September 20, 2013

1 Gambar-Gambar Sekitar Majlis Tamat Latihan Pegawai Penguatkuasa SPAD

Acara: Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Dan Induksi Pegawai Penguatkuasa SPAD
Tarikh: 20 September 2013 (Jumaat)
Masa: 8.30 a.m.
Tempat: Pusat Latihan Kor Polis Tentera (PULAPOT), Kem Genting Klang, Kuala Lumpur

Majlis telah disempurnakan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Menurut Tan Sri Syed Hamid, seramai 15,000 permohonan telah diterima melalui web rasmi SPAD bagi mengisi kekosongan jawatan Penguatkuasaan SPAD. Majlis hari ini adalah bagi majlis tamat latihan kursus asas yang membabitkan sejumlah 94 orang Pegawai Penguatkuasa SPAD. 

Walaupun sejumlah 15,000 orang calon yang ,memohon hanya 750 orang yang disenaraipendekkan dan dipanggil untuk temuduga. Dari jumlah ini setelah melalui saringan hanya 94 sahaja yang diambil. Dilaporkan sehingga kini SPAD mempunyai seramai 402 kakitangan penguatkuasa keseluruhannya.



Lintas kawad oleh pelatih penguatkuasa SPAD

Selesai pemeriksaan barisan oleh Pengerusi SPAD

Selesai pemeriksaan barisan oleh Pengerusi SPAD
Ucapan penutup oleh Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar

September 19, 2013

0 Sudah Ada 2 Bakal Calon Yang Berhasrat Menentang Timbalan Presiden UMNO, TS @MuhyiddinYassin Dalam PAU 2013


Tidak pasti sama ada insan di atas benar-benar akan menghantar borang pencalonan beliau untuk bertanding Timbalan Presiden UMNO di dalam Persidangan Agung UMNO, selewat-lewatnya Sabtu ini atau tidak? Gambar di atas CTS perolehi daripada laman sosial Facebooknya di sini. Mungkin sekadar mencari publisiti murahan, sekadar gurauan atau sememangnya amat bercita-cita tinggi sehinggakan tangan tidak mencecah ke langit, kaki tidak memijak di bumi.

Seorang aktivis UMNO dan media sosial yang juga blogger di blog Sang Kelembai, Zaharin Mohd Yassin, turut sama membayangkan niatnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau yang sebelum ini dilihat sering mengkritik kepimpinan TS Muhyiddin Yassin di dalam Facebook dan blog beliau.


UMNO adalah sebuah parti yang amat demokratik. Sesiapa sahaja yang menjadi ahli dengan syarat-syarat tertentu boleh mencalonkan diri untuk apa-apa jawatan sekalipun, waima jawatan Presiden parti. Namun biarlah pencalonan kita itu sesuai dengan kemampuan diri sendiri. Ibarat pepatah mengukur baju di badan sendiri. Janganlah sampai diketawakan orang. Kalau semua orang ambil borang nak bertanding jawatan dalam PAU, siapa pula yang nak jadi ahli biasa?

0 Lawatan Kerja SPAD Ke PUSPAKOM Mengeratkan Kerjasama



Semalam, satu lawatan kerja oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) ke Puspakom yang diketuai Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Dato' Paduka Che Hasni Che Ahmad serta Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman dan Ketua Pegawai eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail.

TS Syed Hamid sangat berpuas hati dengan proses kelulusan untuk 'batch' pertama Teksi 1Malaysia (TEKS1M) di mana sistem pemeriksaan yang setaraf dengan peringkat antarabangsa. Setiap pemeriksaan adalah terperinci meliputi chasis, nombor enjin dan ditentukan sistem itu sendiri dan setiap proses akan diberikan kelulusan. Setiap kenderaan yang telah melalui proses pemeriksaan ini akan diberi sijil kelulusan.

Pada 24 Ogos 2011, SPAD telah menandatangani satu memorandum persefahaman bersama Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM), sebuah anak syarikat DRB-Hicom, bertujuan untuk bekerjasama bagi memastikan keadaan kenderaan pengangkutan awam dan perdagangan adalah sah dan selamat.

Melalui memorandum persefahaman ini juga, kedua-dua pihak berhasrat untuk berkongsi maklumat dalam aspek mengesan, merekod dan mengambil tindakan susulan terhadap kenderaan pengangkutan awam dan perdagangan yang gagal hadir untuk pemeriksaan mandatori di PUSPAKOM dan akan menyalurkan maklumat berkaitan kepada SPAD untuk tindakan lanjut.

Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemberian 1,000 permit teksi individu di bawah program Teks1M dalam usaha kerajaan menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam selain meningkatkan pendapatan pemandu teksi di negara ini.







September 18, 2013

6 Apa Kena Dengan Muka @anwaribrahim? Cucuk Botox Atau Digigit Tebuan?

Ini gambar terbaru Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim:




Ini pula gambar lama beliau:


Nampak tak perbezaannya? Pipi semakin tembam. Kedut di wajah sudah tiada lagi. Mukapun semakin putih berseri dan gebu. Apa rahsia Dato Seri? Mungkin kesan selalu mengambil wuduk kot? hehehe .... Cuba kita lihat sekali lagi boleh?

September 17, 2013

7 Lihat Apa Anak Cina DAP Kutuk Malaysia Apabila Kelab Gergasi Manchester United Ucapkan Selamat Hari Malaysia


Hebat! Manchester United Club yang dikendalikan oleh 'administrators' di luar negara semalam turut mengucapkan Selamat Hari Malaysia ke 50 dalam Bahasa Melayu. Belum pernah dalam sejarah sebuah kelab bolasepak gergasi dunia melakukan sedemikian. Buat yang bukan kaki bola, laman 'fanpage' di atas dikendalikan oleh 'administrators' luar negara dan Manchester United merupakan Juala Liga Perdana Inggeris dan merupakan kelab terkaya di dunia.

Namun, apa yang sedihnya di saat dunia mengiktiraf Malaysia, ada juga pencacai-pencacai DAP yang tidak senang dengan ucapan tahniah tersebut. Lihatlah antara komen-komen yang dibuat oleh anak-anak Cina DAP yang tidak mengenang budi ini. Perbetulkan CTS jika silap. Bukankah apabila orang luar mengucapkan 'Selamat Ulang Tahun' kepada kita, bukankah rasa hormat dan bersopan santun, kita patut menjawab 'Terima Kasih'? Bukannya dengan menjawab, keadaan rumah saya teruk, bapa saya jahat, mak saya begitu dan kakak saya begini. Cina DAP memang sungguh kurang ajar!!!


6 Mujahid Yusof Rawa Sampai Masuk Gereja Untuk Berdakwah!


Gambar di atas di ambil di dalam gereja Kristian St Mark, Pantai Road, Butterworth, Pilau Pinang. Ahli panel di barisan depan paling kanan sekali adalah Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS yang mewakili Rakyat di Parit Buntar, Perak. Ahli Parlimen PAS Parit Buntar ini pandai-pandai mewakilkan diri sebagai Wakil Islam di dalam perbincangan antara Agama yang dikenali sebagai "Islam-Christian Interfaith Dialog". 

Sejak bila pula umat-umat Islam di Malaysia melantik Mujahid ini sebagai wakil mereka di dalam perbincangan di atara Agama? Sejak bila PAS menjadi terlebih Islamik daripada orang lain untuk menjadi wakil kepada umat Islam di Malaysia? Kalau hendak diadakan perbincangan sekalipun antara Agama, kenapa dibuat secara tertutup di gereja? Bukan tidak pernah TV Al Hijrah mengadakan dialog harmoni sebegini di televisyen. Tak bolehkah dialog dibuat di tempat terbuka dan bebas seperti di dewan orang ramai?

Seperti biasalah, kalau penceramah PAS yang berceramah, pasti ada barang yang hendak dijualnya. Mujahid jual buku beliaulah. Mujahid jual ubat gigi berjenama "Uzai" lah. Kononnya kalau gosok gigi menggunakan ubat gigi ini, senyuman akan semanis senyuman Dato Nik Aziz Nik Mat. Macam-macam si Mujahid ini.

4 Rayuan Pemimpin PAS Untuk Mewujudkan Tabung Memali Kedua?


PAS semalam melancarkan tabung baru untuk mengutip derma, kononnya untuk 13 peserta dan keluarga demonstrasi di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masih ingatkah lagi kita dengan peserta-peserta ini yang berbaring di jalanan ketika krisis politik di Perak pada tahun 2009. Mereka ini telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan denda RM5,000. Kesemua mereka ditangkap Jumaat lalu.

Dengan menggunakan akaun parti politik iaitu 'Badan Perhubungan PAS Negeri Perak', pemimpin-pemimpin PAS seperti YB Khalid Samad dan YB Nasruddin Tantawi, mula untuk merayu pengikut-pengikut mereka untuk menderma kepada tabung berkenaan. Sejarah membuktikan mereka tidak pernah telus dan akauntabiliti dalam soal pengurusan tabung derma. 

Apa sudah jadi dengan Tabung Memali? Apa sudah jadi dengan Tabung Lahad Datu? Berapa jumlah kutipan tabung berkenaan? Berapa jumlah kutipan dan agihan pada penerima dan keluarga mereka? Di mana wang berkenaan disalurkan dan siapakan yang mengaudit kesemua kutipan berkenaan? Dan menjadi pokok persoalan, siapakah yang menjadi penganjur demonstrasi tersebut? Kenapakah mereka menghilangkan diri sewaktu peserta demontrasi dan keluarga mereka memerlukan bantuan?


September 15, 2013

4 Apabila Anak Ulama Bekas Menteri Besar Hidup Bermewah-Mewahan ...


Buat kali pertama CTS bersetuju dengan Khalid Mohd Ismath. Tidak ada salahnya sebagai seorang Islam kita hidup bermwah-mewahan. Islam tidak melarang kita hidup mewah. Islam tidak menyuruh kita mengkufuri nikmat dunia. Apa yang tidak digalakkan apabila kita mengutuk dan mengeji seteru politik kita yang hidup dengan kemewahan dunia sedangkan kita sendiri tidak dapat tidak cintakan kemewahan dunia.


Betullah kata Khalid Mohd Ismath. Kenapa kita mesti berpura-pura munafik menyeret motorsikal buruk datau berkereta kecil ketika berhadapan dengan Rakyat sedangkan kita sebenarnya tinggal di dalam 'kolam duit'. Pemimpin-pemimpin pembangkang meminta pengikut-pengikut mereka mengheret motosikal untuk menunjukkan protes kepada Kerajaan kerana menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen sedangkan mereka ke sana sini dengan helikopter dan jet mewah. Siapa yang bodoh? Siapa yang dilembukan?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates