August 31, 2013

11 Video Rakyat Malaysia Prihatin Merampas Sang Saka Malaya Di Dataran Merdeka, Semalam cc @PDRMsia


Semalam, bertempat di pinggir Dataran Merdeka sewaktu seluruh Rakyat Malaysia sedang menyambut Ambang Merdeka, sekumpulan pengikut PR yang menamakan diri mereka Himpunan Hijau cuba membuat onar di situ dengan mengadakan ceramah dan cuba memperkenalkan bendera baru yang dikenali sebagai Sang Saka Malaya dengan bertujuan untuk menggantikan bendera Malaysia yang sedia ada, Jalur Gemilang. 

Beberapa kelibat tokoh pembangkang seperti Pengerusi Kumpulan Hijau, Wong Tack, Adam Adli, A Samad Said, Bawani S, Blogger PR Tukar Tiub, Hishamuddin Rais dan beberapa orang lagi. Namun satu perkara yang mengejutkan berlaku. Seorang Rakyat Malaysia yang amat prihatin, berkepala botak dan berbadan besar seperti CTS, merampas Sang Saka Malaya. 


Tindakan Abang Botak berkenaan harus dipuji dan diberi penghormatan. Terdiam A Samad, Said, Adam Adli, Blogger Tukar Tiub dan beberapa lain yang sedang berucap di situ. "Ini bukan bendera Malaysia, itu Bendera Malaysia!" sambil beliau menunjukkan kepada Jalur Gemilang yang sedang berkibar. Lihat video di bawah yang disediakan oleh rakan-rakan dari RakyatNews, juga boleh dilihat di Youtube, di sini.


Tahniah Abang Botak. Sekiranya pihak berkuasa tidak boleh bertindak ke atas manusia-manusia yang menghina bendera Malaysia. Biarlah kita Rakyat Prihatin yang bertindak dengan cara kita sendiri. Rakyat Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Indonesia kerana menghina bendera Malaysia. Rakyat Malaysia menghina bendera Malaysia dibiarkan bebas. Hmmm ...

Buat Abang Botak, sekiranya membaca artikel ini, harap dapat hubungi CTS. CTS hendak belanja minum. Lihatlah video kedua di bawah. Pihak PDRM dan Kementerian Dalam Negeri tidak boleh ambil tindakankah ke atas Hishamuddin Rais, kerana mahu menukar bendera Malaysia?

August 30, 2013

3 DS @Zahid_Hamidi Makan Ice Cream Mengalahkan YB @AzminAli!!!


Ini bukan cerita makan ice cream di dalam tandas. Ini cerita Menteri yang membeli ice cream yang dijual di jalanan. Tanpa segan silu dan mementingkan status sebagai seorang Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi tidak kisah pun bersama dengan orang awam atau Rakyat sambil membeli ais krim dari penjual di tepi jalan. Ini bukan posting bodek atau ampu untuk Perhimpunan Agung UMNO. Ini adalah realiti bagi siapa yang mengenali beliau.

13 Beberapa Kesilapan Teknikal Yang Dikesan Dalam Filem #TandaPutera

Beberapa kesilapan teknikal telah dikesan di dalam filem kontroversi Tanda Putera. Namun ianya tidaklah sehingga mencacatkan penceritaan sejarah di dalam filem berkenaan. Ianya berlaku mungkin kurangnya kepekaan Pengarah Lokasi dari segi susun atur 'props' dan lokasi pengambaran.


1. CCTV jelas kelihatan di dinding bangunan, walaupun vespa diletakkan di situ bagi mengambarkan keadaan pada tahun 1969.


2. Kewujudan kereta Proton Iswara yang jelas kelihatan di dalam adengan di atas seharusnya disedari oleh krew-krew filem yang ada di lokasi pengambaran.


3. Dalam adengan di atas, perabot yang dipilih amat sesuai dengan filem tahun 1969. Cumanya pada masa tersebut belum ada rasanya alat pengesan asap (smoke detector) seperti di siling pada gambar di atas.

Secara keseluruhan berikut adalah kesilapan-kesilapan lain yang dikesan:


Pembangkang tak payahlah buat isu mengenai kesilapan teknikal seperti di atas. Setiap filem waima dari Hollywood sekalipun banyak membuat kesilapan remeh sebegini. Contohnya, filem Hollywood Avatar, yang banyak memenangi anugerah pun tidak terlepas dari melakukan pelbagai kesilapan teknikal yang dipanggil "goofs", lihat di sini.

Sewaktu CTS menonton sekali malam tadi, beberapa dari adengan di atas telah disunting dan tidak ada kesilapan yang ketara kelihatan. Namun CTS tertarik dengan komen yang dibuat oleh seorang yang berketurunan Cina yang menonton filem berkenaan hari ini.


Kemaskini 31/08/2013 12:00PM:

Ini kenyataan daripada Zizan Nin, pelakon watak Tun Ismail di dalam filem Tanda Putera berkenaan 'kesilapan teknikal' berkenaan:

August 29, 2013

5 @cmlimguaneng Buat Flip Flop Lagi - 'Arahan' Tukar Jadi 'Nasihat' & Kepala Surat Yang Salah



Ini surat dari Pengarah Bahagian Perlesenan, Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang secara terang-terangan menyebut "... diarah supaya tidak menayangkan filem Tanda Putera ..." bertarikh semalam. Hari ini selepas menyedari kesilapan Kerajaan Negeri bahawa FINAS berkuasa untuk menarik balik lesen ke atas Golden Screen Cinema (GSC) kerana gagal menayangkan filem Melayu selama 7 hari, mengikut undang-undang, Kerajaan Negeri (baca Lim Guan Eng) telah membuat flip flop. 

Kerajaan Pulau Pinang telah meminda surat kepada pengendali panggung wayang, kini "menasihatkan" dan bukan "mengarahkan" Tanda Putera tidak ditayangkan di negeri itu. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendedahkan surat baru itu dalam sidang medianya hari ini, sambil mendakwa surat sebelum ini salah. Baca Malaysiakini, di sini. Lihat surat hari ini seperti di bawah. Ianya ditandatangani oleh Yang Di Pertua MPPP sendiri dan juga dari Setiausaha Perbandaran MPPP (Huh!! Dua orang sekaligus?). Arahan siapa? Pastinya Tokong bukan?



Untuk pengetahuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, bukan setakat untuk cuba menjadi diktator sahaja yang menjadi persoalan, kegopohan dan kerakusan pihak MPPP mengeluarkan surat juga turut mengundang kesilapan. Bayangkan surat yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Perlesenan menggunakan kepala surat Bahagian Kesihatan Awam!!!


Nampak sangat perkara ini dilakukan dengan tergesa-gesa kerana terlalu marahkan filem Melayu Tanda Putera dari ditayangkan di pawagam. Sejak bilalah pula Bahagian Kesihatan Awam, MPPP mengeluarkan lesen? Lihat carta jabatan-jabatan di bawah MPPP, di sini:

10 Cina Malaysia Dihukum Penjara 5 Tahun Hina Bendera Indonesia, Di Malaysia? Gerakan Tukar Bendera Pun Tak Apa!!!


Seorang cina warga Malaysia, Broderick Chin ditahan oleh polis Indonesia kerana menghina bendera Indonesia. Dia meminta seorang pekerjanya agar menggantikan bendera Indonesia dengan seluar dalam merah miliknya, ketika pekerjanya sibuk mencari bendera untuk dikibarkan sehari sebelum Hari Kebangsaan Republik Indonesia. Cina Malaysia tersebut telah ditahan oleh polis Indonesia dan bakal berdepan hukuman penjara 5 tahun atau denda RP500 juta (RM148,000). Sahabat Blogger RBF, mempunyai butiran yang terperinci. Baca di sini.


Ternyata Indonesia amat tegas di dalam memberi penghormatan kepada bendera di negara mereka. Malaysia pula bagaimana? Saban hari gerakan untuk menukar Jalur Gemilang, bendera Malaysia begitu rancak dijalankan. Tiada tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka. Mereka lepas bebas menghina tanpa takut dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Apakah Kerajaan yang ada sekarang terlalu takut mengambil tindakan untuk kekal popular?



0 SPAD - Penutupan Jalan Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-56 Tahun 2013

Bagi tujuan persiapan, latihan dan raptai perarakan serta sambutan sempena Hari Kemerdekaan Ke-56 tahun, beberapa jalan utama sekitar Dataran Merdeka akan ditutup secara berperingkat bermula:

Tarikh: 27 Ogos 2013 sehingga 31 Ogos 2013
Masa: 6:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari

Jalan-jalan yang terlibat adalah:

· Jalan Travers / Jalan Damansara - Jalan Mahameru / Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara) - Jalan Lembah / Jalan Perdana (Masjid Negara) - Bulatan Hishamuddin / Jalan Lembah - Jalan Tembusu / Jalan Lembah - Jalan Cenderasari / Jalan Perdana - Jalan Kinabalu / Susur Bukit Aman - Jalan Kinabalu / Bulatan Hishamuddin - Jalan Raja / Jalan Hishamuddin

· Jalan Leboh Pasar Besar / Jalan Hishamuddin - Jalan Leboh Ampang / Jalan Tun Perak - Bulatan Dato Onn / Jalan Parlimen

· Jalan Parlimen / Jalan Raja Laut - Jalan Sultan Ismail / Jalan T.A Rahman - Jalan Munshi Abdullah / Jalan Dang Wangi

· Jalan Dang Wangi / Jalan Tunku Abdul Rahman - Jalan Leboh Pasar Besar / Jalan Mahkamah Persekutuan - Jalan Tunku Abdul Rahman / Jalan Raja

Tarikh/Masa: 30 Ogos 2013   9:00 malam
                     Sehingga 31 Ogos 2013  12:00 tengah hari

Jalan-jalan yang terlibat adalah:

· Jalan Hishamuddin - Jalan Raja
· Jalan Tunku Abdul Rahman - Jalan Raja
· Jalan Mahkamah Persekutuan

Sila patuhi arahan semasa yang dikeluarkan oleh anggota trafik bertugas. Kesesakan dijangka. Berikut adalah Kenyataan Akhbar dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD):






August 28, 2013

14 Hanya Tanglung Khas Percuma Kepada Masyarakat Cina? Bagilah Kuih Bulan Sekali DS @NajibRazak


Betulkah kenyataan yang dikeluarkan oleh Kelab Rasmi Penyokong Dato Seri ini? Kalau betul, CTS hendak ucapkan tahniah kepada penasihat-penasihat di sekeliling Dato Seri yang mempunyai otak geliga. Kenapa hanya berikan tanglung khas Dato Seri? Kenapa tidak berikan Kuih Bulan sekali kepada seluruh masyarakat Cina semperna Perayaan Kuih Bulan pada 19 September depan? 

Kita kena sentiasa mengambil hati Masyarakat Cina Dato Seri. Disebabkan oleh merekalah Kerajaan Barisan Nasional dapat majoriti mudah di dalam PRU-13 dan Dato Seri kekal sebagai Perdana Menteri. Idea ini amat bernas sekali! Sama bernas seperti ketika Dato Seri memukul gendang Cina dalam iklan khusus buat masyarakat Cina ketika Tahun Baru Cina yang lepas. 

Dato Seri jangan risau dengan kemarahan orang Melayu. Orang-orang Melayu ini Tun Dr Mahathir pernah berkata, "Melayu Mudah Lupa". Ambillah hati sebanyak mana Dato Seri suka dengan masyarakat Cina. Masyarakat Melayu bising-bising hari ini, marah-marah hari ini, esok lusa Dato Seri beri BR1M RM500 ka, RM600 ka senyaplah mereka. Siap cium tangan Dato Seri lagi. Terima kasih Dato Seri.

3 Panas!!! Jalur Gemilang Dipasang Terbalik Di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang @cmlimguaneng



Rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dengan semangat mengibarkan bendera kebangsaan, Jalur Gemilang. Lain pula apa yang berlaku di 'Republik' Pulau Pinang, negeri di bawah pemerintahan Tokong Joseph Lim Guan Eng, yang secara diktator hari ini mengarahkan kesemua pawagam di Republik Pulau Pinang agar tidak menayangkan filem Tanda Putra,yang bermula tayangannya esok.

Suasana merdeka di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang amat mengecewakan. Jalur Gemilang dipasang secara ala kadar, dua Jalur Gemilang dipasang secara terbalik manakala yang lain digantung secara selekeh. Ini caranya Ketua Menteri menghormati bendera kebangsaan. Ini caranya Ketua Menteri dan EXCO menunjukkan kecintaan kepada negara. Amat kurang ajar!!!
Published with Blogger-droid v2.0.10

5 Apa Motif Jahat Himpunan Sejuta Tandatangan Anti-Lynas Diadakan Oleh #himpunanhijau ?

Di bawah adalah gambar-gambar yang baru diambil petang tadi di Dataran Merdeka. Kelihatan van/lori kecil diletakkan di tepi jalan dan beberapa orang berbangsa Cina sedang memujuk orang ramai yang lalu lalang untuk menandatangani petisyen Anti-Lynas. 

Kumpulan ini yang dikepalai oleh Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack, orang yang sama yang kalah dalam PRU-13 bagi Parlimen Bentong di tangan DS Liow Tiong Lai. Kumpulan ini didapati telah berada di sini sejak beberapa hari yang lepas.




Di sebelah malam pula, satu kumpulan yang kecil yang lain turut berada di di Pasar Malam Jalan Reko, Kajang, yang dikepalai oleh remaja universiti bermasalah yang juga klon Ambiga sewaktu remaja, Bawani S. 

Kita tidak pasti apakah motif dan niat jahat kumpulan Himpunan Hijau ini yang cuba mewujudkan kembali gerakan Anti-Lynas, yang isunya telah berkubur sebelum PRU-13. Mungkin ada pihak sedang mencari publisiti murahan atau ada yang mengejar laba politik.

August 27, 2013

3 Mungkin Definasi Penghayatan Kemerdekaan Perlu Diubah DS @shaberyc ? cc. @ibrahman


Ini salah sebuah rancangan hiburan di TV2 di ambang Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan, semalam. Rasanya tidak perlulah terlalu banyak hiburan untuk menyedarkan Rakyat Malaysia erti penghayatan kemerdekaan? Menari terkangkang terkoyak tidak melambangkan semangat merdeka anak bangsa. 

Rasanya dengan cara ini, jiwa dan budaya kita masih belum merdeka. Mungkin DS Menteri dan Dato Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan boleh menegur rancangan-rancangan yang disusun atur semperna kita menyambut hari kemerdekaan beberapa hari saja lagi. Realitinya, media kita terlalu sarat dengan hiburan sehingga kita alpa dengan masalah sosial semakin menjadi-jadi. 

Kerajaan yang memerintah bertanggungjawab untuk memberi kesedaran tentang nilai-nilai murni sebuah kemerdekaan dan erti perjuangan yang sebenar kepada setiap Rakyatnya. Bukannya disogok dengan hiburan yang melalaikan saban tahun. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku.

10 Hak Menyewa Pangsapuri Adalah Hak Rakyat, Bukan Kuasa Kerajaan @mpkotabelud

CTS tidak bersetuju dengan kenyataan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahalan, yang menggesa badan pengurusan pangsapuri di Sunway, Subang Jaya iaitu Pangsapuri Ridzuan, agar tidak menyekat pangsapuri mereka dari disewakan kepada warga Afrika. Beliau menggunakan perkataan 'arahan gila' apabila badan pengurusan Pangsapuri Ridzuan mengeluarkan perintah berkenaan. Baca laporan The Malaysian Insiders, di sini.

Untuk pengetahuan Datuk Menteri, kebanyakan pihak pengurusan kondominium atau pangsapuri dijalankan oleh Persatuan Penduduk sendiri. Dalam erti kata lain, mereka memiliki kediaman di situ. Adalah menjadi hak mutlak pemilik untuk menyewa atau tidak kepada pihak mana sekalipun yang mereka suka. Apa hak Kerajaan untuk menghalang? Rumah mereka beli dengan pinjaman bank yang mereka bayar sendiri setiap bulan. Kenapa pula Kerajaan sibuk-sibuk hendak campurtangan? Lagipun, majoriti penduduk pangsapuri berkenaan bersetuju di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan pada 06 Julai 2013 untuk menghalang penyewaan unit kediaman mereka kepada warga Afrika.


Sudah banyak masalah sosial yang dilakukan oleh "kumpulan gagak hitam" daripada Afrika ini yang gagal dibendung oleh Kerajaan. Lihatlah apa yang berlaku di Ampang di mana warga Afrika bermaharajalela menganggu penduduk tempatan. Ada kes ragut, rompakan, cabul dan sebagainya yag seringkali terpapar di dada akhbar angkara "kumpulan gagak hitam" ini. Ada di antara mereka yang menggunakan pas pelajar dan pelancong dan berakhir dengan menetap secara haram di sini. 

Ini bukan isu perkauman atau kenegaraan. Ini adalah isu keselamatan dan kesejahteraan penduduk-penduduk di kondominium berkenaan. Banyak masalah lain yang perlu difikirkan oleh Kementerian Datuk seperti harga rumah yang terlalu mahal sehingga menyukarkan Rakyat Malaysia untuk memiliki hartanah. Tidak perlu Datuk dan Kementerian Datuk sibuk dengan isu remeh temeh seperti ini.

3 Wajarkah Ketua Menteri Melaka Memberi Sokongan Terbuka Buat Kak Jat Pertahankan Ketua Wanita UMNO?


CTS tidak merasakan tindakan Dato Wira Idris Harun sebagai Ketua Menteri Melaka, melafazkan ikrar menyokong DS Shahrizat Jalil untuk mempertahankan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO bukanlah satu yang baik dan patut dijadikan contoh. Kenyataan ini jelas dizahirkan di dalam laman sosial Twitter Wanita UMNO Malaysia seperti di bawah:


Idris Harun tidak harus mengemukakan sokongan secara terbuka memandangkan kedudukannya sebagai seorang Ketua sebuah negeri, boleh mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat oleh perwakilan negeri. Ini secara langsung tidak berlaku adil kepada calon-calon lain yang mahu bertanding untuk jawatan tersebut. 

Ini juga tidak melambangkan wujudnya demokrasi di dalam UMNO, seperti yang dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Apakah DW Idris Harun mempunyai kepentingan di dalam National Feedlot Corporation (NFC) sehingga secara terbuka menzahirkan sokongan terbuka kepada Kak Jat untuk mempertahankan jawatan parti?

Konklusi CTS mudah. Pemimpin yang sibuk melaungkan sokongan kepada Kak Jat bukan kerana apa. Wanita adalah perwakilan yang paling ramai mengundi di dalam Perhimpunan Agung UMNO nanti. "In politics, to survive or to go higher up, you have to forget about friendship and loyalty. Enemies can become friends and vice versa." Idris Harun menyokong Kak Ijat disebabkan ura-ura beliau ingin bertanding sebagai Naib Presiden. Sokongan wanita diperlukan oleh beliau walaupun beliau pailing lantang mengutuk Kak Ijat suatu masa dulu.

August 25, 2013

18 UMNO Selangor Masih Tidak Mahu Berubah, Masih Merasakan Diri Kerajaan Di Selangor @NajibRazak


1. Meriah, memang meriah. Itulah yang dapat digambarkan dengan suasana Rumah Terbuka Aidil Fitri UMNO Selangor di Pusat Kraf Negara, dua hari lepas. Sehinggakan seorang sahabat blogger, Minaq Jinggo, membuat posting dengan tajuk "UMNO Selangor Masih Mampu Beraya Sakan". Lagak pemimpin-pemimpin UMNO Selangor masih seperti seolah-olah mereka masih memerintah di Selangor.


2. Ketua-ketua bahagian UMNO Selangor yang kalah masih lagi berlagak seperti Menteri yang masih tidak mahu turun dari takhta. Kalau berucap pastinya kena ada pentas besar. Perlu barang diingat bahawasanya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berucap hanya berlantaikan jalan tar sebagai alas kaki. Ini beliau lakukan di Majlis Rumah Terbuka Melaka di Taman Merdeka Jaya beberapa hari lepas. Ini yang buat Rakyat Marhean suka. Rakyat Marhaen benci dengan protokol dan sikap retorik pemimpin UMNO Selangor.



3. Ahli politik UMNO Selangor wajib mengubah atau mengurangkan protokol yang sedia ada. Kalau sebelum ini sudah kemestian setiap majlis wajib didahulukan dengan tiga empat lagu yang mesti dinyanyikan, cukuplah kiranya kini hanya lagu Negaraku dan serangkap doa kita adakan. Rakyat sudah muak dengan nyayian kosong yang sekadar menjadi penyedap hawa telinga. 


4. Yang paling penting, sekiranya UMNO Selangor ingin menjuarai Rakyat, Rakyat mesti diutamakan. Mengapakah kita terus membina tembok dan memagarkan interaksi antara tetamu majlis sosial seperti Rumah Terbuka Aidil Fitri dengan mengadakan meja VVIP? Rakyat dipagarkan seperti binatang. Pemimpin berjiwa Rakyat harus makan bersama Rakyat dan bukannya berkumpulan secara silo bersama kumpulan mereka.

UMNO Selangor hendak menang atau tidak PRU14?

Kemaskini 6.00 P.M.:


Dato' Ahmad Yakob, Menteri Besar Negeri Kelantan dan Presiden PAS, DS Haji Abdul Hadi Awang turut menghadiri Majlis Aidulfitri PAS Pusat di Kelab Sultan Sulaiman,Kg. Baru,Kuala Lumpur sebentar tadi. Bukan nak puji sangat PAS tapi hakikatnya mereka lebih bersederhana jika melakukan keraian berbanding dengan BN yang begitu gah dengan meja yang besar-besar dan 'bodyguard' yang keliling pinggang. Hinggakan nak bercakap kiri kanan pun tak dengar. BN wajib berubah sebelum diubah. BN Selangor sudah lama kena ubah.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates