November 16, 2013

11 Gambar-Gambar Kecederaan Datuk @azeezputera Ketika Menjalankan Misi Kemanusiaan Di Filipina






Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim cedera di kepala selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah, tumbang ditiup angin kencang dan menghempap kepalanya di kawasan operasi sukarelawan KP1M di Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez, Tacloban. Kejadian berlaku ketika beliau sedang mengadakan perbincangan bersama anggota sukarelawan setelah selesai melakukan lawatan dan menyerahkan bantuan di kawasan berdekatan.

Selepas kejadian itu, beliau terus dibawa ke klinik lapangan yang diselenggara Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia, dan menerima empat jahitan dan suntikan anti tetanus. Keadaan beliau bagaimanapun dilaporkan stabil. Kita doakan Datuk Azeez bersama kesemua sukarelawan KP1M yang bertugas di sana selamat pulang ke tanahair. 

4 Minta Sama-Sama Kita Buat Laporan @PDRMsia Akaun Twitter Menghina Rasulullah SAW cc. @KBAB51



Biadap dan kurang ajar si pemilik akaun di atas. CTS memohon sama-sama kita membuat laporan PDRM dan SKMM agar dapat mencari pemilik akaun Twitter di atas dan mengheretnya ke muka pengadilan.

November 15, 2013

0 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPAD Kepada Pengusaha Dan Pemandu Perkhidmatan Awam Darat Tepat Pada Masanya

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengiktiraf pengusaha dan pemandu pengangkutan awam darat yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang atau menyumbang kepada masyarakat dalam satu majlis gemilang yang dijadualkan berlangsung Disember depan. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, anugerah itu akan diadakan bersempena Simposium Pengangkutan Awam Darat 2013 di Kuala Lumpur.

Beliau mengumumkan demikian semasa majlis taklimat SPAD kepada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di Kuala Lumpur. Ia adalah pertemuan pertama diadakan antara SPAD dan BNBBC sejak ia ditubuhkan pada 2010. Antara kategori yang disediakan untuk malam anugerah berkenaan ialah Anugerah Pengendali Terbaik, Anugerah Pengurusan Sumber Manusia Terbaik, Anugerah Inovasi Terbaik dan Anugerah Khas Pemandu Contoh.

Tindakan SPAD ini tepat pada masanya dan harus mendapat pujian. Ini kerana menjelang Tahun Melawat Malaysia 2014, pengusaha dan pemandu pengangkutan awam darat adalah merupakan duta-duta kecil negara. Sudah pastinya mereka akan memberikan perkhidmatan cemerlang dan sifat terpuji sekiranya jasa-jasa mereka dihargai.

Walaupun terdapat banyak laporan mengenai sikap segelintir pemandu teksi, bas dan lori yang kurang memuaskan, tetapi masih ramai yang berhemah tinggi dan mempunyai sifat terpuji. Kita lihat bagaimana dalam kes kes Freddie Joseph, kanak-kanak berusia setahun lapan bulan yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar baru-baru ini, telah diselamatkan seorang pemandu lori dan seorang pemandu teksi di Taman Tasik Titiwangsa. Inilah antara contoh sikap terpuji pemandu-pemandu yang membantu polis dalam kes penculikan dan sewajarnyalah mereka dihargai.

November 14, 2013

8 Kedai Nasi Ganja Ipoh @ Vanggey Diarahkan Tutup Kerana Kotor!!!




Makanan sedap, terkenal dan digemari ramai belum tentu jaminan bahawa ianya bersih dan selamat untuk dimakan. Penutupan Restoren nasi kandar terkenal di Ipoh, Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh atau lebih dikenali sebagai Nasi Ganja Ipoh atau Vanggey yang terletak di Jalan Yang Kalsom tidak mengejutkan. Operasi bersepadu bermula 5 petang itu melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan Jabatan Imigresen.

Gerai nasi kandar berkenaan yang menyewa di Kedai Kopi Yong Suan telah diarahkan tutup bermula hari ini selama 14 hari. Pastinya pengemar Nasi Ganja Ipoh menggeletar ketagihan. Eloklah tu. Biarlah taukeh kedai berbangsa Cina tersebut membersihkan kedainya terutama di bahagian belakang tempat membuat air minuman. Kotor sangat rasanya semasa CTS singgah makan bulan lepas.

November 13, 2013

13 Jantina 'Ragu'? Inikah Caranya @Khairykj Dan Kementerian Belia & Sukan Mendidik Belia?



Kita menyanjung baik tindakan Kementerian Belia & Sukan (KBS) mewujudkan Parlimen Belia Malaysia (PBM). Antara lain penubuhan PBM adalah untuk:
1. Parlimen Belia Malaysia ini adalah bagi memberi peluang kepada 80 peratus belia yang bukan ahli persatuan belia bersuara bagi mewakili belia-belia di peringkat akar umbi dalam memberi pandangan terhadap pembangunan belia negara. 
2. Peranan dan fungsi Parlimen Belia Malaysia sebagai platform kepada belia menyuarakan idea dan pandangan hampir menyamai Parlimen Belia di kebanyakan negara-negara maju seperti Australia, United Kingdom, New Zealand dan Negara-negara Eropah.  
Malangnya, apabila seseorang calon yang layak ingin mengisi borang PBM secara talian terus ("online"), di bahagian jantina tertera 3 jenis iaitu Lelaki, Perempuan dan RAGU!!! Sejak bila KBS mengiktiraf golongan LGBT, maknyah, pondan dan sewaktu dengannya. YB Khairy, sila jawab. Jangan asyik nampak salah orang sahaja.

22 Giliran Menteri Kerja Raya Pula Keluarkan Kenyataan Bodoh Di Parlimen - Nak BN Jadi Pembangkang PRU-14?


Ini kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof di dalam Parlimen hari ini:
Motosikal kapasiti enjin (CC) rendah berkemungkinan tidak dibenarkan berada di lebuh raya bagi melindungi pengguna kenderaan itu daripada risiko kemalangan jalan raya. Menurut Datuk Fadilah, kementeriannya telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji permasalahan itu memandangkan bukan semua lebuh raya menyediakan lorong khas motosikal. Katanya, berbanding motosikal berkuasa tinggi, pengguna motosikal kecil terdedah kepada risiko kemalangan kerana angin daripada kenderaan lain yang laju boleh mengakibatkan motosikal itu berada dalam keadaan tidak seimbang.

(Sumber: Utusan Malaysia)
Kenapalah Menteri-Menteri Kerajaan Barisan Nasional begitu bijak sekali menjawab soalan-soalan pembangkang. Siapakah yang menyediakan teks ucapan berkenaan? Siapakah yang membuat kajian bodoh tidak benarkan motosikal 'kapcai' berada di lebuh raya? Apakah Pak Menteri dan Kementerian ingat Rakyat suka-suka mahu menunggang motorsikal 'kapcai' di jalanraya mahupun lebuhraya?

Selain daripada tidak berkemampuan membeli kereta atau motorsikal berkuasa tinggi, penunggang-penunggang motor 'kapchai' juga tidak disediakan kereta percuma, minyak percuma dan pemandu peribadi seperti Pak-Pak Menteri Kerajaan DS Najib. Inilah cara yang cepat dan termampu bagi mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat mencari rezeki atau lain-lain urusan.

Dengan menghalang penunggang motorsikal menggunakan lebuhraya adakah menyelesaikan masalah kemalangan? Lagi satu, apa definasi motor berkuasa  enjin (cc) rendah? Menteri Kerja Raya tahu tak mana ada motor berkuasa enjin kurang dari 100 cc sekarang?

November 12, 2013

3 Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman Di Jalan P Ramlee Diroboh? Gambar-Gambar Ini Apa?


Ini gambar terbaru kuil kontroversi, Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman yang CTS ambil pada pukul 6.30 petang tadi. Kuil ini terletak di persimpangan Jalan P Ramlee dan Jalan Tengah. Ianya terletak betul-betul di belakang The Weld. Kuil ini menjadi begitu kontroversi sejak beberapa hari ini dengan dakwaan bahawa kuil ini telah diroboh. CTS pada mulanya tidak berminat dengan isu ini. Ini kerana saban hari untuk bersarapan dan makan tengahari terpaksa melalui kuil berkenaan. Kuil ini terletak begitu hampir dengan bangunan tempat CTS bekerja. 

Struktur utama kuil berkenaan tidak pernah dirobohkan. Apa yang berlaku pada hari Ahad lepas ialah DBKL telah merobohkan struktur haram kuil berkenaan termasuklah gerai menjual makanan dan minuman. Untuk apa kuil ini menjadi kontroversi. Bukannya ramai pun yang datang bersembahyang di situ. Yang datang makan dan minum banyaklah. Maklumlah kawasan sekitar adalah kawasan perniagaan yang mempunyai ribuan pekerja. Malah struktur kuil berkenaan tidak langsung menepati ciri-ciri kuil sebenar. Ini berdasarkan pendapat seorang rakan CTS berbangsa India dan beragama Hindu yang turut bersama petang tadi.

Kita tidak kisah apabila Malaysiakini dan pemimpin pembangkang menyalak dengan isu ini. Sudah semestinya mereka mengambil kesempatan terhadap apa sahaja isu yang ada. Namun, apabila semalam, calon Naib Presiden MIC, T Mohan memberi kata dua dan bersuara akan mengadakan satu protes jalanan akan dilakukan bersama dengan NGO dan parti pembangkang sekiranya isu kuil tidak diselesaikan mengikut kehendak mereka, ini sudah lebih! 

Macha, kita tahulah you mahukan populariti mahu bertanding jawatan MIC, tapi janganlah sampai menjerit-jerit memanggil nama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Itu kurang ajar namanya. Kalau Macha mahu bersekongkol dengan pembangkang dan tidak menghormati perpaduan di dalam Barisan Nasional, you boleh masuk DAP la Macha.

Kawasan ini adalah pusat bandar, dikelilingi dengan bangunan moden pencakar langit. Sudah sewajarnya DBKL menjalankan tugas mencantikkan kawasan itu bagi menarik pelancong selain memastikan tiada aktiviti haram dijalankan di kawasan berkenaan. DBKL ada perintah mahkamah. Negara ini ada undang-undang. Tidak kiralah kuil ini dibina sejak 10 tahun ka, 100 tahun ka, 1,000 tahun ka, undang-undang wajar dihormati. Ada faham ka Macha?









4 Polemik @Khairykj vs FAM - Datuk Siti Nurhaliza Memberi Teguran Kepada KJ


Jarang sekali membaca 'tweet' daripada penyanyi terkenal tanahair dari Kuala Lipis, Pahang mengkritik atau menegur seseorang berkaitan politik. Namun dalam 'tweet' terbaru Datuk Siti Nurhaliza dalam laman sosial Twitter cukup mengujakan. Beliau mempertikaikan tindakan YB Kahiry Jamaluddin yang baginya amat biadap dan tidak menghormati orang tua.

Umum tahu kritikan tersebut dibuat kepada Menteri Belia Dan Sukan berikutan pertikaian Menteri berkenaan dengan pimpinan FAM. Sebagai anak jati Pahang, mungkin Datuk Siti ada hak enegur sekiranya ada pihak lantang membidas kepimpinan Presiden FAM yang juga Sultan Pahang. Mungkin selepas ini juga kita dapat lihat konen Datuk Rossa dan Datuk Jamal Abdillah terhadap Menteri berkenaan.

November 10, 2013

18 Gambar-Gambar Penahanan Pembunuh Pegawai Ambank, Norzita Abu Talib Tersiar - Tahniah @PDRMsia




Hati puas sangat apabila penjenayah yang menembak kakitangan Ambank berjaya ditahan dan terus dibawa ke mahkamah Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Pembunuh berkenaan ditahan pada pukul 7 pagi hari ini di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

Tahniah PDRM! Kita tunggu siapakah di atara peguam-peguam PR yang berlumba-lumba untuk membela penjenayah tersebut. Sama ada ianya Lateefa Koya, S. Surendran atau siapa? Karpal Singh dan anaknya adalah calon yang terbaik. Video pembunuh tersebut dibawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya boleh ditonton melalui video yang disediakan oleh MyMetroTV di bawah:

video
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates