May 18, 2013

13 Haris Ibrahim Harus Ke Dalam Lokap Seperti @AdamAdli Kerana Menghasut Tumbangkan Kerajaan Melalui Jalanraya

Terkini 11:30 p.m.:

Beberapa kerat anak-anak ikan PKR sedang berkumpul di hadapan Balai Polis Jinjang, bermain dengan lilin (vigil lah konon) untuk menyelamatkan Adam Adli atau lebih tepat lagi mendesak pihak Polis untuk membebaskan rakan anak ikan mereka.


Posting Asal:


Adam Adli sudahpun ke dalam lokap, direman kerana menghasut. Penahanan  pelajar UPSI yang sedang menjalani penggantungan tiga semester dari universiti tersebut dilakukan dipercayai mempunyai hubung kait dengan penglibatannya dalam sebuah Forum 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. Ucapan Adam Adli sehingga membolehkan beliau ditangkap dan didakwa:
"Kalau ada polis, kalau ada SB, kalau ada agen-agen daripada Umno sekalipun, nama saya Adam Adli bin Abdul Halim, no. kad pengenalan 890703075357, ambil butiran saya, buat laporan polis, keranahari ini saya nak ajak semua yang ada di sini kita harus susun dan kita akan turun ke jalanraya untuk rampaskan kuasa, boleh atau tidak ? boleh atau tidak ? boleh atau tidak ? Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita akan turun ke jalanraya, sebab akhirnya dalam dunia ketiga macam negara Malaysia, pilihanraya takkan tumbangkan kerajaan, yang boleh tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat."
CTS ingin mengucapkan tahniah buat Menteri KDN yang baru dan juga Ketua Polis Negara yang baru memulakan tugas secara rasmi semalam. Banyak lagi langau-langau yang harus disumbat ke lokap dan dibicarakan di mahkamah kerana menghasut. 

Salah seorang daripadanya adalah Haris Ibrahim. Lihat sahaja video beliau di bawah yang secara terang-terangan mengajak pengikut-pengikutnya untuk turun ke jalanraya untuk menumbangkan Kerajaan yang dipilih Rakyat melalui proses demokrasi. Ucapan yang dibuat oleh Haris Ibrahim kurang lebih tidak jauh berbeza dengan ucapan yang dibuat oleh Adam Ali. CTS amat berharap agar Haris Ibrahim turut menerima nasib seperti Adam Adli.

video

May 17, 2013

16 Poster Carlsberg Dipasang Terbuka Di 7-Eleven Di Selangor - Umat Islam Sila Boikot!!!


Tahniahlah CTS ucapkan kepada Kerajaan Pakatan Haram Selangor. Kini kedai 24 jam berjenama 7-Elevan sudah berani mempamirkan poster arak Carlsberg secara terbuka di bahagian depan kedai berkenaan. Perbetulkan CTS sekiranya salah, tetapi CTS rasa selama ini tidak pernah pula nampak iklan arak dipamirkan secara terbuka di pintu kedai berkenaan di Selangor. 

Mungkin penyokong-penyokong DAP Selangor merasakan mereka sudah cukup kuat dan hebat apabila mereka dapat mempertahankan Selangor di dalam PRU-13. Tahniahlah juga buat umat-umat Islam di Selangor kerana mempertahankan kerajaan ini. Terima kasih buat semua.

18 Sadis Membaca Tweets @anwaribrahim - Inilah Padahnya Kalau Terlalu Berangan Tinggi





Sadis betul membaca "tweets" daripada laman sosial Twitter Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim yang masih lagi merengek seperti budak-budak kecil yang mahukan "ice cream" ataupun permainan. Anwar Ibrahim masih tidak dapat menerima kekalahan Pakatan Haram di dalam PRU-13. Anwar Ibrahim masih lagi menjaja mimpi dengan mengungkit undi popular yang diperolehi di dalam PRU-13. Sayugia diingatkan, undi popular atau "popular votes" tidak menentukan parti yg tubuh kerajaan. 

Parti yang menang kerusi Parlimen terbanyak berhak untuk menubuhkan Kerajaan. Kalau hendak menubuhkan kerjaan, perlu bertanding dan memenangi lebih banyak kerusi. Majority mudah atau "simple majority" kerusi dimenangi sudah boleh tubuh kerajaan. Jumlah undi bukan ukuran. Apalah susah sangat Anwar Ibrahim dan juak-juaknya hendak faham? Lagi satu, Anwar Ibrahim beriya-iya bercakap tentang undi popular di peringkat pusat. Ini adil, itu tidak adil. Lihat saja DUN di Selangor. PAS menang 15 kerusi, PKR 14 kerusi, Tapi yang dapat MB dari PKR. Pandai betul macai PKR dan DAP mengira kerusi DUN sampai PAS Kempunan nak jadi MB Selangor.

May 16, 2013

21 Just For Laugh - Malaysian PR Jokes


No more serious posting today as the public are busy discussing the PM Najib's cabinet members. Lets all of us have a piece of mind and let his men / women prove their worthiness. In the meanwhile, enjoy these midnight jokes:


Story 1:

Anwar, Hadi Awang, and Old Man Kit Siang were patrolling in a helicopter.

Old Man Kit Siang: "If I drop a piece of RM1000 note from here, the person that picks it up must be very happy."

Hadi Awang: "If I throw two pieces of RM500 notes down, it will make 2 persons happy."

Anwar: "If I drop TEN pieces of RM100 notes, there will be 10 happy people."

The pilot murmuring to himself: "Why don't all of you just jump down from here, that will make 25 million people happy. You have caused enough problems to the country!"

Story 2:

Tian Chua wished to enhance his reputation by publishing a series of stamps with his portraits. 1 month after the launch, Tian Chua surveys its sales.

Post Office Chief: "Not bad... but we got quite a number of complaints that the glue is not strong enough."

Chua: : "Really...?"

He spits at the back of the stamp and sticks the stamp on an envelope: "The glue seems okay." Post Office Chief:: "Yes, but every one spits on the front of the stamp ...."

Story 3:

Midnight, Guan Eng went for supper and bumped into a robber.

Robber: "Give me all your money!!"

Guan Eng was very angry: "I am the honorable Chief Minister of Penang!"

Robber: "Well, then ... return all my money."

Story 4:

One fine day, Anwar, Kit Siang and PR parliament members were on the way to a meeting where they all crashed in an accident and was rushed to the hospital.

The reporters were at the hospital, the doctor shook his head "We have done our best to rescue the Leader of Opposition but ..."

Reporters: "How about Kit Siang?"

Doctor: "We were unable to rescue him either ..."

Reporters: "Who have you saved?"

The doctor was excited:"Malays­ia is now saved!"

Story 5:

Anwar visited the psychiatric hospital. All the patients cheered for him but there is one patient who ignored Anwar.

Anwar: "Why does he not welcome me?"

Doc: "He is normal today (not insane)."

Story 6:

Election campaign time -- car load of politicians were involved in a car accident.

A farmer saw and rushed to the scene but all the passengers were dead. He buried all the passengers.

Few days later, the police in charge found the farmer and asked where all the politicians were and was told that they had all been buried. 

Police: "Did they all die?"

Farmer: "Hmmm, Anwar was screaming that he is still alive when I buried him"

Police: "Then why you bury him anyway?"

Farmer: "Because Anwar never tells the truth."

May 14, 2013

11 @anwaribrahim Akan Buat Huru Hara Di Kuantan Tak Iktiraf PRU-13 Tetapi Hadir Iktiraf @Khalid_Ibrahim MB Selangor


Nilaikan sendiri dua "posting" di laman sosial Twitter Anwar Ibrahim seperti di atas. Inilah yang dikatakan cakap tidak serupa bikin, lidah bercabang dan pembohong tahap gaban! Posting terbaru seperti di atas, mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim akan membuat perhimpunan Haram "Blackout" atau "Black 505" di Kuantan, malam ini. Ini rentetan siri perhimpunan haram yang dilakukan di Batu Kawan, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak. Ini bertujuan kononnya untuk memberitahu Rakyat bahawa beliau dan Pakatan Haram menolak keputusan PRU-13 kerana SPR tidak berlaku adil, berlaku penipuan, terdapat pengundi hantu dan seribu satu macam alasan. 

Posting sebelumnya pula kelihatan gambar beliau dan isteri, Dr Wan Azizah hadir di upacara angkat sumpah TS Khalid Ibrahim di hadapan Sultan Selangor, pagi tadi!!! Malah Anwar Ibrahim turut mengucapkan tahniah di atas perlantikan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor di laman sosial Facebook beliau (lihat di bawah). Drama murahan apa yang cuba dimainkan oleh Anwar Ibrahim.  Sekejap tidak mengiktiraf keputusan SPR, apabila keputusan tidak berpihak kepada mereka. Mereka akan membuat perhimpunan haram dan huru hara kononnya SPR tidak adil. Dalam pada masa yang sama seperti kera mendapat bunga  apabila keputusan memihak kepada mereka. 

Apa yang Anwar Ibrahim mahukan sebenarnya? Meroyan untuk menjadi Perdana Menteri? Gila kuasa sehinggakan menampakkan sikap tamak dan tahap kebodohan tahap tertinggi? Yang menjadi persoalan pula ramai pula pengikut yang mengikut kebodohan melampau beliau. Benarlah seperti kata George Carlin, "Never underestimate the power of stupid people in large groups".

11 @azranosmanrani Kata Utusan Malaysia Rasis? Mungkin Beliau Tidak Tahu Baca Akhbar Cina Yang Lagi Rasis!!!





CTS tidak pasti apa masalah dengan Ketua Pengarah Eksekutif Air Asia-X, Azran Osman-Rani, apabila beliau mengkritik Utusan Malaysia dan PERKASA sebagai rasis kerana memperjuangkan bangsa Melayu. CTS bukanlah peminat besar Utusan Malaysia dan PERKASA, namun salahkah Utusan Malaysia dan PERKASA memperjuangkan hak bangsa mereka sendiri mengikut perlembagaan? Kalau PERKASA dan Utusan Malaysia itu dianggap rasis, apa pula pandangan Azran Osman-Rani mengenai pertubuhan Cina seperti Dong Zhou, Jiou Zong dan sebagainya dan akhbar Cina seperti Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guang Ming Daily dan Oriental Daily?


Sekiranya Azran Osman-Rani membaca posting CTS ini, CTS sertakan satu daripada ratusan keratan-keratan akhbar Cina yang lebih rasis daripada Utusan Malaysia. Apabila akhbar Cina memanggil Melayu bodoh, apa reaksi Azran Osman-Rani? Terjemahan akhbar berkenaan CTS petik daripada posting MyMassa, di sini. Baca apa yang ditulis oleh akhbar Cina berkenaan:
Hari ini lihat apa sebenarnya yang tersirat di dalam wartawan berjiwa Racist DAP ini. Sebagai permulanaan mari kita ulang baca petikan ini...(Petikan: "...Masalahnya sekarang ini kerajaan BN bodoh sangat! Sebab itu jika PRU akan datang ini BN kalah ataupun menang yang tidak seberapa, puncanya hanya satu sahaja, kalah kerana bodoh!...")
Jika anda pakar kaji bahasa Mandarin, setiap lambang dan perkataan, setiap ayat dan budaya Cina, setiap tanda dalam perkataan mereka mempunyai dua tiga maksud yang berlainan. Jika anda terjemahkan secara direct, anda akan dapat terjemahan di atas. Jika anda terjemahkan dari sudut yang lain, maksud sebenar wartawan Cina itu ialah begini: (Petikan: "...Masalahnya sekarang ini orang Melayu bodoh sangat! Sebab itu jika PRU akan datang ini orang Melayu kalah ataupun menang yang tidak seberapa, puncanya hanya satu sahaja, kalah kerana bodoh!...")
Jika anda terjemahkan dari sudut yang lain, maksud sebenar wartawan Cina itu ialah begini: (Petikan: "...Masalahnya sekarang ini orang Melayu bodoh sangat! Sebab itu jika PRU akan datang ini orang Melayu kalah ataupun menang yang tidak seberapa, puncanya hanya satu sahaja, kalah kerana bodoh!...")
Akhbar-akhbar Cina secara terang-terangan menyokong #Black505 dengan mencetak akhbar-akhbar mereka dengan warna hitam. Apa pula pandangan Azran Osman-Rani?


CTS memang mengakui Melayu memang bodoh. Melayu memang bodoh kerana terlalu mempercayai kaum dan bangsa lain. Melayu memang bodoh kerana selalu menyalahkan kaum sendiri dan mengagungkan kaum dan bangsa lain. Apa yang Melayu kata mengenai bangsa dan kaum lain dianggap rasis, tetapi tidak sebaliknya. Kalau bangsa atau kaum lain mengutuk, menghina dan memijak bangsa Melayu, mereka dianggap bertindak mengikut perlembagaan. Tidak begitu Azran Osman-Rani?

7 PAS Doa Pemimpin UMNO Pecah Perut, UMNO Doa Pemimpin PAS Sembuh Dari Sakit


Masih ingatkah kita lagi apabila Mursyidul Am PAS, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan mendoakan pemimpin kerajaan BN "pecah perut" berhubung isu bayaran royalti minyak? Dato Nik Abdul Aziz pada waktu itu menyatakan hasratnya untuk berdoa sedemikian sebagai reaksi terhadap keengganan Kerajaan Persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar memberikan wang ehsan. Inilah wajah ulama PAS.

Ironinya, semalam, 13/05/2013, bertempat di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah, Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin telah diadakan bagi mendoakan agar Mantan Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan  Razak yang terlantar di Hospital Pulau Pinang sembuh dari penyakit dan pembedahan yang sedang dilaluinya. Majlis semalam disertai oleh Menteri Besar Kedah yang baru mengangkat sumpah, Dato Paduka Mukhriz Tun Mahathir dan barisan kepimpinan UMNO negeri.

Selain dari pemimpin-pemimpin UMNO yang hadir, majlis tersebut juga mendapat sokongan dan sambutan dari penyokong dan beberapa pemimpin PAS Kedah. Antara pemimpin-pemimpin PAS Kedah yang kelihatan di majlis tersebut adalah Taulan Rasul dan Ir Phahrolrazi.

Apakah ini corak politik di Kedah selepas ini di mana UMNO dan PAS akan bersatu? Adakah ini titik temu di antara UMNO dengan PAS setelah sekian lama berseteru hingga menyebabkan umat Islam di Malaysia berpecah belah? Marilah kita berdoa semoga mantan MB Kedah Dato Seri Azizan Razak kembali sembuh dan sihat. Marilah kita sama-sama berdoa agar UMNO dan PAS bersatu dan titik penyatuannya bermula di bumi Kedah yang amat kita cintai ini.


May 13, 2013

0 Tahniah TS Syed Hamid Albar - Teksi Bandar Dapat Mengambil Penumpang Di KLIA Merupakan Satu Transformasi


1. Airport Limo (ALM) adalah syarikat teksi tunggal yang memberikan perkhidmatan di KLIA sejak KLIA mula beroperasi pada tahun 1997.  

2. Terdapat beberapa insiden di mana penumpang terpaksa menunggu lama kerana tidak terdapat cukup teksi di KLIA terutama sekali hujan lebat di Lembah Kelang. Ini memberikan imej yang buruk kepada imej KLIA sebagai pintu masuk utama ke Malaysia.

3. Isu ini dibawa ke perhatian Jemaah Menteri pada 19 September 2012 dan S.P.A.D. diminta untuk menerangkan situasi Airport Limo ke Majlis Ekonomi (Economic Council) pada 10 Disember 2012.

4. Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah memutuskan untuk sistem 2-tier diperkenalkan bagi membolehkan teksi bandar menurunkan dan mengambil penumpang di KLIA.

5. SPAD bersama-sama Malaysia Airport Holdings Berhad telah berkerjasama erat bagi memastikan bahawa KLIA mampu menyediakan tempat, kaunter kupon bersama-sama dengan papantanda yang cukup untuk perkhidmatan teksi bandar mula beroperasi pada 15 Mei 2013, jam 12.30 tengahari  untuk percubaan selama 3 bulan.

6. Teksi Bandar akan beroperasi di Aras 1 Bangunan Terminal Utama KLIA menggunakan meter.  Walaupun begitu, penumpang perlu membeli kupon RM 2 sebelum menaiki teksi.  Ini adalah sebagai bukti mereka manaiki teksi dengan segala butiran perjalanan perjalanan  seperti nombor teksi, tarikh dan masa perjalanan jika terdapat sebarang aduan oleh penumpang.

7. Airport Teksi yang dikendalikan oleh ALM akan terus beroperasi di Aras 3 menggunakan sistem zon. SPAD hanya membenarkan teksi-teksi bandar yang berkeadaan baik, luas dan selesa untuk masuk beratur mengambil penumpang di Aras 1 KLIA.

8. Jika perkhidmatan 2-tier ini berjaya, model yang sama akan diguna pakai apabila KLIA 2 mula beroperasi kelak.

13 Pasaraya YSK Freshmart Ampang "Grand Opening" Memaparkan Banner Gambar Babi?


Tahniahlah buat penduduk-peduduk di Ampang di atas pembukaan pasaraya terbaru, YSK Freshmart. Kita tidak kisahlah berapa banyak pasaraya kaum "yang berkenaan" hendak dibuka, kerana CTS pasti  umat-umat Islam di Malaysia pasti akan menyokong dan membeli di pasaraya-pasaraya Muslim. Cumanya CTS agak terkejut dengan "keberanian" dan "keterbukaan" pasaraya berkenaan membuat banner pembukaan besar-besaran pasaraya berkenaan pada 10/05/2013 yang lepas dengan memaparkan gambar babi dan daging babi?! 

Apakah ini fitnah dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab atau pasaraya berkenaan besar kepala dengan kejayaan calon mereka Zuraida Kamaruddin sekali lagi menjadi Wakil Rakyat mereka di kawasan Ampang? Apakah pasaraya berkenaan tidak sensitif dengan sensitiviti masyarakat Islam? Sudah terang lagi bersuluh, mahukah pembaca-pembaca CTS melaburkan kuasa membeli kita di kedai berkenaan?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates