April 13, 2013

53 Husam Musa Mula Berceramah Di Masjid Putrajaya - Katanya Air Putrajaya Kotor, Keladak Dan Bahaya Untuk Kesihatan!


CTS menjadi hairan bagaimana calon PAS bagi Parlimen Putrajaya di dalam PRU-13, dibenarkan untuk memberi tazkirah a.k.a ceramah manifesto beliau di dalam Masjid Putrajaya yang terkenal dengan binaan yang cantik, tempat tumpuan ibadah dan menjadi tumpuan pelancong. Apakah beliau sekarang berada di bumi Kelantan? Apakah tiada penguatkuasaan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Perbadanan Putrajaya untuk mengelakkan mana-mana pihak memberi ceramah di masjid?

Baru sehari dua menjejakkan kaki di Putrajaya, Husam Musa sudah mula tunjuk pandai. Itu tidak kena, ini tidak kena. Masih ingatkah lagi bagaimana pembangkang ingin melelong Putrajaya sekiranya mereka memerintah? Sekarang apa jadi? Terhegeh-hegeh untuk menjadi calon Wakil Rakyat Parlimen Putrajaya! Hari ini Husam Musa sudahpun mengkritik Perbadanan Putrajaya dan Kerajaan Pusat khasnya mengenai permasalahan yang kononnya berlaku di Putrajaya. 

CTS senaraikan apa ketidakpuasan hati Husam Musa mengenai Putrajaya. Dengan permasalahan ini, kononnya Husam Musa akan cuba untuk menyelesaikannya. Sedarkah beliau, beliau datang dari Kelantan dan juga merupakan seorang bekas EXCO Kanan. Persoalannya apakah masalah sosial, infrastruktur dan ekonomi Kelantan sudah diselesaikan?

Berikut adalah permasalahan yang diutarakan oleh Husam Musa dalam tazkirah / ceramah beliau di dalam Masjid Putrajaya. CTS ingin memohon mana-mana pembaca CTS yang tinggal di Putrajaya, sila tinggalkan komen mengenai permasalahan yang ditimbulkan oleh Husam Musa, sama ada benar atau tidak atau sekadar ilusi seorang yang gilakan kuasa:

1. Hanya kumpulan gred profesional sahaja disediakan parking dan kumpulan bawahan diminta menaiki bas Nadi Putra yg mungkin salah satu perjanjian kroni.

2. Kos parking bagi kakitangan sokongan / pegawai muda yang tidak diperuntukkan parking lot di bangunan Kerajaan adalah terlampau tinggi dan membebankan. Hasilnya parking lot berbayar yang dibina PJH terbiar kosong seperti projek gajah putih. Namun malangnya pula, bila kakitangan tersebut meletakkan kenderaan di kawasan tidak berbayar yang 'tidak direstui' PPj seperti di bahu2 jalan selalunya berakhir dengan tindakan saman oleh PPj / JPJ / Polis Trafik. Bilangan parking di apartment-apartment juga sangat mengecewakan.

3. Kos perumahan yang terlampau tinggi yang menyebabkan hanya pegawai-pegawai berjawatan tinggi memiliki rumah di Putrajaya.

4. Aktiviti-aktiviti usrah / keagamaan di Masjid Putrajaya / Masjid Tuanku Mizan sangat-sangat mengecewakan. Tidak padan jumlah makmum berbanding saiz masjid.

5. Premis-premis komersil dijual dengan kadar yang terlampau tinggi. Ini menyebabkan kadar sewa bulanan yang terpaksa dibayar oleh peniaga adalah sangat-sangat tinggi dan mereka terpaksa meninggikan harga jualan barangan mereka dan ini meningkatkan kos kehidupan penghuni Putrajaya.

6. Kurangnya pusat-pusat yang menawarkan pendidikan Islam kepada anak-anak. Kesannya, mungkin tahap pemahaman / penghayatan Islam di kalangan anak-anak di Putrajaya di masa depan membimbangkan keluarga.

7. Sistem pengangkutan awam yang kurang efektif. Walaupun bilangan bas di sini adalah mencukupi, namun laluan bas ditetapkan tanpa membuat kajian menyeluruh terhadap keperluan pengguna-pengguna. Perlu lebihkan route bas yang masuk terus ke kawasan-kawasan bangunan Kerajaan khususnya di Parcel C, D dan E (kebiasaan bas berhenti di luar kawasan Parcel kurang mesra pengguna sbb pengguna terpaksa berjalan kaki dan lebih susah kalau waktu hujan)

8. Kebanjiran pekerja asing menyebabkan persepsi penduduk ke atas tahap keselamatan di Putrajaya merosot.

9. Kualiti air yang kurang memuaskan. Kotor, berkeladak dan bahaya utk kesihatan. (Nota: Husam Musa masih teringatkan Kelantan kot?)

10. Perlu wujudkan persekitaran / peluang untuk penduduk tempatan menambahkan pendapatan

11. Hubungan sosial di kalangan penduduk Putrajaya amat mendukacitakan. Perlu lebih kreatif dalam menghasilkan aktiviti-aktiviti kekeluargaan yg lebih santai, boleh eratkan kemesraan dan kepedulian di antara ahli komuniti (aktiviti-aktiviti sedia ada lebih berteraskan hiburan). Taman-taman yang indah di sekitar Putrajaya ( Taman Perdana, Taman Pancarona, Taman Wetland dan Taman Botani tidak dimanfaatkan untuk menceriakan lagi kegidupan sosial warga PutraJaya)

12. Ketiadaan bengkel-bengkel kereta beroperasi, tiada bengkel khas / one stop center yg menawarkan semua pakej repair di Ptrajaya sedangkan kawasan perindustrian ringan di Presint 15 boleh dimanfaatkan.

43 Gambar Mustafa Ali Dengan Isterinya Sebenar - Siapa Pula Wanita Di Bilik Hotel?



Pada ketika ini, cybertroopers dan bloggers pembangkang sedang berusaha keras menafikan video terlarang yang dirakam di hotel adalah fitnah, namun tiada siasatan dijalankan. Itulah PAS kalau terkena kepada batang hidung sendiri. CTS keluarkan gambar Mustafa Ali dengan isterinya, agar orang ramai boleh membezakan dengan wanita di dalam video berkenaan dengan isterinya yang sebenar. 

Tentang lelakinya pula, Wallahualam. Bentuk badan, gerak geri dan suaranya ada mirip-mirip Mustafa Ali. Tak pastilah sekiranya ada pelanduk dua serupa. Tiada juga penafian dibuat oleh tuan punya diri. Berbalik kepada alasan asal apabila cybertroppers dan bloggers pembangkang mengatakan bahawa kedua-dua di dalam video tersebut adalah pasangan suami isteri. CTS ada beberapa kemusykilan sekiranya wanita berkenaan benar merupakan isteri yang sah kepada lelaki di dalam video tersebut:

1. Mengapa lelaki berkenaan perlu melakukan hubungan seks di hotel dan bukan di rumah wanita tersebut? Memandangkan pada penghujung video tersebut ada dinyatakan wanita tersebut akan berpindah dari rumah yang disewa oleh wanita itu.

2. Kalau suami isteri, kenapa apabila hendak melakukan hubungan kelamin kena tempah hotel dulu?

3. Kalau suami isteri, kenapa lepas berhubungan seks, kena urut satu badan? Sesuatu yang normalkah?

4. Sebagai ulama besar PAS yang berdakwah kepada DAP melalui tahalul siyasi, isterinya sendiri tidak didakwah dan  boleh pula berpakaian ketat, seluar ketat dan tidak bertudung?

5. Kalau suami isteri, kenapa perlu 'dibayar' selepas berhubungan kelamin dengan isteri?

6. Kenapa duit bayaran kepada wanita berkenaan diambil daripada sampul surat dan bukan dari dompet? Duit ceramah tin milo PAS kah?

Mustafa Ali kena menafikan sekiranya beliau bukan lelaki di dalam video berkenaan. Rakyat mahukan jawapan. Rakyat mahukan pemimpin yang tinggi tingkah laku dan keperibadian akhlaknya.

April 12, 2013

0 Video Seks Durasi 11:21 Saat Mirip Mustafa Ali Disiarkan - Tuan Punya Badan Sekadar Enggan Ulas?

video

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hari ini enggan mengulas berhubung dakwaan beliau terlibat dalam aksi lucah bersama seorang wanita tidak dikenali, yang disebarkan dalam bentuk video, sejak semalam.

"Saya tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," katanya dalam kenyataan satu perenggan yang disiarkan dalam akhbar web PAS Harakahdaily, di sini.

Tidak mengapalah kalau beliau tidak mahu menjawab sebarang soalan. Kita hanya siarkan video, bukannya gambar. Kalau ikut ijtima' ulama-ulama PAS terutama DS Haji Hadi video hanyalah besi! Tidak boleh dijadikan bukti dan saksi di mahkamah. Jangan marah CTS siar video di atas. CTS cuma guna fatwa Haji Hadi seperti di bawah:

3 Syed Hamid Albar Umum Tak Bertanding PRU-13 - Selamat Bersara Tan Sri cc. @NajibRazak


Hari ini CTS agak sedih apabila secara rasmi mendapat berita Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Akhbar akan mengundurkan diri dari bertanding di dalam PRU-13. Syed Hamid yang saya kenali adalah seorang yang tegas dan berani terutama ketika menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri. Beliau akan dikenang sebagai seorang yang berjaya menyumbatkan peliwat yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri ke dalam penjara. Tidak seperti Menteri Amaran yang hanya terkenal dengan sikap ingin populisnya.

Sebagai seorang yang pernah berkhidmat dengan 3 Perdana Menteri, CTS amat kagum dengan sikapnya yang "cool" walaupun dikeluarkan dari senarai calon. Beliau akan tetap setia pada parti. CTS berkesempatan menebual beliau di sebuah restoren mamak di Bangsar memberitahu beliau merasa lega dapat meninggalkan amanah Ahli Parlimen dengan baik. Beliau sudah melawat seluruh kawasan parlimennya dan memastikan setiap pusat PDM dibuka dan beroperasi. Menurut beliau, beliau tidak mahu membuat pengumuman terlebih awal risaukan sekiranya berlaku perebutan kerusi.

CTS pernah beberapa kali membuat tugasan kerja di Kota Tinggi. Rata-rata penggundi amat senang dan sayangkan Tan Sri. Kita berharap calon yang mengantikan beliau nanti mempunyai sifat dan cara kerja seperti Tan Sri. CTS doakan Tan Sri sentiasa sihat dalam tempoh persaraan dan dapat menumpukan perhatian penuh kepada amanah yang dipikulnya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). Jika semua orang boleh menjadi seperti Tan Sri, tugas Perdana Menteri untuk mentranformasikan Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional akan menjadi mudah.

Selamat bersara Tan Sri dan terima kasih di atas perkhidmatan yang diberikan. Bon Voyage!

KENYATAAN AKHBAR

Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya tidak akan bertanding di dalam Pilihanraya ke 13. Keputusan ini sebenarnya telah lama dibuat tetapi tidak diumumkan kerana saya perlu memastikan semua perkara adalah dalam keadaan teratur sebelum sebarang pengumuman dibuat. Memandangkan kerja saya telah selesai, saya kira masanya telah tiba untuk saya membuat pengumuman bahawa saya tidak akan bertanding didalam Pilihanraya yang ke 13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Saya telah berkhidmat dibawah tiga Perdana Menteri dan telah menjadi Ahli Parlimen selama lima penggal. Ianya satu masa yang panjang dan amat memuaskan kerana saya dapat berkhidmat kepada rakyat Kota Tinggi, secara khususnya dan kepada negara secara amnya, sebaik mungkin. Walaupun begitu, masanya telah sampai untuk muka baru mengambil alih dan saya berharap sesiapa pun yang dipilih oleh pucuk pimpinan dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat. 

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan dan parti kerana telah memberi saya peluang untuk bekerja untuk rakyat dan kepada pengundi di Kota Tinggi atas sokongan yang tidak berbelah bagi sepanjang saya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.    Saya berharap dan percaya pengundi Kota Tinggi akan memberikan sokongan yang penuh kepada sesiapa pun yang dipilih oleh pucuk pimpinan sebagai calon seperti sokongan yang telah saya terima sepanjang tahun-tahun perkhidmatan saya sebagai Ahli Parlimen. 

Ikhlas, Syed Hamid Albar
Published with Blogger-droid v2.0.10

April 11, 2013

9 Masuk Akalkah Kekayaan Luar Biasa Yang DiPertua PAS Kawasan Lenggong?


Beliau adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Lenggong. Beliau diberitakan akan bertanding sebagai calon PAS di Parlimen Lenggong di dalam PRU-13 yang akan datang. PAS Perak mensasarkan Lenggong antara satu daripada 7 parlimen yang ditandingi akan berjaya ditawan. Namun, apakah calon seperti di atas yang diperlukan oleh Rakyat Lenggong? 

Selama ini juak-juak PAS menuduh pimpinan UMNO korup dan berbagai-bagai fitnah dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin daripada Barisan Nasional malah di mata  mereka UMNO dan pemimpinnya membina kekayaan serta kemewahan untuk diri mereka dan kroni-kroni. Apakah sebagai seorang yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, seseorang mampu memiliki harta seperti yang dipaparkan di atas? Mungkin beliau menabung dari kecil kot?

2 Panas! Sedutan Video Yang Dikatakan Skandal Seks Pemimpin Tertinggi PAS, Stopa Ali #TolakPAS

video

Agak-agaklah apa komen Pok Nik dengan Hadi Awang mengenai perkara ini? Takkan masih hendak kata video itu besi? Takkan hendak tuduh video itu dibuat oleh UMNO jugak kot? Geng diorang yang sedap-sedap, UMNO jugak yang dipersalahkan. Macam Gampang!! Apapun kita warm up dulu!! Khabarnya video ini telah dirakam dan disebarkan oleh juak-juak parasit Anwar Ibrahim di dalam PAS. Agak-agak tuan-tuan, siapakah pemilik wajah di dalam video di atas? Kita tunggu video penuh yang akan disiarkan sedikit masa lagi. Sementara itu nikmati dahulu gambar-gambar di bawah:








April 10, 2013

1 Cara Keji Dan Terdesak Dewan Muslimah PAS Pusat Untuk Meraih Undi #TolakPAS


Begitu terdesak sekali Dewan Muslimah PAS Pusat untuk meraih undi sehingga sanggup bersubahat untuk menyebarkan fitnah. Kesian sungguh tinggah laku perempuan-perempuan yang kononya berjubah dan berhijab. Hendak kongsi posting di laman sosial Facebook pun main hentam keromo. Agak-agaklah kalau hendak menipu. Mereka ini ingat senua orang bodoh seperti mereka. Tidak dapat berfikir? Apakah sekadar ambil gambar entah mana-mana di internet, asal perempuan itu berbaju merah, difitnahnya sebagai Wanita UMNO. Apa yang pasti posting ini telah dikeleuarkan oleh "admin page" tersebut. Takutlah tu kebodohan dan tipu daya fitnah mereka akan tersebar.

0 Tak Sangka Datuk @aznilnawawiHM Penyokong Kuat 1Malaysia Rupanya #Vote4BN

Nampak gayanya golongan artis-artis popular tanahair mula menyatakan sokongan secara terbuka kepada parti Barisan Nasional dan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak. Tidak seperti Pakatan Haram yang hanya mampu menarik golongan artis yang sudah "menopause" untuk meraih sokongan peminat mereka. 

Semalam, Pengacara TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012, Datuk Aznil Haji Nawawi secara terbuka mempertahankan Akujanji Barisan Nasional dan mempromosi konsep 1Malaysia di laman sosial Twitternya. Tahniah Datuk Aznil! Selepas ini jangan pula adik kepada Assmin Ali meroyan pula mengenangkan nasibnya sebagai penyokong tegar PGayR.



4 Ribuan Rakyat Parlimen Batu Hadir Ceramah Tian Chua - Parlimen Batu Sah Milik PGayR!


Berikut adalah gambar-gambar sekitar program ceramah bekas Ahli Parlimen Batu dan pakar gigit telinga Polis, Tian Chua dan badut terkenal, Bob Lokman yang tidak mendapat sambutan langsung daripada penduduk sekitar malam ini. Ini menunjukkan Rakyat Batu sudah muak dengan helah PR yang bekas YBnya jarang turun padang, tiada sumbangan di dalam pembangunan Batu dan hanya asyik berceramah menghentam dan mencari salah Kerajaan. Nampak gauanya mulut celupar Tian Chua yang mengatakan Tragedi Lahad Datu hanya sandiwara UMNO memberi kesan yang mendalam di hati penduduk. Kali ini Parlimen Batu milik Barisan Nasional. Ini kalilah.





April 9, 2013

11 Video Ketua Tingkatan Dibelasah Pelajar - Bukti Berapa Teruk Pelajar Sekolah Sekarang

video

CTS rasa zaman persekolahan CTS dulu sudah cukup "brutal". Melihat video di atas mengubah persepsi CTS mengenai pelajar-pelajar sekolah pada masa sekarang. Lihatlah bagaimana seorang pelajar, yang CTS rasakan sebagai Ketua Tingkatan atau seorang Pengawas Sekolah dibelasah tanpa belas kasihan oleh rakan-rakan sekolahnya. Kejadian dipercayai berlaku di SMK Tun Hussein Onn, Pulau Pinang.

Lebih membuatkan CTS merasa marah, kelakuan mereka itu dirakam dengan penuh bangga. Kementerian Pelajaran harus memandang serius mengenai isu "gangsterisme" di kalangan pelajar yang semakin teruk. Kita tidak mahu pelajar-pelajar ini membesar dan menjadi gangster-gangster di dalam parti-parti PAS, DAPig dan PGayR.

April 8, 2013

5 Lawak Santai Petang Isnin - Tuan Ibrahim Tuan Man Hendak Bina Lebuhraya Tu!



Inilah banner sensasi yang diletakkan di Jalan Jerantut-Benta. Namun hanya untuk beberapa hari sahaja dan kemudiannya ditanggalkan. Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr. Hamzah Jaafar cuba menarik perhatian rakyat terutama disekitar kampong tradisi sepanjang jalan Jerantut - Benta dengan menaikkan bannner konon PAS dan Pakatan Haram akan menyempurnakan pembinaan lebuhraya tersebut jika rakyat mengundi mereka. 

Malangnya tak sempat beberapa hari banner berkenaan mendapat liputan meluas, ianya diturunkan semula. Mungkin kerana sedar tipu daya mereka tidak diterima rakyat. Apalah yang Rakyat Jerantut boleh harapkan daripada kedua-dua calon di atas. Sebelum inipun Dr Hamzah telah kalah berkali-kali bertanding di situ. Tidak tahu erti serik dan mengundur diri. Sepatutnya Dr Hamzah bermuhasabah diri dan memberikan laluan kepada orang lain untuk mencuba nasib.

Lagilah Tuan Ibrahim Tuan Man pula hendak dipertanggungjawabkan untuk menjaga Rakyat? Bertanding untuk Timbalan Presiden PAS dengan seorang yang pernah ditangkap khalwat dengan isteri orang pun tidak boleh menang, apatah lagi hendak mendapat kepercayaan Rakyat Jerantut memimpin mereka? Mungkin mereka berdua ini ingat buat lebuhraya seperti yang dijanjikan adalah seperti mana Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat buat lebuhraya kot? Pacak dan bina batu asas. Lancarkan tabung derma tin milo. Lepas tu balik rumah tidur!

12 Celcom Melanggar 'Personal Data Protection Act 2010' Dengan Menjual Maklumat Pelanggan Kepada Pakatan Haram!



Ini surat merayu undi dari Presiden PGayR, Wan Azizah yang dihantar kepada Ibu CTS. Ibu CTS tinggal di Alor Setar dan alamat surat menyurat beliau dan alamat di kad pengenalan tidak pernah berubah. Alamat yang tertera di atas adalah alamat rumah adik CTS di Bukit Subang. Hanya satu sahaja alamat Ibu CTS yang dialamatkan di Bukit Subang iaitu untuk Celcom bagi bil internet. 

Alamat adik CTS digunakan untuk memudahkan penerimaan dan pembayaran bil oleh beliau. Ternyata Celcom telah kantoi tahap gaban dalam isu ini. Celcom dengan sengaja telah menjual maklumat pelanggan kepada Pakatan Haram. Celcom telah dengan sengaja telah melanggar 'Personal Data Protection Act 2010' iaitu gagal dalam melindungi maklumat pelanggan.

2 3 Tawaran Wanita Pakatan Untuk Wanita Malaysia - Indah Khabar Dari Rupa #ManifestoBukanJanji


Selepas pembentangan manifesto oleh Pakatan Haram tempoh hari, ada lagi manifesto baru yang dijanjikan kepada Rakyat. Kali ini, sasaran 'penipuan' disasarkan kepada golongan wanita di Malaysia. Semalam, Wanita Pakatan telah mengumumkan 3 instentif kewangan ad-hoc berjumlah RM600 dan RM1,000 untuk kaum wanita yang tiada dalam manifesto mereka sebab hendak menyaingi akujanji Barisan Nasional. 

Pengumuman ini bukanlah baru kerana Kerajaan Pakatan Haram Selangor sendiri telah gagal untuk melaksanakan janji-janji yang hampir sama. Sudah lupakah kita tentang janji Kerajaan Pakatan Haram Selangor untuk 'memberi elaun khas surirumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka'? Mana janji 'memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri' dan ' memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah'? Sudah tertunaikah atau janji tinggal janji?

Jangan berbohong untuk mencarum setiap wanita di Malaysia dengan RM600 setahun sekiranya Manifesto Bukan Janji Kerajaan Pakatan Selangor untuk 'mencarum Takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim masih gagal dilaksanakan! Lagi mahu tabur janji. Satu negeri terhegeh-hegeh untuk melaksanakan, ada hati berjanji untuk satu negara?

Lawak antarabangsa apakah yang cuba dilakukan apabila Wanita Pakatan Haram ingin menubuhkan Agensi Pembantu Rumah Tempatan yang melalui kaedah ini pembantu rumah tempatan yang dinaikkan taraf ini akan mendapat gaji yang setimpal sesuai dengan khidmat yang mereka berikan kepada keluarga yang menggaji mereka. Soalan CTS, adakah ada calon-calon pembantu rumah tempatan yang akan mengambil tawaran ini? Berapa gaji yang akan ditawarkan kepada pembantu rumah tempatan untuk menarik minat mereka? RM1,000? RM1,500? Dan adakah Kerajaan Pakatan Haram akan menanggung gaji pembantu rumah tempatan ini atau tuan rumah sendiri yang kena tanggung?

Tawaran ad-hoc Wanita Pakatan Haram ini ibarat satu lagi edisi Manifesto Bukan Janji. Manifesto yang diberikan indah khabar dari rupa dan orang putih panggil "too good to be true". Mungkin Wanita Pakatan Rakyat menganggap Rakyat Malaysia terutama kaun Wanita terlalu daif dan lemah untuk diperbodohkan sedemikian rupa. Pirrrrrrah!!!

April 7, 2013

9 Video ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad Yang Wajib Ditonton #Vote4BN


video

Berikut adalah rakaman semasa mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu jambatan besi di Petaling Jaya yang dihadiri oleh wakil ahli-ahli Parlimen, wakil pemaju PJCC, wakil konsesi lebuhraya NPE dan ahli majlis MBPJ. Video ini disiarkan untuk membuktikan kepada rakyat, terutama rakyat kawasan Seri Setia dan Kelana Jaya bagaimana sikap sebenar bekas ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Video ini diserahkan oleh salah seorang yang kecewa dengan sikap Nik Nazmi sepanjang tempoh beliau memegang kerusi ADUN. Sudah jelas terbukti dalam video ini bagaimana Nik Nazmi telah:

1. Tunduk kepada tuntutan pemaju (NPE) untuk merobohkan jambatan dan membiarkan Rakyat merana dengan bayaran tol.
2. Menghina Agama Hindu dengan panggilan seperti "kuil bawah pokok".
3. Menghina Rakyat dengan meminta agar butiran mesyuarat ini tidak keluar kepada pengetahuan umum.

4 Wajarkah Ustaz PAS Menyanyi Lagu Rock Kapak Diiringi Gitar Bass Di Dalam Masjid? #PasSesat

video

CTS kurang arif dengan hukum menyanyi di dalam Masjid. Mungkin ada ulama dan Ustaz di luar sana yang boleh memberikan sedikit panduan. Mungkin kita boleh terima sekiranya nasyid dan qasidah dikumandang di rumah Allah ini. Sepanjang yang CTS tahu waima qasidah dan nasyid sekalipun diadakan di ruang luar masjid dan bukannya di tempat sembahyang. Apakah sesuai seorang Ustaz menyanyikan lagu Rock Kapak dengan diiringi gitar bass di ruangan solat di dalam rumah Allah?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates