September 9, 2014

2 @drwanazizah Boleh Serah Kerusi #PengkalanKubor Namun Tak Mahu Beralah Jawatan MB Selangor

Sejak dua tiga hari ini agak menghairankan apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah agak aktif mengeluarkan kenyataan. Hari ini beliau telah mengeluarkan Kenyataan Media menyatakan bahawa PKR bersedia memberi laluan kepada PAS demi kesepakatan menentang UMNO di PRK N01 Pengkalan Kubor. Nampak gayanya gagap Puan Presiden sudah hilang kot? Mungkin kena jerkah dengan suami tersayang? Berikut adalah Kenyataan Media beliau:
KENYATAAN MEDIA
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
KEADILAN MEMBERI LALUAN KEPADA PAS DEMI KESEPAKATAN MENENTANG UMNO DI PRK PENGKALAN KUBUR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi
Saya ingin menyusul kenyataan saya semalam yang merujuk kepada pendapat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang di mana saya telah menekankan kepentingan kerjasama dan muafakat berterusan Pakatan Rakyat. Saya percaya kita perlu kembali kepada hasrat rakyat agar Pakatan Rakyat terus menumpukan usaha menggembleng semula tenaga rakyat berhadapan Umno/Barisan Nasional.
Rakyat kini berhadapan dengan kenaikan harga minyak yang saya jangka akan diumumkan sebelum Belanjawan 2015, pengenalan GST menjelang April 2015, tangkapan dan pelbagai tindakan undang-undang khususnya di bawah Akta Hasutan selain dari adu domba perkauman dan keagamaan yang berterusan.
Untuk berhadapan dengan Umno/Barisan Nasional secara berkesan, keutuhan dan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat perlu dipertahankan agar kita bersatu menentang Umno/Barisan Nasional. Saya percaya ini hanya dapat dicapai melalui tolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar.
 Oleh yang demikian, KEADILAN telah memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding di Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubur mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar.
Saya doakan Allah SWT memberi kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat kelak.
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
9 September 2014
PKR sebenarnya memberikan gula-gula kepada PAS supaya bertanding melawan BN di Pengkalan Kubor. PKR tahu mereka tidak boleh menang di DUN Pengkalan Kubor dan sudah menjangkakan akan kena sabotaj oleh PAS, sekiranya mereka meneruskan hasrat untuk bertanding di sana. Ini disebabkan di Kelantan PKR mengemis jentera PAS. PKR tidak mempunyai jentera mereka sendiri di Kelantan mahupun di Terengganu. Jadi biarlah PAS melawan UMNO, fikir PKR. PKR mahu melaga-lagakan kembali PAS dengan UMNO.

Lagipun Dr Wan Azizah sedang membeli jiwa PAS. Dr Wan Azizah masih menaruh harapan semoga PAS terbuka hati untuk memberi laluan kepada beliau untuk menjadi MB Selangor. Kalau betul Dr Wan Azizah 'saling memahami dan berjiwa besar' seperti yang dinyatakan di dalam Kenyataan Media di atas, beliau sepatutnya beralah di dalam merebut jawatan MB Selangor. Ini memandangkan semua pihak tahu, PAS tidak mahu Dr Wan Azizah menjadi MB Selangor, apatah lagi Tuanku Sultan Selangor.

2 comments:

Anonymous said...

Setuju. Kalau PKR bertanding pun mungkin akan dimalukan oleh PAS. So baik bagi PAS bergaduh balik dengan UMNO. Benda kecik je pun, tapi Ketum boleh save air muka.

Anonymous said...

Pirahh.. Ingat org bodo ke. Hello..! Tahu la nk bodek pas. Konon nk tunjuk sepakat la konon. Obvious sgt la wei.. Tolong la. Anwar buat taik bini disuruhnya basuh. Boke ja anwar yg umum tp konon nk tunjuk 'kepimpinan' konon.. Pirahhhh... Ang kata ang terra ang pi la!!!

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates