November 30, 2013

12 Pegawai MPS Tabik Hormat Kepada Mayat Ahli Majlis! Hina Sungguh Bangsa Melayu!



Para pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dipaksa atau terpaksa memberi kawad hormat kepada mayat salah seorang Ahli majlis MPS! Siapakah beliau? Sultan kah? Yang Di Pertuan Negerikah? Beliau hanya seorang Ahli Majlis Perbandaran penyokong kuat PKR. Kenapa perlu ditabik hormat?

Kejadian ini tidak pernah berlaku sepanjang Barisan Nasional memerintah Selangor dulu. Baik Di Pulau Pinang mahupun Selangor, Melayu dijadikan 'kucing kurap' oleh Kerajaan PR yang memerintah. Kalau gambar ini tidak memberikan keinsafan kepada orang Melayu dan Islam di Selangor, maka nantikan sahaja saat kehancuran kita! Masya Allah.

November 29, 2013

14 PAU UMNO Ke 67 - 6 Tempat Media Cina Disediakan!!! Apa Lagi Cina Mahu?







Hebat benar UMNO sebagai sebuah parti keramat orang-orang Melayu Islam menjaga syarikat-syarikat media milik bangsa Cina. Tidak kurang daripada 6 tempat media disediakan bagi kemudahan wartawan-wartawan Cina bekerja semperna Perhimpunan Agung UMNO ke 67 yang akan diadakan minggu depan. 

Apakah UMNO sudah lupa bagaimana peranan media Cina memainkan isu perkauman  dan politik adu domba sehingga memberi kesan negatif kepada UMNO dan Barisan Nasional? Media pro UMNO dan bloggers Pro-UMNO disisihkan dan media Cina diutamakan. Tahniah Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh!!! Benarlah sepertimana kata DS Mohd Najib Tun Abdul Razak, "Apa lagi Cina mahu?"

0 Konflik Dalaman PKR - Setpol MB Selangor Panggil Azmin Ali Sebagai 'Sarkas'


Hebat Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor yang bernama Faekah Husin ini. Mana ada pemimpin PKR yang berani mengangkat muka dengan Timbalan Pengerusi PKR, Azmin Ali? Faekah Husin yang mendapat sokongan dan baik dengan Presiden PKR, DS Wan Azizah, hari ini telah memanggil Azmin Ali sebagai 'Sarkas'. Ini berikutan konflik Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim berikutan isu kenaikan gaji beberapa hari lepas. 

Bukan setakat Azmin Ali, Faekah Husin di dalam laman sosial Twitter beliau sudah berani membuat sindiran kepada Ketua Umum PKR seperti di bawah. Sayang bebenor Faekah Husin dengan Bossnya. Biarlah mereka hendak bergaduh sesama sendiri. Kita tonton saja Wayang Tinggi Produksi ini sambil makan 'popcorn'. Cuma jangan lupa, alif zai min ya nun ... SARKAS!

November 28, 2013

0 Tahniah! Ketua Pesuruhjaya SPRM Diiktiraf Dunia

Tahniah dan syabas! Itu yang perlu diucapkan oleh Rakyat Malaysia kepada Tan Sri Hj. Abu Kassim Mohamed, yang dilantik sebagai Naib Presiden IAACA (International Association of Anti-Corruption Authorities) pada persidangan tahunan ketujuh yang telah diadakan di Panama City, Panama dari 22 hingga 24 November 2013. 

Ini satu pengiktirafan dunia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga kerajaan Malaysia. Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, telah turut berbangga dan memberi penghargaan kepada Tan Sri Abu Kassim di dalam laman sosial Twitter beliau.



Ini bukan kejayaan pertama SPRM di peringkat dunia. SPRM juga sebelum ini telah diberi beberapa pengiktirafan antarabangsa yang lain, di antaranya:

Master of Corruption Studies (MACS) 

MACA ialah akademi pencegahan rasuah yang pertama di dunia yang telah terpilih sebagai pusat pembelajaran  dan diberi kepercayaan untuk mengendalikan Modul 6 bagi program sarjana dalam pengajian antirasuah “Master of Corruption Studies (MACS)” anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf universiti) sebuah entiti dibawah naungan United Nations berpengkalan di Vienna, Austria. Ia merupakan pengajian sarjana yang menggabungkan tujuh modul yang berbeza.

Penempatan  pegawai  SPRM di INTERPOL

Pada 2011, pihak Interpol telah memohon SPRM untuk menempatkan pegawainya di unit pencegahan rasuah di INTERPOL. Oleh yang demikian SPRM telah menempatkan KPKPj Mohd Hafaz Nazar dari Bahagian Siasatan, Ibu Pejabat SPRM di Bahagian Pencegahan Rasuah Directorate di INTERPOL, Lyon secara kontrak selama dua tahun bermula pada tahun 2012. 

Antara tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan adalah untuk membantu pihak INTERPOL dalam perkara-perkara berkaitan dengan pembangunan kapasiti di antara negara-negara Asia dan menjalinkan kerjasama yang erat dalam usaha pencegahan rasuah antara Kesatuan Negara-Negara Eropah. Beliau merupakan salah seorang daripada empat pegawai yang telah dipilih dari kalangan beberapa buah negara untuk ditempatkan di INTERPOL.

Syabas dan tahniah warga SPRM!

November 27, 2013

3 Video Pengapit Pengantin Paling "Cool" Berpakaian Kostum Iron Man


Macam-macam cara dilakukan oleh pasangan pengantin untuk mengabadikan kisah manis mereka sebagai Raja Sehari. Namun, kelibat pengiring pengantin berpakaian kostum Iron Man sememangnya unik dan mungkin yang pertama di dunia. Cumanya, adat istiadat perkahwinan itu adalah warisan Melayu. 

Pepatah mengatakan biar mati anak, jangan mati adat. Tanpa sedari, sedikit demi sedikit budaya Melayu yang selama ini diagung-agungkan semakin terhakis, Apalah yg hendak dibangakan kostum sebegini rupa. Mungkin sudah terlalu bijak agaknya. Video singkat pengapit pengantin berpakaian kostum Iron Man boleh ditonton di bawah:

8 Naik Gaji MB, ADUN, Speaker, Timbalan Speaker Adalah Cara @KhalidIbrahim Merakyatkan Ekonomi Rakyat Selangor


Tahniahlah Rakyat Selangor kerana Kerajaan PR Selangor telah merakyatkan pendapatan ekonomi untuk Rakyat Selangor dengan menaikkan gaji Menteri Besar, ADUN, Speaker, Timbalan Speaker berkuatkuasa Januari, 01, 2014. Ianya telah diluluskan oleh DUN Selangor hari ini.

Gaji bulanan ADUN Selangor naik RM6,000 ke RM11,250 iaitu kenaikan sebanyak 88%.
Gaji bulanan Exco dari RM6,109 ke RM20,250 iaitu kenaikan sebanyak 231%
Gaji bulanan Menteri Besar dari RM14,175 ke RM29,250 iaitu kenaikan sebanyak 106%.
Gaji bulanan Speaker Hannah Yeoh dari RM6,109 ke RM22,500 iaiatu kenaikan sebanyak 268%.
Gaji bulanan Timbalan Speaker Nik Nadzmi dari RM3,327 ke RM15,750 iaitu kenaikan sebanyak 373%.

Tahniah rakyat Selangor. Ini yang anda dapat. Jangan banyak bunyi. Anda yang mengundi mereka.

2 Jingga 13 Hantar Memorandum Ke Astro? Astro Barangan Keperluan Atau Kehendak? Gila Ka Apa?



Tengah hari tadi, satu kumpulan pembangkang yang mengelarkan diri sebagai Jingga 13 telah berkumpul di hadapan pejabat Astro untuk menghantar memorandum membantah kenaikan harga langganan rangkaian TV berbayar berkenaan. CTS agak pelik apabila ada pihak yang cuba hantar memorandum untuk membantah harga kenaikan Astro. Pertama, Astro ni barangan keperluan atau barangan kehendak? Tanpa Astro, hidup kita tidak terurus ka? Apakah Astro satu barangan yang wajib bagi setiap rumah di Malaysia?

CTS masih lagi boleh menerima kalau orang membuat himpunan membantah kenaikan harga tariff elektrik misalnya, kerana elektrik adalah barangan keperluan yang wajib bagi setiap Rakyat Malaysia. Kenapa hendak membantah kenaikan harga Astro? Kalau rasa tiada duit dan tidak mampu, siapa suruh melanggan Astro? Bukankah Astro juga ada membuat "Corporate Sosial Responsibility (CSR) dengan mengadakan Astro percuma untuk masyarakat tanpa bayaran bulanan yang dinamakan Njoi. Kenapa tidak langgan saja Astro percuma Njoi? Kenapa tidak mampu hendak juga melanggan pakej bulanan yang beratus-ratus?

Bukankah di Malaysia sudah ada lebih dari rangkaian TV percuma yang mencukupi? Ada TV1, TV2, TV3, TV8, TV9. Kalau berada di Melaka, Johor Sabah dan Sarawak, kemungkinan besar kita boleh perolehi TV Singapura dan Indonesia secara percuma dan kalau kita di Utara, amat mudah untuk mendapat siaran percuma dari TV Thailand. Tidak cukupkah lagi TV percuma yang ada? 

Keduanya, setiap pengguna boleh berubah angin kepada saingan TV berbayar yang lain, sekiranya mahu. Sekarang sudah ada HyppTV daripada Unifi dan juga siaran TV baru iaitu ABNxcess. Tukar saja rangkaian perkhidmatan sekiranya tidak berpuas hati dengan Astro. Tidak ada sesiapa yang memaksa kita untuk melanggan Astro. Sendiri langgan, lagi mahu salahkan pihak lain. Lagi bangang kalau ada pihak yang kata ini semua salah UMNO!

November 26, 2013

4 Kenapa @WardinaSafiyyah DS @NajibRazak? CTS Rasa @aznilnawawiHM Jauh Lebih Layak Anggotai MKPN


Angin tidak, ributpun tidak, nama artis suam-suam kuku Wardina Safiyyah terpilih sebagai salah seorang daripada 27 nama yang menganggotai  Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang dilancarkan Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak semalam. CTS tidak pertikaikan nama-nama lain yang dilantik, tetapi mengapa Wardina Safiyyah? Apa kriteria pemilihan beliau? 

Sekiranya beliau dilantik mewakili golongan artis, lebih ramai artis yang bijak yang mempunyai pengaruh yang lebih besar. Antara nama lain yang boleh menggantikan beliau adalah pengacara terkenal, Aznil Haji Nawawi. 27 juta Rakyat Malaysia punya masa hadapan diharapkan kepada pendapat 29 orang? Dalam 27 juta tidak ada nama lainkah Wardina Safiyyah? 

Apa sumbangan dia pada masyarakat selain pandai berdolak dalik dan tin kosong serta menonjolkan keluarganya sebagai keluarga yang terbaik di Malaysia? Dalam 27 juta takkan tidak jumpa seorang manusiakah lebih berpandangan jauh dari Wardina Safiyyah? DS Najib, berilah semangat kepada kami untuk berdiri di belakang Tuan. Saya semakin tidak paham. Tujuan sudah betul, tapi ... Wardina Safiyyah? 

November 25, 2013

0 Menghadapi Masalah Dengan Pengangkutan Awam Darat? @aduanSPAD Sedia Membantu!


Pernahkah kita berada di situasi lori di hadapan kita memandu dengan tidak selamat dan membawa lebih muatan yang boleh mengundang kemalangan? Atau anda sedang berada di dalam bas ekspres di mana pemandunya memandu laju serta bercakap menggunakan telefon bimbit tanpa menggunakan 'hand-free'? Kepada siapa kita hendak mengadu?

Aduan yang dibuat kepada pemilik syarikat kemungkinan besar akan dibakulsampahkan. Cara terbaik adalah dengan membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). Dapatkan maklumat terperinci seperti masa, tarikh dan tempat kejadian. Sekiranya berpeluang ambil gambar kejadian dengan menggunakan telefon bimbit kita. Segala maklumat dan bukti berkenaan adalah penting bagi penguatkuasa SPAD untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Segala aduan boleh disalurkan melalui toll free 1-800-889-600 atau e-mail kepada aduan@spad.gov.my atau menggunakan sms kepada nombor 15888. Bagi pengguna laman sosial Twitter, anda sentiasa boleh berkomunikasi dengan pegawai SPAD bertugas dengan menggunakan akaun Twitter @aduanSPAD. Gunakan hak kita dengan sebaiknya untuk memastikan perkhidmatan awam darat sentiasa berada pada tahap yang terbaik!

November 24, 2013

5 Ini Lagi Satu Bukti Wartawan @malaysiakini Memang Kaki Spin, Pelapor Berita Sampah!




Ini gambar dua wartawan Malaysiakini yang dapat ditangkap oleh lensa kamera sewaktu perasmian Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, pagi tadi. Dengan berpakaian yang yang tidak sesuai untuk membuat liputan di masjid, pastinya rakan-rakan wartawan dan bloggers yang lain tertanya-tanya apakah bentuk berita yang akan mereka sediakan kelak. 

Seminar berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan. Turut hadir Menteri Kewangan Kedua DS Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Wilayah Persekutuan DS Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pena. 

Semuanya nampak jelas apabila berita yang dikeluarkan oleh wartawan berkenaan pada jam 1:51PM hanya menjuruskan berita picisan dan berita sampah. Dalam banyak-banyak input yang diberikan oleh Perdana Menteri, hanya isu makan menggunakan lilin yang menjadi topik wartawan-wartawan berkenaan. Mereka sememangnya pakar di dalam bidang spin ... King of Spin!


Nota kaki - Kredit gambar kiriman Uzaidi Udanis dan Hasrin Ramlan.

7 Konsert Metal Sesat di Karnival PAS for ALL! Takebeer!!!


PAS maju setapak lagi. Dengan kehadiran begitu ramai golongan 'Erdorgan' memenangi kerusi Jawatankuasa PAS Pusat, PAS menjadi semakin sesat. Konsert musik metal sesat menghiasi Karnival PAS For All di Stadium Malawati, Shah Alam. Konsert Gig Green Zone yang diadakan di stadium berkenaan antara lain menampilkan kumpulan heavy metal Heart Attack.

Kalau UMNO menganjurkan konsert tersebut di dalam Perhimpunan Agung UMNO Disember ini, mampus 7 hari 7 malam, cybertroopers PAS akan mainkan isu ini. Pastinya alasan penganjur untuk menarik sokongan anak muda.

Inilah ciri-ciri munafik juak-juak PAS. Mereka membuat bantahan Konsert Metalica yang diadakan tempoh hari, tetapi mereka menghalalkan konsert metal dalam muktamar mereka. Tahniah PAS. PAS For All. Takebeer!!!!

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates