October 30, 2014

4 Parlimen Belia Malaysia (PBM) - Adakah Ini Program Syok Sendiri Kementerian Belia Dan Sukan? cc. YB @khairykj


Ini adalah kenyataan awal daripada Menteri Belia Dan Sukan (KBS), YB Khairy Jamaluddin. Mengikut jangkaan beliau pada November 2013, Parlimen Belia Malaysia (PBM) akan bersidang pada April 2014. Sekarang bulan Oktober sudah mahu habis. Kelibat pilihanraya PBM masih lagi kelam kabut. Dikatakan pengundian pilihanraya PBM adalah mengunakan sistem berkomputer.

Adalah diharapkan sistem adalah telus dan tiada cubaan menceroboh (hack) untuk menganggu keputusan pilihanraya. Jangan jadi macam Pilihanraya Jawatankusa Pusat (CEC) DAP sudahlah. Apabila mengundi menggunakan sistem, manipulasi boleh dilakukan. Keputusan seseorang calon boleh ditentukan dengan senang.


Di atas adalah Fanpage PBM, jumlah "like" adalah hanya sebanyak 3,545?! Jumlah yang 'review' adalah sebanyak 223 'reviews'. Ini satu bukti nyata program PBM mendapat sambutan hangat daripada seluruh belia di Malaysia.

CTS tidak kenal sangat dengan calon-calon PBM. Kebanyakannya tampil di dalam poster-poster mereka dengan memakai 'coat' dan tali leher. Amat poyo sekali. Cuba lihat pemimpin-pemimpin belia yang dididik oleh PR. Adakah mereka kelihatan poyo sebegini? Di bawah ini adalah salah seorang calon PBM. Namanya Shahril Hamdan. Beliau adalah EXCO Pemuda UMNO Malaysia. 



Buat apa yer seorang EXCO Pemuda UMNO bertanding PBM? Adakah suara beliau tidak laku di dalam mesyuarat Pemuda UMNO? Adakah aspirasi beliau tidak boleh dizahirkan di dalam EXCO Pemuda? Pembaca agak-agaklah adakah seorang EXCO Pemuda Menteri KBS akan kalah di dalam pilihanraya PBM yang menggunakan sistem komputer? Bukankah PBS bertujuan mencari pemimpin pelapis baru dan bukannya Pak Turut?


Akhir sekali, seramai 8,632 daripada 171,094 jumlah belia yang berdaftar sebagai pemilih PBM dari seluruh negera mengundi bagi memilih calon untuk mewakili mereka dalam PBM. Negeri kelahiran Menteri KBS hanya mencatatkan 466 daripada 7,454 pemilih yang mengundi. Begitu tinggi sekali aura Menteri KBS di kalangan belia. Sebab itulah CTS akan memulakan hidup sihat dengan menari zumba serta memakai stokin pink ke pejabat. Mudah-mudahan, CTS dapat menarik lebih ramai golongan belia.

4 comments:

Anonymous said...

Palimen Belia ni nampak gaya ditubuhkan dengan tujuan utamanya adalah untuk memperkuatkan pengaruh KJ...Budak budak Beial Palimen ni dah tentu tak akan mengundi orang lain dah bila Pemilihan Umno diadakan satu hari nanti...KJ akan mendapat kelebihan disini..Ini Strategi KJ...Dia akan kuasai UMNO satu hari nanti...Apa Fungsi sebenar Parlimen Belia?...Suara Pemuda Umno dahtak laku kah sekarang ini...Parlimen belia boleh gubal undang undang ka?..kalau setakat bersidang lepas tu hantar cadngan kepada Kabinet untuk diambil tindakan baik tak payah...MENGARUT...PERABIS DUIT RAKYAT SAJA.........Pak Tam Jitra

Anonymous said...

Kalau anwar dahulu membina pengaruh dengan abimnya k.j tak kurangnya dgn program sebegini.....kau ingat semua Bdk muda kisah ke dgn prgram kau?....harga rumah melambung tinggi apa pemuda umno buat? Selagi media tak selori jgn harap la kau Nak turun Padang....skrip kau berpolitik semua anwar Ibrahim dah buat.....cuma watak je berbeza....puih

The Eugenist said...

Saya bimbang jika ianya gagal dibendung, kita akan melihat sekali lagi acuan Anwar Ibrahim in the making.

Jika dahulu, pemimpin berkaliber seperti Tun Dr Mahathir sendiri pun hampir tumbang oleh perbuatan backstabbing bekas Timbalan beliau yang ke3, inikan pula Perdana Menteri terkini dan akan datang;

sudah pasti mereka akan terpukul jauh oleh clone Anwar Ibrahim ini.

Anonymous said...

kudos to owner blog cos dpt keluarkan data tu yg blh dianggap tepat as at last week..
just yg komen tu sila kaji semula idea PBM ni dari siapa...

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates