April 13, 2014

0 SPAD Akan Buat Siasatan Terperinci Kemalangan Bas Dua Tingkat Di Bentong - Raub

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan siasatan terperinci ke atas syarikat bas yang terbabit dalam kemalangan yang meragut tiga nyawa di KM11, Jalan Bentong-Raub berdekatan kawasan Bilut tengah malam Sabtu lalu yang menyebabkan tiga penumpang maut. Bas ekspres dua tingkat itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan membawa 68 penumpang termasuk pemandu terlibat dalam kemalangan selepas melanggar tiang elektrik di sebelah kanan jalan sebelum terbalik.

Sebagai tindakan segera, SPAD akan meneliti secara terperinci segala aspek pengurusan keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan syarikat berkenaan, ia berhubung dengan makluman awal yang mengatakan bahawa pemandu tidak memberi tumpuan kepada pemanduan kerana kerap mengunakan handphone di ketika sedang memandu dan melalui siasatan awal juga, ujian air kencing terhadap pemandu bas yang berumur 35 tahun juga negatif.

SPAD juga tidak akan berkompromi dan pasti mengambil tindakan tegas ke atas pengendali sekiranya mereka melanggar syarat-syarat yang termaktub dalam pekeliling serta Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Dalam kemalangan itu, selain tiga yang maut, sembilan lagi penumpang parah apabila bas ekspres dua tingkat yang dinaiki dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang lampu jalan dan terbalik. Bas yang boleh memuatkan sehingga 69 orang termasuk pemandu itu hanya membawa 68 orang ketika kejadian.

Untuk makluman berikutan tragedi bas di Tanah Tinggi Genting tahun lalu, pihak SPAD telah mengeluarkan Pekeliling mengenai pelaksanaan kod amalan industri bagi keselamatan pengendali bas yang beroperasi di kawasan tanah tinggi, Pekeliling berkenaan memberi penekanan serius kepada aspek keselamatan kenderaan yang beroperasi di tanah tinggi. Selain itu, Pekeliling mengenai SPAD ICOP-Keselamatan juga telah dikeluarkan pada 9 September 2013 yang mengkehendaki pengendali bertanggungjawab memastikan segala aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan secara betul dan berkala.

Sehingga kini, sebanyak 2,300 syarikat pengendali bas telah menghadiri latihan SPAD ICOP–Keselamatan yang telah dijalankan sejak Disember 2012. SPAD juga telah mengaudit 24 syarikat bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan jalanraya dan telah menggantung sebanyak enam lesen pengendali dan membatalkan dua permit pengendali yang didapati bersalah atas kesalahan di bawah SPAD ICOP-Keselamatan dan APAD 2010.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates