October 19, 2013

4 Meriahnya Perhimpunan Agung UMNO - @limkitsiang Sendiri Kemaskinikan Keputusan Di Twitter


Hebat atau tidak Perhimpunan Agung UMNO, inilah buktinya. Penasihat DAP sendiri, Lim Kit Siang sendiri membuat kemaskini di dalam akaun laman sosial Twitternya. Beliau membuat kemaskini keputusan pertandingan Naib Presiden setakat pukul 5.00 petang. Ada parti lain yang pertandingan dalam parti semeriah ini?

3 Hebat Betul Fitnah Kepada Datuk Mukhriz Mahathir Menjelang Pemilihan UMNO

The Malaysian Insiders baru sahaja mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir kerana membuat fitnah dan tohmahan bahawa calon berkenaan mengamalkan politik wang.


Sejak semalam juga ada pihak-pihak tertentu telah memuatnaik di dalam laman sosial Facebook palsu kononnya milik Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Datuk Mukhriz Tun Mahathir digugurkan daripada pemilihan Naib Presiden kali ini.


Hebat sungguh permainan politik di dalam UMNO. CTS tidak merasakan ini perbuatan cybertroopers PR. Ada pihak di dalam UMNO (mungkin dari pihak calon-calon lain yang bertanding Naib Presiden) yang takut dengan kemenangan Datuk Mukhriz.

Timbalan Perdana Menteri dalam akaun FB sebenar beliau menafikan membuat kenyataan di FB adanya keputusan Lembaga Disiplin UMNO keatas Datuk Mukhriz. Beliau menyatakan FB berkenaan bukan milik beliau dan beliau sudah meminta SKMM untuk menyiasat.

October 18, 2013

0 Kadar Baru Tambang Teksi Akan Diumum Suku Pertama Tahun Depan - SPAD


Satu kadar baru tambang perkhidmatan teksi di Semanjung Malaysia akan diumumkan pada suku pertama tahun depan. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kadar baru itu akan ditetapkan selepas mengambil kira hasil kajian dan semakan holistik yang dijalankan oleh agensi terbabit dan semua pihak yang terlibat.

Pelarasan kadar baru secara holistik ini akan mengambil kira enam kos komponen iaitu kenderaan, peralatan, bahan api, penyelenggaraan, overhead dan kos buruh selain kos hidup dan kualiti perkhidmatan. Pengerusi SPAD berkata demikian ketika merasmikan Program Interaksi Bersama Pengguna dan Industri Teksi - Kajian Kadar Tambang Teksi. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

Menurut TS Syed Hamid, penetapan kadar baru itu adalah bersesuaian kerana kali terakhir ia disemak semula pada 2009. Menurut TS Syed Hamid, SPAD sudah banyak kali mengadakan perbincangan dengan semua pihak terlibat tetapi ini adalah kali pertama kami menyediakan kertas kerja untuk memudahkan proses perbincangan dan menjadi asas kepada keputusan yang dibuat nanti. 

Semoga pelarasan harga teksi ini akan mengamalkan konsep menang-menang. Kita mengharapkan kenaikan tambang teksi ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada golongan-golongan pemandu teksi dalam mencari sara hidup. Dalam masa yang sama, pengguna-pengguna teksi juga tidak terbeban dengan masalah kenaikan tambang teksi berkenaan.


9 Wanita Tuntut RM21 Billion Dari Kerajaan Malaysia Buat Laporan Polis


Tidak dapat dipastikan sama ada wanita yang dikenali sebagai Khamsiah binti Mohammed Noor ini kurang siuman, gila atau sewaktu dengannya atau salah seorang pengikut ajaran sesat. Namun laporan polis yang dibuatnya semalam benar-benar mencuit hati. 

Beliau menuntut RM21 billion daripada Kerajaan Malaysia kononnya, sebelum kelahiran beliau, Allah SWT telah tulis bahawa beliau layak mendapat duit sebanyak RM21 billion. Macam-macam cara gila rupanya di Malaysia ni ye?

October 17, 2013

2 @chuajuimeng Mungkin Sudah Gila Apabila Mengaku Yusuf Qardawi Bimbing Dia Tafsir Al Quran!


Banyak pihak membuat kecaman (baca Malaysiakini, di sini), termasuk ulama PAS sendiri, apabila Naib Presiden PKR dan Presiden PKR Johor, Chua Jui Meng yang membuat tafsiran Al Quran sesuka hati beberapa hari lepas. Hari ini Chua Jui Meng kembali dengan auta terbaru dan membuat lawak antarabangsa apabila mendakwa beliau dibimbing oleh Sheikh Yusuf Qardawi, yang didakwanya Presiden Majlis Ulama Sedunia. 

Seperti "big boss"nya Anwar Ibrahim, yang sikit-sikt menggunakan nama Yusuf Qardawi, Chua Jui Meng juga tidak terkecuali. Siapa Chua Jui Meng yang mendapat keistimewaan dibimbing oleh ulama terkenal itu? Bila masa pula Syeikh Yusuf Qardawi bertemunya untuk proses bimbingan Tafsir Al Quran? Mungkin Chua Jui Meng berguru dengan Yusuf Qardawi melalui "Skype" tak tahulah pula CTS. 



3 Semalam Taklimat Pengangkutan Di SP, Hari Ini Taklimat Pertahanan Di KL, Rajin Sungguh DS @HishammuddinH2O Kan?



Kagum sungguh CTS dengan Menteri Pertahanan merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan merangkap sepupu Perdana Menteri, DS Hishamuddin Tun Hussein, bertugas sebagai Menteri. Acara beliau sebagai Menteri sungguh sibuk. Semalam, beliau berada di Cinta Sayang Golf & Country Resort, Sungai Petani, Kedah untuk mengadakan taklimat yang dinamakan "Taklimat Berhubung Isu Pengangkutan". Mengikut rakan CTS yang hadir pada malam berkenaan, hanya perwakilan UMNO yang akan mengundi Sabtu ini yang dijemput hadir ke taklimat berkenaan. Entah apalah agaknya Taklimat Pengangkutan semalam berkisar yer?

Hari ini pula beliau mengadakan Taklimat mengenai Keselamatan Negara kepada Wanita UMNO di The Royale Bintang. Sesungguhnya Wanita UMNO amat memerlukan taklimat Keselamatan ini kan? Rajin sungguh Menteri ini mengadakan taklimat yer? KSU dan lain-lain SU goyang kaki sajalah ye? Menteri ini kalau tak menang jawatan Naib Presiden UMNO, kena mandi bungalah nampak gayanya. Beliau mendapat mandat daripada Presiden Parti, mandat daripada Ketua Pemuda UMNO dan paling utama mandat daripada Bonda Ketua Pemuda UMNO!


October 16, 2013

6 Sumbangan Aidil Adha DAP Kepada Penduduk Johor Berwajah @limkitsiang - Hina Sungguh!!!






Hina sungguh Rakyat Johor di mata DAP. Kebuluq sungguh Rakyat Johor mengharapkan sumbangan Hari Raya Aidil Adha daripada DAP. Pada hari Ahad yang lalu, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching bersama-sama dengan ADUN Senai, Wong Suki telah memberi sumbangan kepada 70 keluarga yang miskin, ibu tunggal dan anak yatim dari Taman Aman, Taman Beringin, Taman Dawani, Kg Jaya Sepakat dan Bukit Senang sempena Hari Raya Haji. 

CTS tidak pertikaikan langsung kalau mereka hendak memberi sumbangan. Berilah harta karun sekalipun. Janganlah menghina Rakyat Johor dengan meletakkan gambar Lim Kit Siang di bag pemberian sumbangan. Siapa Lim Kit Siang? Lim Kit Siang sambut Hari Raya Aidil Adha ka? Orang yang bersungguh-sungguh mahukan nama Allah digunakan dalam Bible Melayu, mukanya diletakkan pada bag sumbangan? Ini ikhlas untuk menderma atau hendak mempromosi parti DAP? Mudah bebenor orang Melayu dibeli kan?

7 Tak Cukup Dengan Anak, Mak Juga Turut Terheret Sokong @HishammuddinH2O? Ada Apa-Apa ka?

Umum mengetahui sokongan kuat Ketua Pemuda UMNO yang baru mengekalkan jawatan buat penggal kedua terhadap Menteri Pertahanan, DS Hishammuddin Tun Hussein Onn untuk mempertahankan jawatan Naib Presidennya. Kita boleh terima apabila Khairy Jamaluddin memberi sokongan terbuka terhadap atas semangat Setiakawan beliau di dalam UMNO.



Namun, perkara ini menjadi tanda tanya apabila Ibu beliau pula diheret untuk menyokong DS Hishammuddin ini. Tidak cukup dengan menyokong DS Hishammuddin ini, Datuk Rahmah Abdul Hamid, ibu Khairy Jamaluddin turut mempertikaikan pencalonan Datuk Mukhriz Tun Mahathir, kata beliau dipetik daripada portal The New Straits Times, di sini,


Veteran Datuk Rahmah Abdul Hamid, 81, has found "experience" an important factor to consider when choosing the right candidate. "Anybody looking to be elected into office should have served the party, starting out at the lower ranks," she said, while voicing her disappointment at the entrance of Kedah Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir into the vice-presidency race.
"While I have nothing against him, I feel that Mukhriz has been pushed far too quickly up the ranks. He has not even served as division leader yet. "Umno works religiously from ground to the top and if you have not spent time building the party or being a coolie, then you will not understand the sentiments of party members." She said Mukhriz should instead spend his time focusing on Kedah and get accepted by the people there first.
She pointed out that, in contrast, incumbent vice-president (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein had his foot on the ground and knew the party's ins and outs. "He has been the Umno youth chief before, and he has moved up the ladder in a proper way, being groomed by the party."
Pelik juga kalau sehingga anak dan emak memberi sokongan kepada Menteri yang terkenal dengan gelaran "Menteri Lembik", "Menteri Amaran", "Cium Keris Minta Maaf (CKMM)". Seperti kata rakan blogger CTS, Big Dog di dalam blog beliau, "Who the hell is this Rahmah Abdul Hamid?" . Apakah ada peranan Regina Lee di sini sehingga memungkinkan Datuk Rahmah Abdul Hamid yang bukan siapa-siapa di dalam UMNO memberikan kenyataan di dalam NST menghentam Datuk Mukhriz?

Kebelakangan ini, pengikut-pengikut DS Hishamuddin tengah sibuk memutarbelitkan sejarah dengan memberi kredit kepada beliau seperti isu Lahad Datu, isu cium keris, isu kalimah Allah dan sebagainya. Nampak sangat macam berbayar sahaja? Nak sokong DS Hishamuddin sokonglah. Yang bawa anak beranak hendak jatuhkan Datuk Mukhriz, ini sudah lebih!


0 3 Video Lucu Adengan Lembu Korban - Selamat Hari Raya Aidil Adha

video

video

video

October 14, 2013

1 Jasa Perwira Negara Yang Gugur Dihargai Tabung Haji & @PDRMsia - Terima Kasih Datuk @azeezputera


Sebak melihat keluarga balu Allahyarham perwira Negara yang terkorban mendapat kunjungan daripada pihak Tabung Haji yang diketuai oleh Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan pegawai-pegawai Polis Di Raja Malaysia di petang Aidil Adha ini. Allahyarham Zal-Azri Somad, adalah merupakan satu-satunya anggota PDRM yang terkorban ketika Ops Cantas di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Sempena Hari Raya Aidil Adha esok, Datuk Azeez selaku Pengerusi Tabung Haji telah menyampaikan buku akaun simpanan Tabung Haji kepada 2 orang anak Allahyarham iaitu Muhammad Habibullah dan Muhammad Atiqullah. Terima kasih di atas ingatan dari Datuk Azeez, pihak Tabung Haji dan pihak PDRM. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amiiiin.



October 13, 2013

0 TEKS1M Teksi Baru Amat Istemewa - Boleh Guna Kad Kredit / Debit Untuk Bayar Tambang!


Canggih, memang canggih!!! Naik teksi sekarang sudah boleh pakai kad kredit atau kad debit untuk membayar tambang. Ini  pasti satu lagi penambahan kepada opsyen sedia ada bagi pengguna kenderaan awam khusus nya bagi penduduk kota macam di Lembah Klang ini. Teksi ini pula  bukan teksi sembarangan tetapi teksi Proton EXORA baru yang besar dan selesa.

Jika sebelum ini, pelancong-pelancong luar selalu membuat aduan teksi Malaysia amat kecil dan tidak selesa, kini tidak lagi. Nampaknya agenda transformasi industri teksi berjalan lancar dan skim seperti TEKS1M ini menjadi kenyataan. Bukan sahaja cantik, bersih dan besar tapi Proton Exora ini masih mengenakan tambang bajet! Itu yang pasti menggembirakan penumpang mendengarnya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) SPAD melihat keperluan menyatukan ketiga-tiga kelas teksi (teksi bajet, eksekutif dan premier) adalah bagi mengurangkan jurang kualiti perkhidmatan, sekaligus mewujudkan satu kelas perkhidmatan teksi sahaja di kawasan bandar, iaitu TEKS1M.

Dari maklumat yang diperolehi dari pihak SPAD, fakta-fakta berikut harus di ketahui oleh orang ramai dan juga sebagai pengguna teksi:

1) Terdapat sebanyak 16,012 kereta sewa di seluruh Malaysia yang mana daripada jumlah itu 87 peratus (13,923) milik individu dan 12 peratus (2,089) milik syarikat.

 2) 170 teksi premier yang terdapat di negara ini adalah milik syarikat sepenuhnya. Jumlah teksi lapangan terbang pula ialah 2,226. Daripada jumlah ini individu hanya memiliki 20 peratus (435) manakala 80 peratus (1,781) dimiliki syarikat.

 3) Ada terdapat 39,056 teksi bajet di negara ini dan daripada jumlah itu 48 peratus (18,759) adalah milik individu. Selebihnya, iaitu 52 peratus (20,297) dimiliki oleh syarikat.

 4) 33% peratus (957) dari jumlah 2,884 teksi  adalah milik individu dan 67 peratus (1,927) milik syarikat.  Berbeza dengan teksi bandar yang hanya boleh beroperasi di pusat bandar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang, teksi eksekutif dibenarkan membawa penumpang ke mana-mana sahaja di Malaysia.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates