September 13, 2013

4 Iklan Air Asia Dalam Akhbar Utusan Malaysia? Sudah Berdamaikah Mereka? cc. @tonyfernandes


Kontroversi bermula apabila Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Osman-Rani, telah memulakan 'perang' dengan Utusan Malaysia dengan mengeluarkan kenyataan berikut di dalam laman sosial beliau:



Pengerusi Air Asia X, Dato Seri Rafidah Aziz, cuba meredakan keadaan pada 13 May 2013, dengan berkata syarikat penerbangan tambang murah berkenaan tidak akan menghentikan pengiklanan di Utusan Malaysia dan menganggap kenyataan Azran Osman-Rani bersifat peribadi. Baca The Mole, di sini.

Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat pula di dalam kolum 'Bisik-Bisik Awang Selamat' di sini, mengatakan:
Cuma Awang ingin mencadangkan supaya Kumpulan Utusan tidak lagi menerima iklan Air Asia selagi tiada permohonan maaf . Biarlah iklan syarikat itu ada pada akhbar lain tetapi bukan Utusan. Tanpa iklan Air Asia, Utusan tidak akan hadapi masalah. Lagipun nilai iklan yang diberi sangat kecil, lebih rendah daripada iklan jamu dan rawatan rambut.
Hari ini begitu megah Air Asia Berhad (syarikat induk Air Asia X) mengucapkan tahniah kepada Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (pemilik Utusan Malaysia) di atas perasmian Ibu Pejabat baru mereka di dalam akhbar Utusan Malaysia, hari ini. Apa sudah jadi? Sudah berdamaikah kedua-dua pihak yang bertelagah ini? Siapa yang menjilat ludah sendiri ni? Jangan tanya CTS. CTS pun pening!

1 Drink University - Wajarkah Diguna Sebagai Nama Bar?



Restoren dan bar yang dinamakan Drink University ini bakal dibuka di Jalan Raja Chulan, berhadapan dengan Hotel Istana dan Wisma Genting. Nak buka bar ka, lounge ka, disco ka, tiada siapa yang melarang. Persoalannya, tidak ada nama lainkah yang boleh digunakan selain dari menggunakan nama Universiti?

Semua sedia maklum Universiti adalah tempat menimba ilmu. Apakah ilmu yang boleh didapati di sebuah bar selain dari mabuk? Apakah pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Registrar Of Company (ROC) terlepas pandang dengan penggunaan nama ini? Atau apakah perkara ini tidak dipandang berat lagi?

September 12, 2013

19 Patutlah Zunar Biadap Dengan Kalimah Allah, Lihatlah Gambar Bini Dia Macam Mana


Kebiadapan kartunis Zunar yang merupakan macai PR kali ini sudah melebihi batas. Kebebasan beliau berkarya melalui kartun-kartunnya sudah melampau, apabila kalimah Allah dipermainkan di dalam karikatur terbarunya. Kita tidak minta beliau berjuang mempertahankan Kalimah Allah tetapi jangan sampai mempermainkannya demi sokongan politiknya yang sempit. 

Jangan memperlekehkan orang-orang Islam yang lain sekiranya anda berjiwa sekular. Tak percaya? Lihatlah gambar-gambar beliau dan isterinya di bawah. Kainpun tak mampu beli bagi isteri menutup aurat, sampai terbonjol belahan dada!

Nama isteri dia Noor Fazlina Rosley. Bekas pelajar MRSM Jasin dan sekarang bekerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Berada di Unit Pembangunan Harta Tanah. Unit ini sekarang telah dijumudkan.

DBKL tidak ada kena mengena dengan Kerajaan ka? Dulu belajar MRSM, Kerajaan tak tanggung ka? Setiap hari laki bini kutuk Kerajaan. Zunar pulak selalu kutuk DS Rosmah Mansor berbadan besar. Bini dia seksi dan ramping sangat ka? Cantik macam Megan Fox ka?


September 11, 2013

0 SPAD - Rundingan Projek Kereta Api Kelajuan Tinggi Dijangka Selesai Pada Suku Ketiga Dan Keempat 2014


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mahu menyelesaikan rundingan projek kereta api laju sejauh 330 kilometer antara Kuala Lumpur-Singapura pada suku ketiga atau keempat tahun depan. Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Nur Ismail Mohamed Kamal berkata rundingan antara SPAD dan pihak berkuasa di Singapura bermula bulan depan.

"Kami baru memulakan proses berhubung dengan pihak Singapura," katanya pada taklimat media selepas pelancaran Persidangan dan Pameran Antarabangsa Perniagaan Rel Asia 2013 di sini Selasa oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.

Apabila siap, projek itu dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua negara kepada 90 minit serta meningkatkan ekonomi dan hubungan sesama penduduk. Dalam perkembangan lain, Pengerusi SPAD TS Syed Hamid Albar berkata masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenai bagaimana dan bila projek jajaran kedua dan ketiga MRT dijalankan.

Beliau berkata suruhanjaya itu telah melakukan semua kajian yang diperlukan untuk projek berkenaan. Namun katanya tidak sepatutnya ada jurang antara pembinaan semasa MRT Sungai Buloh-Kajang, yang dijadualkan siap pada 2016, dan jajaran kedua dan ketiga MRT.

"Kita tidak boleh menyiapkan projek MRT pertama dan berhenti. Kita berharap tiga empat tahun akan datang jajaran kedua dan ketiga MRT dapat dilaksanakan," katanya. SPAD dilaporkan sedang menyediakan kertas kerja landasan baharu - jajaran MRT kedua dan ketiga yang akan dibentangkan kepada kerajaan untuk kelulusan.

1 Jalan Macalister Berlubang Lagi @cmlimguaneng ? Kerja Separuh Masak Oleh MPPP?



Masih ingatkah lagi kita dengan kabel telekomunikasi yang jatuh dari Menara Ibu Pejabat UMNO ke atas Jalan Macalister tempoh hari? Masih ingatkah lagi Menara Ibupejabat UMNO Penang yang "luntur" dan "lentur" kalau ikut Bahasa Malaysia Joseph Lim Guan Eng? 

Kita juga tidak lupa apabila Ketua Menteri Pulau Pinang itu maki hamun UMNO kerana tidak dapat buka semula Jalan Macalister yang telah disiapkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana kerja-kerja dijalankan di Menara UMNO yang mungkin membahayakan orang ramai. Lihat video, di sini

Sekarang lihat apa sudah jadi, jalan yang dibuka kembali berlubang. Adakah ini bermakna kerja separuh masak dilakukan oleh MPPP? Atau apakah ada unsur rasuah di dalam menyiapkan jalan yang tidak "up to the standard" ini? Joseph Lim Guan Eng tidak mahu menubuhkan Suruhanjaya Di Raja atau Inkues untuk menyiasat kejadian jalan berlubang ini?

1 Inikah Cara Air Asia Sabotaj Matta Fair @tonyfernandes ?


Pemilik Air Asia, Tony Fernandes dengan bangganya memaparkan gambar pramugarinya di pameran Matta Fair, di PWTC yang berakhir Ahad lepas. Berdasarkan kenyataan Timbalan Presiden, Malaysia Inbound Tourism Association (MITA), Uzaidi Udanis, Air Asia tidak mahu mengambil bahagian di Matta Fair. 

Persoalannya kenapakah pramugari Air Asia 'diseludup' masuk ke Dewan Matta Fair tanpa menggunakan "pass tag"? Adakah ini sebahagian dari strategi Air Asia untuk bermain kotor? Adakah ini yang dinamakan "Guerilla Marketing Tactic"? Semuanya hendak pengiklanan percuma? Boleh pulak selepas itu Tony Fernandes berbangga dengan memuatnaik gambar berkenaan di dalam laman sosial Twitter beliau.

2 Laporan Tidak Beretika Dari @tm_insider Berkaitan Kenyataan Menteri


Ini kenyataan 'verbatim' daripada Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusuh dipetik daripada The Malaysian Insiders, di sini.
"If some people feel the system is not good and want to send their children overseas to study, the government cannot stop them. But the Ministry will work towards improving the country’s education system."
Nampak sangat niat jahat dan provokasi wartawan berkenaan dan editor potal berkenaan apabila meletakkan tajuk seperti berikut:
Not happy with the country’s education system? Send your kids overseas, says minister
Apa motif portal berkenaan membuat provokasi yang amat tidak bertanggungjawab ini. Untuk menyebabkan Rakyat Malaysia bangun marah? Portal berkenaan tahu Rakyat Malaysia amat rajin membaca berita. Bukan keseluruhan cerita. Hanya membaca tajuk sesuatu berita. Sungguh bijak wartawan dan editor portal berkenaan memanipulasikan berita untuk menaikkan kemarahan Rakyat menentang Kerajaan.

September 10, 2013

0 SPAD - Kerajaan Tambah RM160billion Untuk Projek Berkaitan Rel Menjelang 2020

Kerajaan telah melaburkan lebih RM50billion dalam projek-projek berkaitan rel sejak 1990 dan dijangka membelanjakan tambahan RM160 bilion menjelang 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya berikutan perkembangan pesat industri rel, aplikasi infrastruktur pintar boleh mengurangkan kos dan meningkatkan tahap keselamatan serta kebergantungan pada industri pengangkutan awam.

"Aspek paling kritikal ialah melatih tenaga mahir dalam industri rel untuk memastikan pembinaan dan operasi berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Industri rel memerlukan pekerja terlatih untuk pembinaan trek, kemudahan dan lain-lain infrastruktur penyelidikan dan pembangunan, serta pengeluaran peralatan komunikasi dan isyarat. Di samping itu banyak kekosongan perlu diisi di mana projek MRT sahaja dijangka mewujudkan lebih 130,000 peluang pekerjaan," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Industri Keretapi Asia 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Selasa.Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Fadhilah Yusof dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Perdana Menteri berkata pertumbuhan industri rel dalam negara merupakan tanggungjawab besar ke atas kerajaan, penggiat industri serta agensi seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, SPAD dan Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT). Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut mengalu-alukan penubuhan Akademi SPAD yang bakal menjadi pusat kecemerlangan bagi industri rel dan pengangkutan awam darat.

"Saya alu-alukan inisiatif SPAD kerana kita semua tahu, tanpa tenaga mahir dan berpengalaman serta profesional, tidak ada industri yang dapat berdaya tahan atau berkembang," katanya. Najib berkata, Malaysia bertuah kerana berjaya menarik perhatian China South Railway Group, iaitu salah satu daripada syarikat pembuat tren terbesar di dunia untuk bekerjasama menerusi anak syarikatnya, CSR ZhuZhou Electric Locomotive Co Ltd, untuk membina Pusat Rel ASEAN di Batu Gajah perak yang dijangka siap pada pertengahan 2014.

"Saya yakin Malaysia boleh berjaya dan cemerlang dalam perniagaan rel 
dan pada masa yang sama meningkatkan mobiliti rakyatnya secara mampan. Dalam konteks ini, persidangan ini adalah satu forum yang tepat untuk belajar dan berkongsi. Saya harap seminar ini dapat dijadikan sebagai tempat pertemuan pakar-pakar rel dan perunding untuk bertukar fikiran, berkongsi maklumat dan mencari peluang untuk mengadakan kerjasama," katanya.

Pada majlis itu Perdana menteri turut menyaksikan Perjanjian Persefahaman (MOU) di antara SPAD dan Institute Rail Signal Engineers (IRSE) dalam usaha meningkatkan standard keselamatan operasi dan penyelenggaraan tren, di samping melahirkan jurutera dan juruteknik berkelayan dan bertauliah dalam industri rel.

10 Sekeping Gambar Sedih Anak Kecil Menuntut Ilmu Di Sarawak cc. @Muhyiddin_Yassin @PKamalanathan


Ini gambar realiti kehidupan. Ini bukan gambar edit. Seorang sahabat di laman sosial Facebook berkongsikan gambar salah seorang anak muridnya yang menuntut di sebuah sekolah rendah di Tatau, Sarawak. Amat menyedihkan bilamana plastik beras dijadikan sebagai beg sekolah. CTS sendiri kalau bukan melihat sendiri gambar yang disiarkan oleh rakan CTS pastinya sukar untuk mempercayai realiti kehidupan yang getir ini.

Terselit rasa bangga dengan anak kecil ini yang bersemangat belajar untuk mengubah nasib keluarganya. Diharap Wakil-Wakil Rakyat dari parti mana sekalipun, di ceruk kawasan mana sekalipun, turunlah sendiri ke padang. Lihatlah sendiri susah senang Rakyat. Janganlah terlepas pandang perkara-perkara sebegini. Terima kasih Cikgu Khairul Nizam Mohd Sopery kerana berkongsikan sekeping kisah kehidupan.

7 Gambar Yang Tidak Enak Dilihat Di Perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya Hari Ini


Kita hargai kehadiran mereka untuk sama-sama membantah tindakan pihak bukan Islam menggunakan kalimah Allah di dalam Majalah Herald mahupun Bible berbahasa Melayu. Namun kehadiran mereka dengan berpakaian mencucuk mata amat kurang enak dilihat. Seeloknya pakailah pakaian yang bersopan dan menutup aurat (bukan membalut aurat) sesuai dengan majlis dan adab susila mereka sebagai wanita Islam. Apa pula kata penganut Agama lain kalau begini caranya pemakaian dan tata susila umat-umat Islam yang hendak menegakkan kalimah Allah?

0 Terkini Dari Mahkamah Rayuan Putrajaya - Kes Penggunaan Kalimah Allah Dalam Majalah Herald

Kemaskini 4.33 p.m.:

Mahkamah menangguhkan kes untuk membacakan keputusan pada satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak.

Kemaskini 4.30 p.m.:

Semua pihak telah selesai berhujah. Sekarang sedang menunggu sama ada panel Hakim hendak terus bagi keputusan atau menangguhkan ke satu tarikh yang lain untuk keputusan. 

Posting Asal:

Sekitar 500 kini berkumpul di luar Mahkamah Rayuan di Bangunan Istana Kehakiman di Putrajaya bagi menanti prosiding rayuan Kerajaan Malaysia terhadap kes kalimah Allah di dalam Majalah Herald. Prosiding dijalankan bermula 9.45 pagi tadi dan didengar oleh 3 panel hakim yang diketuai oleh Dato Seri Mohamed Apandi Ali. Dua lagi hakim adalah Dato Abdul Aziz Abdul Rahim dan Dato Mohamad Zawawi Salleh.












September 9, 2013

7 Pesanan Buat Pertubuhan Cina Dong-Key Zong


Kamu dilahirkan di Malaysia
Kamu dibesarkan di Malaysia
Kamu cari makan dan berusaha susah payah untuk mengejar kekayaan, juga di Malaysia
Kamu kahwin dan beranak pinak di Malaysia
Dan berkemungkinan ...
Kamu akan mampus dan ditanam di Malaysia

Tetapi ...

Kamu enggan bekerjasama dan menerima tanggungjawab sebagai Rakyat Malaysia
Kamu enggan belajar bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan bagi sebuah negara bernama Malaysia
Kamu bertegas mahu hidup berasingan, di dalam kepompong Cina
Kamu bertekad mahukan pembelajaran bahasa Cina di dalam kepompong Cina kamu
Sedangkan kamu lupa, ini adalah negara Malaysia dan bukannya negara Republik China
Kami juga mahu tahu apakah motif kamu
Mahukan lebih banyak darah Cina mengalir di dalam darah kamu dan bukannya darah Malaysia

Kesimpulannya ...

1) Kamu boleh buang ego tinggi kamu, buang segala pemikiran dan imaginasi kamu untuk mengcinakan masyarakat Cina di Malaysia, belajar dengan segera Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan, cari makan dan hidup harmoni di antara kesemua masyarakat majmuk di Malaysia, tanahair kamu sehingga ke akhir hayat.

Atau ...

2) Kamu tinggalkan negara ini dan carilah mana-mana negara yang mengamalkan bahasa Mandarin atau Hokkien atau Kantonis sebagai bahasa Ibunda mereka. Pepatah English ada berkata, "may your flock live happily ever after".

5 Agen Pencari Jodoh Di Facebook - Macam Hendak Jual Oranglah Pulak

CTS sehari dua lepas berhenti sekejap menulis mengenai politik. Ingin berehat dan mendapatkan idea-idea baru untuk menulis. Dalam kesempatan melihat status Facebook rakan-rakan, CTS telah menemui satu akaun yang unik atas nama Agen Pencari Jodoh. 

Teringat kalau suatu masa dulu, ada satu ruangan di dalam Majalah URTV iaitu "Kembang Setaman". Abang-abang dan Pakcik-pakcik pasti tersenyum apabila CTS menyebut ruangan berkenaan, Sekarang zaman berubah, Agensi pencari jodoh juga telah mula menggunakan medium baru di laman sosial untuk menarik lelaki dan perempuan untuk mencari jodoh. 

Di bawah CTS telah "screenshot"kan sebahagian daripada posting-posting daripada pencari-pencari jodoh yang bagi CTS lucu. Namun, buat perempuan-perempuan yang menyertai rungan ini, janganlah nampak murah sangat, walaunpun meletakkan bidaan hantaran dan mas kahwin yang tinggi.




 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates