February 1, 2014

4 Terjah Majlis Penyokong Selangor Dengan Berjersi - @anwaribrahim Memang Gila Publisiti





Macai-macai PR sering berkokok menunding DS Rosmah Mansor sebagai gila publisiti. Mereka lupa bahawa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim lagi meroyan publisiti. Beliau tidak dapat tidur lena jika sehari orang tidak bercakap berkenaan dirinya. Entah bila Anwar Ibrahim menukar jersi dari Pulau Pinang kepada jersi Selangor. Opps lupa ... beliau baru sahaja menukar alamat kad pengenalan beliau kepada alamat di dalam negeri Selangor. Secara automatiknya beliau adalah penyokong negeri Selangor. 

Tindakan beliau untuk menempek di majlis Hi-Tea Bersama Penyokong Bola Sepak Selangor bukanlah merupakan tindakan yang pelik. Inilah watak chameleon yang sering dipegangnya. Datang ke majlis bersama Menteri Besar dengan berjersi menyerlahkan sikap bermuka-muka Anwar Ibrahim. Mungkin beliau merasakan penyokong The Red Giant akan 'cair' melihat semangat cintakan pasukan merah kuning yang beliau tunjukkan. Tahniah The Red Giant kerana baru memiliki penyokong tegar. Nampak gaya Anwar Ibrahim amat 'desperate' gila untuk menjadi orang Selangor.

January 30, 2014

3 Chinese New Year Pun @TeresaKok Buat Video Hina Pemimpin - Cock Betul!!!

video

Walaupun kaum Cina akan menyambut perayaan Chinese New Year esok, Teresa Kok sempat membuat satu video politik untuk menghina Kerajaan dan pemimpin. Video berdurasi 11:39 minit itu bertajuk "Teresa Kok "Onederful" Malaysia CNY 2014 Video Clip". Video berkenaan tersebar luar di Youtube, di sini. Kenapa Teresa Kok perlu Hina Perdana Menteri dan isteri sewaktu malam Tahun Baru Cina? Perlukah senario Tahun Baru Cina digunakan untuk memalukan orang lain? Apakah mesej mendalam yang hendak beliau dan DAP sampaikan sehingga sanggup buat video untuk menghina.

Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ahli Parlimen Kota Belud, di laman sosial Twitter beliau turut mengutuk tindakan keterlaluan Teresa Kok itu. Tindakan Teresa Kok sebagai Wakil Rakyat amat melampau, berpolitik 24 jam sehingga ke hari perayaan sekalipun. Kalau Teresa Kok sudi menjual, kami sudi pula membelinya. Jangan salahkan kami sekiranya kami akan kembali dengan video satira yang sama berkaitan kamu. Sekarang baru saya tahu kenapa tidak ada seorang pemimpin atau ahli DAP mengambil kamu sebagai isteri atau perempuan simpanan. Jangan marah. Saya hanya bersatira.

2 Kenapa @HishammuddinH2O Tuduh SPAD Punca Kemalangan Di Genting Highland? cc. @SPADchannel


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dua hari lepas menuding jari kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung tragedi kemalangan bas di Genting Highland tahun lalu. Hishamuddin dilaporkan berkata jawatankuasa berkenaan menemui kelemahan SPAD meluluskan lesen pengendali sebagai salah satu punca kemalangan itu.

Biasanya apabila berlaku kemalangan yang membabitkan bas, lori atau teksi, jika sesebuah jawatankuasa siasatan ditubuhkan, ia patut memfokuskan punca bagaimana kemalangan berlaku. Antara soalan utama yang perlu disiasat ialah apakah ianya disebabkan kecuaian pemandu atau kerosakan pada kenderaan atau sebagainya. 

Kedua, Lesen Pengendali Kenderaan Awam (PSV) dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (dan bukannya SPAD!) dan sekiranya seseorang pemandu mempunyai rekod jenayah, sudah tentu JPJ yang mempunyai kerjasama pintar dengan Polis mempunyai akses kepada rekod itu. Sekiranya didapati pemandu itu ada rekod jenayah, sudah pasti dia tidak akan mendapat lesen PSV.

Susulan kemalangan di Genting yang berlaku di Kilometer 3.5, Jalan Genting-Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos lalu,  Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)  telahpun membuat siasatan dan mendapati kombinasi pelbagai faktor yang menyumbang kepada kemalangan terbabit.

Selepas tragedi tersebut (21 Ogos 2013), Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah menggesa SPAD menubuhkan jawatankuasa siasatan. Mengikut Akta, SPAD sememangnya punyai kuasa dalam pembentukan jawatankuasa bagi menyiasat punca kemalangan dan menganalisis kelemahan aspek keselamatan yang wujud.

Entah macam mana ketika itu, Pemangku Menteri Pengangkutan tiba-tiba umum tubuh jawatankuasa siasatannya sendiri. Bagi mengelak pertindihan dan kekeliruan di kalangan rakyat, pihak SPAD mengambil keputusan untuk tidak menubuhkan jawatankuasa seperti yang disarankan oleh TPM. 

Hishamuddin sendiri Selasa lepas, yang mengumumkan bahawa antara punca kemalangan adalah bas tersebut didapati dipandu laju melebihi had laju iaitu 50km/jam selain kekurangan kecekapan fungsi brek pada bas berkenaan.

Hasil laporan yang diumumkan oleh Pemangku Menteri terbabit telah mengutarakan 20 syor dan 51 pelan tindakan penambahbaikan. Apa yang menghairankan, SPAD telah digambarkan menjadi punca kepada kemalangan kerana meluluskan lesen operasi bas terbabit tanpa mengambil kira faktor keselamatan dan kemampuan bas henti-henti beroperasi di laluan berbukit.

Agak malang jika Hishamuddin dinasihat oleh jawatankuasa untuk mengeluarkan kenyataan begini? Samada ada dinasihat atau memandai-mandai tidak dapat dipastikan. Untuk makluman, SPAD merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam soal perlesenan. Manakala dalam hal ehwal keselamatan pula ia dipertanggungjawabkan oleh agensi-agensi lain. 

Jika disebut mengenai tahap keselamatan bas, agensi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mengeluarkan lesen PSV serta meluluskan struktur bas yang dibina. Penjagaan atau penyelenggaraan kenderaan seharusnya dipertanggungjawabkan dalam bidang kuasa PUSPAKOM. Jika sentuh soal keadaan jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah agensi yang paling tepat dalam menentukan tahap keselamatan jalan, selekoh, kecerunan dan sebagainya.

Syed Hamid ketika ditemui media selepas majlis pelancaran bas baru Syarikat Kenderaan S&S Sdn Bhd di Kluang, Johor, telah diminta komen mengenai kenyataan Hishamuddin mengumumkan laporan jawatankuasa terbabit: 
"Saya tak mahu komen sangat kerana benda itu (laporan) belum lagi dibentangkan di kabinet. Kita pun tak ada salinan. Kita tak tahu apa syor dan apa rasional. Saya pun tak mahu komen lebih kerana kalau kita komen berkenaan liabiliti atau apa-apa ia mungkin mempunyai implikasi undang-undang."
"Saya hairan apa pasal nama SPAD sahaja disebut. Jadi saya nak tahulah. Kita nak dapatkan kenyataan dia (Hishamuddin). Untuk bagi komen sekarang tak adil sebab saya tak baca lagi laporan itu. Saya tengok di suratkhabar dan internet. Ia mungkin tak betul."
Persoalannya, apakah motif Hishammuddin menyalahkan SPAD di dalam isu kemalangan di Genting Highlands?

10 Comel Tak Saya? Program Apa PAS Anjur Ni Atas Tutup Bawah Buka?


Comel tak saya? Untuk apa program ini diadakan? Apakah ini penganjuran muslimah islam untuk bertudung? Tidak ada gunanya kalau bertudung kalau nampak jelas daging montok paha. Mungkin ini fesyen tudung terbaru, saya tak tahu. Siapa lah yang ajar mereka ni pasal bertudung agaknya. Seharusnya sekretariat PAS yang menganjurkan program ini memberikan nasihat dan bukannya menggalakkan kedua-dua mereka ini menghina Islam. Agak-agaklah kalau bergambar hendak mempersendakan Agama. Takkanlah sebegini jahil mukarrab kedua-dua mereka ini?

Kalau ianya PAS hendak berpegang kepada prinsip PAS For All, jangalah sampai Islam dipijak-pijak. Di Eropah juga ada pergerakan Islam yang mempromosikan pemakaian hijab untuk mendidik masyarakat merasa selamat dan dihormati. Kalau betul nak buat sebegitu, buat betul-betul. Berikan sekali hijab dan jubah supaya mereka menutup aurat, seperti untuk masuk ke dalam Masjid. Bukankah lebih elok?

January 29, 2014

5 Wikipedia Sudah Meroyan Letak @anwaribrahim Sebagai Menteri Besar Yang Baru cc. @Khalid_Ibrahim @faekah_qkn5



Amat memalukan bagi portal rujukan seperti Wikipedia meroyan hari ini dengan meletakkan Anwar Ibrahim dalam senarai Menteri Besar Selangor. Dalam senarai berkenaan, nama Anwar Ibrahim diletakkan sebagai Menteri Besar ke-16 selepas TS Khalid Ibrahim, berkuatkuasa dari 2014. (Lihat di sini, selagi tidak diubah)

CTS pernah menghadiri kursus Wikipedia. Walaupun data-data yang diletakkan di dalamnya bergantung kepada Admin yang tertentu, namun editor-editor yang meluluskan penyiaran sesuatu data amat teliti di dalam menyemak bukti yang dilampirkan sebelum ianya diletakkan di dalam Wikipedia. Hasil carian mendapati perubahan ini dilakukan (modified) 42 minit yang lalu dari Pulau Pinang. Data seperti di bawah:


Nampak gayanya, ada pihak yang sudah tidak sabar benar untuk menjadi Menteri Besar Selangor. SPR belum menentukan bila tarikh PRK akan diadakan. Rakyat Kajang belum menentukan siapa Wakil Rakyat yang akan mereka pilih. Tuanku Sultan Selangor belum tentu akan memberi perkenan kepada orang dari Pulau Pinang ini dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Jangan lupa, undang-undang tubuh dan perlembagaan negeri mensyaratkan perlantikan Menteri Besar Selangor mesti mendapat perkenan dari Sultan Selangor. Banyak-banyakkanlah bersabar wahai Anwar Ibrahim. Janganlah tunjuk gelojoh sangat. Lihat fakta berikut:

PRU-12 - 12/3/2008
31/7/2008 - Wan Azizah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh
1/8/2008 - PKR umum Anwar Ibrahim sebagai calon Ahli Parlimen Permatang Pauh

PRU-13 - 5/5/2013
27/1/2014 - ADUN PKR, Lee Chin Cheh umum letak jawatan ADUN Kajang.
28/1/2014 - PKR umum Anwar Ibrahim sebagai calon DUN Kajang.

Deja Vu?

January 28, 2014

1 Terkini - Gambar-Gambar NGO Membuat Laporan Polis Ekoran Masjid Bayan Baru Akan Diserang


Lebih 10 pertubuhan Islam seperti Persatuan Belia Merong, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Perkasa, Squad Rejam, GPMS, Al Ehsan dan lain-lain berkumpul berhampiran Masjid Bayan Baru dan berarak ke balai polis untuk membuat laporan. Ini ekoran terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa terdapat Masjid yang akan diserang malam ini. Ini berikutan kes gereja kristian yang dibaling dengan bom tangan beberapa hari lepas kerana memaparkan banner berbentuk provokasi bertajuk, "Allah Is Great, Jesus Is The Son Of Allah".











2 NGO BERSIH Turut Mengutuk Sandiwara @anwaribrahim Mempermainkan Amanah Rakyat


Ini kenyataan yang baru diemail kepada pihak media oleh NGO BERSIH 2.0 dalam pukul 8.00 malam tadi. Macam tidak percaya apabila BERSIH 2.0 mempertikaikan keputusan Anwar Ibrahim dicalonkan bertanding di kerusi DUN N25 Kajang. Tidak dapat dipastikan sama ada ini juga adalah untuk sandiwara PR untuk menipu Rakyat Malaysia. Takkan BERSIH 2.0 hanya keluarkan kenyataan tidak puas hati sahaja? Tak mahukah mereka berarak di jalan raya menegakkan hak mereka dan menentang penipu Rakyat?

Jika benar kerusi DUN N25 Kajang dikosongkan supaya Anwar Ibrahim boleh bertanding dan menjadi Menteri Besar Selangor untuk selesai masalah dalaman kemelut kepimpinan PKR, kesemua 15 orang wakil rakyat PAS sepatutnya berasa malu kerana dianggap tidak layak untuk jadi MB Selangor. Satu tamparan hebat kepada kewibawaan ADUN-ADUN PAS di Selangor. Sekiranya mereka betul-betul ada telur sewajibnya ianya dipotong dan diberi anjing makan. Baca kenyataan BERSIH 2.0 seperti di bawah:
Bersih 2.0: Elected representatives should not betray the people’s mandate
BERSIH 2.0 finds it wholly unacceptable that a State Assemblyperson has resigned “to benefit” his political party. Kajang ADUN Lee Chin Cheh’s resignation is nothing short of a betrayal of trust, given that less than eight months ago, the people of Kajang voted him in on the premise that he would remain the state assemblyperson for the next five years.
The reason for Lee's resignation on 27 Jan 2014, reported in the media as to "benefit PKR as a whole", reflects poor judgement on the part of the candidate as well as the party he belongs to. It is shocking that PKR consented to Lee's resignation and is fielding its de facto leader Dato’ Seri Anwar Ibrahim in the by-election. This reeks of dirty politics and should be condemned.
It must be reminded that the first and foremost duty of an elected representative is towards the people in his/her constituency and not to his/her political party. Thus, the only acceptable reason for elected representatives to resign is when he/she is not able to carry out the mandate given to him/her - i.e. to serve the people. Lee's reason for stepping down does not put the people's interest at the forefront.
There is little difference between the actions of Lee and the actions of former DAP Assemblyperson Hee Yit Foong in the 2009 Perak Constitutional Crisis. Both actions are equally deplorable. It is disappointing that PKR, one of the victims of the 2009 Perak Constitutional Crisis, is the key player in this sorry saga.
BERSIH 2.0 is appalled that a by-election would have to be called and public funds would be unnecessarily wasted because of the whims and fancies of a few. No amount of political spinning will hide the fact that on 27.1.2014, the interest of the Kajang people took a backseat.This is a regressive step for democracy because it supports the mistaken notion in Malaysia that elections are about political parties and politicians rather than about the people.
BERSIH 2.0 would like to remind all politicians and their parties that the people's trust should not be up for manipulation. The mandate given to an elected representative by the people is something that should not taken for granted. It is disappointing that in the midst of this political merry-go-round, the people's interest, like many times before, is forgotten.
Salam BERSIH!
Issued by:
The Steering Committee of BERSIH 2.0 which comprises:
Maria Chin Abdullah, Dr Farouk Musa, Masjaliza Hamzah, New Sin Yew and Farhana Halim.
--
BERSIH 2.0 Secretariat
Tel. No : 03-7772 3275 / 019-4380428
Fax No : 03-7784 4978
Email: media@bersih.org
Web: http://www.bersih.org
FB: https://www.facebook.com/BERSIH2.0OFFICIAL
Twitter: http://www.twitter.com/bersih2

8 Belum Apa-Apa @shamsuliskandar Sudah Bergaduh Dengan @AzminAli Isu Calon #PRKKajang


Ini kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar, awal malam tadi:
27 Januari 2014 ‪
Kenyataan Media
Untuk Edaran Segera
Pilihanraya Kecil Kajang:
AMK Hanya Setuju Anwar Ibrahim Menjadi Calon

Angkatan Muda Keadilan menghormati keputusan dan tindakan Bendahari AMK Malaysia, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang. Tentunya tindakan ini di ambil setelah mengambil kira beberapa pertimbangan khusus yang membabitkan kepentingan negeri dan rakyat seterusnya mengatasi sebarang pertimbangan peribadi. Ini membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar.
Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.
Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang. Jentera pilihanraya AMK akan digerakkan untuk bersama-sama jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihanraya kecil ini.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Ahli Parlimen Malaysia
Belumpun reda kenyataan dibuat, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor,  Azmin Ali pula dengan pantas mengeluarkan kenyataan media yang membantah kenyataan yang dibuat oleh Shamsul Iskandar seperti berikut:
KENYATAAN MEDIA

Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor belum memutuskan siapakah calon yang layak untuk menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh, Adun Dewan Undangan Negeri N25 Kajang yang telah secara rasmi meletakkan jawatannya hari ini. 
Pihak Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor juga TIDAK pernah menyokong Kenyataan Media oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang mahu mencadangkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk Pilihanraya Kecil N25 DUN Kajang. 
Calon yang akan menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh semestinya anak jati negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, kami mohon agar Angkatan Muda Keadilan Malaysia jangan sesekali mencampuri urusan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor.
Adalah dimaklumkan bahaw Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Tergempar pada 29 Januari 2014 untuk mencadangkan nama nama calon yang layak untuk diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat bertanding kerusi N25 DUN Kajang.
Mohamed Azmin Bin Haji Ali
Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri Selangor
Parti Keadilan Rakyat
27hb Januari 2014
Nampak gayanya memang sah parti ini gila kuasa. Bergaduh sesama sendiri berebut kuasa dan Rakyat menjadi mangsa. Duit Rakyat akan dihabiskan untuk mengadakan PRK di Kajang untuk menyelesaiakan kemelut parti PKR. Amanah Rakyat Selangor dipermainkan. Yang bodoh siapa? CTS bersetuju sebenarnya dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mantan Mufti Perlis di dalam laman sosial Facebook beliau:

January 26, 2014

9 Dua Gambar Peserta Demo #Turun2.0 Yang Amat Menyayat Hati @NajibRazak @MuhyiddinYassin



Dua gambar di atas yang diambil semasa demo Turun 2.0 di Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang, petang tadi amat menyentuh perasaan dan naluri CTS. Gambar pertama melibatkan kezaliman pihak Kerajaan yang menyebabkan gadis di atas kurus kering akibat kos sara hidup yang menjerut hidupnya. Bayangkan kalau kos sara hidup rendah, bagaimana pula keadaan tubuh badannya agaknya?

Gambar kedua lagi sadis! Disebabkan kenaikan kos taraf hidup dan harga barangan yang meningkat tinggi, rambut 'girlfriend' brader di atas tidak dapat digunting dan terpaksa dibiarkan panjang untuk menjimatkan kos. Lebih menyedihkan rambut hitam beliau telah luntur keperangan kesan kenaikan harga barangan. Zalim betul Kerajaan Barisan Nasional menyiksa kedua-dua Rakyat Malaysia ini. Keadilan harus diperjuangkan untuk mereka berdua!

8 Demo #Turun2.0 Di Bandar Sunway - Sudah Boring Berdemo Di Dataran Merdeka Ka?


Terima kasih kepada macai-macai PR yang mengadakan demonstrasi dan perhimpunan di Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Kalau sebelum ini pantang saja PR nak buat demo mesti melibatkan Dataran Merdeka. Warga Lembah Kelang mengucapkan terima kasih kerana tidak menganggu kami hendak bersiar-siar dan membeli belah semperna baru dapat gaji. 

Buatlah demo tungging tebalikpun di negeri yang PR perintah. Buat kat kawasan pulau lagi baik. Turut kelihatan pemimpin-pemimpin PKR seperti Fariz Musa dan Chegubard. Dengan demo ini, keesokkan hari pasti kesemua harga barangan akan turun dengan mendadak. Mungkin itulah mentaliti PR ketika merancang membuat demo Turun 2.0 pada petang tadi.




7 Apa Tujuan Banner "Allah Is Great, Jesus Is The Son Of Allah" Dipasang Di Pulau Pinang?


Apakah ada pihak mahu mencabar kesabaran Umat Islam di Malaysia. Tindakan membuat provokasi dengan memasang banner berbunyi "Jesus Is Allah" boleh mengundang provokasi. Banner-banner ini kelihaan dipasang di:

- Gereja Assumptions Conception,  Lebuh Farquhar
-  Gereja St John Britto, Sg Pinang
- Gereja Immaculate Conception, Lorong Maktab, Pulau Tikus
- Victory Lutheran Church, Lorong Delima 7, Island Glade, Gelugor

Kita kutuk perbuatan biadap ini yang tak menghormati undang undang negara. Tindakan tegas perlu diambil ke atas pihak pihak biadap ini. Jangan sampai berlaku pergaduhan Agama disebabkan segelitir penganut yang biadap.





0 Gambar-Gambar Persaudaraan Islam UMNO - PAS Yang Patut Menjadi Contoh


Gambar Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhamad melawat Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Harun Din di Institut Jantung Negara menjadi 'viral' di media sosial. Tidak terkecuali juga gambar-gambar Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Rahim dan DS Kol (B) Jamil Khir Baharom memberi penghormatan terakhir kepada Ketua Dewan PAS Pusat, Allahyarham Tuan Guru Dato Dr Harun Taib di Manir, Kuala Terengganu.

Kamu PAS ker, kamu UMNO ker, tetap bersujud pada arah kiblat yang sama. Kamu mengucap khalimah syahadat yang sama. Contoh di atas adalah bukti terbaik politik tolak ke tepi dan kukuhkan tali persaudaraan. Semoga ISLAM dan MELAYU terus terjaga di bumi MALAYSIA. Indahnya ukhuwah tanpa politik jumud.





 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates