August 22, 2014

6 Ini Kongres PKR Atau Mesyuarat PIBG Sekolah?






Gambar-gambar di atas baru dimuatnaik di dalam posting malam ini disebabkan bagi menghormati kepulangan jenazah-jenazah mangsa tragedi MH17 yang baru tiba ke tanahair sejak pagi tadi. Dalam negara bersedih dan mengharungi Hari Perkabungan Negara hari ini, PKR masih meneruskan agenda politik mereka. Apa yang UMNO namakan Persidangan Agong dan PAS namakan Muktamar, PKR pula menamakan sebagai Kongres PKR. Lihatlah sendiri kedatangan perwakilan. Mungkin macai-macai akan membuat komen, perwakilan baru tiba agaknya atau perwakilan keluar ke tandas kot?

Kongres Wanita PKR dan Kongres Angkatan Muda Keadilan bermula hari ini. Ketika menyampaikan ucapan penggulungan dihadapan ribuan kerusi kosong di Kongres Wanita PKR, Ketua Wanita PKR yang berjaya mempertahankan kerusinya, Zuraida Kamaruddin mendakwa rakyat Selangor akan bangkit mempertahankan negeri itu sekiranya DUN dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya baru diadakan. Malah, ia akan menyebabkan UMNO kehilangan semua kerusi. Mak lampir ... mak lampir ... tinggi impian beliau tu.

Agenda hari ini tidak banyak perkara baru yang diutarakan melainkan agenda suami isteri Anwar Ibrahim-Wan Azizah. AMK melalui Ketuanya yang baru, Nik Nazmi berikrar tidak akan membiarkan Anwar Ibrahim dipenjarakan. Adakah mereka akan berarak ke jalanraya sekiranya Anwar Ibrahim dipenjarakan? Nurul Izzah, anak sulong kepada Anwar Ibrahim pula tidak lain dan tidak bukan berkempen untuk ibunya, Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Eloklah tu. Si suami mencadangkan nama si isteri menjadi Menteri Besar. Si anak pula menjadi tukang kempennya. Nampak sangat keluarga ini gila kuasa kan?

6 comments:

Anonymous said...

Wan Azizah mampu menguruskan parti hanya dengan menggayakan kipas didepan rakyat. Belakang rakyat boleh upah 20 punaisihat untuk tadbir negeri, satu punaisihat elaun RM50k.... gaji MB tak juga akan diturunkan...

Anonymous said...

Wan Azizah pandai mengurus parti hingga menang hanya satu kerusi parlimen saja pada PRU11 ! kah kah kah kah.

Anonymous said...

melayu kena bijak mengundi kali ini....dun Selangor bubar itu adalah pasti hak mutlak kuasa menteri besar sgor kalid Ibrahim....
Melayu kena bijak mengundi...tolak calon PKR dan PARASIT PAS...
.Melayu kena bijak undi kali ini.. tolak caln PKR tolak juga calon PARASIT PAS....
Melayu kena bijak undi ...undilah calon yang pertahankan islam ,melayu dan raja melayu...
Melayu kena bijak undi mesti undi kepentingan islam di utamakan...bila islam selamat melayu dan raja melayu selamat..
.melayu kena bijak undi menangkan calon perjuangkan islam kerajaan perpaduan secara automatic didirikan....
Melayu kena bijak undi tolak calon PKR islam pasti selamat...
Melayu kena bijak undi kali ini..

TOLAK PARTI PKR ISLAM PASTI SELAMAT

berasiam said...

mengapa nak diperlekehkan mesyuarat pibg. mesyuarat pibg jauh lebih mulia daripada ini, untuk jaga kepentingan anak-anak di sekolah. yang ini hanya jaga sebuagh keluarga yang caca marba.

Anonymous said...

PKR akan tumbang pada PRU akan datang. PAS?????

Anonymous said...

Kalau Selangor nak jahanam, sokonglah orang ini. Takkanlah rakyat Selangor tak reti2 nak buat pilihan.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates