February 16, 2013

3 Majlis Sambutan Tahun Baru Cina PGayR Anjuran Anwar Ibrahim Di Bangsar Gagal - Hanya 1,000 Yang Hadir!

Dengan berbekalkan Bangsar kononnya sebagai kubu kuat Nurul Izzah dan lokasi yang strategik yang diadakan di sekitar Bangsar New Village, satu kawasan elit yang sentiasa tidak pernah tidur dan mempunyai pengunjung yang padat, Ketua Umum PGayR Anwar Ibrahim dan anaknya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah telah mengadakan Sambutan Hari Raya Cina di situ. Kehadiran mereka jangkakan sebanyak 10,000 pengunjung. 

Sehingga posting ini ditulis, hanya sekitar 1,000 orang yang membanjiri sambutan perayaan berkenaan. Kebanyakan adalah daripada pengunjung luar. Buktinya sebanyak 6 buah bas sekolah kelihatan ditempah yang membawa pengunjung kebanyakannya kaum Cina dan India daripada kawasan Kampung Dato Harun. CTS kesiankan orang ramai yang hadir tidak dapat pulang walaupun hujan lebat di sebelah waktu senja. Ini berikutan mereka terpaksa menunggu bas yang ditempah itu untuk membawa nmereka pulang. 

Mungkin sudah sampai masanya Nurul Izzah berfikir empat lima kali sebelum membuat keputusan untuk mempertahankan kerusi Lembah Pantai pada PRU-13. Mungkin ini sebabnya khabar angin bertiup kuat mengatakan Anwar Ibrahim tidak akan mempertahankan kerusi Permatang Pauh untuk membiarkan anak sulungnya mendapat kerusi selamat di dalam PRU-13.




3 Bila BR1M Kena Datang Majlis, PR Melalak! Boleh Pula Buat Majlis Jom Shopping Bersama Ibu Tunggal YB @Rodziah_Ismail ?



Ini adalah banner Program "Jom Shopping Ibu Tunggal" yang akan diadakan petang ini di Giant Kota Damansara. Program ini dijalankan oleh Pakatan Haram di bawah geran Selangorku. Program ini merupakan satu daripada banyak lagi janji-janji manifesto yang tidak tertunai. Ketika gambar ini diambil PA system sedang diuji. Program ini menyerlahkan sifat bermuka-muka, prejudis dan fanatik juak-juak dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram.

Apabila Kerajaan Pusat Barisan Nasional mengadakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), juak-juak Pakatan Haram mengkritik Kerajaan dengan mengatakan mana cukup RM500. Sedangkan program ini dikhususkan kepada golongan isirumah yang berpendapatan kurang dari RM2,000. Cuba kita tanya balik, berapa Pakatan Haram Selangor bagi dekat golongan ibu tunggal. RM100? RM100!!! Cukup ke perbelanjaan untuk ibu tunggal selama setahun!!! Bodoh piang! Cuba juak-juak dan pencacai-pencacai Pakatan Haram jawab, cukupkah RM100 setahun? Sedangkan BR1M untuk golongan bujang berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan bawah RM1,500 pun Kerajaan bagi RM150.

Keduanya, apabila Kerajaan Pusat Barisan Nasional mengadakan majlis-majlis untuk menyampaikan bantuan BR1M kepada Rakyat, maka menyalaklah juak-juak Pakatan Haram kata Rakyat dizalimi, terpaksa beratur panjang dan terpaksa menghadiri majlis untuk dapat RM500! Ada suara-suara sumbang dari pemimpin mereka supaya agar dimasukkan terus (bank-in) ke dalam akaun Bank. Bagus punya cadangan kan? 

Bila kena dengan kepala sendiri kenapa tak buat? Kenapa ibu tunggal terpaksa menghadiri majlis untuk terima RM100? Siapa yang akan jaga anak-anak mereka bila terpaksa hadir ke majlis ini? Kenapa RM100 berkenaan diwajibkan berbelanja di Giant sahaja dan ditemani Wakil Rakyat Pakatan Haram? Kenapa wang berkenaan tidak boleh digunakan untuk perkara lain seperti membayar hutang, membayar sewa rumah dan sebagainya? Dan soalan bernilai RM1 juta ringgit, kenapa tidak dimasukkan ke dalam akaun bank, sayanggggg!

Apa punya turr ini Pakatan Haram!!!

9 Oppa PAS Pandan Style Di Hari Valentine - Tahniah PAS!!!


Tahniah kepada Timbakan Pesuruhjaya II PAS Selangor merangkap ADUN Chempaka, Iskandar Samad, yang juga EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Selangor kerana berjaya menganjurkan program sambutan Tahun Baru Cina 2013 dan Valentine Day Oppa PAS Pandan style pada 15 February 2013 bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Kampung Baru Ampang. Siap ada gambar muka Timbalan Pesuruhjaya II tu di banner belakang pentas. Hebat!!!

PAS paling lantang mengutuk kedatangan Psy Gangnam Style yang dianjurkan oleh BN Penang, namun juak-juak mereka ni cakap tak serupa bikin. Orang lain buat salah, mereka buat tak apa. Dengan sajian persembahan dan tarian yang mengegarkan iman, apa pula fatwa PAS kali ini. Mungkin di dalam majlis PAS tindakan artis wanita yang berambut panjang bertempek memeluk di belakang seorang artis lelaki itu hukumnya halalan toyyibba agaknyalah ye? Lihat video di bawah:

video

February 15, 2013

1 Kempen "1Semak 1Aiskrim" Ini Perli @AzminAli Ke?


Kempennya bagus iaitu membantu masyarakat yang kurang pengetahuan IT untuk menyemak nama pengundi di dalam Semakan Daftar Pemilih, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Namun, pendekatannya itu ada sedikit musykil di dalam fikiran. Apa kena mengena datang membuat semakan nama pengundi dengan hadiah aiskrim sebagai balasannya?

Ada sumber mengatakan booth semakan daftar pemilih ini dipercayai digerakkan oleh PAS dengan menggunakan slogan "1Semak 1Aiskrim". Agaknya orang-orang PAS ini sudah tertanam di dalam hati mereka konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib. Dulu kutuk-kutuk. Sekarang sudah mula suka nampak dengan huruf 1? Agak-agaknya pengundi-pengundi yang menyokong PGayR akan datang tak ke booth ini untuk membuat semakan? 

Bukankah perkara aiskrim ini amat sensitif bagi mereka apabila tidak lama dahulu foto-foto seorang yang mirip sangat dengan Timbalan Presiden PGayR, Azmin Ali, telah tersebar di internet dengan kelakuan beliau yang tidak senonoh yang melibatkan "aiskrim badan". Atau juak-juak PAS ini dengan sengaja hendak perli Azmin Ali kot? Namun begitu, CTS lebih mempercayai bahawa booth ini diwujudkan oleh kumpulan penyokong Menteri Besar Khalid Ibrahim. Kitakan tahu bagaimana hubungan "akrab" yang terjalin di antara dua pemimpin ini.

February 14, 2013

16 Gambar-Gambar Gadis 19 Tahun Mati Terjatuh Dari Tingkat 6, Berjaya Times Square di Hari Valentine







Kejadian berlaku sekitar pukul 11.00 pagi tadi di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Gadis berusia 19 tahun ini dikatakan terjatuh daripada tingkat 6. Khabar-khabar angin yang mengatakan gadis berkenaan telah bergaduh dengan pasangannya sebelum kejadian, atau gadis berkenaan terjun dari Tingkat 6 bangunan berkenaan atau sama ada gadis berkenaan bunuh diri tidak perlu kita spekulasikan. Biarlah pihak polis mengadakan siasatan terhadap kes berkenaan. Takziah dirakamkan kepada keluarga mangsa. Jangan pula ada mana-mana mulut busuk juak-juak Pakatan Haram yang menuduh ini semua adalah salah UMNO dan Barisan Nasional!

4 Golongan Mahasewel Pakatan Haram Sudah Pandai Meminta Derma



Belum apa-apa dan hanya mengadakan beberapa siri ceramah kosong termasuk baru-baru ini di Pekan, Pahang, golongan Mahasiswa CGPA 2.0 yang menggelarkan diri Gerakan Mahasiswa 13 (GM13), telah mula meniru perangai buruk senior-senior mereka di dalam Pakatan Haram, dengan mengemis meminta sedekah.

Dengan ceramah yang hanya dihadiri berpuluh orang, golongan ini mula menadah tangan meminta derma dan simpati orang ramai. Bezanya, senior-senior mereka tadah tin milo dan uncang karung hijau, mereka ini 'advance' sikit buka akaun bank. Boleh percaya ke dengan budak-budak universiti yang tidak habis mengaji ni?

Minta derma guna akaun peribadi pulak tu. Bukan akaun NGO atau persatuan. Mana akauntabilitinya. Orang ramai sibuk menderma, mereka sibuk ke hulu ke hilir menabur fitnah. Sedangkan duit anak yatim Memali juak-juak PAS boleh songlap sehingga tiada kesan, inikan pula sumbangan di dalam akaun peribadi. Bawa-bawalah belajar dulu. Duit seluar dalam dan boxer pun Mak Bapa masih belikan lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.10

February 13, 2013

4 Bekas ADUN PAS Pun Terima BR1M - Zalim Sungguh Kerajaan BN!!!


Gambar di atas CTS ambil daripada "wall fanpage" laman sosial Facebook Datuk Mustapha Mohamed. Walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Kerajaan BN, namun prinsip keadilan turut tidak ditinggalkan. Ini dibuktikan dengan kehadiran Ustaz Jak atau Mohd Zaki Ibrahim iaitu bekas ADUN PAS kerusi N38 DUN Kuala Balah, Kelantan, sewaktu pemberian dan pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dua hari lepas. 

Beliau layak menerima bantuan BR1M kerana menepati syarat-syarat yang ditetapkan iaitu beliau hidup dengan pencen yang kurang daripada RM3,000 sebulan. Alhamdulillah, sememangnya rezeki datang daripada Allah, namun setidak-tidaknya berterima kasih dengan si pemberi. Kalau tidak pandai berterima kasih sekalipun, kita harapkan agar juak-juak Pakatan Haram ini sekurang-kurangnya tahu bersyukur dan tidak mengigit tangan orang yang memberi makan. Jangan tuba dibalas apabila susu disuapkan.

3 MB Selangor @Khalid_Ibrahim Bagi Angpau Kepada Wartawan - Ini Sedekah Atau Rasuah?


Cuba kalau dalam gambar di atas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak sedang mengedarkan angpau kepada wartawan-wartawan yang sedang membuat liputan di dalam majlis beliau. Pasti tidak cukup muka surat Malaysiakini, Haprakdaily dan akhbar portal sewaktu dengannya akan buat fitnah dan tohmahan. Sedangkan BR1M Nik Aziz telah memfatwakan sebagai rasuah dan haram diambil, inikan pula angpau yang diberikan di dalam sampul yang mempunyai foto Menteri Besar Selangor. Ini dikira sedekah atau rasuah?

1 Video Dari Sudut Lain - "Are You Ready For BN?" "Yesss!" Membuktikan Rancangan Jahat DAPig

video

Video yang disebarkan oleh Pakatan Haram ketika konsert Psy tempoh hari di Penang menjadi suam-suam kuku dan gagal menjadi isu nasional. Ternyata cubaan Pakatan Haram terutama DAPig untuk memburukkan BN tidak berhasil. Sebabnya Pakatan Haram hanya bergantung kepada satu rakaman video yang dibuat dari satu sudut tepi yang hanya dikelilingi oleh ramai juak-juak DAPig dan sehingga kini mereka masih gagal untuk keluarkan rakaman video lain yang dirakam dari arah timur, barat, selatan dan utara. 

Video di atas menunjukkan laungan "Yes" apabila DS Najib bertanya, "Are you ready for BN?". Ternyata lebih jelas dan disambut oleh puluhan ribu tetamu yang hadir di majlis Tahun Baru Cina di Penang berbanding kumpulan yang diletakkan (planted) oleh DAPig yang menjerit "No!". Kelebihan DAPig adalah mereka merancang dengan teratur supaya kumpulan mereka duduk di kelompok paling depan, dengan hadir ke majlis berkenaan lebih awal. Sila sebarkan video klip berkenaan yang boleh didapati di sini.

February 12, 2013

25 Ustaz Azhar Idrus Pun Potong Kek Semasa Sambut Hari Lahir - Belajar Dengan Nik Aziz Nik Mat Ke?



Biarlah gambar berbicara. Semakin banyak pertuduhanliar dan fitnah diberikan kepada UMNO oleh PAS, semakin banyak Allah dedahkan kebobrokan pemimpin-peminpin PAS. Selama ini UMNO dituduh dengan pelbagai tuduhan. Tidak Islamik. Kebaratan. Amalan mengikut jahilillah. Nah, sekarang Allah balas tunai! Dewasa ini, berlumba-lumba pemimpin-pemimpin PAS mengejar keduniaan. Semakin ramai pemimpin-pemimpin PAS hanyut dengan budaya-budaya kebaratan tanpa mereka sedari.

Gambar-gambar di atas adalah diambil daripada sambutan hari lahir Ustaz Azhar Idrus ke 49. Diadakan bersama juak-juak PAS. Kenapa memotong kek hari lahir dijadikan sebahagian daripada sambutan kelahiran oleh mereka-mereka yang mendakwa diri mengikut hukum hakam dan cara hidup Islam. Sejak bila pula memotong kek menjadi sebahagian daripada cara hidup Islam. Ini sunnah Rasulullah SAW? Ini sambutan yang diamalkan oleh para sahabat dan ulama-ulama muktabar?

Mungkin budaya yang diterapkan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang memotong kek di rumah Karpal Singh dan memberi kek kepada seorang Pastor Gereja menjadi ikutan dan sumber aspirasi buat anak-anak buahnya. Mana tohmahan yang mereka labelkan kepada Tun Dr Mahathir sebagai taghut kerana menyambut hari lahir dengan memotong kek bersama cucu-cucunya. Di atas dunia lagi Allah telah menunjukkan perilaku buruk dan cakap tidak serupa bikin juak-juak ini.

8 Isu "Urut" Di SPA - Ini Jawapan Tuan Syed, UMNO Pandan



Apabila gambar pertama di atas mula dimainkan oleh pembangkang untuk memburukkan agensi UMNO dan JASA, CTS mengambil pendekatan untuk berdiam diri dahulu sebelum mendengar jawapan sendiri oleh tuan punya badan. CTS merasa kesian dengan Tuan Syed apabila kesilapan beliau meletakkan gambar di atas di dalam laman sosial Facebooknya telah memberi impak negatif kepada beliau sebagai Panel Pemikir JASA dan juga Ketua Penerangan UMNO Pandan. Baca kenyataan beliau seperti di bawah yang CTS petik daripada sebuah laman "group discussion":


Pertama, ini adalah gambar peribadi yang beliau letak di dalam Facebook. Memang ini salah beliau kerana "cari penyakit" sendiri. Sepatutnya gambar ini tidak perlu dimuatnaik ke dalam laman sosial. Kedua, CTS tertanya-tanya apalah dosa besar beliau untuk datang ke SPA untuk "manicure"? "Manicure" adalah membersihkan dan memotong kuku serta membersihkan jari-jari tangan dan kaki. Di tempat terbuka pulak tu!

Ketiga, jika isu dipegang oleh bukan muhrim hendak dimainkan oleh pembangkang, beliau bukannya berurut badan ke badan di rumah pelacuran, beliau bukan bersetubuh dengan isteri orang seperti mana dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS. Beliau juga tidak memanggil isteri orang untuk servis mengurut seperti mana ADUN di sebelah Pantai Timur. Malah beliau bukan main dengan lelaki dan isteri kawan baik sendiri seperti Ketua Pembangkang!

Agaknya cybertroopers pembangkang amat terdesak sangat untuk mencari isu pemimpin-pemimpin BN sehinggakan isu "manicure" hendak diperbesarkan. Tuan Syed memang CTS kenal sangat. Beliau pernah kena "stroke" dan lumpuh kakinya. Sekarang hendak berjalanpun bertongkat. Cari isu lainlah kalau hendak memburukkan pemimpin UMNO. "Low class" sungguh isu korang!

14 Ramai Mencari Anak Cina DAPig Ini Yang Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Permaisuri Agung - Jangan Sampai Bertemu Dengan CTS





Di Penang Melayu tak ada kuasa, Penang milik Cina!! inilah manusia yang menunjukkan isyarat lucah pada DYMM Raja Permaisuri Agung yang dalam rangka lawatan ke Penang semalam. Inilah yang Puak PAS mahukan bukan?

Butiran Cina DAPig yang kurang ajar dengan bangsa Melayu ini adalah seperti berikut:

Nama: LEONG PEI KOE
No. Kad Pengenalan: 840718-10-5015
Umur: 29 tahun
Kerja: Quality Surveyor di sebuah kilang di Singapura
Pendidikan: Bsc Degree Building Economic and QS di Heriot Walt University Scotland, UK (2007)
Alamat: C18-18-9, Serina Bay, Sungai Pinang, Pulau Pinang.

Cerita mengenai beliau sudah tersebar di internet sejak semalam seperti berikut:
Sewaktu rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong berada di Terminal Perlepasan LTAB Bayan Lepas, seorang lelaki Cina - LEONG PEI KOE telah menunjukkan ISYARAT LUCAH kepada kenderaan DYMM RAJA PERMAISURI AGONG. ASP Mohd Fakharuddin - Pengawal Pengiring telah merapatinya utk memberikan amaran yang dia boleh ditahan di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, lelaki Cina itu mencabar menangkapnya dan berkata "di Pulau Pinang, POLIS MELAYU TIDAK ADA KUASA kerana Pulau Pinang adalah HAK MILIK CINA" sambil terus memberikan ISYARAT LUCAH!
Updated 4:00:00:

Berita penahanannya oleh pihak polis dapat dibaca di Berita Harian Online, di sini.

9 Psy Datang Malaysia Nik Aziz Suruh Tutup Aurat, Teresa Kok Tayang Betis Dalam Kawasan Masjid Boleh Pula?


Islam memang suka aktiviti kemasyarakatan masyarakat diadakan di dalam kawasan Masjid. Adab dan tata sususila Masjid hendaklah dijaga dan dihormati. Apabila orang luar seperti penyanyi Korea datang membuat persembahan di Penang, beria-ria Nik Aziz menasihatkan agar artis berkenaan menutup aurat. Namun apabila seorang pemimpin kafir harbi menyampaikan sumbangan di kawasan Masjid dengan menayangkan betis mongel, boleh pulak? Pak Lebai dekat sebelah tu tak menegur ke? Ke dia juga ingin melihat betis batang pisang Teresa Cock? Juak-juak Pakatan Haram tidak perlu bersusah payah untuk mencari gambar di atas di laman sosial Twitter pemimpin DAP di atas kerana ianya telah dibuang oleh pemiliknya.

February 11, 2013

5 RM500 Harga YB Dr Xavier "Beli" Surau-Surau Di DUN Seri Andalas


Malam ini YB Dr Xavier Jayakumar berbesar hati mencemar duli untuk hadir ke majlis penyampaian wang sebanyak RM500, CTS ulang RM500 untuk 24 surau di DUN Sri Andalas. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Xavier di atas sumbangan yang amat besar nilainya! RM500 sudah cukup membuatkan Pengerusi dan AJK masjid senyum sehingga ke telinga. RM500 sudah cukup untuk mem"beli" khariah-khariah surau. Banyak tu RM500! 

Boleh CTS tanya berapa pula sumbangan YB kepada kuil, gereja dan tokong di DUN Seri Andalas? RM500 jugak kah? Alah ... YB-YB Pakatan memang boleh membaca pemikiran orang-orang Melayu. Hanya dengan pemberian sebiji limau mandarin, CTS ulang, sebiji limau mandarin seperti yang dilakukan oleh YB Janice Lee di dalam Masjid di dalam khariahnya sudah cukup buat orang-orang Melayu tidur lena. Inikan pula sumbangan RM500!

9 Markaz PAS Bunut Payung - Ini Markaz Atau Kem Tentera?


Ini markaz PAS atau kem tentera militia Unit Anal PAS? Adakah benteng-benteng pertahanan dibina secara retorik untuk menarik perhatian ramai atau berhajat untuk melancarkan perang dengan pihak Kerajaan? Adakah juak-juak PAS ini berhasrat untuk mengikuti pergerakan Al Maunah yang pernah menimbulkan ketegangan di dalam negara suatu waktu dahulu? Umum memang mengetahui budaya keganasan sudah mula diserapkan ke dalam PAS. Mereka sendiri tidak menafikannya. Apakah ini semua persediaan untuk agenda yang lebih besar? Kita tunggu dan lihat.

4 Bagaimana @anwaribrahim Seorang Mamak Boleh Di Anugerahkan "Huguan Siou"?



Gambar di atas yang menunjukkan Anwar Ibrahim memakai selempang bertulis "Huguan Siou" dan "screen shot" daripada laman sosial Facebook Jonathan Yasin, Naib Pengerusi PGayR Sabah, menjadi bukti. Tidak cukup dengan gelaran "Anugerah Tuhan" yang diberikan oleh isterinya, Wan Azizah, yang juga diberikan gelaran "Saiyiditina Khadijah" oleh pembodek-pembodek NGO ABIM, Anwar Ibrahim semalam telah dianugerahkan dengan "Huguan Siou" oleh pembodek-pembodek beliau daripada Sabah seperti Lajim Ukin dan Thamrin Jaini, dalam lawatan Ketua Umum PGayR tersebut ke Ranau, Sabah.

Setahu CTS, gelaran "Huguan Siou" adalah gelaran tertinggi masyarakat Kadazan Sabah. Gelaran ini hanya boleh diberikan oleh The Kadazandusun Cultural Association Sabah (KDCA), sebuah badan bukan politik yang terdiri daripada 40 komuniti etnik campuran dari Sabah dan berdaftar di bawah Malaysian Society Act 1966. Persatuan ini pada masa sekarang diketuai oleh "Huguan Siou Honorable" Datuk Joseph Pairin Kitingan. 

Hanya persatuan ini sahaja yang boleh menganugerahkan dan melantik gelaran "Huguan Siou". Persoalannya di sini bagaimana anugerah untuk orang Kadazan ini diberikan kepada seorang berketurunan Mamak daripada Semenanjung? Bagaimana perlantikan ini tidak melalui persatuan yang diiktiraf? Ini merupakan satu penghinaan kepada Masyarakat Kadazan di Sabah! Apakah PGayR Sabah tidak tahu adab dan kod etika dalam memberikan sesuatu gelaran?

February 10, 2013

8 Gambar Menteri Besar Terangganu Yang Tidak Mungkin Berlaku Kepada Pemimpin Pakatan Haram



Mereka kata Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Haram semuanya zuhud-zuhud dan mesra Rakyat. Mereka tak tahu semua itu hanyalah wayang ketika PRU-13. Apa yang mereka tidak kata adalah pernahkah mereka lihat seorang MB turun ke pasar bersama isteri hanya dengan berselipar "jepun". Pernahkah mereka melihat seorang Menteri Besar memanjat atap rumah hanya untuk memasang bumbung zink? 

Dan pernahkah mereka melihat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Haram makan di belakang rumah, tempat orang sedang memasak secara kawah? Kita boleh tahu yang mana satu pemimpin yang berdrama di hadapan kamera dan kita juga kena memberi kredit kepada pemimpin-pemimpin yang berjiwa Rakyat dan dekat di hati Rakyat. Tahniah Menteri Besar Terangganu, DS Ahmad Said.

0 Ribuan Rakyat Pengkalan Chepa Menyambut Gelombang Merah - Nik Aziz Tukar Bateri Jantung Selepas Ini





Ini adalah Pengkalan Chepa, Parlimen di mana yang berjawatan MB Kelantan dan dua EXCO tinggal dan bertanding. Malam tadi malam bersejarah buat penduduk di Pengkalan Chepa. Tidak pernah berlaku sebelum ini ribuan Rakyat membanjiri himpunan Gelombang Merah. Disaat PAS membuat replika patung Datuk Mustafa Mohamed dan memukul replika patung berkenaan dengan rotan di sebelah petangnya, di sebalah malam pula ribuan Rakyat Pengkalan Chepa berhimpun menyatakan sokongan pada Tok Pa dan Tok Dali serta angkatan pemimpin seluruh Pengkalan Chepa.

Walaupun CTS lahir di Kedah dan menetap di Shah Alam, Selangor, CTS mengakui gelombang Rakyat untuk menukar Kerajaan Pakatan Haram di Kelantan jauh lebih besar daripada Kedah dan Selangor. Ramai yang mengakui gelombang untuk menukar Kerajaan kali ini sangat kuat. Ini didorong oleh tokoh Bakal Menteri Besar Kelantan yang diketengahkan iaitu Tok Pa sendiri, yang mampu membawa Kelantan ke satu arah kemajuan dan kemodenan tanpa meninggalkan nilai-nilai keIslaman dan cara hidup Rakyat Kelantan selama ini. Ini kalilah!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates