January 11, 2014

0 Aduan Video Dapat Digunakan Oleh SPAD Untuk Mengambil Tindakan Terhadap Pemandu Teksi Degil

Teknologi terkini seperti gambar dan mutakhir rakaman video boleh digunakan oleh pengguna teksi untuk melaporkan pemandu-pemandu teksi yang degil dan enggan mengikut peraturan seperti menggunakan meter, tidak memilih penumpang, tidak mengenakan tambang yang tidak sepatutnya dan sebagainya. Ini terbukti apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung dua orang pemandu teksi selama sebulan kerana kesalahan tidak menggunakan meter dan mengenakan tambang berlebihan. Syarikat pengendali mereka juga diberi surat amaran untuk kesalahan ini.

Tindakan keras ini berikutan siasatan lanjut selepas penerimaan dua aduan video melalui akaun SPAD Twitter, @aduanSPAD. Penyebaran video-video tersebut juga telah dilakukan oleh pihak awam yang prihatin melalui laman media social Facebook menerusi mukabuku ‘How to Deal with Errant and Rogue Malaysia Taxi Drivers'. Tahniah SPAD yang menerima bukti dalam bentuk teknogi terkini dari orang ramai.

 Adalah diharapkan agar orang ramai akan terus membantu pihak SPAD untuk menangani masalah pemandu teksi yang enggan menggunakan meter kerana menjejaskan imej dan reputasi industri teksi secara keseluruhan, lebih-lebih lagi sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2014. Orang ramai dialu-alukan untuk membuat aduan dalam bentuk rakaman video sebagai bahan bukti kesalahan yang berkenaan. 

Sudah pastinya SPAD juga memerlukan beberapa maklumat penting bagi memastikan pemprosesan setiap aduan berjalan lancar dan berkesan seperti maklumat pemandu, nombor pendaftaran kenderaan, tarikh, lokasi kejadian dan bahan sokongan lain yang boleh digunakan sebagai bukti. Orang ramai boleh menghubungi S.P.A.D. melalui Twitter, laman Facebook rasmi S.P.A.D., e-mel (aduan@spad.gov.my) atau Hotline Aduan S.P.A.D. (1-800-88-7723).

January 10, 2014

7 Perdana Menteri Turki Datang Malaysia Guna Pesawat Komersial Turkish Airlines - Malaysia?




Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam. Perdana Menteri Turki dengan bangganya menggunakan syarikat penerbangan negaranya, Turkish Airlines dalam lawatan tersebut. Beliau diiringi oleh isterinya yang amat sopan dan ayu menutup aurat. Kenapa Perdana Menteri Turki ini menggunakan pesawat komersial negaranya untuk lawatan rasmi seorang Perdana Menteri. Walaupun mungkin keseluruhan pesawat tersebut disewa khas untuk penerbangan ke Malaysia, namun ianya pasti lebih murah jika dibandingkan sekiranya Kerajaan terpaksa menyewa pesawat khas untuk suatu tempoh tertentu, yang belum tentu digunakan sepenuhnya bagi tempoh sewaan tersebut.

Apakah Turki sebuah negara yang miskin tidak mampu membeli atau menyewa jet peribadi eksklusif? Apakah beliau seorang yang tidak sibuk dan tidak mempunyai jadual yang ketat seperti yang selalu kita dengar dari Perdana Menteri dan "The First Lady" dari sebuah negara tertentu? Apakah Perdana Menteri Turki ini tidak terdedah kepada bahaya diculik, dibunuh dan risiko yang lain (alasan keselamatan) apabila beliau menggunakan pesawat komersial Turkish Airlines? Hmm ... Teringat kata-kata Tun Dr Mahathir semalam,
"Pada tahun 1981, saya mewarisi Boeing 737 dari PM sebelumnya. Dia (Tun Hussein Onn) mempunyai masalah perjalanan jadi saya boleh memahami mengapa dia perlu mempunyai kapal terbang besar. Saya pernah menggunakan kapal terbang untuk masa yang singkat dan saya bertanya kepada mereka berapa kos perjalanan. Mereka memberitahu saya ia melibatkan kos kerajaan sebanyak RM2 juta setahun. Kemudian (saya mengambil keputusan) kami menjual kapal terbang, saya memerlukan kapal terbang kecil. Oleh itu, dikurangkan kepada Challenger."

January 9, 2014

0 Tahniah EXCO Pelajaran Pemuda UMNO Kerana Menjuarai Isu Adik Nur Khatijah cc. @khairykj


Bukan semua EXCO Pemuda UMNO Malaysia tidak boleh pakai. Bukan semua EXCO Pemuda hidup dengan cara hidup 'Lifestyle'. Ramai EXCO Pemuda yang berkebolehan, rajin bekerja dan pantas menjuarai isu Rakyat. Tahniah CTS ucapkan kepada Mohd Rafiq Naizamohideen, EXCO Pelajaran, Pemuda UMNO Malaysia (PUM) yang pantas menyelesaikan isu Adik Nur Khadijah, cerita sedih seorang pelajar yang mahu belajar di Sekolah Agama Intergrasi dan membayar yuran dengan duit syiling tabung beliau sebanyak RM64!

Dua hari lepas, EXCO Pemuda telah datang menyampaikan bantuan kepada Adik Nur Khatijah, yang kematian ibu akibat kanser paru-paru manakala bapanya pula adalah banduan dadah. Adik Nur Khatijah kini dijaga oleh datuknya yang uzur dan nenek yang berpendapatan kecil. Cita-cita Adik Nur Khatijah hendak menjadi seorang doktor. Tahniah buat Biro Pelajaran PUM yang mengambil adik ini sebagai anak angkat Biro berkenaan. Semoga pembelajaran anak bangsa ini tidak tersekat lagi. Jazakallahukhairan khasira buat semua pihak yang membantu keluarga ini.



January 8, 2014

5 Laporan Polis Dibuat Ke Atas 'Red Bean Army' Kerana Memfitnah Menteri Besar Pahang Miliki Rolls-Royce


Akibat terdesak untuk mempertahankan Setiausaha Agong DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang menukar kereta rasmi daripada Toyota Camry kepada W221 Mercedes-Benz S300L baru, 'Red Bean Army' yang bersembunyi di bawah nama Margaret Senior Chan (rujuk akaun Facebook beliau di sini) telah memfitnah Menteri Besar Pahang memiliki Rolls-Royce.

Sehubungan dengan itu, hari ini, jam 4.57 petang, satu laporan polis telah dibuat di Balai IPD Kuantan oleh Dato Toh Seng Soon - peguam berkaitan posting di Facebook atas nama Margaret Senior Chan yang dipercayai mengandungi peryataan-peryataan berbau fitnah terhadap Menteri Besar Pahang kononnya beliau memiliki sebuah kereta mewah jenis Rolls-Royce.

Pengadu: Dato Toh Seng Soon
No. KP: 601031045361
Pekerjaan: Peguam
Alamat pejabat: Tetuan Toh & Company , Kuantan
Alamat Rumah:3, Lrg Kubang Buaya 54, 25200 Kuantan
Ktn Rpt: 001312/14
Pegawai penyiasat Insp Nor Azani.

Laporan polis tersebut dibuat oleh pengadu atas arahan Menteri Beasr Pahang supaya pihak Polis menyiasat perkara berkenaan kerana percaya ianya satu kesalahan jenayah (criminal defamation) terhadap pegawai awam dan supaya tindakan diambil terhadap pengendali akaun Facebook berkenaan. Laporan polis tersebut diklasifikasi di bawah Sekyen 500, Kanun Keseksaan (fitnah).

My sincerely advise to you, Margerat Senior Chan - You can run, but you've nowhere to hide baby. The police are looking for you. You got a wrong person to defame.


Gambar Rolls-Royce di dalam air berkenaan diambil ketika kejadian Jakarta dilanda banjir pada 22/01/2013. Berita berkenaan boleh dibaca antara lain di bawah:

7 Dato Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat - Dari Menteri Besar Ke Penjual Air Jampi

Banyak pula iklan-iklan air jampi/tawar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam 'timeline' di Facebook. Tidak pastilah sama ada TG Nik Aziz sudah berubah menjadi taukeh air minuman sejak bersara dari memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan atau sekadar namanya dipergunakan untuk tujuan melariskan produk. Banyak betul khasiat yang diwar-warkan termasuklah 'dapat membentuk akhlak yang mulia'. 

Kalau betul seperti yang didakwa, Mat Sabu, Azmin Ali, Anwar Ibrahim, Mustapha Ali dan banyak lagi pemimpin PR wajib meminumnya. Dengan harga RM3 untuk satu botol kecil (500ml) dan RM5 untuk satu botol besar (1ltr) agak mahal bagi air biasa yang belum tentu bertapis dan juga bukan air mineral. Lebih baik minum sahaja air zam zam yang lebih terjamin keberkatannya. Wallahualam.

January 7, 2014

3 Gambar-Gambar Tanah Runtuh Di Lebuhraya Mahameru Petang Tadi







Kejadian berulang tanah runtuh di tempat yang hampir sama di Lebuhraya Mahameru berlaku lagi petang tadi. Masa kejadian kira-kira 5.20 minit petang. Lokasi kejadian di Jalan Mahameru menghala ke Jalan Tun Razak, berhadapan dengan Wisma Tani. Agensi berkaitan telah berada di lokasi seperti Bomba, PDRM dan sebagainya. Pihak kontraktor DBKL tengah berusaha mengalihkan runtuhan tanah tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

January 6, 2014

0 Apa Motif Harian Metro Palsukan Foto Artikel 'Jasad Bayi Masih Sempurna?


Berita jasad bayi perempuan yang masih sempurna walaupun disemadikan selama berpuluh tahun menjadi topik carian yang popular hari ini. Berita kejadian yang berlaku di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, Alor Gajah, telah disiarkan oleh Harian Metro atau My Metro, boleh dibaca di sini

Namun sedikit kontroversi tercetus apabila, gambar yang disiarkan bersama artikel berkenaan dikatakan telah diedit. Lihat foto di bawah di mana di dalam bulatan di atas, kelihatan mayat bayi itu kelihatan terapung. Manakala di dalam bulatan kedua di bawah, kelihatan satu kaki 'berhatu' yang tidak bertuan.

Adalah diharapkan Harian Metro dapat mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai gambar ajaib ini. Sekiranya gambar ini telah diedit, kita memohon agar Harian Metro memohon maaf kepada pembacanya kerana telah menipu. Ini penting kerana ianya boleh mencalarkan bidang professional kewartawanan.


0 TS Muhyiddin Tidak Setuju Pengusaha Bas Sekolah Menaikkan Tambang Tanpa Persetujuan SPAD

Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin berkata pengusaha bas sekolah tidak seharusnya bertindak terburu-buru dengan menaikkan tambang tanpa persetujuan SPAD kerana ia akan menyusahkan ibu bapa pelajar. Pengusaha bas sekolah di seluruh negara diminta berbincang terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum bertindak menaikkan tambang sekolah.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan pengusaha bas sekolah di beberapa negeri yang telah menaikkan kadar tambang pada sesi persekolahan mulai bulan ini walaupun kadar baharu akan hanya ditetapkan oleh SPAD pada Mac nanti. Walaupun mereka mempunyai asas-asas dan sebab yang kukuh untuk menaikkan tambang bas atas pelbagai faktor seperti kenaikan harga minyak dan kos penyelenggaraan kenderaan tetapi mereka tetap perlu merujuk kepada SPAD terlebih dahulu

Pada 31 Dis lepas, SPAD dalam satu kenyataan berkata pihaknya sehingga kini belum meluluskan sebarang surcaj dan tambang baharu bas sekolah. SPAD berkata hasil perundingan yang dicapai dengan wakil Persatuan-Persatuan bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) dan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) keputusan telah dicapai bahawa tiada surcaj atau kenaikan tambang bas sekolah sehingga SPAD mengumumkan skim baharu bas sekolah pada Mac ini.

Bagaimanapun, menurut laporan akhbar baru-baru ini, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Sarawak telah menaikkan tambang bas tanpa menunggu pengumuman SPAD. Pengusaha bas telah bertindak menaikkan tambang antara RM5 hingga RM10 pada hari pertama persekolahan di empat negeri tersebut baru-baru ini. TS Muhyiddin sehubungan itu menegaskan tindakan pengusaha bas menaikkan tambang dengan sewenang-wenangnya adalah satu tindakan berat sebelah kerana tidak berbincang dengan SPAD dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

TS Muhyiddin meminta pengusaha bas dan SPAD mengadakan rundingan dalam masa terdekat ini dan berusaha mencapai hasil 'menang-menang' kepada semua pihak. Sekiranya pengusaha bas sekolah meneruskan ugutan untuk menghentikan perkhidmatan mereka sekiranya permintaan menaikkan tambang tidak dipenuhi, beliau berkata tindakan mereka hanya akan mendatangkan kerugian kepada semua pihak termasuk pengusaha bas itu sendiri.

January 5, 2014

0 SPAD - Peningkatan Kadar Penggunaan Pengangkutan Awam Beri Semangat


Kajian tahunan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan kadar penggunaan pengangkutan awam di Lembah Kelang terus meningkat, khususnya ketika waktu puncak sebelah pagi. Peningkatan itu adalah hasil beberapa inisiatif kerajaan dan dilaksanakan SPAD serta operator pengangkutan awam.

Kajian itu menunjukkan penggunaan pengangkutan awam pada 2013 meningkat 1.2 peratus kepada 20.8 peratus berbanding 19.6 peratus pada 2012. Jumlah perjalanan pada waktu puncak sebelah pagi juga meningkat 9 peratus kepada 5.7 juta perjalanan, dengan 827,000 pengguna setiap hari. Ini jelas menunjukkan lebih ramai penduduk warga kota dan sekitarnya menggemari pengangkutan awam berbanding memandu sendiri. Antara inisiatif dilakukan kerajaan dan operator pengangkutan awam ialah menyediakan 470 bas baru RapidKL, 1,388 hentian bas baru atau yang diubahsuai, dan permulaan operasi Hentian Akhir Bandar (HAB). 

Inisiatif utama perkhidmatan rel pula ialah menambah 35 empat set gerabak bagi menambah kekerapan di waktu puncak, dan tambahan 37 enam set gerabak bagi KTM Komuter. Bagi warga kota pula, mereka yang memilih untuk memandu ke pejabat tidak mempunyai alternatif lain, selain berdepan dengan masalah kesesakan jalanraya di hampir semua laluan masuk ke ibu negara.

Dalam pada itu, Perdana Menteri DS Najib Razak turut mengulas mengenai perkhidmatan pengangkutan awam. Beliau berkata Kerajaan komited dan akan terus berusaha menyediakan sistem pengangkutan awam yang terbaik untuk rakyat. "Kita terus berusaha sediakan sistem terbaik," kata DS Najib di dalam laman sosial Twitter beliau, dua hari lepas.


10 Sambutan Hari Lahir DS @Zahid_Hamidi Di Hotel 5 Bintang? Adeeeh ... Happy Birthday Dato Seri


Saya adalah seorang peminat DS Zahid Hamidi. Malah ketika Perhimpunan Agung UMNO yang lepas, saya antara penyokong kuat beliau yang berkempen untuk beliau. Namun, e-mail yang saya perolehi ini benar-benar mengecewakan saya. Saya tidak pasti siapa penganjur majlis berkenaan. Saya juga tidak pasti siapa pembiaya majlis berkenaan yang diadakan di hotel 5 bintang. 

Cumanya, ini salah satu kesilapan politik bagi DS Zahid atau dalam bahasa politiknya 'political incorrect'. Dalam Kerajaan mengalakkan Rakyat untuk berhemah di dalam berbelanja, satu majlis hari lahir seorang Menteri yang diadakan di hotel 5 bintang amat tidak kena sekali. Kata elaun itu dan ini sudah di potong. Mungkin elaun meraikan hari lahir tidak di potong macam elaun cuti Menteri, pergi atau tidak bercuti tetap boleh buat tuntutan. 

Sampai bila kita nak menipu rakyat ini dengan retorik kita. Lebih memualkan jika ada pembodek-pembodek tegar yang menganjurkan majlis ini untuk membodek Menteri Dalam Negeri. Apapun, CTS ucapkan Selamat Hari Lahir DS Ahmad Zahid Hamidi. Semoga selamatlah hendaknya kesemuanya.

Updated 05/01/2014 3:45PM:

Gambar-gambar di bawah diambil dari rakan-rakan sosial Facebook di majlis di atas. Tema: Merah. Nama Majlis: Majlis Jalinan Sahabat.







 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates