June 7, 2013

9 Batu Maung Interchange Roboh Semalam Salah UMNO? Ini Buktinya!!! cc @cmlimguaneng


Ini buktinya bahawa kontraktor jambatan kedua Pulau Pinang di Batu Maung adalah Cergas Murni Sdn Bhd. Setiap pembinaan jambatan mempunyai 3 pakej. Dalam pakej ke 3 dipecahkan kepada 5 pakej, iaitu A, B, C, D, dan E. 

Cergas Murni Sdn Bhd menguruskan pembinaan di pakej 3A (Batu Maung Interchange). Pemilihan kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd dibuat oleh Penang Development Corporation (PDC). Pengerusi PDC pula ialah Ketua Menteri Pulau Pinang. Siapa Ketua Menteri Pulau Pinang? (Lihat sumber di sini)

Ketua Menteri Pulau Pinang bertangungjawab disebabkan Cergas Murni Sdn Bhd ialah kontraktor PDC di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang. Wahai pecacai-pencacai "Blackout 505" jom arr kita demo minta Lim Guan Eng letak jawatan?

10 Gambar PM Thailand Bersama Anakanda Raja Thailand Yang Wajib Melissa Gooi Lihat


Ini adalah gambar Perdana Menteri Thailand, Yingluck mengadap sembah. Ini adalah gambar majlis rasmi beliau di hadapan ananda Raja Thailand. Orang awam wajib berbuat begini apabila mengadap Raja atau Kerabat Thailand. Gambar ini sengaja CTS siarkan agar menjadi perbandingan buat juak-juak DAP yang sering menghina Kesultanan Melayu di Malaysia. Ketuanan Melayu di Malaysia tidaklah sampai macam di Thailand. Tapi di Malaysia ramai yang kurang ajar. Sebab apa?

Selayaknya makhluk-makhluk yang menghina YDP Agong dibuang negara dihantar untuk menjadi warga Thailand. Cuba juak-juak DAP seperti Melissa Gooi hina Raja Thailand di sana, seperti mana mereka menghina YDP Agong. Kita tengok apa nasib mereka. Tenggelam ke timbul?

7 Tian Chua Mula Mengikuti Jejak Lee Kuan Yew - Melayu Mudah Ditipu



Bukannya susah untuk memanupulasi orang-orang Melayu Islam. Dengan hanya bersongkok dan berbaju Melayu, ini merupakan satu jalan yang mudah untuk menyusup dalam kelompok orang-orang Melayu Islam dan mengambil hati mereka. Orang-orang Melayu mudah alpa dan mudah terpersona dengan penampilan seseorang. Itu yang cuba dipraktikkan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua. Tidak perlu susah-susah masuk Islam. Berpura-pura jadi Islam dan anda akan dijunjung oleh Bangsa Melayu Islam. Kita tidak perlu hairan dengan tektik sebegini.
Gambar pertama dirakamkan semasa Tian Chua Bersama penduduk-penduduk kampung di ceramah Israk dan Mikraj Masjid Saidina Ali Kg Padang Balang, Setapak, Kuala Lumpur. Gambar kedua pula diambil sewaktu perarakan Maulidul Rasul anjuran Surau At-Takwa, Sentul Utama. Suatu sandiwara yang cukup hebat. Sudah lama kita berdoa moga puak puak ni dapat hidayah. Tapi yang jelasnya sampai kini tak ada seorangpun pemimpin PR memeluk Islam.

Tahun 60an dahulu, Lee Kuan Yew sudah lama mempraktikkannya dengan berkopiah untuk berjumpa dengan orang-orang Melayu. Apakah Lee Kuan Yew sudah memeluk Islam sekarang? Di bawah gambar Lee Kuan Yew pada tahun 1965, memakai songkok sewaktu berkempen pilihanraya di Kampung Tani, Singapura. Kini 2013, anak didiknya mula mengikuti jejak langkahnya dengan sedikit penambahbaikan. Orang-orang Melayu masih tidur.

June 5, 2013

7 Chinese Only - Satu Iklan Yang Rasis!!!


Kita boleh terima kalau ini kedai menjual barangan yang haram bagi Umat Islam seperti babi, arak ataupun disco dan pub. Barulah agak logik di akal hanya pekerja Cina sahaja yang diterima bekerja di kedai ini. Tetapi ini adalah kedai menjual pakaian. Apa kena mengena hanya orang Cina sahaja yang boleh memohon kerja di sini? Bangsa lain seperti Melayu, India, Kadazan, Iban, Serani dan Sikh tidak diterimakah. 

Selalunya majikan Cina mengiklankan secara berlapik apabila mengkehendaki pekerja Cina sahaja. Contohnya seperti "Able to speak Madarin" atau "Berkebolehan bertutur Bahasa Mandarin". Ini secara terang-terangan bersifat rasis dengan mengiklankan "Chinese Only". Apa lagi, kedai sebegini sepatutnya kita BOIKOT!!! Tak mati tidak membeli di kedai ini.
Pengumuman - Ayahanda Menteri Besar Perak, DS Dr. Zambry Abd Kadir telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Jenazah sedang diuruskan untuk di bawa keluar dari Hospital TLDM, Lumut. Akan dikebumikan di Pangkor, pagi esok. Takziah untuk seluruh ahli keluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman. Al Fatihah.

7 Lawak Apakah Ini? @RafiziRamli Tuduh Dulu Baru Kumpul Bukti


Ini baru menepati ciri-ciri kaki penipu. Membuat tuduhan dahulu sebelum mencari bukti, itupun kalau ada bukti. Kalau tida menjumpai bukti, boleh merekacipta dan membuat fitnah, asalkan Rakyat tertipu dengan dakyah mereka. Tuduhan yang selama ini dibuat hanyalah andaian dan lahir dari sifat busuk hati yang mendalam. Mereka ini tidak merasa bersalahkah membuat fitnah dan pembohongan secara terang-terangan.

Belum ada bukti yang sahih dan konkrit rupanya untuk membuat tuduhan bahawa SPR adalah kotor. Patutlah PR menanti sehingga 10 Jun sebelum mengemukakan petisyen!!! Namun, ada sudah pihak di sebelah sini yang sudah melompat, menyalahkan SPR dan cuba meletakkan SPR di bawah kawal selia Parlimen. Alahaiii ...

June 4, 2013

3 Gambar-Gambar Anak Lelaki Azmin Ali Bersosial - Like Father Like Son Gitu





Kalaulah jejaka di atas anak kepada YB dari parti UMNO, pasti riuh rendah jadinya laman sosial. Ramailah ustaz-ustaz segera lahir mengeluarkan fatwa. Kalau anak-anak YB PR pula bagaimana?  Tak ada ustaz-ustaz PAS nak komen ke? CTS tak payahlah komen apa-apa. Mana hendak tumpahnya kuah kalau tidak ke capati. Orang putih cakap, "like father like son!"

1 @hdaily09 Kemuka Bukti Bergambar 40,000 Bangla Mengundi Di PRU-13 - Siapa Kata Harakahdaily Berbohong?


Ini bukti bergambar daripada Harakahdaily yang disiarkan di laman Facebook rasmi mereka. Mungkin inilah bukti 40,000 Bangla yang dikatakan mengundi di dalam PRU-13. Di bawah ini pula adalah komen-komen dari pembaca dan pengikut Facebook berkenaan. Anda nilaikan sendiri.

11 Cubaan DS @NajibRazak Untuk Populis Makan Diri ... Sekali Lagi

Cubaan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang terlalu terikut-ikut dengan permainan dan jerat pembangkang, langsung tidak kreatif dan mengambil jalan mudah, akhirnya diperbodohkan oleh pembangkang ... sekali lagi. Kenapalah DS Najib tidak mahu mendengar cakap akar umbi, tidak mahu mendengar cakap Rakyat yang selama ini menyokongnya? Kenapa beliau lebih mendengar hasrat hati dan kemahuan dari pembangkang. 

Sudah-sudahlah mengikut kemahuan pembangkang. Pembangkang minta penggunaan dakwat kekal dalam PRU-13, kita bagi, minta hapus ISA, PPSMI, kita bagi, hendak tempoh mengundi lama, kita bagi, hendak permudahkan undi luar negara, kita bagi. Terbaru, meletakkan SPR dibawah kawal selia Parlimen telah memakan diri atau "backfire". Kini pembangkang telah memanupulasi isu ini sebagai kegagalan SPR. Apakah SPR gagal?
Nik Aziz Dakwa Ada Unsur Kepincangan Dalam SPR
KOTA BAHARU, 2 Jun (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa ada kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga memaksa badan itu dikawal selia oleh Parlimen. - BERNAMA
Agak-agaknya, apa tindakan DS Najib dengan permintaan DAP seperti di bawah? Mahu dituruti jugakah?


DS Najib harus bertindak seperti orang yang menang dalam pilihanraya, bukan sebaliknya. Beliau harus membuat keputusannya sendiri dan bukan semborono mengambil apa sahaja rungutan pembangkang sebagai jalan penyelesaiannya. Kami sayangkan DS Najib. Sebab itu, kami menegur. Kami tidak membuta tuli menyokong DS Najib dengan harapan ada habuan yang bakal ditaburkan. Malaysia hanya ada satu Perdana Menteri iaitu Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

1 Satira Pagi - Punahsihat, Komuniti Cina & Ah Jib Gor


Pagi-pagi begini mari kita belajar Bahasa Cina ... Chinese Style!

Melayu kata Mari ... Cina kata Mali.
Melayu Kata Almari ... Cina kata Almali.
Melayu kata Pergi ... Cina kata Pelegi.
Melayu kata Perigi ... Cina kata Peligi.

Semua masyarakat Malaysia bahkan budak tadika sekalipun tahu bahawa komuniti Cina amat sukar untuk menyebut huruf "R". Bahkan huruf "R" hampir tiada dalam percakapan mereka ... err ... meleka.

Kenapa CTS bangkitkan pembelajaran huruf dan perkataan pagi-pagi ini? Mari kita perhatikan salah satu kempen PRU-13 yang dijalankan oleh punahsihat-punahsihat Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak iaitu dengan mengelarkan DS Najib sebagai "Ah Jib Gor". Kononnya dalam bahasa Cina bermaksud "Abang Besar". Betulkah teori ini? Betulkan CTS kalau salah tapi adakah nama "Gor" dalam Bahasa Mandarin atau Kantonis? "Goh" adalah! Kenapa perlu punahsihat mahukan Masyarikat Cina mengenali DS Najib sebagai "Gor" sedangkan masyarakat Cina sukar menyebut perkataan yang ada huruf "R", apatah lagi menyebut "Gor". 

Jadi apabila Cina tulis Ah Jib Gor, mereka menyebutnya sebagai "Ah Jib Go". "Go" dalam bahasa English bermakna "Pergi" err ... "Pelegi". Adakah ini bermakna semasa mereka memberi nama "Ah Jib Go", apakah memang terpendam hasrat mereka yang tersembunyi menyatakan "Ah Jib Pelegi"? Pergi ke mana? Pergi dari pesada politik tanahair kerana kami (komuniti Cina) sudah menolak kamu Ah Jib. Tak percaya? Masih ingatkah lagi konsert Psy di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang? Masih ingatkah lagi jamuan makan malam di Nilai, Negeri Sembilan dan Klang? 

Ratusan ribu komuniti Cina yang hadir. Adakah mereka datang memberi sokongan atau adakah mereka datang kerana "Ah Jib sudah mahu pelegi?" Mereka datang hanya mahu meraikan pemergian DS Najib? Tuan Punahsihat seperti biasa, dia balun 25% dari DS Najib. Dia kata Masyarakat Cina sayang sama DS Najib sampai sanggup bagi nama Cina. Kemudian dia pergi kepada komuniti Cina, dia bodek Cina, dia kata DS Najib setuju dengan nama "Ah Jib Gor" atau "Najib Pelegi".

June 3, 2013

3 Dengan Perkhidmatan Pos Malaysia Pun Hendak Dijadikan Isu Politik YB @ngehkooham ?


Ini adalah rungutan seorang Ahli Parlimen Beruas dan ADUN Setiawan, YB Ngeh Koo Ham sebentar tadi. Baca tweet berkenaan dari bawah ke atas. Jikalau kita melihat kepada tweet berkenaan sahaja, seolah-olah berlaku ketidakadilan di pihak Pos Malaysia 'menolak permohonan PKR untuk membuka semula Pos Mini di Pekan Gurney, Setiawan'. Cuba pula kita lihat surat dari Pos Malaysia yang disertakan oleh YB berkenaan seperti di bawah:


Setelah melihat surat dari Pos Malaysia berkenaan, adakah kita melihat sebarang bentuk ketidakadilan? Pertama, bukannya tiada Pejabat Pos yang berdekatan. Berdasarkan surat di atas, terdapat rangkaian Vendor Setem, Pejabat Pos Mini dan Pejabat Pos Setiawan di situ. Tidak cukup lagikah? Orang-orang Cina DAP di Setiawan begitu banyak menggunakan setem untuk menghantar surat sehingga terpaksa diwujudkan satu lagi Vendor Setem?

Kedua, permohonan PKR berkenaan bukanlah untuk Pos Malaysia membuka Pejabat Pos Mini atau Pejabat Pos Besar. Sebaliknya ini adalah satu permintaan untuk memberi bisness kepada syarikat RNY Resources Energy, yang CTS rasa syarikat milik perseorangan. Apakah kaitan dan hubungan pemilik RNY Resources Energy dengan YB Ngeh Koo Ham maupun YB Laksamana Imran yang beria-ia menyalahkan Pos Malaysia tidak memberi bisness kepada syarikat berkenaan? Ada udang di sebalik mee ke YB? Cer cite cer cite!!!

0 Lanjutan Kontrak TS @syedhamidalbar Dalam SPAD Satu Tindakan Bijak @SPADchannel @NajibRazak

01 Jun 2013, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mengumumkan bahawa DS Najib Tun Razak telah melanjutkan tempoh perkhidmatan Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai Pengerusi SPAD, untuk tempoh dua tahun lagi. Perkhidmatan En. Mohd Nur Ismal bin Mohamed Kamal selaku Ketua Pegawai Eksekutif juga dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun lagi. Ini bertujuan agar segala pelan pembangunan dan rancangan strategik diteruskan, bagi mereliasasikan agenda transformasi Kerajaan mengenai sistem pengangkutan awam darat.

Tahniah diucapkan buat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD. Kejayaan SPAD bukan sahaja di ukur betapa cekapnya Unit Aduannya, tapi kita perlu berlaku adil dengan melihat kejayan-kejayaan SPAD yang di iktiraf dunia seperti mana SPAD dianugerahkan dengan anugerah "Asia Pacific Political Commitment Award" daripada "International Association For Public Transport (UITP) yang berlangsung di UITP World Congress 2013 di Geneva baru-baru ini. 

Ketokohan seseorang bukan sahaja di nilai pada umurnya tapi pada pemikirannya dan pengalamannya. Dalam tempoh tiga tahun sahaja, SPAD di bawah pasukan mudanya bersama Tan Sri Syed Hamid, dengan sokongan DS Najib Tun Razak selaku penyokong tegar dan proaktif, berjaya meningkatkan lagi perkhidmatan pengangkutan awam darat. Satu perkara yang pasti ialah Tan Sri Syed Hamid bukan seorang yang cepat melatah. Beliau mampu berkerja dengan golongan porfesional muda dalam SPAD. 

Bukan mudah untuk mencari seorang tokoh yang mampu berfikir jauh dan matang menguruskan kritikan. Melalui pengalaman beliau dalam bidang perundangan, pernah menjadi Majistret dan Presiden Mahkamah Sesyen serta peguambela dan peguamcara, sudah tentulah Tan Sri Syed Hamid sudah biasa dengan kritikan. Kerana ciri-ciri ketokohan itulah DS Najib melanjutkan perkhidmatan Tan Sri Syed Hamid.

8 Tulang Rusuk Babi Halal - Satu Penipuan Untuk Merosakkan Umat Islam


Di atas merupakan dua produk keluaran negara Singapura. Kalau dilihat sekali pandang, seperti barangan halal yang lain memandangkan logo Halal negara berkenaan jelas kelihatan. Sebaliknya, ini adalah tulang rusuk BABI!!! Tambahan lagi, logo Halal negara berkenaan telah dipalsukan. Logo Halal sebenar Kerajaan Singapura adalah seperti berikut:


Sekarang begitu banyak penyalahgunaan logo Halal terutama daripada barangan yang diimport. Berhati-hatilah ketika membeli. Utamakan barangan Muslim tempatan atau pastikan ada lambang Halal JAKIM. Bagi barangan Halal yang diimport pastikan ianya mendapat pengesahan halal daripada Badan Islam Yang Diiktiraf (Rujuk di sini). 

June 2, 2013

8 Lagi Satu Gerakan Menghina YDP Agong - @PDRMsia @skm_malaysia @KDNPUTRAJAYA Tolong Ambil Tindakan


Ini lagi satu manusia di Twitter yang menghina YDP Agong. Kata empunya Twitter, tweets di atas ditujukan kepada orang lain. Tetapi kenapa pada 2 tweets yang terakhir berbunyi:
soalan serius: Rakyat bayar elaun dan istana agong. Techinically speaking he work for us. So why did we put him on tandu?#republikan
Ini bukan menghina dan menghasut? Siap ada "hashtag" '#republikan' lagi. Anda mahukan negara Republik seperti Singapura? Tiada Raja-Raja Melayu? Untuk tweet ini, anda sebenarnya telah menekan perkataan tandu, di mana pada tweet anda yang awal-awal adan berbunyi seperti ini, "tidak mengaku pelindung agama. Pakcik Anjing Kedah. Naiklah tandu saya. Saya angkat tinggi." 

Kemudian, ada 2 3 tweet anda turut menggunakan perkataan tandu. Pada tweet yang saya petik menghina, digunakan lagi perkataan tandu. Kali ini merujuk kepada YDP Agong. Baca betul-betul, macam ada usaha untuk perli YDP Agong di sini. Tidak mengapa kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk lakukan siasatan. 

Seterusnya, pada tweet terakhir, jelas kenyataan anda mengatakan bahawa "Agong is puppet". Siap dengan perkataan "down with monarchy" dan "waste of rakyat money". Wow, ini kenyataan anti mornaki. Menghina YDP Agong dan anti monarki. Penjelasan sudahpun diberikan. Minta tolong sangat SKMM, PDRM dan KDN mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas manusia ini. Terima kasih.

64 Perkara-Perkara Yang Pemimpin Kerajaan Lakukan Beberapa Hari Ini Yang Melukakan Penyokong Kerajaan @NajibRazak

1. Cadangan BN Sebagai Parti Tunggal

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam bersetuju untuk mengadakan tinjauan bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan ahli di seluruh negara bagi mewujudkan makmal khusus bagi memperincikan cadangan menjadikan Barisan Nasional sebagai parti tunggal. Dalam bahasa yang mudah, sudah ada usaha untuk menguburkan UMNO, parti keramat orang-orang Melayu.

Adakah ini bermakna hak orang Melayu akan dinafikan dan apakah jawatan Perdana Menteri juga akan digunapakai kepada Bukan Melayu dari Barisan Nasional? Banyak hak orang-orang Melayu akan tergugat. Bukankah Barisan Nasional sudah mewakili setiap kaum dengan adanya komponen-komponen parti . 

Apakah ada lagi agenda tersirat yang Melayu tidak tahu? Cukup cukuplah ... biarlah UMNO "gah" berdiri memimpin dan bukannya membuka ruang yang lebih besar kepada orang lain kerana tanah ini adalah Tanah Melayu dan Agama rasminya adalah Agama Islam. Jangan sampai tergadai semuanya dek kerana kebodohan pemimpin-pemimpinnya.

2. SPR Diletak Di Bawah Parlimen

Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak berkata, bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang. 

Maaflah, sebagai Rakyat Malaysia yang berhak bersuara, saya berpendapat keputusan ini hanya menggambarkan Kerajaan tunduk kepada tekanan Pembangkang. Apa salah SPR sebenarnya? Tidak ada satu bukti setakat ini yang menyatakan bahawa SPR tidak telus, berat sebelah dan menyalahgunakan kuasa seperti tertakluk kepada undang-undang. 

DS Najib Razak terlalu takut dan tidak berani mempertahankan SPR. Selepas ini apa? Lebih baik lantik sahaja orang kuat BERSIH, Ambiga S sebagai Pengerusi SPR. Itu yang pembangkang mahukan bukan? Kenapa tidak dituruti kemahuan mereka? Jangan marah kalau rakyat kata Kerajaan sudah lembik pulak.

3. Anugerah Datuk Dan Tan Sri Semperna Keputeraan YDP Agong

Setelah Barisan Nasional hanya memperolehi 3% sahaja undi dari Kaum Cina, di dalam PRU-13, di mana Kerajaan Barisan Nasional telah ditikam belakang dan dipermainkan oleh masyarakat Cina, hari ini 11 orang Cina telah mendapat gelaran Tan Sri. Tiga minggu selepas 97% orang Cina menolak BN, sejarah dan rekod Malaysia telah tercipta apabila kali ini  paling ramai Cina dapat anugerah Tan Sri iaitu seramai 11 orang.

Dulu di zaman Tun Dr Mahathir Mohammed, tidak sampai 10 orang setahun memperolehi gelaran berkenaan. Tapi apa yang peliknya, kenapa DS Najib Razak tidak memberi rekomendasi anugerah Tan Sri berkenaan kepada wakil dari Negeri Sabah? Bukankah semua orang tahu, Sabah antara negeri yang banyak menyumbangkan kerusi Parlimen untuk menyelamatkan Barisan Nasional dari menjadi Pembangkang sekarang. Tahniah DS Najib Razak kerana terus mengampu kaum Cina. Teruskanlah. 

Akhir sekali, boleh CTS tanya Perdana Menteri yang dikasihi, apa sebenarnya yang Dato Seri mahukan lagi dari penyokong-penyokong Dato Seri?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates