July 4, 2014

0 Nando Hendak Berniaga Atau Bermain Politik - Bagi Ayam Peri-Peri Percumalah ... Ada Berani?


Tidak ada satu postingpun daripada CTS semenjak kontroversi di antara Menteri Wilayah Dan Pembangunan Bandar, DS Tengku Adnan Tengku Mansor dengan NGO 'Soup Kichen'. Ini kerana bagi CTS, kedua-dua belah pihak ada alasan tersendiri, ada pro dan kontra dalam penyelesaian isu tersebut. Kedua-dua pihak harus duduk berbincang menyelesaikan kemelut tersebut secara baik.

Namun CTS menjadi marah apabila sebuah restoren makanan segera berasaskan ayam, Nando's telah menghasut orang ramai di laman media sosial melalui iklan terbarunya seperti di atas dengan dakwaan yang berat bahawa DS Tengku Adnan tidak berhati perut dan menghalau beliau keluar dari Ibu Kota! Kita mahu tahu apakah tindakan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap iklan dalam media sosial yang dibuat oleh Nando's ini memfitnah dan menyebarkan maklumat tidak benar kepada masyarakat.

Keduanya, apakah restoren Nando's ini benar-benar prihatin dengan nasib geladangan atau orang miskin yang kelaparan? Kalau benar seperti yang diiklankan, apa kata kita cadangkan kepada Nando's agar memberi makanan percuma setiap hari kepada golongan miskin dan tidak berumah ini. Marilah kita bersama-sama membawa golongan miskin dan geladangan ini menjamu selera secara percuma di restoren yang terkenal dengan ayam peri-peri ini setiap hari. Amacam Nando's ... Ada berani?

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates