April 23, 2014

4 @anwaribrahim Berbohong Lagi Berkenaan Jalan Permatang Pauh, @PetraJayaMP Membogelkan Pembohongan Beliau


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kantoi berbohong sekali lagi. Ye lah kalau tidak berbohong bukan Anwar Ibrahim namanya. Berdasarkan soalan yang ditanya oleh pemegang akaun laman sosial Twitter @Gguzmen, beliau meminta penjelasan daripada Anwar Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, kenapakah jalan di kawasan berkenaan amat teruk terutama dari simpang lebuhraya Kulim sehinggalah sampai ke Bukit Mertajam. CTS yang kebetulan membuat audit di sini mengakui kebenaran fakta berkenaan.

Anwar Ibrahim tanpa malu dan segan telah menjawab kononnya jalan berkenaan adalah jalan persekutuan. Lebih meyakinkan beliau menyatakan bahawa beliau telah merujuk kepada Kementerian yang berkenaan. Tidak berpuas hati, pemilik akaun @Gguzman telah mendapatkan jawapan daripada Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof. Datuk Fadilah menjawab bahawa jalan berkenaan adalah jalan P7, iaitu jalan di bawah seliaan Kerajaan DAPPulau Pinang.

Anwar Ibrahim hanya tahu berpolitik. Anwar Ibrahim hanya tahu membuat ceramah pusing satu Malaysia. Beliau gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat. Lebih memalukan, sama ada beliau secara sedar dan niat berbohong ataupun beliau tidak tahu bahawa jalan di Permatang Pauh adalah di bawah seliaan Kerajaan DAP Pulau Pinang, mana-mana keadaan sekalipun amat memalukan sekali. Anwar Ibrahim harus bertaubat, seperti kata mendiang Karpal Singh.


4 comments:

Anonymous said...

dah lama tak balik lawat kawasan, jalan senggaraan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan pun tak kenal dah. Tapi yang pasti memang dasar pembohong Anwar Al-Juburi ni...

Tengok dengan google maps memang jelas kelihatan jalan berkenaan bertanda P7, menuju ke jalan P12, memang sah bawah kelolaan kerajaan negeri Penang...

Anonymous said...

apa lah sangat berbohong pada manusia.....
pada ALLAH SWT pun di bohong..
BOHONG BESAQ pulak tu...
nuar.. nuar..
ngam lah dengan jijah..

Anonymous said...

aljub ni buka mulut je dh bunyi bohong..samdol dgn bedol caye stgah mati

Anonymous said...

Al Jub, Parti Kencing Rakyat...mmg sesuai. Kelentong kuat, lee wat kuat!!!

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates