October 28, 2014

6 Gambar Ketua Menteri Sarawak Makan 'Sizzling Yee Mee' Di Food Court Alamanda


Tidak perlu makan tengah hari di hotel mewah 5 bintang di Putrajaya. Tidak perlu restoren mahal-mahal untuk sekadar menunjukkan status sebagai Ketua Menteri. Tidak seperti sebahagian Menteri dan Timbalan Menteri yang asyik menghabiskan masa makan minum di 'coffee house' bersama 'cigar' berharga ratusan ringgit sebatang.

Begitu 'humble' dan 'down to earth' YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak menikmati makanan kegemarannya 'Sizzling Yee Mee' di 'Food Court' Alamanda, Putrajaya. YABhg Datin Patinggi Dato' Hajjah Jamilah Anu pula masih menatikan pesanannya sampai. Mereka memesan makanan dan menunggu pesanan sama seperti orang awam yang lain di 'food court'.

Hari ini ada mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri di Putrajaya yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Terharu CTS melihat seorang Ketua Menteri yang begitu sempoi, rendah diri dan berjiwa Rakyat. Itupun ada juga Rakyat Sarawak yang sanggup menghina Ketua Menteri sendiri.

6 comments:

Anonymous said...

Salam,
Mmg beliau seorang yg humble.
Syabas KM Sarawak.
Semoga diberkati Allah.

Hidup KM Sarawak!

Anonymous said...

kenapa isteri dia tak makan? Tak berselerakah dia?

Anonymous said...

tunggu oder sampai la bro. benda ni kena makan panas2, tu pasal sampai tak serentak sbb masak satu2....

Anonymous said...

we need more leaders like Tan Sri
He reminds me of Pak JOKOWI

Anonymous said...

Daun KETUM break fast di K.L. Lunch di Diego Garcia, tea di Jeruselem, dinner di Washinton supper di atas karpet.

Lagi hebat dari Menteri2 yang hisap cigar beratus ringgit.

Apa mau cerita.

Anonymous said...

Santai sekali,good example as a leader.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates