August 31, 2014

2 Rumah Lim Guan Eng Kena Baling Dengan Molokov Cocktail - Kenapa Cari @PDRMsia, Carilah PPS!



Kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Ketua Pertubuhan Haram Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Jalan Pin Horn, Pulau Pinang, telah dilempar bom buatan sendiri kira-kira pukul 11.45 malam semalam. Lim Guan Eng yang ketika itu berada di rumah bersama keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan disebabkan bom dilemparkan di tempat parking kereta rumahnya. Sepasukan polis, bukan PPS hadir di kediamannya membuat siasatan. Ini video CCTV dari kediaman Ketua Menteri:



Mana kebiadapan Lim Guan Eng memperlekehkan pasukan anggota polis? Mana sikap kurang ajar Lim Guan Eng ketika mencabar Ketua Polis Negara? Lihat video kedua di mana Lim Guan Eng hanya berani mempertikaikan anggota-anggota polis di hadapan anggota PPS beliau. Hakikatnya, anggota-anggota polis inilah yang membantu beliau ketika beliau ditimpa musibah.

Melancarkan 'perang' terhadap Polis DiRaja Malaysia boleh dianggap sebagai melancarkan perang terhadap Yang Di Pertuan Agong yang boleh dihukum dengan hukuman mati. Ini berikutan tindakan Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara, pegawai tertinggi Polis DiRaja Malaysia, yang menjalankan tugas atas nama Yang Dipertuan Agong, untuk mengambil tindakan terhadap PPS sebuah pertubuhan tidak berdaftar yang dinaungi oleh kerajaan negeri pimpinan DAP dan Lim Guan Eng.

2 comments:

Anonymous said...

PPasukan Peronda Samseng (PPS) mana la ada kepakaran dalam bidang forensik dan analisa video untuk menyiasat kes seperti ini. Kalau dalam hal-hal samseng, ugut mengugut, menjadi tonto, bodyguard kepala samseng (semestinya tokong) boleh la serah pada mereka..

Anonymous said...

WAYANG TINGGI PRODUCTION TU.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates