December 14, 2013

2 'Pegawai Penumpang' - Pemuda UMNO Tak Tahu Malu Ka Ditegur? @khairykj



Rakan blogger memang ada tegur dua tiga hari lepas. Namun tiada maklum balas atau respons dari pihak yang berkenaan. Al maklumlah Pemuda UMNO mana nak layan teguran blogger. Mereka rasa besar sebab Pengerusi Biro Media Baru UMNO, Saudara Ibdillah Ishak pun turut sama sebagai 'Pegawai Penumpang'. Pengerusi Media Baru Puteripun turut serta sama sebagai tukang sorak. Apabila pihak waratawan akhbar turut menegur, sudah sampai masanya kita rasa Menteri berkenaan menjawab isu berkenaan. 

Kenapa begitu ramai tukang sorak dari Pemuda dan Puteri UMNO yang dibawa ke Sukan Sea di Vietnam? Hendak kata mereka ini atlet atau ahli sukan yang boleh memberikan pendapat dan pandangan, badan masing-masing macam ahli sumo saja? Sukan sumo ada ka di Sukan Sea? Kita tidak kisah kalau rombongan ini ditaja sepenuhnya oleh Pak Menteri sebagai mengenang jasa. Kalau pakai duit Kementerian, tak berapa kenalah. Rakyat tidak perlu tukang sorak ramai-ramai untuk menghabiskan bajet Kementerian.

0 Bas Pengantara (Feeder Bus) Ke Skypark Kerjasama Terbaik SPAD Dan Konsortium Transnasional Berhad


Warga kota dan pelancong boleh menggunakan perkhidmatan bas Airport KL City apabila ingin menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Skypark) atau lebih dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang. Perkhidmatan bas berkenaan dikendalikan oleh Konsortium Transnasional Bhd ( KTB ), secara beransur-ansur akan merangkumi lima laluan. 

Laluan pertama, yang telah berkhidmat sejak 11 Oktober 2013, mengambil penumpang dari terminal bas Pekeliling ke Lapangan Terbang Subang. Pusat 'pick-up' dan 'drop-off' adalah di Plaza Damas, eCurve Mutiara Damansara dan stesen LRT Kelana Jaya. Akan ada sekurang-kurangnya 16 perhentian baru pada bulan-bulan akan datang untuk empat laluan tambahan yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD ). Sebanyak 20 bas akan memberi perkhidmatan setiap laluan.

Kira-kira 500 penumpang yang terdiri daripada kakitangan lapangan terbang, juruterbang dan anak kapal yang setakat ini telah menggunakan perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini bertujuan untuk menyediakan akses bas kepada orang awam di sekitar perjalanan jalan bas berkenaan untuk ke Lapangan Terbang Subang.

Bas ini mempunyai keistimewaan iaitu lantai luas yang membenarkan penumpang untuk membawa atau menarik bagasi mereka di dalam bas. Terdapat juga ruang untuk bagasi besar dan kecil. Yang paling utama adalah bas ini mesra orang kurang upaya. Tiket yang berharga antara RM1.50 dan RM9 bergantung kepada perhentian, boleh didapati di dalam bas. Orang kurang upaya, warga tua dan kanak-kanak menikmati diskaun tambang sebanyak 25 peratus.




December 13, 2013

5 Gambar Sultan Yang Paling "Cool" Dan "Down To Earth"


Tidak dapat tidak, gambar Sultan Kelantan bersembahyang Jumaat di Masjid di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur Zohor tadi amat menarik perhatian CTS. Baginda berpakaian amat sederhana, seperti orang kebanyakan, ber't-shirt' lengan panjang dan berseluar denim. Baginda tidak memerlukan saf dan ruang khas yang disertai dengan sejadah baldu yang tebal dan berwarna kuning.

Juga tiada kawalan keselamatan juga tiada protokol Di Raja. Baginda juga tidak betah bersembahyang di sebelah Rakyat Marhaen yang tidak Baginda kenali. Kita tidak terkejut sebenarnya melihat gambar Sultan Kelantan di atas kerana Baginda memang terkenal dengan sifat tawadduk dan "down to earth". Daulat Tuanku.

7 Perlukah Pembodek Mengadakan Majlis Hari Lahir Rosmah Mansor Di Saat Rakyat Menderita Bencana Banjir?

Difahamkan pada 10 Disember 2013 yang lepas telah diadakan majlis sambutan Hari Lahir untuk 'self acclaimed' 'The First Lady', Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia. Tidak dapat dipastikan siapa pembodek ... opps ... penganjurnya. Perlukah majlis yang dikatakan meriah dan gilang gemilang ini diadakan sewaktu Rakyat di Johor, Kelantan, Terangganu dan Pahang sedang menderita dan sengsara menghadapi dugaan dan bencana banjir? Apapun, 'Happy Belated Birthday' Datin Paduka Seri. Semoga Allah merahmati Datin Paduka Seri dan dibuka hati untuk memahami kesusahan Rakyat Marhaen.




0 Gambar-Gambar DYMM Sultanah Pahang Menyempurnakan Misi Bantuan Kemanusian Banjir

Gambar-gambar sekitar Misi Bantuan Kemanusian Banjir Negeri Pahaang yang dikenali sebagai "Walk About Flood", yang diadakan semalam, 12/12/2013. Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh DYMM Sultanah Hajjah Kalsom di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad.










December 12, 2013

0 SPAD Tidak Lulus Tambang Tren, Hanya Di Peringkat Kajian

Gara-gara sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam yang memetik Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) TS Syed Hamid Albar sebagai berkata, SPAD sedang mengkaji semula tambang pengangkutan awam dan dijangka berlaku kenaikan tahun depan, pelayar-pelayar laman sosial memberikan respon yang amat hangat. 

Rata-ratanya menyatakan rasa tidak puas hati dan bimbang dengan kos sara hidup pada tahun hadapan memandangkan banyak kenaikan harga yang diumumkan mutakhir ini. TS Syed Hamid juga dipetik The Malay Mail berkata, peningkatan itu bergantung kepada peningkatan tarif elektrik yang akan bermula Januari depan.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah SPAD tidak meluluskan sebarang struktur tambang baru bagi industri rel. Bagaimanapun, SPAD kini sedang menjalankan kajian semula yang menyeluruh ke atas struktur tambang industri rel. Menurut TS Syed Hamid yang diminta mengulas mengenai kenyataannya di dalam akhbar The Malay Mail, menegaskan pihaknya tidak memberikan sebarang kelulusan bagi tujuan itu. 

Jelas TS Syed Hamid, terdapat empat faktor utama yang akan diambil kira oleh SPAD apabila menyemak semula tambang. Ia termasuklah struktur sedia ada tambang, operasi dan penyelenggaraan kos bagi semua pengendali tren, peningkatan dalam bahan api dan kos tenaga dan kemampanan jangka panjang industri. Selain itu, struktur tambang sedia ada termasuk kemampuan rakyat, kajian semula perbezaan antara semua pengusaha dan mengharmonikan struktur tambang perlu diambilkira.

December 11, 2013

21 Gambar-Gambar Majlis Penyerahan Proton Perdana Kepada Perdana Menteri DS @NajibRazak







Perdana Menteri DS Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin menerima kereta Proton Perdana baru untuk kerajaan di lobi Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini. Turut hadir Pengerusi Eksekutif PROTON, Tan Sri Mohd Khamil Jamil. 

Kereta didatangkan dalam dua warna iaitu hitam metalik dan 'purple grey' dengan engin 2.0L dan 2.4L. Bagaimanapun untuk masa ini, kereta tersebut tidak dijual kepada orang awam. Bentuk dan rupa ada sedikit iras-iras Honda Accord. Pelanduk dua serupa kot? Mungkin Proton Perdana menjenamakan semula (rebranding) bentuk dan rupa Honda Accord agar kelihatan lebih elegan dan mewah.

13 Foto MP Kuantan Fuziah Saleh Meredah Banjir Mengangkut Beras Kepada Mangsa Banjir


Akhirnya CTS mendapat bukti bahawa MP Kuantan, YB Fuziah Saleh telah meredah banjir untuk menghantar sekampit beras kepada mangsa banjir di Pahang. Tidak seperti yang didakwa oleh blogger-blogger UMNO bahawa YB Fuziah hanya turun ke kawasan parlimennya setelah semua bantuan dan tenaga agensi Kerajaan menolong mangsa-mangsa banjir di Kuantan. Ia juga menepis dakwaan bahawa YB Fuziah tidak pernah meraduk air banjir, kalau basahpun sekadar buku lali sahaja.

Foto di atas juga telah menepis dakwaan bahawa YB Fuziah telah turun ke kawasan Parlimen Pekan selepas kehadiran Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak memberi bantuan kepada anak-anak khariah parlimennya. CTS menafikan sekeras-kerasnya dakwaaan blogger-blogger UMNO bahawa kehadiran YB Fuziah ke Parlimen Pekan hanyalah untuk meraih publisiti, sedangkan parlimennya sendiri terpinggir. Kalau tidak percaya, gambar di atas sebagai bukti. Tolong percayalah. hehehe.

December 10, 2013

0 SPAD Bakal Laksanakan Projek Perintis Perkhidmatan Bas Kontrak

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melaksanakan projek perintis perkhidmatan bas kontrak pertama di negara ini bagi 19 kawasan dan laluan terpilih di semua negeri Semenanjung Malaysia.

Menerusi projek perintis ini, pengendali perkhidmatan bas swasta perlu membida tender bagi kontrak laluan yang ditawarkan dan jika berjaya, pengendali akan menerima bayaran secara tetap bagi setiap kilometer perkhidmatannya mengikut tahap perkhidmatan dipersetujui bersama.

Terdapat pro dan kontra di dalam melaksanakan perkhidmatan bas kontrak ini. Tender bidaan seharusnya dibuat secara teliti dan terbuka bagi mengelakkan berlaku sebarang salah anggapan dan tuduhan berlaku ketidakadilan bagi pihak SPAD. Tidak ada salahnya penglibatan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaksanakan terutama ketika proses membida tender bagi kontrak bidaan.

Secara kasar memang sistem ini dilihat membebankan kerajaan dengan kerugian yang ditanggung operator bas, tapi manfaatnya yang lebih besar dapat dilihat mengatasi bebanan itu. Projek ini mampu membantu kerajaan meraih penguasaan 40 peratus perkhidmatan awam di Kuala Lumpur, mengurangkan kenderaan, pencemaran, menggalakkan aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan baru dan membantu pengguna daripada keperluan memiliki kereta. Ini akan menjana potensi ekonomi yang lebih baik.

6 Tahniah TDM Dan DS @HishammuddinH2O Di Atas Pembinaan Jambatan Taktikal Di Bandar Chukai

Susulan daripada Kenyataan Akhbar yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, DS Hishammuddin Tun Hussein pada 07/12/2013, Jambatan Taktikal di Sungai Limbung yang menghubungkan jalan utama Bandar Chukai, Kemaman telah siap sepenuhnya dan boleh dilalui oleh semua kenderaan pada pukul 12.00 tengah malam tadi. 

Pembinaan jambatan tersebut sekaligus dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di Sugai Limbung dan memudahkan orang ramai untuk ke Bandar Chukai dengan selamat. Jabatan sementara ini boleh digunakan oleh orang ramai sehingga jambatan baru dibina oleh Jabatan Kerja Raya, Pahang. Tahniah buat Angkatan Tentera Darat Malaysia yang sentiasa berkhidmat untuk Rakyat. Jasamu dikenang.








December 9, 2013

18 Video & Gambar-Gambar Rusuhan Di Little India, Singapura 08/12/2013 #littleindiariot

video

Amat jarang kedengaran rusuhan berlaku di Singapura. Apa yang berlaku malam semalam 08/12/2013 mungkin telah lama terpendam sebagai bom jangka. Video di atas mengambarkan kejadian awal yang dipercayai berlaku apabila sebuah bas telah melanggar seorang lelaki India sehingga menyebabkan penduduk di Little India bangun merusuh dengan merosakkan bas berkenaan.

Video 'close-up' berkenaan dirakam oleh Berlinda dan pertama kali disiarkan oleh sebuah laman Facebook, theonlinecitizen, di sini. Video di bawah pula adalah kejadian di mana kereta polis diterbalikkan.

video

Berikut adalah gambar-gambar rusuhan di tempat berkenaan.









December 8, 2013

10 Sombong Gila Penyokong PKR Walaupun Menjadi Mangsa Banjir


Inilah mentaliti penyokong PKR yang tidak dapat diubah. Sombong dan bongkak walaupun Allah menguji mereka dengan dugaan banjir. Dalam masyarakat Malaysia bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir, pengikut PKR ini masih sombong memilih bentuk bantuan yang mereka mahukan. Tergamak tuan rumah ini meletakkan "white board" di hadapan rumahnya yang berbunyi, 
"To the onlookers, strangers and invited guests. We do not need your sympathy, money & stupid Q. For now, we need 1. Food 2. Man power to clean up our house. If U cannot do that, please leave. TQ." 
Kalau beginilah sombongnya penyokong PKR, biar MP Kuantan, Fuziah Salleh sajalah yang melayan kerenahnya. Tak kuasa kita hendak bantu.

0 Sejarah Membuktikan SPRM Bertindak Profesional Perangi Rasuah


Pakatan Pembangkang dilihat berterusan memberikan tekanan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kononnya mereka tidak telus dalam menjalankan siasatan dan tindakan terhadap pesalah gejala tidak sihat itu. Bagaimanapun, berbanding tindakan pembangkang yang menuduh tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh, kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) pula mengambil pendekatan serius dalam membasmi gejala rasuah melalui pengenalan 6 Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA) yang turut meletakkan rasuah sebagai salah satu bidang yang perlu diberi keutamaan. 

Melalui NKRA membasmi rasuah, kerajaan meletakkan sasaran kes rasuah akan dapat dikurangkan sekaligus memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa agensi ini menjalankan tugas dengan berkesan dan penuh dengan kredibiliti tanpa dipengaruhi oleh mana-mana ideologi politik mahupun pegangan agama. Mengambil contoh kes Pusat Fidlot Nasional (NFC), SPRM ternyata bertindak tegas terhadap pelakunya, walaupun umum mengetahui mereka yang terlibat mempunyai kaitan langsung dengan pemimpin tertinggi UMNO.

Ini membuktikan SPRM menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi tanpa tekanan atau arahan tertentu daripada tangan-tangan ghaib dalam politik tanah air sekaligus membuktikan mereka menjalankan tugas secara bebas. Tuduhan pembangkang bahawa kerajaan campurtangan dalam urusan pendakwaan kes-kes rasuah juga tidak berasas apabila mengaitkan pemimpin tertinggi UMNO dengan projek-projek tertentu tanpa bukti kukuh. Malah apabila mereka cuba mendapatkan sokongan dari negara luar seperti Hong Kong juga berkenaan satu-satu kes, pihak berkuasa pencegahan rasuah di sana tidak melayani permintaan mereka kerana terbukti tiada kes untuk difailkan.

Ini turut menunjukkan bahawa SPRM bertindak secara professional, dan menuruti keperluan seperti yang termaktub dalam NKRA membasmi rasuah yang diketuai oleh Datuk Hisham Nordin. Matlamat utama NKRA ini juga adalah untuk memastikan generasi masa hadapan tidak terbelenggu dengan budaya rasuah yang sudah pasti akan menghancurkan negara. 

Bagi pembangkang, mereka seharusnya bekerjasama dengan kerajaan dalam menyelesaikan isu rasuah di negara ini, tanpa hanya tahu menunding jari mencari kesalahan pihak lain. Adalah lebih mudah bagi kerajaan mencapai matlamat sifar rasuah dengan bantuan semua pihak, tanpa hanya meletakkan beban di bahu kerajaan semata-mata. Pelbagai langkah telah diusahakan kerajaan dan pihak-pihak terlibat seharusnya memastikan hasrat ini tercapai tanpa mengambil kira pegangan politik masing-masing. 

Apabila ada sesetengah pemimpin pembangkang dituduh terlibat dengan gejala rasuah, mereka melenting tak tentu pasal, tetapi sebaliknya menuduh kerajaan pula terlibat dengan rasuah tanpa mengemukakan bukti kukuh. Sejarah tidak mungkin melupakan antara ahli politik yang telah disiasat oleh SPRM dan dituduh adalah:
  • Dato’ Mohamad Norza Zakaria (ahli UMNO dan berjawatan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
  • Mohd Yahya Bin Mat Sahri (ahli PKR dan Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Selangor)
  • Wong Chuan How (ahli DAP dan Pembantu Khas ADUN)
  • Hasbie Satar (bekas Setiausaha Politik, Menteri Kewangan)
  •  Manakala ahli politik yang telah dituduh dan disabitkan di mahkamah: 
  • Dato’ Suhaili Abdul Rahman (Ahli Parlimen Labuan)
  • Abdul Rahman Bakri (Ahli Parlimen Sabak Bernam)
  • Mohd Khir Toyo (Menteri Besar Selangor)
  • Yap Soo Sun (ADUN Teratai).
  • Antara ahli politik yang  pernah disabitkan bersalah di mahkamah atas pertuduhan rasuah: 
  • Mustafa Salim Bin Salim (ADUN Lenggeng)
  • Datuk Azman Mahalan (EXCO Perak)
  • Tan Sri Kasitah Gadam (Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi)
  • Dato’ Waad Bin Mansor (EXCO Negeri Sembilan).

Sejarah juga membuktikan bahawa tiga Menteri Besar Selangor juga pernah disiasat dan didakwa oleh Suruhanjaya: 
  • Datuk Harun Hj Idris
  • Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib
  • Dr Mohd Khir Toyo.

Statistik dan senarai ini membuktikan bahawa SPRM dan Badan Pencegahan Rasuah (nama dan agensi lama) sentiasa memandang serius dan menjalankan siasatan tanpa mengira kedudukan.

Tindakan SPRM menyiasat pendedahan video yang dibuat sebuah agensi dari Australia juga membuktikan efisien mereka terserlah, tanpa mengira fahaman dan ideologi parti sesetengah pihak. Jadi pembangkang seharusnya berfikir dalam konteks yang lebih luas kerana tanpa penyertaan semua pihak, membanteras gejala rasuah adalah tugas mustahil dan sukar.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates