-dua tanah lot diserahkan kepada Goldsino Investment Development Limited.

Persoalannya, cadangan Projek Solar amat mustahil dan tidak masuk akal kerana Selangor tidak mempunyai masalah kekurangan tenaga elektrik yang dibekalkan oleh TNB. Projek Rundingan terus juga adalah bercanggah dengan polisi PR berkaitan penyalahgunaan kuasa dan korupsi. Apa kaitan Goldsino Investment Development Limited dengan Teresa Kok? Kok Chee Keong telah menyatakan bahawa beliau amat mengenali Teresa Kok dalam satu mesyuarat. Nantikan pendedahan seterusnya mengenai Cock dan Kok di dalam artikel seterusnya bersama dokumen sebagai bukti penyalahgunaan kuasa dan rasuah dilakukan oleh Teresa Kok.

1 Aksi Manja Menteri Besar Negeri Sembilan Di Atas Katil cc. @khairykj




Keletah dan kasih sayang seorang datuk dengan cucunya jelas kelihatan di dalam gambar di atas. Inilah rutin Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan meluangkan masa bila cucu tunggal balik ke Seremban. Hati mana yang tidak girang sesekali dapat bermanja dengan cucu yang comel sebegini. Hilang letih atuk. Rasulullah SAW sendiripun sangat manja dengan cucu-cucu Baginda terutama Hassan da Hussin.

Inilah di sebalik tirai kehidupan seorang pemimpin BN. Setinggi mana kedudukan yang disandang, keluarga tetap diutamakan. Bukan seperti pemimpin-pemimpin sebelah sana. Pantang ada masa lapang, jumpa kekasih gelap di hotel, ada juga yang melanggan China Doll malah ada yang menghabiskan masa berdua-duaan dengan kaum sejenis.

0 Seluar Dalam Budak Gambar Masjid - Usaha Menghina Islam

Satu usaha terancang pengeluar pakaian kanak-kanak untuk menghina Islam. Seluar dalam kanak-kanak mempunyai gambar dua kanak-kanak lelaki berbaju Melayu lengkap bersamping dengan berlatarbelakang sebuah Masjid.

Dikeluarkan dan diedarkan oleh sebuah syarikat milik kaum Cina yang beroperasi di Selangor yang berdaftar sebagai Syarikat Thunder Storm Sdn Bhd. Ini adalah satu indoktrinasi kepada golongan kanak-kanak sedari umur muda.

Bila besar nanti mereka akan berkata tidak ada hal menghina Masjid dan orang Islam kerana sedari kecil mereka sudah biasa dengan gambar Masjid di kemaluan mereka. Nampak tak permainan jahat berunsur perkauman dan keagamaan ini?

February 9, 2014

0 PRK #Kajang - Anwar Bukan Sahaja Mampu Menjadi 'Ustaz' Di Surau Malah Layak Jadi 'Paderi' Di Gereja



Kita sudah lali disaikan dengan keletah bakal calon PRK Kajang, Anwar Ibrahim yang saban hari mencemarkan surau-surau di Kajang dengan ceramah-ceramah dan kempen-kempen politik beliau. Baik Majlis Agama Islam Malaysia (MAIS) ataupun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mampu mengambil tindakan apa-apa. MAIS dan JAIS hanya mampu melihat walaupun tidakan berkempen di surau dan masjid jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

Anwar melangkah setapak lagi. Beliau bukan sahaja layak menjadi 'Ustaz' dan 'Imam' kepada penduduk Kajang, malah kelibatnya di Kajang turut mengangkatnya sebagai 'paderi'. Anwar Ibrahim akan meneruskan kempen politiknya di Dewan Gereja Holy Family, Kajang, hari Ahad minggu depan. Umum mengetahui Ahad adalah hari sembahyang orang Kristian. Sebagaimana beliau mengeksploitasi Sembahyang Jumaat yang lepas, begitu jugalah beliau menggunakan hari Ahad orang Kristian sebagai hari kempen beliau.



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates