April 14, 2014

2 Bukti Kerjasama Orang Ramai Dan Kakitangan Awam Dapat Elak Kejadian Tidak Diingini - Tahniah @SPADchannel



CTS amat tertarik dengan perbualan atau lebih kepada aduan permasalahan seorang pelayar laman sosial Twitter yang mengadu kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), menerusi akaun Twitter @SPADchannel. Aduan yang dibuat adalah berkaitan Go KL City Bus yang mengalami tayar yang tiada bunga yang boleh mengundang kemalangan. Tahniah kepada pelayar Twitter berkenaan yang peka dengan keselamatan orang awam dan bertanggungjawab membuat aduan. 

Sikap sensitif masyarakat ini dapat mengelakkan sesuatu kemalangan dari berlaku. Tahniah juga buat kakitangan SPAD yang bertugas mengawal selia akaun Twitter yang bertindak cepat (kurang dari 5 jam) untuk menyelesaikan aduan berkenaan. Kalau semua kakitangan awam bertindak sebegini, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang indah untuk didiami.

2 comments:

Anonymous said...

Lori/bas BUAS BERMAHARAJALELA kat Malaysia ni - yg. jadi mangsa, majoriti adalah umat Islam/Melayu, terutamanya penunggang motosikal yg. amat terdedah kpd. bahaya dan ramai terbunuh dgn. KEJAM (tapi mereka selalunya disalahkan walau tiada bukti)!

Patutnya Menteri Pengangkutan kena buat undg-undg SEKERASnya, utk. menghukum, bukan shj pemandu BUAS, tetapi juga TUANPUNYA bas/lori, kerana kebanyakan pemandu BUAS yg. diambil bekerja adalah disyaki dr. GENG KONGSI GELAP! Dan keluarga mangsa harus dpt. pembelaan serta pampasan sewajarnya (biar sampai bermillion - kalau mangsa 'fitnah' boleh senag dpt bermillion duit saman; apalagi mangsa kemalangan yg. jauh lebih malang) dr. TUANPUNYA lori/bas tersebut - baru mereka TAKUT pd. undg-undg! Tapi yg. asyik disalahkan hanya mangsa, pemandu dan lori/bas buruk!

Di Barat pun, undg-undg adalah ketat, cthnya di Jerman, lori/bas mesti tetap di lorong paling perlahan dan hanya boleh di lorong laju utk. memotong, tetapi mengikjut had laju yg. ditetapkan. Dan lori mesti ada tanda amaran yg. cukup TERANG di belakang dan depan termasuk bila berhenti, kerana rosak dsbnya. Muatan juga perlu diikat dan dibungkus dgn amat cermat terutamanya bila bawa muatan besi dll yg. merbahaya - tak pernah aku tengok besi panjang TERJULUR dr. belakang lori ataupun pasir terdedah! Dan dari Jumaat malam hingga Ahad malam (10pm), lori tak boleh beroperasi kerana ingin memberi keselamatan yg. lebih terjamin utk. kereta dan bas penumpang utk bersantai hujung minggu!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

Yang paling penting ialah pihak kerajaan menyediakan laluan motosikal. Selesai masalah. Benda lain kerajaan buat tetapi melebarkan jalan menyediakan laluan motosikal kerajaan tak buat. Itu lebih penting dari segi keselamatan jalanraya.
PNS

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates