April 10, 2014

2 PAS Berdondang Sayang Di Melaka - Wal Harammu Wal Halalku


Sejak bila Lajnah Kebudayaan Dan Kesenian PAS bersifat terbuka dengan muzik yang bercampur gaul di antara lelaki dan perempuan? Yang dulu menjadi haram kepada mereka kini sudah bertukar menjadi haram. Ibarat pepatah, Wal harammu Wal Halalku, haram bagimu tetapi halal bagiku. Bukan setakat berdondang sayang, malah mereka turut mewar-warkan di dalam lidah rasmi PAS, Harahdaily, di sini.

Eloklah PAS hendak menganjurkan acara kesenian dengan menterjemahkan konsep kebudayaan dan kesenian dengan nafas agama. Mungkin selepas ini PAS akan lebih terbuka dengan irama lain seperti sentimental, pop, jazz maupun dangdut. Cumanya, kita berharap tindakan berdondang sayang ini bukanlah bermotifkan politik untuk mengambil hati orang-orang Melaka untuk mendekati PAS. Syabas kerana PAS mula mengotakan slogan mereka iaitu 'PAS For All'. Takbiiir!

2 comments:

Anonymous said...

Apa dah jadi ?
Apa dah jadi ?

Anonymous said...

BETUL LA TU.....WALHARAMU WALHALALKU.

KO BUAT HARAM...AKU BUAT HALAL...

BUAT JER LA LABU...DOSA PAHALA MASING2 PUNYA KIRA. SYURGA DAH TENTU....ATAS CAP MOHOR PAS.

YANG HARAMNYA SEBAB TIADA CAP MOHOR TU. KALAU UMNO BUAT MANA BOLIH. BERDOSA...LAGHO...MAKSIAT.

TANGGUNG LA LABU. KITA LIHAT SIAPA YANG KENA.....

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates