November 9, 2013

0 Kepentingan Awam Perlu Dilindungi Sebelum SPAD Putuskan Kenaikan Tambang Bas Sekolah

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih dalam kajian bagi menetapkan kadar baharu tambang bas ekspres dan sekolah yang bakal diumumkan tidak lama lagi. Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata pihaknya memerlukan sedikit masa lagi bagi menetapkan perkara berkenaan kerana tidak mahu keputusan yang dibuat kelak, mencetuskan rasa tidak puas hati kedua-dua pihak. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pelancaran Empat Bas Baru Konsortium E-Mutiara Berhad di Hentian Gua Musang, Tanah Puteh, di sini, hari ini. Syed Hamid mengulas cadangan Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia untuk menaikkan tambang bas sebanyak 30 peratus di seluruh negara, sebelum bermulanya sesi persekolahan awal Januari ini.

Sebagai pengguna, kita tidak mempunyai sebarang masalah dengan keputusan suruhanjaya untuk menaikkan tambang bas ekspres dan bas sekolah asalkan SPAD memberi pertimbangan ke arah melindungi kepentingan awam sebelum membuat keputusan berhubung cadangan menaikkan tambang bas. SPAD juga perlu berusaha mencapai formula agar tidak menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pihak yang berkaitan.

SPAD perlu menimbangkan kepentingan orang awam juga, kerana mereka sudah tentulah tidak mahu sebarang kenaikan. Walaubagaimanapun, sebagai pengguna kita perlu faham bebanan tanggungan kos pihak pengusaha syarikat bas berikutan kenaikan bahan bakar perlu diambil kira sambil mengimbangkan dengan kemampuan penumpang untuk menikmati perkhidmatan yang selesa. Kita tahu dengan bebanan yang meningkat bagi setiap syarikat bas ekspres sekarang, disebabkan itu SPAD perlu buat kajian terperinci mengenai kadar tambang baharu bas mengikut kesesuaian semasa tanpa membebankan penumpang.

November 8, 2013

0 SPAD Dan Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Harus Bersemuka - Jangan Perjudikan Keselamatan Murid


Kemelut di antara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) masih tidak menampakkan titik pertemuan. Tiada kata sepakat dicapai berhubung syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak SPAD sebelum sesuatu lesen bas dikeluarkan. GPBSM menyifatkan syarat memastikan pengusaha perlu mempunyai modal sekurang-kurangnya 30 peratus daripada nilai kenderaan sebelum layak diberi permit sebagai tidak masuk akal. 

Presidennya Mohd Rofik Mohd Yusof dilapor berkata, SPAD juga menetapkan pengusaha supaya menggunakan bas baru berbanding kebanyakan mereka yang mempunyai bas berusia, yang sekali gus menggalakkan mereka beroperasi secara haram. 

Mengulas perkara berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, pihaknya tidak mensyaratkan semua pengusaha bas sekolah supaya menggunakan bas yang baru, sebaliknya mereka masih lagi diberi peluang memaksimumkan penggunaan bas yang berusia di bawah 20 tahun. 

Menurut Mohd Nur Ikhmal, syarat pelesenan misalnya dibentuk untuk menentukan perkhidmatan yang memuaskan dapat diberi kepada pengguna, malah peningkatannya dilaksana secara berperingkat selaras ciri transformasi pengangkutan awam darat. 

Kita sebagai pengguna mengesa agar kedua-dua pihak ini bersemuka bagi menyelesaikan kemelut ini. Yang pastinya, syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak SPAD bukan untuk menyusahkan sesiapa. Kalau pengusaha sendiri fikirkan ada syarat yang mengarut atau menyusahkan, datanglah berjumpa SPAD dan kita yakin SPAD sentiasa bersedia untuk mendengar dan memberi pertolongan. Jangan jadikan keselamatan pelajar-pelajar sekolah sebagai cagaran pergeseran pendapat ini.

November 7, 2013

8 Bagaimana DAP Mempunyai Ramai Pengundi Baru? Ini Cara Mereka Yang Sangat Effisyen!


Ini adalah YB Wong Shui Qi. Beliau merupakan ADUN Senai. Beliau merupakan seorang daripada berpuluh lagi ADUN dan MP DAP yang bergiat aktif membuka pusat pendaftaran pengundi di kawasan mereka. Adakah YB ini duduk di dalam pejabat berhawa dingin, menunggu orang untuk mendaftar sebagai pengundi dan sekaligus tertarik untuk mendaftar sebagai ahli parti? Tidak! 

Dengan hanya dua meja makan yang murah serta beberapa kerusi plastik, mereka membuka kaunter pendaftaran pengundi di tepi-tepi jalan laluan orang ramai. Bolehkah YB-YB UMNO dan Barisan Nasional melakukan sedemikian? Jangan kaya hendak menarik pengundi luar, ahli-ahli UMNO sekalipun masih ramai yang tidak menjadi pengundi. Jangan salahkan orang lain kalau UMNO dan Barisan Nasional gagal untuk mendaftarkan pengundi. 

Apa guna ada jutaan ahli UMNO kalau sebahagian besar mereka tidak boleh mengundi. Perhimpunan Agung UMNO bakal tiba lagi bulan ini. CTS amat yakin seperti tahun-tahun lepas, tidak ada usaha langsung dari parti berkenaan untuk mendaftarkan pengundi baru. 

Di mana silapnya? Bongkak? Terlalu yakin? Rasa UMNO terlalu ampuh sehinggakan tidak perlu satu usaha untuk menarik pengundi baru? Berubahlah UMNO dan Barisan Nasional sekiranya anda tidak mahu Kerajaan ini ditalqinkan di dalam PRU-14.

November 6, 2013

20 Kenapa Hanya Nelayan Cina Turun Berdemo Di Parlimen Pagi Tadi? Apa Lagi Cina Mahu?





Agak sinikal dan menjadi persoalan apabila hanya nelayan-nelayan berbangsa Cina sahaja yang turun ke perkarangan Parlimen hari ini untuk berdemo. Dengan didalangi oleh Ahli Parlimen Lim Kit Siang dan M Kulasegaran, nelayan-nelayan Cina ini yang tidak sampai 30 orang menyalahkan Kerajaan kerana kononnya mengurangkan subsidi minyak diesel dan melaksanakan penggunaan saiz mata 38 milimeter (mm) keroncong pukat tunda. Kenapa nelayan Cina sahaja yang terlibat? Apa lagi Cina DAP ini mahu? Masa susah cari Kerajaan, masa pilihanraya tikam belakang orang yang membantu mereka selama ini.

Kemaskini 07/11/2013:

Ini jawapan Menteri Pertanian Dan Asas Tani dalam Facebook beliau. Beliau juga turut mengulas di dalam akhbar-akhbar tempatan tidak akan tunduk kepada desakan dan tuntutan nelayan-nelayan Cina DAP ini. Tahniah DS Ismail Sabri.

November 4, 2013

2 Keputusan Tidak Rasmi #PRKSgLimau



KEPUTUSAN PENUH TIDAK RASMI 7.30 P.M., PAS (12,069 UNDI), BN (10,985 UNDI), MAJORITI (1,084 UNDI). PAS BERKURANG 1,690 UNDI IAITU HILANG MAJORITI 61% BERBANDING PRU13.

KEPUTUSAN - PAS MENANG PRK DUN SUNGAI LIMAU. BN MENANG DI 10 PDM DAN KALAH DI 9 PDM.

PDM:

KEPUTUSAN TAK RASMI: PAS MENANG DUN SG. LIMAU N.20: PAS 12,069 BN 10,985 MAJORITI 1,084 (PRU13 PAS MENANG 2,774 UNDI)

KEPUTUSAN TAK RASMI: PAS MENANG PDM MATANG BULOH PAS 922 BN 709 MAJORITI 213 (PRU13 PAS MENANG 260 UNDI)

KEPUTUSAN TAK RASMI: BN MENANG PDM SG. LIMAU PAS 426 BN 691 MAJORITI BN 265 (PRU13 PAS MENANG 12 UNDI)

KEPUTUSAN TAK RASMI: BN MENANG PDM SG. KERING: PAS 79 BN 233 MAJORITI 154 (PRU13 BN MENANG 178 UNDI)

KEPUTUSAN TAK RASMI: PAS MENANG PDM BUKIT CHORAS: PAS 695 BN 141 MAJORITI 554 (PRU13 PAS MENANG 601 UNDI).

KEPUTUSAN TAK RASMI: PAS MENANG PDM BUKIT BESAR: PAS 1,557 BN 443 MAJORITI 1,113 (PRU13 PAS MENANG 1,199 UNDI)
KEPUTUSAN TAK RASMI: PAS MENANG PDM SG. DEDAP: PAS 1,100 BN 641 MAJORITI 459 (PRU13 PAS MENANG 461 UNDI)
KEPUTUSAN TAK RASMI: BN MENANG PDM SG. DAUN BN 866 PAS 665 MAJORITI 201 (PRU13 BN MENANG 137 UNDI)
KEPUTUSAN TAK RASMI: BN MENANG DI PDM SIMPANG 3. BN 794 PAS 397 MAJORITI 397 (PRU13 PAS MENANG 46 UNDI)

(SUMBER: KETUA PENGARAH JASA, DATUK FUAD HASSAN)

Kemaskini 9.45 P.M.: Calon PAS tiba di pusat pengumuman.

0 Panas! PAS Bawa Patung 'Kaki Gantung' Bersiar-Siar Di Permatang Buluh


PAS hari ini mendedahkan tembelang mereka sendiri. Di lokasi PDM Permatang Buluh, penganut-penganut PAS telah mengusung patung yang menyerupai patung kaki Allahyarham TS Azizan yang digantung di beberapa tempat di Sungai Limau beberapa hari lepas. Tanpa segan silu, hari ini mereka membawa patung yang lengkap anggotanya bersiar-siar dengan lori "pick-up".

Bezanya dengan patung beberapa hari yang lepas adalah patung ini tidak dipotong kakinya! PAS menggunakan patung yang sama dengan patung yang dipotong kaki. Makin jelaslah PAS melakukan kerja jahat dengan menggantung patung potong kaki untuk menghina Allahyarham TS Ustaz Azizan dan memfitnah UMNO.

0 Tindakan Berterusan SPAD Menguatkuasakan Undang-Undang Harus Dipuji



Sebagai Rakyat Markaen yang menggunakan teksi sebagai salah satu alternatif pengangkutan awam di Ibu Kota, kita menyanjung tinggi tindakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) yang berterusan dan istiqamah di dalam menjalankan operasi bagi membendung salah laku dan perlanggaran undang-undang dan peraturan oleh pemandu-pemandu teksi. Seperti kata pepatah, pelanduk selalu lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk. 

Begitulah hakikatnya, SPAD tidak pernah melupakan mengawasi pemandu-pemandu teksi agar sentiasa mengikut peraturan yang sedia ada. Malam semalam, SPAD bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah melakukan Operasi Tak Guna Meter (Ops TGM) di sekitar di Bukit Bintang, Pavillion, KLCC, Pudu dan KL Sentral. Operasi dilakukan secara penyamaran. Seramai 90 anggota SPAD dan 13 polis terlibat dalam operasi berkenaan.

Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD , Datuk Paduka Mejar (B) Che Hasni Che Ahmad berkata, pada keseluruhannya, dalam operasi kali ini SPAD telah dapat menangkap sebanyak 28 kes di mana 23 kes teksi tak guna meter, tiga kes kerana kesalahan menetapkan kadar tambang, satu kes tiada kad pemandu dan satu lagi kes atas lain-lain kesalahan. Pemandu-pemandu teksi berkenaan akan dituduh di bawah Seksyen 22-23, Akta Pengangkutan Awam Darat.

Adalah diharapkan kita turut sama membantu pihak SPAD di dalam menguatkuasakan undang-undang dan pada masa yang sama kita menegakkan hak kita sebagai pengguna agar tidak ditipu. Hak kita sebagai pengguna adalah kita boleh membuat sebarang aduan mengenai kesalahan pemandu teksi, bas atau lori dengan menghubungi hotline SPAD di talian SPAD 1-800-88-7723 atau e-mel kepada aduan@spad.gov.my atau menerusi laman sosial twitter ke @aduanSPAD.

1 Gempar!!! Gambar-Gambar AJK Wanita UMNO Diusung Ke Hospital Selepas Ditumbuk Petugas Pemuda PAS




AJK Wanita Bahagian Batu, yang dikenali dengan nama Kak Shieda, yang menjadi jentera BN di PRK Sungai Limau, telah dibawa ke hospital Yan selepas ditumbuk oleh petugas jentera Pemuda PAS. Kejadian tersebut berlaku di Pusat Pengundian SK Ulu Sedaka. Ini adalah salah satu insiden yang berlaku hari ini sewaktu pembuangan undi. Terdapat juga kes seorang pemuda penyokong BN dibelasah semasa melalui kawasan penyokong PAS untuk ke tandas serta kejadian membaling botol air ke arah perayu-perayu BN di satu pusat pengundian.

Kehadiran ramai penyokong-penyokong PAS dari luar Kedah yang membawa pendekatan agresif dalam berkempen sejak dua hari lalu antara penyebab suasana kempen harmoni dicemari. Provokasi melampau dalam meraih undi bukan caranya untuk menang dalam pilihanraya. Kami Rakyat Kedah saling hormat menghormati walaupun berlainan parti. Orang luar tolong jangan rosakkan keharmonian ini.


Kemaskini 1.00 p.m.:

Laporan BERNAMA di Twitter mengesahkan perkara di atas:


1 Tak Habis-Habis PAS Gunakan Kanak-Kanak Sebagai Peraih Undi #PRKSgLimau









10 Antara Kipas Kertas Wan Azizah Dan RM2 Juta BN Bagi - Mana Cina Sungai Limau Pilih?


Walaupun pengundi Cina di DUN Sungai Limau sekadar 1,842 orang (6.7%), baik BN maupun PR bertungkus lumus mahu memenangi undi mereka. BN bermodalkan 'sumbangan' RM2 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SRJKC) manakala Wan Azizah, Presiden PKR hanya bermodalkan kipas kertas. 

Ini bukan gambar edit. Gambar ini disiarkan oleh Malaysiakini versi English (rujuk di sini). Tidak dapat dipastikan kenapa Wan Azizah mengipas kedua-dua lelaki Cina yang tidak berbaju ini. Namun CTS tetap berpendapat cina di Sungai Limau lebih minat dengan kipas kertas tersebut berbanding duit RM2 juta yang sia-sia ditaburkan.

November 3, 2013

0 SPAD Perlu Cari Mekanisme Menangani Isu 50,000 Bas Sekolah Tidak Berdaftar

Agak mengejutkan apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan terdapat lebih 50,000 bas sekolah di seluruh negara yang tidak berdaftar dengan suruhanjaya berkenaan. Menurut Pengerusinya, TS Syed Hamid Albar, sehingga kini, hanya 18,000 bas sekolah yang berdaftar.    
       
Menurut TS Syed Hamid Albar, SPAD tidak mempunyai apa-apa halangan untuk mengeluarkan lesen bas sekolah, asalkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan. Katanya, sesiapa pun boleh memohon asalkan dia berkelayakan seperti warganegara Malaysia, tidak mempunyai rekod jenayah dan bukan seorang yang bankrap.

Kebanyakan pengusaha bas sekolah terutamanya di kawasan luar bandar tidak mendaftar dengan SPAD kerana mereka menggunakan bas lama yang tidak memenuhi syarat dan peraturan ditetapkan suruhanjaya itu. Ini bakal mendatangkan masalah yang besar memandangkan pengusaha bas sekolah yang tidak berdaftar dengan SPAD tidak dilindungi insuran bagi pelajar-pelajar sekolah yang menaiki bas berkenaan. Penyediaan skim insurans itu adalah untuk memastikan kenderaan yang digunakan terjamin keselamatannya dan murid-murid sekolah yang menaiki bas berkenaan dilindungi dari kemalangan sepenuhnya.

Penulis berpendapat sudah sampai masanya SPAD perlu mewujudkan mekanisme untuk membolehkan pengusaha bas sekolah mendaftar dengan suruhanjaya berkenaan. Demi keselamatan pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah, SPAD perlu melakukan pemeriksaan secara proaktif dengan melakukan tinjauan di sekolah-sekolah dan mendaftarkan pengusaha-pengusaha berkenaan.

Sekiranya kita mengharapkan pengusaha bas datang sendiri ke SPAD, pastinya ramai pengusaha bas yang memberikan pelbagai asalan seperti kekangan masa, tidak mengetahui tentang kepentingan untuk mendaftar dengan pihak SPAD dan sebagainya. Alternatifnya, SPAD boleh berhubung terus dengan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah bagi memastikan setiap ahli persatuan tersebut mendaftar dengan SPAD.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates