March 2, 2013

21 Ostazah Sesat PAS @abby_abadi112 Memfitnah PM @NajibRazak Berada Di Konsert IM4U Tengah Hari Tadi


Inilah saja taraf pemikiran longkang, hati busuk dan penuh dengan hasad dan dengki juak-juak jadian PAS. Diharap Arbaiyah atau Abby Abadi dapat berjumpa dengan Perdana Menteri sebelum menghembuskan nafas terakhir kerana dosa memfitnah secara terang dan nyata. 

Pada masa perempuan berkenaan menaburkan fitnah bahawa DS Najib sedang berada di Konsert IM4U, Perdana Menteri bersama isteri DS Rosmah Mansor sedang berada di Lapangan Terbang TUDM Subang bagi menyambut ketibaan jenazah dua anggota polis komando VAT69 yang terkorban di Lahad Datu. 

Bertudung litup dan memakai nama samaran di laman sosial Twitter sebagai "Mencari Redha Allah" sedangkan mulut busuk seperti longkang dan setiap hari menabur fitnah. Di bawah disertakan beberapa lagi gambar PM DS Najib Tun Razak yang perempuan musibat itu kata berada di "Konsert IM4U".



8 Pemuda PAS Lancar Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu? Boleh Percaya Tabung Ini Tidak Diselewengkan?



Ketika Rakyat Negara ini masih bersedih dengan pemergian syahid dua anggota polis komando unit VAT69, juak-juak PAS dengan pantas melancarkan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu. Juak-juak ini memang terkenal dengan kecekapan menghulurkan tin milo dan kantung-kantung hijau untuk meminta sedekah daripada orang ramai. 

Kita tidak memerlukan kaki sibuk untuk mengutip derma. Kita tidak perlu kaki sibuk untuk mengambil wang daripada orang ramai sedangkan pemimpin mereka sendiri mengelarkan orang yang memberi derma sebagai Firaun dan orang yang menerima derma sebagai lembu dan ayam. CTS menasihatkan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang ingin menderma, salurkan terus derma anda kepada keluarga si mati. Tidak perlu dimasukkan ke dalam tin milo dan kantung hijau yang ada lambang bulan hijau. 

Bukan apa takut-takut keluarga si syahid berputih mata, duit yang dikumpul entah ke mana. Buat Pemuda PAS, ustaz-ustaz jawablah dahulu ke mana perginya duit anak-anak yatim Tabung Memali yang didakwa diseleweng oleh pimpinan PAS oleh Cikgu Zainon Ismail atau nama penanya C.N. Al Afghani. Kalau sibuk sangat hendak menolong, tolong ke Memali dan bantu apa yang patut!

2 Bagaimana N Surendran Hendak Jadi Calon Padang Serai? Kehadiran Penonton Ceramah Beliau Tak Sampai 100 Orang!



Di mana ada S Surendran, pastinya di situ ada Latheefa Koya. Agaknya mereka berdua ni asyik masyuk bercinta kot? Tidak terlepas kedua-dua merpati sejoli ini turut mengadakan ceramah di Padang Serai, Pulau Pinang semalam. S Surendran yang diwar-warkan akan menjadi calon PRU-13 untuk parti PGayR di DUN Padang Serai semalam ternyata hampa. Manakan tidak, kehadiran penonton hanya sekitar bawah daripada 100 orang. Itupun termasuk jentera parti. 

Ingatkah kita bagaimana Latheefa Koya dan S Surendran pernah membangkitkan isu mengenai kematian suspek penjenayah, Sugumar? Kenapakah mereka berdua berdiam diri apabila dua anggota VAT69 meninggal syahid kerana mempertahankan negara, di dalam pertempuran di Lahad Datu semalam. Kenapa langsung tiada sebarang kenyataan daripada mereka berdua? Apakah nyawa bagi suspek penjenayah lebih berharga daripada dua pahlawan negara?

March 1, 2013

25 YB Batu @tianchua Memang Biadap!! 2 Pahlawan Negara Syahid Di Lahad Datu Dianggap Sandiwara UMNO



Al Fatihah buat dua anggota polis komando VAT69, Inspektor Zulkifli bin Mamat dan KPL Sabaruddin bin Daud yang terkorban di dalam pertempuran dengan puak Sulu di Lahad Datu. Kita mendoakan yang tebaik buat 3 anggota pegawai yang cedera / cedera parah iaitu KPL Mohd Tarmizi bin Hashim, KPL Azman bin Ampong dan KPL Mohd Qaiyum Afzal bin Zulkifli. Berikut adalah maklumat penuh anggota polis yang cedera dan syahid:

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid)
2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid)
3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di punggung/peha – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki – kini ditempatkan di Hospital Sandakan)

Dalam kita bersedih mengenang nasib anggota keselamatan di Lahad Datu, ada suara-suara sumbang yang cuba mempolitikkan isu di Lahad Datu. Kurang ajar dan biadap apabila Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menganggap kematian syahid kedua-dua anggota polis di atas adalah sandiwara dan konspirasi terancang UMNO. Sekarang kita tahu tindakan Tian Chua menggigit telinga polis bukan disengajakan. Tian Chua mempunyai dendam dan rasa tidak puas hati dengan anggota keselamatan sehingga sanggup mempermainkan kematian mereka. Rakyat Malaysia harus menolak Wakil Rakyat yang biadap dan kurang ajar sebegini. Lihat kenyataan video Cina DAPig ini yang sangat menyakitkan hati.


 Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat Bersama Keluarga

Allahyarham Koperal Sabarudin Daud Bersama Keluarga

2 Juak-Juak PAS Lebih Percayakan PI Bala Menjunjung Kitab Hindu Daripada Sumpah DS Najib Di Masjid



Terkesima CTS apabila juak-juak PAS menyanjung tinggi dan mengkagumi P. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala. PI Bala dipercayai oleh juak-juak PAS bulat-bulat. Mungkin kerana beliau telah menjunjung kitab Hindu sewaktu pulang ke Malaysia tempoh hari. CTS sendiri meragui kredibiliti PI Bala. Siapa yang lantik PI Bala menjadi penyiasat persendirian? Dari mana dia belajar dapat ilmu menjadi penyiasat persendirian dan apakah sijil-sijil yang beliau ada? Kalau benarlah dia penyiasat persendirian yang bertauliah, kenapa beliau tidak membawa segala bukti yang beliau ada untuk ditunjukkan kepada umum bahawa dia memang di pihak yang betul?

Dalam ceramah pertama beliau sejak kembali ke Malaysia yang diadakan di Dewan Himpunan Cina pada 27 Februari 2013 yang bertajuk "Siapa Arah Bunuh Altantuya", PI Bala "melarikan diri" terlebih awal kerana beliau nyata gagal untuk meyakinkan orang ramai khususnya mereka yang hadir bahawa beliau seorang penyiasat yang hebat. Beliau gagal menjawab soalan dari hadirin yang hadir apatah lagi untuk mengemukakan bukti. Tiada apa perkara lagi yang boleh Pakatan Haram bergantung harap daripada PI Bala sebenarnya.

Dari dulu hingga sekarang beliau hanya bergantung kepada akuan bersumpah kosong. Tiada bukti dikemukakan. Cakap kosong saja semua orang boleh buat, burung tiong, burung murai dan burung gagak juga pandai bercakap. Kalau sekadar berceramah di merata-rata tempat tanpa mengemukakan bukti, siapapun boleh buat. Selagi PI Bala tidak membuktikan tuduhannya, Rakyat sewajarnya tidak mempercayai tuduhan karut yang dilemparkan kepada DS Najib.

Mari kita hayati pengakuan bekas Peguam Utama Anwar di dalam Kes Liwat I, Datuk Zulkifli Nordin yang dibuat pada 03 Februari 2011 di Bentong, Pahang:
“Saya ditekan oleh Anwar, Anwar suruh Azilah mengaku, dapatkan surat sumpah, suruh Azilah mengaku bahawa Najib terlibat, Rosmah pun terlibat. Hasil siasatan yang saya buat sendiri, saya dapati tuduhan mengatakan Rosmah berada di tempat pembunuhan, di Puncak Alam, Shah Alam, pada hari kejadian adalah fitnah. Bila saya semak, Datin Seri Rosmah berada di Tabung Haji, berbuka puasa dengan anak yatim. Ada gambar dia, ada bukti. Saya kata macam mana nak tuduh Datin Seri Rosmah yang bunuh Altantuya. Bukti jelas dia bersama anak yatim malam itu, pada bulan Ramadan. Walaupun tiada bukti, Anwar tetap berkeras mengarahkan saya mencari bukti palsu untuk mengaitkan Najib dan Rosmah. Anwar paksa saya, awak buat juga, cari jalan supaya Rosmah dan Najib dituduh membunuh Altantuya." 
Ini petikan ceramah Datuk Zulkifli Nordin yang meletak jawatan sebagai peguam utama Anwar Ibrahim pada tahun 2009. Bertepatan dengan kenyataan Datuk Zulkifli Nordin, di bawah adalah gambar-gambar DS Rosmah Mansor yang berada di Tabung Haji pada tarikh dikatakan beliau berada di tempat pembunuhan dengan bersaksikan anak-anak yatim dan ahli keluarga dan kakitangan Tabung Haji.



DS Najib pula pernah bersumpah sebanyak 3 kali di masjid tidak mengenali Altantuya dan membuat penafian di dalam Dewan Rakyat. Sumpah di dalam Masjid bukan boleh dibuat main-main. Juak-juak PAS menyalak dalam kes Altantuya ini apasal? Mereka hendak percaya sumpah Bala dengan kitab Hindu atau sumpah DS Najib di dalam Masjid?

February 28, 2013

11 Regim DAP Selangor Gelabah Apabila Jambatan Di Taman Sains Selangor II Runtuh - PKNS Bertanggungjawab Sepenuhnya!


Petang tadi terdapat sebuah jambatan di lebuh raya telah runtuh. Namun lokasi ini bukan di Putrajaya atau di lebuhraya MEX seperti mana digembar-gemburkan di blog dan laman-laman sosial. Jejambat yang runtuh terletak di Taman Sains Selangor II.  Jejambat ini menghubungkan antara Cyberjaya dan Taman Aman Putra. Di bawah jejambat ini ialah laluan yang menghubungkan Putrajaya dan Plaza Tol Putrajaya di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE). 

Laluan di bawah jejambat sudah ditutup sejak beberapa bulan. Jejambat juga telah ditutup sebelum ini. Laluan alternatif telah dibina untuk menghubungkan laluan yang telah ditutup sejak beberapa bulan yang lalu. Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan kerana laluan ini sudah lama ditutup kepada lalulintas. Kawasan ini terletak dalam kawasan Puchong.

Juak-juak cybertroopers PR cuba memainkan ini sebagai isu politik. Beberapa gambar "superimpose" dikeluarkan dengan tujuan untuk mempermainkan dan memburukkan nama Kerajaan Barisan Nasional.



Hakikat yang harus ditelan oleh juak-juak Rejim DAP dan PGayR Selangor adalah jambatan berkenaan terletak di Selangor. Lebih tepat lagi di Puchong. Siapa Ahli Parlimennya? Gobind Singh Deo dari DAP. Ianya di bawah seliaan PKNS. Boleh CTS bertanya, PKNS ni bawah kerajaan negeri Selangor kan? Siapa yang perintah negeri Selangor? Rejim DAPig dan PGayR kan? Ok, kalau kita mengikut  prinsip pembangkang, bolehkah CTS kata bagi jambatan yang runtuh tadi, pihak yang harus dipersalahkan 100% adalah kerajaan DAPig dan PGayR Selangor? Pencacai-pencacai Pakatan Haram tidak percaya? Lihat kenyataan akhbar daripada PKNS seperti di bawah:

2 Bas PGayR Diguna Untuk Tabur Fitnah Kempen, Bas Bergerak 1Malaysia Diguna Untuk Bantu Rakyat - Anda Pilih Yang Mana?



Semalam, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak telah melancarkan Bas Bergerak 1 Malaysia. Ia membabitkan pergerakan sebuah bas dengan berat maksimum 16 tan yang diubahsuai khusus bagi mengedar barang keperluan harian terus kepada pengguna dengan matlamat membantu rakyat mengurangkan kesan kenaikan harga barang. 

Bas itu akan diiringi dengan beberapa lagi lori kecil yang juga diubahsuai, bergerak ke lokasi yang dijadualkan khususnya di kawasan-kawasan perumahan kos rendah dan pusat komuniti terpilih. Ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan membantu rakyat khususnya kalangan masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana.

PGayR pula, sebuah parti yang mendakwa kononnya "Parti Harapan Rakyat" juga ada sebuah bas. Tujuan bas berkenaan bukan untuk membantu Rakyat. Bas berkenaan digunakan untuk menjelajah ke seluruh ceruk rantau tanahair untuk tujuan ceramah-ceramah, menabur fitnah, mengadu domba dan memecahbelahkan perpaduan Rakyat. Apa yang Rakyat perolehi dengan kewujudan bas mewah "Jelajah Merdeka Rakyat"?

Ini adalah bukti yang nyata parti mana yang memperjuangkan nasib Rakyat dan parti mana yang mempergunakan Rakyat. Kalau boleh CTS bertanya, di atara kedua-dua bas berkenaan, bas manakah yang saudara saudari, abang-abang dan kakak kakak harapkan agar lalu di kawasan rumah kita. Bas Bergerak 1 Malaysia atau bas Jelajah Merdeka Rakyat? Jawab dengan akal dan iman dan jangan gunakan kepala lutut.


February 27, 2013

4 Bantuan RM6,000 Setahun Untuk Rakyat Penang, DAP Sudah Tunaikankah? #ManifestoBukanJanji



Dua hari lepas, lima tahun yang lalu, lebih tepat lagi lagi pada 25/02/2008, DAP mencadangkan supaya setiap keluarga yang menerima gaji kurang RM6,000 sebulan diberikan bonus RM6,000 setahun bagi mengurangkan beban kewangan mereka.

Ketika mengumumkan manifesto DAP peringkat nasional di Pulau Pinang pada hari itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, menjadi tanggungjawab kerajaan memberikan bantuan tersebut berikutan penderitaan rakyat akibat tekanan inflasi dan kenaikan harga barang. Pada hari berkenaan DAP telah melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan tema 'Malaysia Boleh Lebih Baik Lagi!'.

Dengan manifesto bukan janji berkenaan dan banyak lagi janji yang telah ditaburkan oleh DAPig, DAPig telah berjaya merampas Pulau Pinang daripada Barisan Nasional. Semenjak 2008, DAPig berjaya menubuhkan Kerajaan di Pulau Pinang. Sudahkah janji di atas tertunai? CTS yakin, Rakyat Pulau Pinang dan Rakyat Malaysia sudah lupa janji-janji berkenaan. 

Senang-senang mereka menaburkan manifesto bukan janji, samalah perangai buruk seperti rakan-rakan sebantal mereka, PAS dan PGayR. Pada tarikh yang sama lima tahun kejadian di atas berlalu, iaitu pada 25/02/2013 orang yang sama, Lim Guan Eng beserta bapanya Lim Kit Siang kembali ke pentas Pakatan Haram untuk menabur janji-janji terbaru. Apakah Rakyat Malaysia akan bakal ditipu lagi?

7 Adakah Ini Dua Wajah Yang Nik Aziz Maksudkan Kami Sanggup Berkerjasama Dengan Syaitan?

Lihatlah dua wajah orang-orang Melyu Islam serta biodata mereka. Kedua-dua Melayu Islam ini akan memberi ceramah di Dewan Gereja St Peter Melaka pada 03 Mac 2013. Cermah di gereja ini adalah anjuran Catholics Graduates Movement Of Malaysia. NGO ini bergiat aktif di dalam memperjuangkan kebebasan beragama dan membantu mana-mana Umat Islam untuk murtad. Ironinya, kedua-dua anak muda ini adalah penyokong kuat Pakatan Haram terutamanya PGayR.


11 Setakat Ini Sahajakah Yang Datang Mendengar Ceramah Anwar Ibrahim Di Machang & Ketereh Semalam?

Ceramah Di Machang:



Ceramah Di Ketereh:



Sadis! Cukup sadis! Ini sahajalah sambutan yang diberikan oleh Rakyat Machang dan Ketereh di Kelantan dalam ceramah Ketua Umum PGayR semperna Siri Ceramah Jelajah Kelantan semalam. Sekecil-kecil dewan tempat ceramah diadakan tidak penuh. Hadirin dan hadirat yang datang terpaksa duduk bersila di atas lantai untuk menampakkan kehadiran yang penuh. Sudahlah kehadiran Anwar Ibrahim di Kelantan disulami dengan banjir yang tidak diduga sejak tengah hari, sambutan Rakyat pula dingin di malam hari.

Tetamu penceramah seperti Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution dan Jeneral Bersara yang rakus hendak bertanding di dalam PRU13, iaitu Dato Jeneral (B) Abdul Ghafir senang enak duduk di sofa empuk. Sedangkan hadirin penonton yang hadir hanya duduk di lantai. Nampak seperti antara dua darjat. Mungkin inilah ciri-ciri pemimpin berjiwa Rakyat? Agaknya kalau begini sambutan Rakyat Kelantan kepada Pemimpin Pakatan Haram nombor 1, dapatkan Kelantan dipertahankan di dalam PRU-13?

February 26, 2013

2 Gambar Usaha-Usaha Fitnah Pencacai Pakatan Haram Untuk Memburukkan BR1M


Ini adalah sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar untuk memburukkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan BN Selangor. Tujuan penghantar adalah jelas supaya SMS ini tersebar luas dan Rakyat akan benci dengan Kerajaan BN seolah-olah tidak ikhlas dalam pemberian BR1M. Pemilik nombor telefon bimbit berkenaan ialah:

Nama : Wan Surya Nadia binti Wan Azmi
No Telefon : 0133868376 (Prepaid CELCOM)
I/C : 950802105714
Alamat : 6-0-4 Kelumpuk Tempua B Jalan 9/56 Ampang Ulu Klang, Selangor.

Gambar kedua pula adalah gambar Pak Lebai-Pak Lebai PAS yang cuba membuat fitnah dengan menunjukkan akujanji yang diberikan semasa pemberian BR1M. Takkanlah BN begitu bodoh untuk memberikan akujanji itu kepada orang ramai. Kedua, bukan semua yang datang ke majlis penerimaan BR1M terdiri daripada kaum beragama Islam sahaja. Ada Agama Hindu, Buddha, Kristian dan sebagainya. Kalau mereka terima akujanji itupun, tak berkesan sumpah terhadap mereka. 

Ketiga, yang CTS tahu, bab-bab bersumpah dan berbaiah ini hanyalah juak-juak PAS. Sehinggakan wakil-wakil Rakyat mereka terpaksa bersumpah sekiranya mereka keluar parti, jatuh talak tiga ke atas isteri-isteri mereka. BN tak buat kerja-kerja bodoh dan tak masuk akal sebegini. Kenapa sanggup fitnah sampai macam ini. Mereka kata mereka parti yang perjuangkan Islam. Perangai mengalahkan syaitan. Pembangkang oh pembangkang.

4 Pasir Putih Menyambut Kehadiran Anwar Ibrahim Dengan Banjir Kilat



Anwar Ibrahim sekarang sedang berada di Kelantan. Beliau akan melawat Pasir Putih dan akan bersama-sama dengan Saifuddin Nasution dan Husam Musa dalam satu jamuan "High Tea" di sini. Gambar di atas adalah gambar terbaru bilik gerakan Pakatan Haram di Pasir Putih. Sebagai seorang Islam kita yakin banjir, hujan ribut dan taufan adalah kehendak dan keizinan Allah SWT. Namun sekiranya bala dan bencana turun disebabkan kedatangan seseorang, kita sebagai orang Islam juga harus memuhasabah diri.

1 #ManifestoBukanJanji Pakatan Haram Tidak Sah - Presiden PGayR & Pengerusi DAP Tidak Tandatangani



1. Pakatan Rakyat telah mengumumkan manifesto bergelar Manifesto Rakyat: Pakatan Harapkan Rakyat untuk PRU13 pada 25 Februari 2013.

2. Manifesto ini boleh dimuat turun atau dibaca di sini.

3. Cuba lihat muka surat 5. Siapa yang menandatangani #ManifestoBukanJanji berkenaan. Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PGayR? Presiden PGayR sudah meninggal dunia kah? Presiden PGayR tidak ada kuasakah? Hanya jadi boneka kepada Ketua Umum PGayR yang melantik dirinya sendiri? Penandatangan kedua tiada masalah kerana ditandatangani Presiden PAS yang juga merupakan "Firaun" PAS, mengikut definasi Haji Hadi. Yang ketiga ni pelik sedikit. Saudara Lim Kit Siang. Siapa Kit Siang di dalam DAP? Kenapa Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak menandatangani #ManifestoBukanJanji berkenaan?

4. Sejak bila Saudara Lim Kit Siang menjadi "Parliamentary Leader"? Adakah jawatan ini milik Anwar Ibrahim? Mahu merampas kuasakah?

5. #ManifestoBukanJanji menggunakan air liur siapapun boleh buat. Sebelum kita pergi jauh menganalisa janji-janji palsu Pakatan Haram, boleh kita tanya mereka bagaimana Pakatan Haram akan membiayai janji-janji manifesto mereka?

6. Lihat video klip di bawah, apa kata Salih Yaakob dan Nabil mengenai #ManifestoBukanJanji Pakatan Haram.

February 25, 2013

4 Gambar Konvensyen "Pakatan Harapkan Rakyat" Yang Tidak Mungkin Disiarkan Di Portal Pembangkang!

Ini gambar yang dimuatnaikkan oleh pemimpin-pempin Pakatan Haram semperna Konvension "Pakatan Harapkan Rakyat" yang diadakan di SACC Mall, Shah Alam bermula hari ini. Nampak seperti semuanya teratur dan mendapat sambutan.




Di bawah ini pula adalah gambar yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan ramai. Lihatlah berapa banyak kerusi kosong. Kalau ada pencacai-pencacai Pakatan Haram yang cuba mengatakan bahawa ini adalah gambar sewaktu rehat atau sebelum majlis dimulakan, cuba lihat di skrin besar. Ada pemimpin Pakatan Haram tengah sibuk menabur manifesto. Ingat Konvensyen Pakatan, Ingat Konvensyen Kerusi. Ingat Manifesto Pakatan Haram, ingat kata-kata Menteri Besar Selangor, Manifesto Bukan Janji!

February 24, 2013

11 Menyedihkan - Rumah Terbuka CNY YB Janice Lee Gagal Mendapat Sambutan




Amat menyedihkan bagi seorang YB sekiranya majlis yang dibuatnya gagal mendapat sambutan. Inilah yang terjadi kepada ADUN Teratai, Lee Ying Ha atau Janice Lee, apabila sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di DUN beliau gagal untuk menarik bakal-bakal pengundi. Nampak gayanya DAP kena memikirkan kembali sama ada untuk terus meletakkan Janice Lee untuk mempertahankan DUN Teratai.

Majlis sambutan Tahun Baru Cina hanya diserikan dengan dua tiga Pak-Pak Lebai Melayu Islam yang "pelahap" datang menjamu selera ke jamuan di majlis berkenaan. Tidak pastilah sama ada inilah Pak-Pak Lebai yang menjemput YB Janice Lee untuk masuk ke dalam Masjid untuk mengedarkan limau mandarin tempoh hari.

3 Harakahdaily Semakin Melampau - Kenyataan Raja Nazrin Diputarbelit Dan Difitnah


Harakahdaily, lidah rasmi parti PAS semakin melampau dan keterlaluan. Sidang pengarang akhbar berkenaan sanggup memutarbelitkan kenyataan Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah. Kenyataan Baginda diputarbelitkan dan diubahsuai sesuka hati ketika Baginda bertitah di dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk “Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran". Fitnah ini berterusan apabila cybertroopers belaan PAS menyahut fitnah berkenaan di laman sosial Facebook. Baca pembohongan Harakahdaily di sini. Harakahdaily sewajarnya menukar slogan portal berkenaan daripada "Tepat Dari Sumber" kepada "Tepat Dari Sumber Fitnah!"


Dengarlah sendiri kenyataan Raja Nazrin Shah yang dirakam di wacana berkenaan seperti di bawah:


Ini pula adalah transkrip penuh ucapan Raja Nazrin Shah sebelum diubahsuai dan diputarbelitkan oleh Harakahdaily.
Dewan Bahasa dan Pustaka merintis usaha menganjurkan Wacana Perpaduan Ummah. Wacana ini berlangsung ketika persaingan politik di kalangan ummah sedang memuncak. Ia berlangsung pada waktu yang sangat mencabar memandangkan Pilihan Raya Umum Kali Ke-13 diramal akan diadakan dalam masa terdekat. Langkah menganjurkannya pada waktu yang sensitif ini adalah satu langkah berani. Dewan Bahasa dan Pustaka berkemungkinan berhadapan risiko untuk disalahertikan, apatah lagi jika nada diskusi dan esolusi yang dirumuskan, bakal menghiris perasaan mana-mana kabilah politik. Penganjur wacana memilih istilah ummah. Perkataan ummah disebut lima puluh satu (51) kali dalam al-Quran, manakala dalam bentuk jamak, umum disebut tiga belas (13) kali. Berdasarkan tafsiran kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah ummah bermaksud umat Islam yang luas lagi menyeluruh merentasi sempadan negara – sempadan wilayah. Dalam konteks wacana ini, Beta memilih untuk memberikan fokus kepada isu perpaduan ummah di Malaysia;
Menjurus kepada isu perpaduan Melayu supaya wacana ini tidak dilarikan penglihatan melihat tungau di seberang lautan, melupakan gajah di hadapan mata. Wacana ini perlu bersedia membicarakan isu perpecahan ummah secara terang lagi bersuluh, meskipun air yang ditepuk bakal mercik ke muka sendiri. Dua parti politik Melayu-Islam, iaitu UMNO dan PAS berperanan paling dominan di negara ini, khususnya pengaruh mereka dalam kalangan umat Melayu. UMNO dan PAS semakin bersaing untuk berada di atas, kedua-dua kabilah sedang rancak berusaha baik untuk mempertahan, begitu juga untuk mendapatkan kuasa. Secara zahir, perpecahan ummah diandaikan terbelah dalam dua kabilah politik; tetapi perlu diselami lebih dalam daripada itu, kerana dua kabilah politik itu dianggotai oleh pelbagai individu, tiap seorang memiliki pelbagai kerenah, pelbagai agenda, pelbagai hasrat, pelbagai niat. Terdapat jurang antara yang tersurat dan yang tersirat, antara akal dan nafsu, antara kata dan kota. Malah persaingan politik telah menghalalkan cara hingga merentasi etika yang dianjurkan oleh Islam, melanggar tata kesopanan budaya Melayu. Fitnah, pemalsuan dan penghinaan yang keterlaluan terhadap lawan berlaku secara berleluasa.
Perbalahan berbentuk verbal, diperluaskan dalam bentuk penulisan dan dilebarkan melalui alam siber. Pada akhirnya nanti, dibimbangi tidak akan ada lagi tokoh Melayu yang credible dan boleh dipercayai. Sheikh Muhammad Abduh pernah mengingatkan bahawa Islam itu didindingi oleh umat Islam; ummah sewajarnya mengingatkan bahawa Melayu itu juga didindingi oleh orang Melayu. Kebelakangan ini, pertentangan di antara kabilah politik telah melarat kepada tindakan-tindakan berbentuk fizikal. Telah muncul kumpulan pengacau; daripada kalangan anak muda, berlagak samseng melakukan perbuatan yang mengetepikan undang-undang. Telah muncul anak muda mengoyak poster – melempar batu, mengadakan sekatan jalan raya – menyimbah cat ke potret pemimpin – memijak bendera negara. Anak muda jangan dididik bersifat samseng. Pihak berkuasa tidak harus memejamkan mata, di sebaliknya wajib bertindak tegas. Memperkenalkan dan bertoleransi kepada budaya samseng adalah satu kesilapan besar, ia bakal mencetus huru-hara, ia adalah perbuatan mungkar yang tidak mendapat keberkatan dan keredaan Ilahi, ia berpotensi menjadi bumerang yang bakal memakan diri sendiri. Keresahan ummah tidak kerana bangsa berada dalam kabilah politik yang berlainan, tetapi ummah teramat bimbang akan arah haluan kegiatan politik yang terlalu tertumpu pada pencapaian matlamat jangka pendek untuk memperoleh kuasa.
Ummah kelihatan semakin taksub menumpukan kesetiaan pada slogan, pada lambang, pada simbol kabilah masing-masing hingga alpa kepada agenda bangsa yang lebih besar serta kelangsungan bangsa untuk jangka panjang. Sedikit demi sedikit hak, maruah dan martabat bangsa terhakis. Jika ada suara menuntut untuk dipertahankan kedudukan bangsa, suara tersebut dimomokkan sebagai rasis, dianggap merugikan strategi perjuangan, disifatkan menyinggung perasaan kaum lain. Persaingan kabilah politik bagaikan tidak lagi menghiraukan tindak tanduk yang semakin meletakkan ummah berada dalam situasi bagaikan telur di hujung tanduk. Bilangan ummah yang tidak terlibat secara langsung dalam politik kepartian masih ramai; malah tidak kurang yang bertambah mual dengan gelagat politik yang keterlaluan.
Perpaduan yang mahu dicapai hendaklah diperluaskan untuk menyepadukan matlamat besar yang satu, dalam kepelbagaian konstituen bangsa yang sedang berlaku.
Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan. Sifat mempamerkan ‘kami kurang Melayu’ atau “‘we are less Malay”’ untuk populariti politik, adalah perbuatan silap paling besar dan penderhakaan paling durjana kepada bangsa Melayu.
Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah. Sejarah perjuangan bangsa Melayu bermula dengan pelbagai pertubuhan. UMNO ditubuhkan melalui Kongres yang menghimpunkan 41 pertubuhan Melayu. Ketika memperjuangkan kemerdekaan, terdapat pelbagai pertubuhan Melayu, bagai himpunan pelbagai perahu tetapi berdayung menghala ke destinasi yang sama. Pertubuhan-pertubuhan Melayu ketika itu, laksana ranting-ranting, bila terhimpun berupaya menyalakan api besar, hingga berjaya meruntuhkan gagasan Malayan Union. Kekuatan bangsa ketika itu, tidak didukung oleh kemewahan kewangan; pertubuhan- pertubuhan Melayu majoritinya tidak dipimpin oleh sarjana berkelulusan tinggi, tetapi dipimpin oleh para guru dan ustaz, kerani dan penghulu, petani dan nelayan, tetapi cekal dengan semangat sedia berputih tulang daripada hidup berputih mata.
Jika Dewan ini boleh bersuara, ia akan bercerita kepada kita, kisah perhimpunan bersejarah, Peristiwa Api dan Air Mata yang pernah berlangsung di sini. Pada petang 3 Mac 1967, berhimpun di Dewan Bahasa dan Pustaka dua ribu (2000) umat Melayu dari seluruh tanah air, atas nama individu, atas nama 120 pertubuhan Melayu, merumuskan ketetapan, menentang Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 menyentuh Fasal 152 Perlembagaan yang dianggap telah dipesongkan daripada erti dan tafsirannya, diselewengkan daripada semangat dan kehendak sebenarnya. Peristiwa bersejarah yang menghasilkan antologi puisi Keranda 152, terkandung lembut kata yang diungkap oleh Sasterawan Negara Usman Awang; Malam itu di Balai Budaya Api dan Air Mata Malam itulah juga Parlimen jadi pertanda Memenggal leher BAHASA’. Kata-kata tersebut menikam dalam ke dada pemimpin, meninggalkan bisa lebih beracun dari Keris Taming Sari yang ditusuk ke dada Hang Jebat. Hari ini di manakah terkuburnya pertubuhan-pertubuhan Melayu ? Apakah kekuatan yang masih ada di kalangan pertubuhan Melayu yang masih bernafas ? Ummah perlu kembali menghidupkan semangat dan roh pertubuhan yang benar-benar berkecuali, tidak memihak, tidak partisan, dihormati dan digeruni oleh pemimpin, oleh pentadbir, oleh akademia, oleh kabilah politik.
Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.
Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya daripada Ilahi, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa.
Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat ditubuhkan dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan dan Raja Pemerintah atau Yang Dipertua Negeri di peringkat Negeri. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya. Raja Pemerintah dan Yang Dipertua Negeri telah menunjukkan sebaik contoh, bersifat tidak partisan ketika menyempurnakan peranan masing-masing berlandaskan peruntukan Perlembagaan.
Di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Perak, Selangor dan Terengganu, Raja Pemerintah, masing-masing berangkat merasmikan Dewan Undangan Negeri walaupun kabilah politik negeri berkaitan sedang atau pernah diterajui oleh kabilah politik yang berbeza dengan Kerajaan Persekutuan; begitu juga menghadiri acara-acara yang dianjurkan oleh Kerajaan masing-masing. Demikian juga peranan yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Sabah di era Sabah tidak diperintah oleh Barisan Nasional. Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merasmikan Kolej Universiti Insaniah di Kedah baru-baru ini, adalah sebaik contoh pendirian institusi Raja yang tidak partisan. Raja dan Yang Dipertua Negeri kekal diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja bersandarkan jawatan rasmi tanpa diskriminasi kepada identiti politik yang mereka wakili.
Sejajar dengan sejarah penubuhan dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan imej berkecualinya yang belum tercalar, amatlah sesuai untuk Dewan diamanahkan mengambil tanggungjawab sebagai sekretariat kepada usaha menyatupadukan ummah. Untuk membolehkan Dewan Bahasa dan Pustaka dapat memenuhi hasrat tersebut secara berkesan, ia harus diberikan kepercayaan, ia harus diberikan amanah, ia harus diberikan fleksibiliti politik dan ia juga harus diterajui oleh personaliti yang diterima dan dihormati kerana integriti dan sifat berkecualinya, mengambil tanggungjawab. Beta tidak terkecuali berhadapan situasi serba salah untuk menzahirkan kebenaran, ditelan mati emak – diluah mati bapa, kerana kebenaran itu ada kalanya amat pahit untuk dimamah.
Namun jika penyakit ummah mahu diubati, Beta berpegang, betapa pahit sekalipun, ummah harus sedia memamahnya; Beta tidak reda jika satu hari nanti, Raja Melayu itu dianggap tidak kisah nasib ummahnya, tidak hirau urusan watannya, tiada kekuatan menzahirkan hakikat; Beta tidak reda, Raja Melayu itu dilukiskan sekadar berkhayal dan bermimpi, hanya bergurindam dan bersyair dengan kata pujian kerana takut menghadapi realiti; dan ketika ummahnya gundah gulana, Raja leka bermain catur di dalam istana. Beta amat insaf, betapa tanggungjawab yang diamanahkan ke bahu Raja Pemerintah, turut diadili di hari kebangkitan seperti peringatan yang terkandung dalam ayat 9, Surah Al Imran yang bermaksud; Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates