July 27, 2013

2 Billboard 18 SX Di Penang - Cara Khalifah Joseph Lim Berdakwah Dengan PAS


Tahniah pengikut-pengikut PAS di Pulau Pinang. Billbord besar ala-ala "romantica de amor" kini dipasang secara megah dan terbuka di perkarangan Penang Plaza. Siapa sangka gambar bercium bibir sekarang boleh lepas untuk tontonan umum. 

Mungkin inilah agaknya yang dikatakan oleh juak-juak PAS, DAP lebih memahami Islam daripada UMNO, DAP menyokong pejuangan Islam dan menghormati orang-orang Islam. 

Tahniahlah kerana DAP memulakan langkah untuk mengembangkan syiar Islam sebegini di Pulau Pinang. Kita tunggu sajalah billboard Maria Ozawa, Carlsberg dan Guinness untuk memenuhi bandaraya Pulau Pinang. Takbir!!!

22 Bulan Ramadhan - Bulan Wakil Rakyat DAP Berlumba-Lumba Berbuka Puasa Dengan Orang Islam

Malam semalam sahaja, dua majlis berbuka puasa atau Iftar diadakan oleh Ahli Parlimen DAP. Menjadi satu trend sejak akhir-akhir ini, ahli-ahli politik DAP berlumba-lumba mengadakan majlis berbuka puasa untuk menarik perhatian dan minat orang-orang Islam terhadap DAP. Malah Roketkini, lidah rasmi DAP turut mengadakan majlis berbuka puasa baru-baru ini.

Di Pulau Pinang, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, tidak ketinggalan mengadakan majlis berbuka puasa di sebuah surau di Taman Pearl, Berapit. Majlis berkenaan ditaja oleh Lydia Ong, EXCO Pulau Pinang dan juga merupakan ADUN Berapit. Bukan setakat orang-orang Melayu beberapa pemimpin Cina turut hadir memeriahkan majlis berkenaan. Lebih ironinya, gambar Tokong Joseph Lim, megah bergantung di perkarangan surau berkenaan.


Kalau majlis berbuka puasa di Pulau Pinang diadakan di surau, lain pula keadaan di Subang Jaya. AJK Masjid Al Mukminun USJ 2 begitu berbesar hati menjemput ADUN DAP Subang Jaya yang juga merupakan Speaker Kerajaan Negeri Selangor untuk hadir berbuka puasa bersama mereka. Hebat peranan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin DAP. Mereka tahu di mana kelemahan orang-orang Melayu. Banyak yang mereka pelajari daripada perwatakan MP Tian Chua yang tidak lekang berbaju Melayu yang saban malam berbuka puasa bersama masyarakat Melayu.


July 25, 2013

7 Post PRK Kuala Besut - Seorang Niat Jalan Kaki Ke Putrajaya, Seorang Lagi Akan Bogel Keliling Kuala Besut!!!

PRK Kuala Besut melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Barisan Nasional melalui calonnya Tengku Zaihan telah memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,592 iaitu lebih 158 kerusi daripada majoriti yang diperolehi di dalam PRU13. 

Dalam keghairahan penyokong-penyokong kedua-dua belah pihak menerima keputusan semalam, ada yang terkesan dengan niat dan hajat sebelum keputusan diumumkan. 

Pertama, Abang di sebelah dikatakan akan berjalan kaki daripada Kuala Besut ke Kuala Lumpur kerana Barisan Nasional telah menang semalam. Mohd Noor Mat, 64, yang juga seorang kakitangan kerajaan negeri berkata beliau bernazar untuk berjalan kaki sejauh 600 kilometer sebagai tanda kesyukuran setelah calon BN berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.

Keduanya, seorang anak gadis yang agak berani membuat "posting" maut di dalam laman sosial Facebooknya. Anak gadis yang memakai nama Damia Izara telah berkata, "Kalau BN menang di Kuala Besut, saya berjanji akan bogel keliling Kuala Besut. Itu janji saya pada semua yang baca status ini."

Kita mengucapkan selamat jalan kepada kedua-dua mereka. Buat Damia Izara, tolong beritahu tarikh anda akan berbogel sekeliling Kuala Besut. CTS rasa ramai yang akan ambil cuti untuk menyaksikan adengan yang bersejarah ini.






July 24, 2013

11 Video "Parody" Makan Dalam Tandas Mula Tersebar Di Youtube

video

Belum sampai 24 jam isu pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Pristina didedahkan makan di dalam bilik persalinan/bilik mandi, di Youtube sudah ada video "parody" yang menyindir kejadian berkenaan. Kita faham dengan mesej yang hendak disampaikan di dalam video berkenaan. Walaupun mesej yang agak sinikal cuba disampaikan, namun pihak sekolah harus bersifat terbuka di dalam menerima kritikan masyarakat. 

CTS masih berpegang dengan prinsip bilik persalinan/bilik mandi tidak sesuai digunakan sebagai tempat makan bagi pelajar-pelajar. Ini bukan soal politik. Ini bukan soal rasis. Ini soal pelajar-pelajar tidak sesuai makan dalam bilik persalinan/bilik mandi. Kalau ada Guru Besar atau mana-mana guru masih hendak mempertahankan tindakan ini, minta mereka ubah bilik guru atau pejabat Guru Besar ke dalam bilik persalinan tersebut. Agak-agak berapa hari boleh tahan?

July 23, 2013

10 Tidak Masuk Akal!!! Pelajar Bukan Islam Diarah Makan Di Bilik Persalinan Di Bulan Ramadhan @NajibRazak



TS Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran sewajarnya membuat siasatan ke atas sebuah sekolah di Sungai Buloh, Sekolah Kebangsaan Seri Pristina, yang mengarahkan murid-murid bukan Islam yang majoriti berketurunan India makan di dalam bilik persalinan dalam bulan puasa. Isu ini amat penting untuk ditangani oleh Menteri Pelajaran sekarang. Ini melibatkan soal maruah diri dan bangsa keturunan India. Kita tidak mahu tindakan ini dianggap menghina sesuatu kaum.

Apa salah kanak-kanak ini? Hanya kerana mereka anak-anak bukan Islam? Kalau anak-anak kita kena makan di tempat sebegini, macam mana reaksi kita? Apa yang kita tak mahu orang buat kepada kita, janganlah kita lakukan kepada orang lain. Sepatutnya di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, perkara-perkara pelik dan tidak masuk akal ini tidak berlaku? Baca The Malaysian Insiders di sini, untuk mengetahui bahawa kantin sekolah berkenaan berada dalam keadaan yang sempurna dan tiada pembaikan dilakukan seperti yang diberitahu oleh pihak sekolah kepada wartawan Mazidul Akmal, di sini.

CTS akaui CTS memang rasis. Sentiasa dahulukan Agama dan Bangsa sendiri, tapi tindakan pihak sekolah ini agak keterlaluan. Sekiranya cerita mengenai pentadbiran sebuah sekolah yang menyuruh murid untuk makan di dalam bilik persalinan semasa waktu rehat atas alasan bulan puasa merupakan sesuatu yang amat memalukan. Kementerian Pelajaran perlu ambil tindakan segera.

0 Surat & SMS Palsu Mula Diedarkan Untuk Memfitnah BN Di PRK Kuala Besut



CTS tidak banyak membicarakan tentang kempen Pilihanraya Kecil di Kuala Besut memandangkan kedua-dua yang bertanding adalah daripada parti dan calon Melayu Islam. Tidak ada gunanya kita melaga-lagakan sesama Islam terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Namun, menjelang hari membuang undi esok nampak gayanya sudah ada pihak yang mahu bermain kotor.

Surat palsu dan SMS diedarkan kononnya Surat palsu tersebut menyatakan kononnya TPM telah meluluskan pemberian sumbangan duit raya kepada seluruh pengundi dalam DUN Kuala Besut tanpa mengira fahaman politik. Pendahuluan berjumlah RM300 telah diberikan bermula 22 Julai, semalam. 

SMS palsu yang disebarkan pula meminta pengundi untuk mendapatkan RM300 daripada pengerusi JKKK sebelum atau pada 5 Mei 2013. Ianya datang daripada nombor 013-6021729 yang gagal untuk dihubungi semula. Penyebaran surat dan SMS palsu ini dipercayai untuk mengelirukan pengundi dan mengucar-kacirkan jentera dan bilik gerakan Barisan Nasional apabila diserbu pengundi.

6 Akhirnya Minyak Percuma Wujud Di Terangganu - Ikhsan Pemuda PAS #HanyaDiKualaBesut


Setelah kegagalan kerajaan PR menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga minyak di negeri yang diperintah oleh mereka, Pemuda-Pemuda PAS Kuala Besut mengambil langkah drastik untuk memberikan minyak secara percuma kepada penunggang motosikal sahaja. Walau bagaimanapun, pemberian minyak percuma terhad dalam masa 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang hari ini sahaja. 

Ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah langkah terakhir dan desperado parti PAS untuk membeli undi di saat akhir menjelang pengundian PRK Kuala Besut esok. Cumanya, CTS ingin bertanya, tidakkah ini semua berbentuk rasuah atau membeli undi? Oh ya, CTS terlupa. Kalau parti PAS, mungkin ini dianggap sedekah atau zakat fitrah kot?


July 22, 2013

0 TEKS1M Lambang Industri Teksi Malaysia Pada Masa Depan


“Kalau London terkenal dengan London cab nya, New York dengan Yellow Cab nya Malaysia pula dengan TEKS1M EXORA , harap harap akan terkenal kalau tak dapat seluruh dunia ,di rantau ini sebagai perhidmatan teksi yang terbaik” begitu luahan hati Perdana Menteri ketika berucap dimajlis penyampaian lesen teksi individu  di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat beberapa hari lepas.

Majlis ini juga ada lah hasil dari pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Najib pada 23 Mac 2013 yang lalu di PICC dimana ketika itu 200 lesen pertama telah diserahkan sendiri oleh PM dan kemudian nya pihak SPAD telah menyerahkan lagi sebanyak 300 lesen. Keseluruhan yang dijanji kan waktu itu ada lah 1,000 lesen individu.

“Apa yang kita janjikan termasuk janji dalam manifesto kerajaan BN akan tetap di tunaikan” tambah kata Perdana Menteri lagi pada ucapannya.Turut serta pada majlis ini adalah Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Tawaran TEKS1M ini disertakan bersama nya bantuan RM5,000 pada setiap pemandu teksi yang membeli Proton Exora melalui Yayasan Rakyat 1Malaysia. Paling ketara didalam tawaran ini adalah pemandu teksi tidak perlu mengeluarkan wang pendahulaun serta kadar faedah pinjaman hanya 2 peratus sahaja. Cukai jalan dan cukai kastam juga dikecualikan didalam harga kenderaan melalui pakej ini.

Tawaran yang baik pada skim Teksi ini serta bentuk teksi yang cantik tidak akan bermakna jika tingkah laku dan perangai yang baik tidak mengiringi pemandu teksi .Ketika berseloroh bersama hadirin didalam ucapan nya pemandu teksi menyahut Perdana Menteri dengan kata “Boleh” sebaik DS Najib bertanya sama ada mereka boleh atau tidak  menjaga perangai dan tingkah laku serta memberi senyuman selalu.

Di dalam majlis anjuran SPAD ini pengumuman berkenaan kewajipan pemandu teksi untuk menjalani program akredetasi bagi memastikan kualiti perhidmatan juga turut disampaikan. Dengan pelbagai program yang disusun oleh SPAD untuk pemandu teksi,  ianya diharapkan akan membawa kearah perlaksanaan model baharu perhidmatan teksi untuk Malaysia.

July 21, 2013

0 SPAD Beri Jaminan Bas Mencukupi Semperna Aidil Fitri


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) memberi jaminan bilangan bas untuk membawa penumpang pulang bercuti sempena Hari Raya Aidilifitri awal bulan depan mencukupi. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata pihaknya sudah menerima beberapa permohonan daripada pengusaha bas bagi mendapatkan Lesen Pelepasan Sementara (LPS) menjelang Hari Raya Aidilfitri. 

"Alhamdulillah saya fikir orang yang paling suka balik kampung adalah dari pantai timur, sampai tiket bas pun dah habis sebelum 9 Julai. Tapi kita tak nak menyusahkan penumpang, kalau dah habis tiket bas biasa kita akan keluarkan LPS," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan program turun padang bagi mendengar permasalahan pemandu teksi di Pejabat Persatuan Pemandu Teksi Daerah Besut, di sini.


Syed Hamid berkata, SPAD hanya meluluskan kenderaan yang kurang dari 12 tahun untuk perjalanan 300 kilometer ke atas manakala tempoh LPS boleh digunakan selama tujuh hari sebelum Aidilfitri dan lapan hari selepas itu. Justeru, beliau menasihatkan penumpang yang akan pulang ke kampung supaya mendapatkan tiket bas daripada pengusaha dan ejen yang sah bagi mengelakkan timbul sebarang masalah pada masa depan.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates