July 3, 2014

7 Menteri MOT Baru @liowtionglai Tak Tahu Bidang Tugas Kementerian Sendiri cc. DS @NajibRazak


Menteri baru dilantik dari MCA, DS Liow Tiong Lai, yang mengetuai Kementerian Pengangkutan, semalam telah mengeluarkan taringnya di laman sosial Twitter menghentam SPAD di atas kejadian tanah mendap di persimpangan Jalan Pudu / Jalan Imbi / Jalan Hang Tuah semalam. Sayangnya, taring beliau bukanlah taring singa garang, sebaliknya taring anak kucing yang baru sudah menyusu.

Sebagai seorang Menteri baru, Liow Tiong Lai seharusnya membuat kerja rumah sebelum beliau mengeluarkan kenyataan bodoh. Tidakkah beliau tahu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bukan terletak di bawah kementerian beliau? Tidakkah Liow Tiong Lai tahu bahawa SPAD terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) di bawah selian Menteri YB Hajah Nancy Shukri? Kesian SPAD, umpama orang makan nangka, orang lain yang kenyang, orang lain yang dapat getahnya.

Liow Tiong Lai seharusnya mentelaah dan menghafal 'handbook' kementeriannya sendiri, ambil tahu tugas-tugas sebagai Menteri Pengangkutan. Janganlah hendak berlagak, mentang-mentanglah Menteri baru, tidak perlulah sehingga hendak membelasah hal ehwal kementerian lain yang tidak ada kena mengena dengan kementeriannya. Betulkanlah kemennterian sendiri dulu. Jangan sibuk menjaga tepi kain orang.

Keduanya, tidakkah Liow Tiong Lai membaca kenyataan media daripada Menteri Wilayah Dan Kesejahteraan Bandar, DS Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa projek bawah tanah yang menyebabkan tanah mendap adalah di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bukankah DBKL sudah mengakui akan mengambil langkah berjaga-jaga dan membaikpulih kawasan berkenaan? Apa lagi Liow Tiong Lai mahu?

DS Tengku Adnan berjiwa besar dengan mengakui kesilapan pihaknya, sedangkan Liow Tiong Lai seperti telur mengata timun tidak pandai duduk, maksudnya mengata orang lain salah sedangkan diri sendiripun bodoh! Sebagai seorang Menteri, Liow Tiong Lai sendiri tidak faham / tidak tahu / tidak mahu ambil tahu bahawa SPAD di bawah JPM, bawah Hajah Nancy Shukri yang mana Hajah Nancy Shukri tidak pernah sekalipun membelasah SPAD secara terbuka.


DS Hishammuddin Tun Hussein, pemangku Menteri Pengangkutan yang terdahulu, mengendalikan isu pesawat yang hilang, MH370 dengan begitu baik sekali. Kita harapkan pengganti beliau, Menteri berstatus Penuh ini tidak membuat kesilapan dengan perkara-perkara kecil yang boleh memalukan kementerian.

7 comments:

Anonymous said...

cinabeng mcASS memang bodoh!

Anonymous said...

sepatutnya ds hisham sekolahkan tiong lai ni dulu. buka buku dan hafalkan mana entiti di bawah kementerian pengangkutan. satu lagi, apahal ds najib dok diam walaupun beberapa jam lepas dapat title menteri, si bos mca ni terus titik kerajaan? takut ke hilang telur. sewajarnya pm kena panggil tiong lai mengadap. kalau masih tunjuk degil dan berlagak, pecat dan gantikan dgn orang lain. bukan apa ni, stail bodoh bos mca ni nk tarik undi cina. apa punya baghal. ingat cina akan tertarik dgn mca kalau guna pakai skil sergah kerajaan mcm ni. orang biol je yg percaya bahawa mca nampak kuat jika berani sergah umno. alooo tiong lai, lu cina, tapi lu sendili tatau apa cina mau. bukan tunjuk belani sama melayu ma, tunjuk apa cina boleh lapat kalau kawan sama melayu.... cina cuma tau untung lugi maaa....

Anonymous said...

So humiliating for party Malaysian Chinese Assholes.

Anonymous said...

menteri mca bodo najib 2kali bodo...

Anonymous said...

Najib mana berani nak panggil dan sound orang cina. nanti tak dapat undi susah lor untuk ah jib gor.Bayangkan menteri yang baru dilantik pun tak hormat Najib, CEO Petronas tak hormat Najib dan 52% rakyat menyampah kat Najib. Tak reti nak berambus ke si Najib laki Rosmah ni.

Anonymous said...

Takde undi cina pun Najib masih jadi PM lor. Anugerah tuhan ko tu apa cerita?Reformasi dah jadi reforkerusi. Lim Kit Sial plak terhegeh hegeh nakkan undi Melayu.

mdzin58 said...

mca belajar la ,,, bukan perlu jadi hero hentam, tapi buat baik la demi kepentingan rakyat malaysia semua.
beri la alasan yang baik fikir positif ...

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates