March 8, 2014

1 Konvesyen PR Kali Ke 5 Di Shah Alam Diteruskan - Tiada Ucapan Simpati Dan 'Minute Of Silence' Untuk Mangsa #MH370?

Hari ini berlangsungnya Kenvensyen PR Kali Ke 5 di Shah Alam, Selangor. Seperti tahun-tahun yang lepas, kehadiran amat tidak memberangsangkan sekali. Tidak perlu menjadi perwakilan untuk hadir ke Konvensyen ini. Namun ianya tidak cukup untuk memobilasikan kehadiran ahli dan penyokong. Begitu gah pemimpin-pemimpin PR mengajak orang ramai turun ke jalan raya berdemonstrasi untuk menyatakan solidariti kepada Anwar Ibrahim, sedangkan kehadiran penyokong ke konvensyen sendiri amat mengecewakan.

PR masih ghairah berpolitik sepanjang hari. Tiada langsung tanda simpati kepada mangsa kepada pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing. Walaupun skrip ucapan pemimpin PR disediakan terlebih dahulu, apalah salahnya ucapan pemimpin PR dimulai atau disulami dengan rasa simpati kepada mangsa-mangsa pesawat MH370 yang hilang? Apakah tiada masa langsung untuk 'a minute of silence' untuk menghormati tragedi Negara hari ini kalau tidakpun sampai konvensyen berkenaan dibatalkan?

Hanya setelah konvensyen hampir melabuhkan tirainya, barulah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memulakan ucapannya dengan melahirkan simpati kepada keluarga mangsa pesawat hilang MH370. Itupun setelah diasak bertubi-tubi di media sosial oleh pengikut-pengikutnya tentang sikapnya yang sentiasa berpolitik dan tidak sensitif dengan tragedi yang berlaku hari ini.




1 comments:

Anonymous said...

Convention syok2 sendiri, manis di depan tapi tikam di belakang. Like Tun Mahathir used to say, tidur satu bantal tapi mimpi lain-lain. "The Kajang Move" yang jadi stupid move tidak direstui oleh DAP dan PAS. Presiden PAS pun kena sama RM2.0 juta oleh rakan se-bantal....Anuar dah sah sebagai "PELIWAT NEGARA", jadi Hadi dan LKS berhati-hati kalau Anuar ajak makan karipap dan kopi. Hadi dan LKS kena pakai cawat besi tau. Dan, ban penjualan gel KY-Gel di Selangor.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates