January 18, 2014

15 Himpunan Pertahankan PM @NajibRazak Di Pulau Pinang - Hanya Macai Saja Datang? Mana Pemimpin Satu Malaysia?

Hari ini bertempat di Bandar Sunway, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, berlangsungnya satu perhimpunan aman membantah tindakan ADUN PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan kuncu-kuncunya yang biadap menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Kehadiran dalam 1,800 orang dan hampir 99% adalah orang-orang Melayu. Mungkin bangsa lain tidak berminat mempertahankan Perdana Menteri Malaysia. 

Lebih mengecewakan hanya kelibat ahli-ahli biasa UMNO yang datang menyuarakan bantahan mempertahankan Perdana Menteri. Yang berjawatan  dari jawatan AJK Bahagian, Ahli Perhubungan Negeri hatta sampai ke peringkat Majlis Tertinggi tu buat apa? Langsung tidak berminat dan terlalu sibuk hendak mempertahankan Perdana Menteri? Kebanyakan mereka membisu apabila Perdana Menteri dimalukan. Tahniah kepada DS Reezal Merican dan satu dua pemimpin lain yang hadir. Ini di Pulau Pinang. Di negeri lain macam mana? Tiada sokongan kepada Perdana Menteri?

Apabila ada isu pembangkang kutuk atau hina DS Najib Tun Abdul Razak dan kerajaan BN maka kita macai-macai di bawah yang pagi petang siang malam yang jadi tukang pertahankan dan pembelanya. Pemimpn-pemimpin di atas hanya sibuk bertemu dengan Perdana Menteri apabila tiba ketika hendak menghantar kertas kerja mendapatkan projek atau ketika hendak melobi mendapatkan jawatan. Kalau begini caranya, memang patutpun pembangkang tidak takut langsung untuk menghina Perdana Menteri.







January 16, 2014

4 Iklan 'Nasi Lemak Rendang Babi' Di Akhbar Untuk Tujuan Apa? @Zahid_Hamidi


Ini adalah iklan kedai makan Brilliant yang diambil dari akhbar The Sun, hari ini. Iklan secara terbuka memaparkan babi sebagai antara lauk utama hidangan nasi lemak iaitu rendang babi! Sejak bila masyarakat Cina menjadikan babi sebagai asas kepada resepi rendang? Sejak bila babi menjadi lauk untuk nasi lemak? Apa tujuan pengiklanan babi dilakukan secara terbuka dengan iklan yang memanipulasika n pengguna-pengguna Muslim? Terdapat garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri mengenai iklan yang melanggar garis panduan kod pengiklanan. 

Antara lain adalah 'mengandungi sebarang bahan yang melanggar tatasusila dan bersopan' dan 'menyalahguna kepercayaan pengguna atau mengeksploitasi kekurangan pengalaman dan pengetahuan'. Diharap kementerian DS Ahmad Zahid Hamidi dapat memantau iklan-iklan yang terdapat di dalam akhbar The Sun dan The Star memandangkan kedua-dua akhbar ini seringkali mengiklankan hidangan haram seperti minuman keras dan sebagainya.

0 SPAD - Perubahan Sementara Hentian Akhir Bas Henti-Henti Jalan Hang Kasturi, Lebuh Pudu, Jalan Petaling & Medan Pasar

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan bahawa hentian akhir bagi perkhidmatan bas henti-henti di Jalan Hang Kasturi, Lebuh Pudu, Jalan Petaling (Bangkok Bank) dan Medan Pasar akan diubah buat sementara waktu ke Hentian Akhir Bandar di Jalan Munshi Abdullah. Perubahan ini akan dikuatkuasakan mulai 18 Januari 2014 (Sabtu) bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas serta menjaga keselamatan penumpang bas di sekitar kawasan pembinaan “Heritage Trail”.

Hentian Akhir Bandar di Jalan Munshi Abdullah ini ditempatkan secara berpusat  bagi perkhidmatan bas henti-henti laluan jarak jauh koridor Jalan Ipoh dan Jalan Pahang. Manakala bagi perkhidmatan bas henti-henti laluan jarak dekat, bas hanya dibenarkan untuk mengambil serta menurunkan penumpang sahaja dan tidak dibenarkan untuk berhenti di Hentian Akhir Bandar. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perubahan baru ini, sila layari laman web www.spad.gov.my. Berikut adalah senarai laluan yang terlibat untuk makluman.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi En. R. Suresh Kumar, Ketua Komunikasi (019-3295214) atau Puan Nurul Asyikin, Pengurus, Bahagian Komunikasi (012-6227832).


1 Pergeseran @Khalid_Ibrahim Dan @AzminAli Sudah Ke Tahap 'Personal Character Assasination'


Pergeseran di antara Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim dan Timbalan Pengerusi PKR, Azmin Ali sudah sampai ke tahap serangan peribadi, kutuk mengutuk dan 'personal character assasination'. Mungkin tidak berpuas hati dengan jawapan daripada Menteri Besar Selangor berikutan pemecatan Azmin Ali daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS, hari ini Azmin Ali bertindak melakukan serangan peribadi di laman sosial Twitter. 

Sindiran 'orang tua' dan 'andartu' atau 'anak dara tua' bersama pembantu khas Ketua Umum PKR, Najwan Halimi, amat sinikal. Umum amat arif 'orang tua' yang dimaksudkan di atas ditujukan kepada TS Khalid Ibrahim sendiri manakala 'andartu' atau 'anak dara tua' ditujukan kepada Faekah Husin, bekas Setiausaha Politik TS Khalid Ibrahim sendiri.


Mungkin juga 'tweet' Azmin Ali hasil dari serangan balas ke atas 'tweet' Faekah sebelum ini yang memperli beliau seperti di atas. Nampak gayanya perang dingin ini tidak akan berakhir dalam masa terdekat. Sama-samalah kita nantikan babak-babak drama seterusnya. Pastikan stok 'pop corn' mencukupi.

January 15, 2014

11 Cina DAP Sudah Semakin Kurang Ajar - Perdana Menteri @NajibRazak Diperlakukan Sebegini

Ini sudah tahap kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Cina-cina DAP bangsat sudah mula mencabar sensitiviti orang-orang Melayu. Kita boleh berjenaka ringan dengan sinikal kangkung sejak dua hari lepas. Namun apabila cina-cina DAP haram jadah membuat karikatur muka Perdana Menteri Malaysia dan menyumbat kangkung ke dalam mulut karikatur berkenaan, ini sudah melampau dan biadap. Lebih kurang ajar, berita ini mendapat publisiti meluas daripada Malaysiakini versi English.

Kejadian ini dirakamkan di Pusat Khidmat DAP Machang Bubuk, Pulau Pinang petang tadi. Apa haram jadah binatang Cina DAP ini mahu? Apakah mereka mahu mencabar orang-orang Melayu Islam dengan menghina dan memijak maruah pemimpin Melayu? Apakah perlakuan yang serupa mereka lakukan kepada bapa, datuk atau saudara mara mereka? Cina DAP sudah keterlaluan dan perlu diajar.

0 Pegawai SPAD Terima Rasuah? Mari Baca Kes-Kes SPRM Ini


Saban hari kita dapat membaca di laman-laman sosial dan menonton di Youtube, pegawai-pegawai kakitangan Kerajaan dan badan penguatkuasa dituduh mengambil suapan rasuah. Tidak dapat dinafikan di dalam setandan pisang, tidak kesemua buahnya akan elok. Pasti ada satu dua yang akan menjadi busuk. Pegawai Penguatkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak terkecuali daripada tohmahan ini. Kita boleh menguruskan persepsi, namun lebih baik kita memberikan data dan fakta menyokong sesuatu kenyataan untuk menguruskan persepsi. Baca data-data kes di bawah:

Di Johor Bharu, hari ini, 15 Januari, empat warga negara Singapura dan sebelas rakyat Malaysia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah Khas (Rasuah) 4, Johor Bahru kerana memberi rasuah kepada Pegawai Penguatkuasa di dalam operasi yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Johor bersama pelbagai agensi penguatkuasaan tahun lalu. Nilai suapan wang tunai tertinggi sebanyak RM1,000 hingga RM50.00 diberikan untuk mengelakkan daripada diambil tindakan undang-undang terhadap kesalahan yang dilakukan dengan jumlah keseluruhan wang rasuah yang disita dan dilucuthak oleh Mahkamah sebanyak RM5,365.00. 

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz memerintahkan kesemua tertuduh membayar denda RM10,000 dan sehari penjara. Sekiranya gagal membayar denda tersebut, tertuduh bakal berdepan dengan hukuman 6 bulan penjara. Hukuman di bawah Seksyen 24(1) ASPRM 2009 menetapkan Penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda daripada nilai suapan atau sepuluh ribu, mengikut mana-mana  yang lebih tinggi. Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Johor,PSK Ridzuan bin Abdul Malek dibantu pegawai-pegawai penyiasat SPRM Johor.

Fakta terperinci kes adalah seperti berikut:
  • Warganegara Singapura, Lee Koon Hoe, (Nombor Passport: E2078533L), 58 tahun, yang bekerja sebagai Pemandu Teksi turut mengaku bersalah kerana memberikan rasuah sebanyak $SD50.00 kepada Asmadi Bin Mat yang bertugas sebagai Pegawai Eksekutif Penguatkuasa di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Johor untuk tidak mengambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat  2010. Kesalahan dilakukan pada Oktober 2013 di laluan keluar kenderaan daripada Malaysia ke Singapura, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.
  • Turut dituduh, Neo Eng Huat, (Nombor Passport: E 1977859J), 57 tahun, yang merupakan Pengurus Pembinaan mengaku salah memberi rasuah sebanyak RM50.00 kepada Mohd Ariff Johari Bin Mohd Zulkipli yang bertugas sebagai Konstabel Polis Diraja Malaysia, Cawangan Trafik, Bukit Aman sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan saman di atas kesalahan memandu melebihi had laju. Kesalahan tersebut dilakukan pada Oktober 2013 di KM 17.7 Lebuhraya Linkedua, Johor Bahru.
  • Warganegara Singapura yang turut dituduh hari ini, R Isvar, 38 tahun, (Nombor Passport : E 3635239D), bekerja sebagai Pemandu Van Persiaran Pelancong turut mengaku salah memberi suapan wang tunai RM 100.00 kepada ejen Kerajaan Malaysia iaitu Asmadi bin Mat yang bertugas sebagai Pegawai Penguatkuasa di SPAD, Johor sebagai dorongan tidak melakukan suatu perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya iaitu, tidak mengambil tindakan atas kesalahan tidak memiliki permit yang sah daripada SPAD. Kesalahan tersebut dilakukan padaOktober 2013, di laluan keluar kenderaan daripada Malaysia ke Singapura, Bangunan Sultan Iskandar ,Johor Bahru
  • Sementara itu, seorang lagi warganegara Bangladesh Md Mamun Khan (Nombor Passport: AG 2142128), 36 tahun, yang juga memegang status status Penduduk Tetap (PR) Republik Singapura (Nombor PR: S7867464D), bekerja sebagai Pemandu Bas Persiaran mengaku salah memberi rasuah wang tunai sebanyak $SGD 200.00 kepada Pegawai Eksekutif Penguatkuasa iaitu Asmadi Bin Mat yang bertugas di SPAD, Johor untuk tidak mengambil tindakan kerana tidak memiliki lesen Pengendali yang sah di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Kesalahan dilakukan pada Oktober lalu di laluan kenderaan, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.
  • Rakyat tempatan yang turut dituduh ialah Yong Hock Pen, 55 tahun,bekerja sebagai Pemandu Van Pelancong mengaku salah memberi rasuah RM 1,000.00 kepada Asmadi bin Mat, Ketua Penguatkuasa SPAD Wilayah Selatan Johor Bahru, untuk tidak mengambil tindakan kerana telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Kesalahan tersebut dilakukan pada Oktober 2013 di laluan masuk kenderaan daripada Singapura ke Malaysia, Kompleks Sultan Abu Bakar, Second Link, Gelang Patah, Johor Bahru.
  • Ramanaathan A/L Ratnam, 27 tahun, bekerja sebagai Pemandu Van Pelancong juga mengaku salah atas kesalahan memberi rasuah RM500.00  kepada pegawai penguatkuasa SPAD Wilayah Selatan, Mohamad Rofiki Bin Ismail, untuk tidak mengambil tindakan kerana  menjalankan perkhidmatan pengangkutan awam tanpa lesen pengendali. Kesalahan dilakukan pada November 2013 di Plaza Tol Lima Kedai, Lebuhraya Link Kedua, Nusajaya,  Johor Bahru.
  • Tio Chin Kwan, 44 tahun, Pemandu Van Pelancong, mengaku salah memberi rasuah RM 500.00 kepada Abd Rahim Abd Kadir, Pegawai Penguatkuasa SPAD Wilayah Selatan Johor Bahru, untuk mengambil tindakan bagi kesalahan menjalankan perkhidmatan awam di Malaysia tanpa memiliki lesen pengendali yang sah di bawah Seksyen 16 APAD 2010. Beliau melakukan kesalahan pada November 2013 di laluan masuk kenderaan daripada Singapura ke Malaysia, Kompleks Sultan Abu Bakar, Second Link, Johor Bahru.
  • Tan Toh Seng, 54 tahun, bekerja sebagai Pemandu Van Pelancong turut mengaku salah memberi suapan RM 400.00 kepada Abdul Wahid Bin Rahmat yang bertugas sebagai Pegawai Penguatkuasa SPAD Wilayah Selatan Johor sebagai dorongan kepadanya untuk  tidak mengambil tindakan terhadap beliau yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam dan Darat 2010 (APAD 2010) iaitu mengambil tambang secara berasingan kepada Penumpang. Kesalahan dilakukan pada November lalu di Laluan Singapura ke Malaysia Bangunan Sultan Iskandar dalam Daerah Johor Bahru.
  • Ramakrishna A/L Naidu, 36 tahun, Pemandu Bas juga mengaku salah memberi suapan RM 400.00 kepada Asmadi Bin Mat yang bertugas sebagai Pegawai Eksekutif Penguatkuasa SPAD, untuk tidak mengambil tindakan bagi kesalahan gagal mengemukakan Lesen Pengendali Bas Pekerja bernombor pendaftaran WBY 8287 dan mengubahsuai struktur asal binaan Bas Pekerja bernombor pendaftaran WBY 8287 tidak mengikut spesifikasi kenderaan perdagangan yang diluluskan oleh SPAD. Kesalahan tersebut dilakukan pada Oktober 2013 di Stesen Minyak Petronas, Taman Desa Cemerlang, di dalam Daerah Pasir Gudang, Johor.
  • Sementara itu juga, di mahkamah yang sama, Nicksomn Khoo @ Khoo Lian Son, 45 tahun, yang bekerja sebagai Pemandu Persendirian turut mengaku bersalah kerana memberi suapan sebanyak RM200.00 dan $SGD 200.00 kepada Mohd Khalish bin Mohd Tahir yang bertugas sebagai Pegawai Penguatkuasa di SPAD, Johor untuk tidak mengambil tindakan bagi kesalahan beroperasi tanpa lesen pengendali yang ditetapkan oleh Akta APAD 2010. Kesalahan tersebut dilakukan pada November tahun lalu di laluan Lebuhraya Plaza Tol  Tanjung Kupang , Johor.
  • Rakyat Malaysia yang turut dituduh hari ini ialah Chin Wan Fah,  41 tahun yang bekerja sebagai Pemandu mengaku salah kerana memberi rasuah kepada Muhammad Fadzrin bin Ruslan, yang bertugas sebagai Penguatkuasa di SPAD Johor Bahru sebagai dorongan agar tidak mengeluarkan saman kerana menjalankan suatu perkhidmatan pengangkutan awam tanpa memiliki suatu lesen pengendali di bawah Akta SPAD 2010. Kesalahan tersebut dilakukan pada November lepas di Plaza Tol Link Kedua, Johor Bahru.
  • Kannan A/L Chunaragesan, 26 tahun,bekerja sebagai Pemandu Van, mengaku bersalah memberi suapan RM150 dan SD 50.00 kepada Abd Rahim Abd Kadir, Pegawai Penguatkuasa SPAD Wilayah Selatan, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan bagi kesalahan menjalankan perkhidmatan pengangkutan awam tanpa lesen pengendali yang sah. Kesalahan dilakukan di laluan masuk kenderaan daripada Singapura ke Malaysia, Bangunan Sultan Abu Bakar, Lebuhraya Link Kedua, Nusajaya dalam Daerah Johor Bahru, dalam Negeri Johor pada November 2013.
  • Manakala , Chong Teck Min, 57 tahun, yang bekerja sebagai Pemandu Van Persiaran Pelancong turut mengaku salah atas pertuduhan memberi rasuah wang tunai sebanyak RM200.00 kepada Mohd Hamizi bin Hamzah, Pegawai Penguatkuasa SPAD, Johor sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan kerana melakukan kesalahan menjalankan perkhidmatan pengangkutan awam tanpa lesen pengendali di bawah Akta APAD 2010. Beliau melakukan kesalahan tersebut di Tol Lima Kedai, dalam Daerah Johor Bahru, pada November 2013.
  • Goh Min Han Ivan, 37 tahun, Pemandu Van Persiaran pelancong juga mengaku salah kerana memberi suapan RM150.00 kepada Safiuddin bin Badrulhisam yang bertugas sebagai Pegawai Penguatkuasa di SPAD, Johor sebagai dorongan  untuk tidak mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta APAD 2010. Kesalahan dilakukan di laluan keluar kenderaan daripada Malaysia ke Singapura, Bangunan Sultan Iskandar , Johor Bahru pada November 2013.
  • Pertuduhan terakhir terhadap Tan Kwee Leong, 32 tahun, yang bekerja sebagai Pemandu Bas juga mengaku salah memberi rasuah RM RM100.00 kepada Mohd Khalis bin Mohd Tahir yang bertugas sebagai Pegawai Penguatkuasaan SPAD Johor, sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan kompaun kerana disyaki membawa pelancong dari Singapura masuk ke Malaysia tanpa pemandu pelancong, tiada senarai penumpang dan tiada jadual perjalanan seperti yang telah ditetapkan bawah S79 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Kesalahan dilakukan di laluan masuk bas dan kenderaan perdagangan daripada Singapura ke Malaysia, Bangunan Sultan Iskandar,johor Bahru pada Oktober tahun lepas.

0 Harakahdaily Hargai Blogger & Cybertroopers UMNO @hdaily09 @ibdil @Khairykj


Ini kali pertama CTS ucapkan terima kasih kepada portal Harakahdaily yang menghargai Bloggers dan Cybertroopers UMNO (Kalau boleh kami mengaku sedemikian. Takut-takut Ketua Pemuda UMNO kata kami #syoksendiri). Ini disebabkan selepas UMNO dan Barisan Nasional memegang tampuk pemerintahan kembali pasca PRU-13, Bloggers dan Cybertroopers tidak dipandang lagi. Kalau dipandangpun seperti sampah. Kalau adapun yang dipandang adalah dari sekumpulan kecil pengiat maya yang dijaga dan dibela oleh seseorang dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang bertaraf Pegawai Khas. Tak perlu disebut jawatan dan nama beliau, semua sudah sedia maklum.

Bagaimana kami hendak mempertahankan Perdana Menteri memandangkan saban hari ada sahaja kenyataan yang merendahkan dan menguris hati kami. Sebelum ini, Pengerusi Biro Media Baru (BMB), Ibdillah Ishak menyifatkan peranan kami semua sudah ketinggalan. Beliau mahu Blogger dan Cybertroopers UMNO lebih #lifestyle. Salahkah kalau kami mengikut kata nasihat beliau. Ini disusuli kenyataan Ketua Pemuda UMNO yang menyifatkan Bloggers dan Cybertroopers UMNO gagal di dalam PRU-13 yang lalu dan menyifatkan kami syok sendiri. 

Perdana Menteri sendiri melalui Pegawai Khasnya (yang seorang tu jugaklah) yang memang telah terkenal dimaki hamun di kalangan Bloggers dan Cybertroopers, telah senyap-senyap menubuhkan Jabatan Media Sosial (JMS) dengan penglibatan kroni dan sahabat handai. Ramai Bloggers dan Cybertroopers yang selama ini berjuang bermati-matian diketepikan. Daripada kami melukut ditepi gantang dan dikatakan syok sendiri, biarlah pihak yang dipertanggungjawabkan dan mendapat imbuhan yang tinggi mempertahankan Perdana Menteri. Siapalah kami.

January 13, 2014

14 Januari 2014 Bulan UMNO Tarik Balik Semua Saman - Tian Chua Terlepas, Mustapha Ali Pun Terlepas!



Tahun 2014 adalah Tahun Kuda di dalam kalendar Cina, di mana UMNO dengan suci hati, rela hati dan baik hati dan bodoh baghal memaafkan musuh-musuh politiknya yang sebelum ini menyebar fitnah kepada parti itu. Hari ini sahaja, dua kes saman fitnah diselesaikan di luar mahkamah. Pertama kes Tian Chua yang mendakwa UMNO terlibat di dalam serangan militan di Lahad Datu. Keduanya, kes Mustapha Ali yang menuduh UMNO terlibat di dalam penyebaran video lucah yang dikatakan milik beliau. 

Drama apakah yang cuba disajikan oleh UMNO? Siapakah Tok Dalang yang memainkan peranan di dalam wayang kulit ini? Yang bodoh siapa? Kita kita ini yang menjadi penonton dan tukang komen. Perkembangan terbaru ini pastinya akan mengecewakan ramai pihak. UMNO yang sepatutnya harus bertegas dengan puak-puak pelampau dan pemfitnah dari pembangkang tapi malangnya semakin lemah pula dalam tindakannya. UMNO kelihatan lemah dan dayus untuk mengambil tindakan tegas. 

Tian Chua terlepas dari saman UMNO apabila pihaknya kesal dengan penyiaran artikel bertajuk 'Insiden Tembakan di Lahad Datu Konspirasi Terancang UMNO – Tian' dan mendakwa artikel berkenaan bukan berniat untuk membabitkan UMNO. Mustapha Ali pula terlepas apabila hari ini beliau menyiarkan satu permohonan maaf di Harakahdaily yang kononnya beliau tidak maksudkan 'UMNO' tetapi 'Blogger UMNO'! (Lihat keratan di bawah).

Selepas ini kalau ada fitnah yang dilemparkan terhadap parti UMNO, tidak perlulah mana-mana pihak bersusah payah untuk mempertahankan parti tersebut. Orang-orang dalam parti tersebut sendiri terlalu dayus untuk mempertahankan nama baik parti berkenaan. Bodoh betul Tok Dalang UMNO yang terlibat di dalam memaafkan kedua-dua pemfitnah ini. Sayugia diingatkan, semenjak semalam perkataan yang menjad 'trending' di media sosial adalah "kangkung". Memang betul perkataan ini. UMNO sudah menjadi "kangkung". Kenapa? Lembik dan sejuk!

7 The Pork Place - Kedai Makan Babi Mewah Di Selangor

Pasti tidak pernah digambarkan di minda sebelum ini, kedai makanan khas berunsur babi akan menjadi satu kedai yang mewah dan eksklusif di Selangor. Kalau sebelum ini kedai makanan sajian babi hanyalah dilakukan secara tidak terbuka dan tidak menonjol, kini tidak lagi.

Semenjak PR mengambil alih Selangor, kedai makanan yang haram bagi umat Islam berleluasa dibuka dan promosi dilakukan secara terang-terangan. Tiada lagi perlu sensitiviti kaum yang hendak dijaga. The Pork Place - satu lagi mercu tanda Tahun Melawat Malaysia 2014 yang dihidangkan oleh Kerajaan Selangor. Bon Appetite.

Bagi yang berminat bolehlah datang ke alamat berikut:

The Pork Place,
BBQ Joint Cafe and Asian Restaurant,
Lot 31, IOI Boulevard,
Jalan Kenari 7, Bandar Puchong Jaya,
Puchong, Selangor.
03-77294600.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates