September 28, 2013

21 Jawapan Gardenia Mengenai Dakwaan RBA Bahawa Roti Gardenia Mempunyai Tahap Pengawet Yang Tinggi


Golongan kaum ini (kemungkinan tentera Red Bean Army-RBA) sedaya upaya cuba untuk memburukkan roti-roti keluaran Gardenia milik sepenuhnya Bumiputera. Terbaru adalah dakwaan kononnya satu ujikaji telah dijalankan bagi menentukan tahap pengawetan roti bagi 3 jenis roti iaitu keluaran Bread History, Massimo dan Gardenia. 

Ternyata, tujuan asal ujikaji ini adalah untuk menunjukkan bahawa roti keluaran Gardenia mempunyai bahan pengawet yang tinggi sehinggakan roti selepas tarikh luput masih tidak dihinggapi kulat. Mari kita baca jawapan Gardenia mengenai isu ini:
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mendapatkan penjelasan daripada kami. Kami dengan tegasnya ingin menyatakan bahawa terdapat satu analisa saintifik iaitu “Kromotografi Ion (IC)” yang boleh digunakan untuk menentukan tahap Asid Proprionat (pengawet) di dalam roti.
Apakah Asid Propionat di dalam roti? Asid Propionat adalah sejenis asid yang berfungsi sebagai pengawet di dalam pengeluaran roti. Ianya boleh berpunca dari:
• Kalsium Propionat – merupakan pengawet kimia yang biasanya digunakan oleh bakeri-bakeri sedunia untuk roti yang dijual secara “wholesale”.
• Bahan-bahan semulajadi – seperti Pekatan Jus Kismis.
Kami telah menghantar semua jenama roti terkenal di Malaysia ke beberapa makmal bebas untuk menguji tahap Asid Propionatnya dan kami dengan bangganya ingin menyatakan bahawa Gardenia menpunyai bacaan/ dos yang terendah iaitu 90% - 92% lebih rendah daripada jenama roti lain di pasaran.
Roti kami dapat mencapai bacaan yang begitu rendah hasil daripada penggunaan bahan-bahan semulajadi; cuka dan pekatan jus kismis bukan seperti bakeri-bakeri lain yang digunakan pengawet kimia, Kalsium Propionat. 
Walaubagaimanapun, kami tidak dapat melanjutkan atau kongsi laporan asal daripada makmal-makmal bebas tersebut dengan anda kerana kami perlu mematuhi klausa(peraturan)daripada mereka yang menyatakan bahawa maklumat tersebut tidak boleh digunakan sebagai iklan atau dibuat salinan.
Gardenia juga berbangga dengan usaha dalam pengamalan piawai kebersihan yang tertinggi dalam kilang pengeluarannya. Selain piawai kebersihan yang “stringent”, kami juga memberi kepentingan terhadap pengurangan bacaan spora (spora menyumbang kepada pertumbuhan kulat) untuk memastikan ianya sentiasa pada tahap yang terendah.
Kami juga menjaga kualiti udara yang baik dalam kilang pengeluaran kami. Perkara-perkara inilah membolehkan Gardenia untuk menghasilkan roti Tanpa Pengawet Tiruan, Sintetik atau Bukan Semulajadi. Sekali lagi, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk menjelaskan perkara di atas.

September 27, 2013

1 Wajarkah BOD GLC Boustead Berhad & Axiata Menganggotai Panel "BERSIH PEOPLE TRIBUNAL" DS @NajibRazak?


Sakit hati membaca berita daripada The Malaysian Insiders, di sini. Berita mengenai satu jawatakuasa yang dibentuk oleh BERSIH, satu pertubuhan haram yang banyak membuat demonstrasi haram di Malaysia, yang dinamakan "BERSIH People Tribunal". Jawatankuasa ini kononnya mewakili Rakyat untuk membuat penghakiman mengenai dakwaan penyelewengan di dalam PRU13. Tribunal haram berkenaan diadakan bermula 18 September lepas di Empire Hotel, Subang Jaya.


Ahli panel "BERSIH's People Tribunal" terdiri daripada 7 orang. Salah seorang ahli panel jawatankuasa berkenaan adalah Datuk Azzat Kamaludin. Selain daripada merupakan seorang peguam yang memiliki firma guaman Azzat & Izzat, beliau juga merupakan bekas Pegawai Tadbir Diplomatik untuk Kementerian Luar Negeri. Lebih mengejutkan, Datuk Izzat Kamaluddin juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Boustead Holdings Berhad dan Axiata Group Berhad (dahulunya dikenali sebagai TM International)!!!

Bagaimana seorang Ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) boleh terlibat dalam satu jawatankuasa yang dikelolakan oleh sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar seperti BERSIH? Apakah Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak menyimpan "musang berbulu ayam" untuk mengendalikan syarikat berstatus GLC?


1 Apa Sudah Jadi Dengan RTM? Menteri Sendiripun Tidak Kenal? cc. DS @shaberyc


Apa sudah jadi dengan kakitangan-kakitangan di belakang tabir stesen penyiaran di Malaysia yang banyak membuat kesilapan sejak akhir-akhir ini. Gambar di atas adalah "screen shot" dari Berita RTM yang membuat kesilapan meletakkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani! Kalau kakitangan RTM tidak mengenal Menteri sendiri susahlah!

Semalam juga dunia berita telah dikejutkan dengan kesilapan Astro Awani memaparkan mesej, "Muhyiddin ucap tahniah kepada keluarga Azizan". "Tahniah" dan "takziah" memberi maksud yang berbeza sama sekali dan boleh mengundang kontroversi. Walau bagaimanapun Astro Awani telah memohon maaf secara langsung selepas itu.

Kita harap pihak pengurusan di belakang tabir sesuatu Rancangan TV dapat lebih berhati-hati selepas ini terutama yang membabitkan rancangan secara langsung "live". Ini kerana sebarang kesilapan kecil boleh memberi impak yang besar serta menjejaskan reputasi stesen TV berkenaan.


September 26, 2013

7 Nurul Izzah Cuba Cari Publisiti Murahan Isu Pengawal Keselamatan vs Bini Mat Yo?


Nurul Izzah bijak mencari peluang. Ibarat menangguk di air yang keruh. Nurul Izzah bijak menghidu ruang untuk mendapatkan publisiti murahan dan mengambil kredit dari masalah orang lain. Tidak salah untuk datang melawat Pengawal Keselamatan yang dimaki hamun dan disepak oleh isteri pemain bolasepak JDT, Mat Yo. 

Setakat hendak melawat tidak mengapa. Jangan ambik kesempatan di atas kesusahan orang lain untuk kepentingan politik . Juga tidak perlu mencari glamour dengan bergambar dan menyiarkan di alam maya. Apa selepas ini? Mengarahkan Lateefa Koya dan S Surendran untuk mewakili Pengawal Keselamatan berkenaan untuk saman malu? Jangan selepas ini Pakcik Pengawal Keselamatan ini diusung ke sana sini untuk ceramah PR sudahlah.

0 Al Fatihah Buat Ustaz Azizan Abdul Razak - Gambar-Gambar Terakhir Allahyarham Sebelum Dikebumikan



Mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, telah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar, Kedah pada pukul 11.15 pagi tadi.

Kepada yang ingin menziarahi jenazah Allahyarham, bolehlah hadir ke Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena, Langgar. Jenazah akan disembahyangkan jam 3.00 petang dan dikebumikan pada pukul 5.30 petang di Masjid Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah.

Semoga Allah merahmati roh Allahyarham. Al Fatihah.













1 DS Rosmah Bergambar Dengan Jalur Gemilang Terbalik


CTS amat sensitif terhadap penggunaan dan tatacara pemakaian Bendera Kebangsaan Malaysia Jalur Gemilang. Waima yang terkhilaf pengunaannya adalah isteri Perdana Menteri sekalipun, CTS harus menegur. Ini disebabkan Bendera Negara adalah maruah dan lambang Malaysia yang harus dijaga. 

Pelajar-pelajar ini mungkin terdiri daripada pelajar-pelajar istimewa yang datang dari luar negara. Seharusnya Pegawai Khas Datin Seri Rosmah yang ada di situ menasihatkan beliau tentang kesilapan memegang lukisan Jalur Gemilang secara terbalik. 

Tambahan pula, berita dan gambar ini mendapat liputan pemberita antarabangsa dan turut disiarkan oleh BERNAMA. Diharap semua pihak akan lebih sensitif jika melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada masa hadapan.

September 24, 2013

22 Temubual Eksklusif Dan Salinan Laporan Polis Dari Pengawal Keselamatan Yang Ditendang Oleh Isteri Pemain JDT, Mat Yo



Sejak semalam laman sosial telah dikejutkan dengan video seorang perempuan yang dipercayai isteri bintang bolasepak JDT, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo. Isteri Mat Yo yang menggunakan nama 'Shahrul Aisya' dalam laman sosial Facebook, didapati di dalam video berkenaan telah melemparkan kata-kata kesat terhadap seorang Pengawal Keselamatan Lapangan Terbang Subang, gara-gara isu parkir kereta. 

Pada mulanya, video itu dirakam dan dimuat naik dilaman sosial oleh isteri Mat Yo untuk mempamerkan sikap layanan buruk Pengwal Keselamatan yang memarahinya. Tanpa disedari, perbuatan isteri Mat Yo itu adalah lebih teruk dan sangat kurang beretika terhadap seorang yang lebih berumur atau berusia darinya. 

Selain itu, dia turut mengatakan Pakcik Pengawal Keselatan itu adalah seorang yang bodoh dan jantan dayus. Jelas perbuatan itu sangat tidak menghormati orang lebih tua. Video berkenaan boleh dilayari di laman Youtube di bawah:


Isteri Mat Yo juga dipercayai telah memuatnaik kejadian berkenaan di dalam laman Facebook beliau dengan kata-kata kesat sehingga menggelarkan seseorang sebagai anjing. Baca dan buat penilaian sendiri:


Rakan Facebook, pemilik akaun Admin amRF, berjaya mendapatkan temubual eksklusif dengan Pengawal Keselamatan berkenaan mengenai insiden berkenaan:


Ini pula adalah salinan laporan Polis yang dibuat oleh Pengawal Keselatan berkenaan bertarikh 12/09/2013. Diharap pihak Polis dapat menjalankan siasatan ke atas aduan berkenaan. CTS hanya mampu mengelengkan kepala. Wang dan kemewahan bukanlah satu tiket untuk menghina sesiapa, apatah lagi terhadap seorang yang mencari pendapatan halal sebagai Pengawal Keselamatan dan berumur sebaya bapa kita.

6 Almarhum Chin Peng? Terdesak Gila Puak Komunis Mengangkat "The Butcher of Malaya"



Sejak bila Cina Komunis ini menganut Islam? Kalau benar sekalipun beliau menganut Islam, kenapa mayat beliau tidak dimandi, dikafan dan ditahlil secara Islam? Kenapa mesti mayatnya dibakar dan abunya menjadi rebutan keturunan komunis di Malaysia? Kenapa mayatnya sekarang berada di tokong dan bukannya di masjid atau surau?

Apa agenda Cina komunis cuba meletakkaan perkataan Almarhum dan bukan mendiang di pangkal nama Chin Peng? Apakah agenda mereka? Juak-juak PAS yang bersusah payah datang melawat mayat Chin Peng di Bangkok tidak tegurkah kain rentang provokasi ini? Atau mereka sudah banyak makan benda haram sehingga hati menjadi hitam?

Dan soalan yang terakhir CTS hendak bertanya kepada pembaca. Kenapakah mayat Chin Peng disembahyangkan di tokong Buddha. Ini satu penghinaan kepada penganut-penganut Buddha. Bukankah Chin Peng itu komunis. Komunis mana percaya Agama. Betulkan CTS kalau tersilap.

September 23, 2013

0 Yayasan Pengaman Malaysia Menyanggah Kenyataan TS Rahim Noor Mengenai Isu Abu Chin Peng

Hujan tidak, ributpun bukan, hari ini The Malaysian Insiders (baca di sini) telah memetik kenyataan Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, yang diwawancara oleh radio BFM, United Kingdom, semalam. Tidak pasti kenapakah Tan Sri Rahim Noor, di dalam wawancara tersebut amat teruja sekali untuk membenarkan golongan minoriti keturunan komunis untuk membawa abu Chin Peng pulang ke Malaysia. Katanya,
"There is a hue and cry from the public not to even allow his ashes (back into Malaysia). My God ... this is stretching the argument a bit too far. It’s a bit naive I think. If the government succumbs to this public pressure not to allow Chin Peng's ashes to be brought back, I think, we are making Malaysia a laughing stock to the whole world."
Sudah pastinya kenyataan TS Rahim Noor ini akan dijadikan modal keturunan komunis di Malaysia untuk mendesak Kerajaan untuk membawa abu komunis pulang ke Malaysia. Lewat petang tadi, Yayasan Pengaman Malaysia, sebuah badan yang mewakili bekas-bekas PDRM, telah mengeluarkan kenyataan membidas kenyataan TS Rahim Noor di dalam wawancara berkenaan. Baca Kenyataan Media Yayasan Pengaman Malaysia seperti berikut:


September 22, 2013

4 Gambar MP Jelutong, Jeff Ooi Sembah Mayat Chin Peng


Tahniah buat Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi yang tidak bersembunyi menyatakan sokongan dan peminat kepada bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng. Beliau secara terang-terangan memuatnaik gambar beliau menyembah mayat Chin Peng di laman Facebook beliau. Gambar di atas adalah gambar Jeff Ooi dan Pembantu Khas Pengerusi DAP Pulau Pinang, Li Hanming.

Kedua-dua tokoh DAP ini tiba di Bangkok pada pukul 9.45 pagi semalam dengan menaiki penerbangan Thai Airways. Kehadiran Ahli Parlimen DAP Pulau Pinang ini memberi penghormatan terakhir kepada "The Butcher of Malaya" di Kuil Wat That Thong ini juga turut mendapat liputan akhbar Thailand Kwong Wah eNews, di sini.

CTS masih menantikan gambar-gambar ADUN-ADUN Selangor yang 'kebetulan' mengadakan 'retreat' di Bangkok pada masa Chin Peng meninggal dunia. Takkan sudah berada di situ, mereka tidak hadir memberi penghormatan yang terakhir, terutama bagi ADUN-ADUN DAP yang sayang dan cintakan DAP?

Baca juga Naib Presiden PKR, Tian Chua turut hadir di kuil Wat That Thong di AIDC, di sini.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates