December 7, 2013

5 Biar Gambar Berbicara - YB PR Dan YB BN Sewaktu Banjir

YB PR:





YB BN:










14 Gambar-Gambar Tengku Puan Pahang Di Dapur Kawasan Penempatan Banjir, Daulat Tuanku

Bertuah Rakyat Pahang mempunyai Tengku Puan yang amat prihatin dengan permasalahan Rakyat. Gambar-gambar ini CTS ambil untuk dikongsi bersama betapa begitu merendah diri Tengku Puan untuk turun memasak untuk Rakyat di kawasan penempatan sementara mangsa-mangsa banjir di negeri Pahang. Amat jarang bagi orang kenamaan, pemimpin-pemimpin politik dan isteri-isteri mereka untuk turun memasak untuk Rakyat yang dalam kesusahan. Yang datang tunjuk muka ramailah.

Dari memotong, mengisar, mencampur bahan untuk memasak, memasak di kuali besar kesemuanya Tengku Puan lakukan tanpa rasa janggal dan kekok. Semoga Allah memberi umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk Tengku Puan Pahang. Patik Rakyat Kedah merapat sembah kagum dengan Tuanku. Daulat Tuanku.









December 6, 2013

5 Perlukah Kugiran Dan 'Joget Lambak' Di Dalam PAU 2013?


Lihat video yang diambil di Perhimpunan Agong UMNO di PWTC. Perlukah perwakilan UMNO dan pengunjung yang hadir dihiburkan dengan kugiran dan 'Joget Lambak'? Walaupun tidak serancak konsert 'heavy metal' dengan 'head banging' di dalam Muktamar Tahunan PAS di Stadium Melawati, Shah Alam, namun CTS tetap merasakan tiada keperluan hiburan ini diwujudkan di PAU kali ini. 

Ini ditambah lagi dengan Rakyat Malaysia sedang berdukacita dengan dugaan banjir yang menimpa saudara-mara kita di Pahang, Terangganu, Kelantan dan Johor. Sepatutnya pengisian keilmuan dan tazkirah patut diutamakan sesuai dengan perjuangan UMNO yang mengaku memperjuangkan Agama Islam. Mungkin ini satu cara 'liberal' atau 'lifesytle' yang baru yang dianuti oleh ahli-ahli UMNO, tidaklah pula CTS tahu.

December 5, 2013

8 Misi Bantuan Sukarelawan Banjir Bersama @abby_abadi112?


Dalam Rakyat Pahang, Kelantan dan Terangganu mengalami dugaan banjir, masih ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memperolehi laba. Kita tidak pasti sama ada misi sukarelawan di atas betul atau tidak. Sama ada Ostazah suam-suam kuku PAS, Abby Abadi dipergunakan namanya atau sebaliknya. Selalunya, puak-puak ini akan mengadakan ceramah dan mengedarkan tabung-tabung derma untuk memperolehi keuntungan. Dan selalunya nama Tok-Tok Guru yang akan dijaja.

Tiba-tiba ada alternatif baru pulak dengan berkumpul di tol dan segala sumbangan dimasukkan ke dalam akaun individu. CTS cuma nasihatkan kepada sesiapa yang hendak menderma, pastikan derma tersebut sampai ke tangan mangsa banjir. Sekarang ini ramai sangat penyamun yang sanggup menjunjung Al Quran untuk menipu dan ada yang sanggup mengadai maruah demi wang. Berhati-hatilah supaya tidak tertipu.

December 4, 2013

80 Inikah Perempuan Yang Memanggil Ustaz Kazim Elias 'Ustaz Khinzir'?



Nauzubillah hi minzalik. Tergamak seorang wanita pemilik Facebook Ummi Syifa bertudung labuh, seorang penyokong tegar PAS memanggil Al Hafiz Ustaz Kazim Elias sebagai 'Ustaz Khinzir'? Dengan hanya bertudung labuh, kamu menghalalkan mulut kamu untuk memanggil orang dengan gelaran yang begitu hina?

Semakan ke atas laman sosial Facebook wanita hari ini telahpun ditutup. Hanya kami dapat menjejaki Facebook suaminya di sini - https://www.facebook.com/walid.syaurah. CTS sertakan sekali gambar keluarga mulia ini yang sewenang-wenangnya menghina orang dengan panggilan khinzir. Kita doakan saja agar perkataan wanita bertudung labuh pejuang Islam PAS ini tidak berbalik kepada dirinya. Sayu dan sedih bila melihat perkataan ini keluar dari lisan FB nya.




6 GLC Perlu Bantu Syarikat Bumiputera, Kata @MuhyiddinYassin - Kem Pelajaran Bantu YTL Corp Bhd Kira Bumiputera Jugak?


CTS amat tertarik dengan ucapan TS Muhyiddin Yassin di dalam perasmian secara serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2013, semalam. Katanya,
Penyediaan pelan lengkap oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membantu syarikat Bumiputera merupakan antara tujuh inisiatif yang perlu dilaksanakan segera untuk menyokong pelaksanaan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.
Dalam menggariskan tujuh inisiatif itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata GLC juga perlu menyenaraikan peluang-peluang yang boleh direbut syarikat Bumiputera selain mengemukakan laporan prestasi secara berkala kepada Majlis Ekonomi Bumiputera. Ini katanya, selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan bagi Ketua-Ketua Eksekutif GLC di bawah agenda ekonomi Bumiputera itu. Sumber: The Malaysian Insiders
CTS sanjung tinggi hasrat parti UMNO terutama Timbalan Presiden. Cumanya, CTS berharap laungan "Hidup Melayu! Hidup Bumiputera!" tidaklah hanya setahun sekali sewaktu Perhimpunan Agong UMNO. Kita sedia maklum bahawa YTL Corp Bhd dan anak syarikatnya telah dianugerahkan monopoli ke atas pelbagai projek yang menguntungkan oleh Kementerian Pendidikan, di bawah Timbalan Presiden UMNO.

YTL memperolehi banyak projek di bawah Kementerian antaranya seperti Pemasangan jalur lebar 4G berkelajuan tinggi di bawah program 1BestariNet ke semua sekolah, Pelantar Pembelajaran Maya (VLE) untuk guru-guru, pelajar dan ibu bapa dan Pembekalan komputer riba Chromebook di bawah program “1 Student 1 Device”.

Maaf CTS agak keliru di sini. Apakah YTL Corp Bhd dan anak syarikatnya tergolong di dalam takrifan syarikat Bumiputera yang perlu dibantu seperti kata TS Muhyiddin Yassin? Pohon pencerahan rakan-rakan pembaca.

0 Mengapa Hanya 5% Rakyat Malaysia Menggunakan Pengangkutan Awam? @SPADchannel

Kita terkejut apabila membaca kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), TS Syed Hamid Albar bahawa hanya lima peratus rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam di seluruh negara. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Simposium Pengangkutan Awam Darat 2013 di Kuala Lumpur.

Mengapakah perkara ini berlaku? Kenapakah hanya sejumlah kecil Rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan awam? Salah satu perkara pokok yang utama pastinya hanya Kuala Lumpur yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang boleh dianggap bagus dibandingkan bandar-bandar lain. 

Keduanya, peratusan rendah penggunaan pengangkutan awam di kalangan rakyat Malaysia boleh difahami kerana ia tidak diletakkan sebagai keperluan utama dalam kerangka perancangan pembangunan negara sebelum ini. Yang tinggal di luar bandar lazimnya tidak menikmati kemudahan pengangkutan awam yang baik seperti di bandar.

Sudah sampai masanya SPAD melaksanakan langkah untuk mengintegrasikan pelan bagi sistem pengangkutan awam di kawasan bandar dan luar bandar. Ia bertujuan menyediakan akses dan hubungan pengangkutan awam yang lebih meluas antara kedua-dua kawasan. Kita sedang menuju ke arah perluasan kawasan bandar. Ketika ini 70 peratus daripada rakyat Malaysia tinggal di bandar, dan langkah integrasi ini akan memberikan kesan besar kepada majoriti penduduk Malaysia

December 3, 2013

0 Sekitar Malam Anugerah SPAD 2013


Sani Express Sdn Bhd dan Konsortium Transnasional Berhad  masing-masing diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pengendali Terbaik bersempena Simposium Pengangkutan Awam Darat di Hotel Istana, Kuala Lumpur, malam tadi.

Anugerah berkenaan diberikan berdasarkan kecemerlangan kedua-dua syarikat itu dalam pengurusan pemandu, skim gaji dan pengurusan rekod. Manakala anugerah bagi Pengurusan Sumber Manusia dimenangi oleh Express Rail Link Sdn Bhd sementara Inovasi Terbaik dimenangi oleh Century Total Logistics Sdn Bhd.

Pemenang menerima trofi dan sijil daripada pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), TS Syed Hamid Albar. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal Kita mengharapkan agar SPAD meneruskan kesinambungan anugerah ini agar pengendali pengangkutan awam darat dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan dan dalam masa yang sama menjaga kebajikan pekerja.




6 Isu Kenaikan Tariff Elektrik - Sadis Apabila Dua Menteri BN Memberi Kenyataan Berbeza


Tariff elektrik yang bakal naik 15% seperti diumumkan semalam,  akan bawa 'domino effect' kepada harga semua barang keperluan yang lain. Dengan kenaikan tariff elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak 15%, kita tengoklah semua harga barang akan naik sekali menjelang Januari 2014. Terima kasih Barisan Nasional. Kita bersyukur Malaysia masih aman. 

Terima kasih kepada semua Penasihat Ekonomi PM DS Najib Razak yang bertaraf Tan Sri / Dato Seri di Jabatan Perdana Menteri. Semoga Allah melanjutkan usia mereka dan menaikkan gaji mereka. Sebagai Rakyat, kita menyokong semua usaha untuk menaikkan harga SEMUA barang keperluan rakyat Malaysia. Terima kasih dari 1Malaysia. 

TNB mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.27 bilion bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2013. Namun sebagai pemonopoli sumber tenaga asli negara, TNB begitu tamak untuk menaikkan harga elektrik walaupun mereka untung berbillion! Sangat tamak! Mungkin CEO dan pihak pengurusan TNB sudah berkira-kira berapakah bonus yang akan mereka perolehi tahun depan.

Dalam pada itu, seperti biasa, Menteri-Menteri Barisan Nasional masih lagi membuat kenyataan 'flip flop'. Seorang kata tariff elektrik kekal. Seorang lagi baru sahaja umum kenaikan elektrik semalam. Baca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, pada 23/11/2013 di sini:


Baca pula kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, DS Dr Maximus Ongkili di sini:


Apa semua ini? Keputusan 'flip flop' untuk membebankan Rakyat? Diharap Menteri-Menteri BN selepas ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bodoh untuk menyokong kenaikan harga tariff ini. Kalau tidak ianya akan menjadi sebuah jenaka seperti 'tweet' di bawah:

December 2, 2013

7 Isu Perjumpaan Dengan PM - Adakah @nikabdulaziz Terlupa, Nyanyuk Atau Cuba Memadam Kebenaran?


CTS sudah lama tidak mengkritik dan menegur Mantan Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS. Ini berikutan beliau sudah bersara dari politik dan biarlah kita bagi beliau berehat sepenuhnya. Apabila beliau cuba membuat kenyataan yang tidak tepat dan sedikit menampakkan beliau cuba memburukkan Perdana Menteri dengan kenyataan yang salah baru-baru ini, tidak dapat tidak kita terpaksa menegur kembali.

Lihat kedua-dua berita di atas. Satunya diambil pada tahun ini, bertarikh 20 November 2013 manakala satu lagi dipetik pada 03 Januari 2011. Dalam berita 2013, Dato Nik Aziz berkata selama 22 tahun beliau memerintah Kelatan, beliau tidak pernah berjumpa Perdana Menteri. Hakikatnya, beliau sendiri dipetik oleh lidah rasmi PAS yang sama, Harakahdaily, pada tahun 2011, mengakui telah berjumpa dengan Perdana Menteri pada akhir Disember 2010.

CTS berfikir baik sajalah. CTS tidak mahu menunduhnya menipu. Orang-orang PAS mana boleh menipu. Mereka maksum dalam semua perkara. Ahli PAS telah dijanjikan syurga, mengikut kata pemimpin-pemimpin mereka. Mungkin Dato Nik Aziz sudah nyanyuk dan sudah tidak boleh lagi mengingati semua perkara. Seeloknya, tidak perlu lagi beliau ditemubual. Bagilah beliau berehat sebelum dipanggil oleh Allah SWT.

Laporan di atas adalah pertemuan rasmi di Pejabat Perdana Menteri. Banyak lagi pertemuan-pertemuan Datuk Nik Aziz dengan Perdana Menteri dan Mantan Perdana Menteri ketika majlis rasmi di luar. Bagaimana beliau boleh kata beliau payah hendak berjumpa dengan Perdana Menteri?








 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates