January 26, 2013

11 Panas!!! China Doll Berseluar Pendek Hiburkan @anwaribrahim Di Pengerang





Gambar-gambar ini diambil di majlis jelajah Anwar Ibrahim bersama pengikut-pengikut PAS, PGayR dan DAPig di Pengerang. Seperti biasa kalau majlis DAPig, pastinya dihidangkan dengan tarian China Doll yang seksi. Lihatlah Pak Lebai PAS sebagai Pengerusi Majlis di belakang pentas. Lihat juga kekhusyukan Anwar Ibrahim menonton persembahan berkenaan. Pastinya beliau teringat kisah lalu beraksi bersama dengan China Doll.

Apa sudah jadi dengan Pak-Pak Lebai dan makcik-makcik bertudung di dalam gambar di atas? Sejak bersekongkol dengan parti DAP, semuanya jadi halal belaka. Inilah cara DAP mentarbiah juak-juak PAS. Tidak perlu secara kekerasan. Hanya buat majlis dan panggil mereka datang makan. Hidangkan China Doll berseluar pendek. Tersembol mata dan terangkat lebai-lebai. PAS semakin hanyut!

9 Panas! Ustad Azhar "McD" Idrus Sesuka Hati Keluar Hukum UMNO Sesat Kekal Di Dalam Api Neraka


Siapa Ustad PAS PIS PUS ini yang suka-suka menghukum siapa yang layak masuk syurga neraka? Sebab isu BERSIH lahanat yang disokongnya, habis ulama-ulama muda di dalam ILMU dikafirkannya. Lagak beliau seperti ulama muktabar yang dijanjikan syurga Allah. Sudah pastikah beliau sebagai ahli syurga? Syurga Nik Aziz Nik Mat tak pastilah pulak. 

Setakat menjawab soalan yang telah disediakan terlebih dahulu, membuat hukum mengikut rasional hukum akal dan logik, ditambah dengan lawak bodohnya di saban ceramahnya, siapapun boleh. Beliau memfitnah Ustaz-Ustaz muda di ILMU dibayar RM15,000 sebulan. Benarkah dakwaan beliau atau sekadar fitnah? Beliau berceramah tu percumakah? Tak kena bayarkah? Kalau percuma tidak mungkin beliau dapat hidup mewah dengan kereta mewah dan motor besar. 

Al Hafiz, penghafal Al Quran, terjemahan dan Hadith Sahih seperti Ustaz Kazim Elias sekalipun tidak pernah menghukum sebarangan. Siapa Ustaz McD ini untuk melakukan sebaliknya? Siapa gurunya? Di mana belajarnya? Dari seorang bekas pemuzik, tiba-tiba muncul dengan jubah dan janggut panjang. Tiada siapa yang bertanyakan "curriculum vitae"nya!

Cuba lihat gambar di bawah. CTS pernah meletakkannya di laman Facebook. Kelihatan di gambar ini Ustaz Ismail Kamus sedang mendengar sambil menulis nota kuliah daripada Tuan Guru Ustaz Harun Din di sebuah masjid di Taman Kosas. Inilah manusia yang tawwadhuk, ikhlas dan merendah diri. Bukan seperti Ustaz Mc D yang rasa dirinya sempurna. 


Walaupun Ustaz Ismail Kamus sendiri sudah bertaraf ustaz yang berilmu tinggi dan sering memberi kuliah, namun dia masih mengambil ilmu, manfaat dan kelebihan dari ilmu ustaz-ustaz yang lain. Beliau tidak malu mengakui dirinya masih ada kelemahan dan kekurangan. Ustaz MacD ada buat macam ini? Sudah cukup ilmu agama di dada? Setakat belum Hafiz Al Quran, belum tentu dijanjikan syurga Ustaz McD ooi.

0 Boleh Pula MB @Khalid_Ibrahim Menggunakan Kediaman Rasmi Menteri Besar Untuk Tujuan Politik?




Malam tadi di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor telah diadakan program PGayR bertujuan untuk meraikan jentera-jentera PRU13. Kononnya mereka inilah yang akan mempertahankan TS Khalid Ibrahim di dalam PRU13 yang akan datang. CTS tidak mempersoalkan himpunan ini. Lantak pi lah hendak kumpul satu negeri Selangor sekalipun. Tapi kenapa diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar? Boleh pulak agenda politik diadakan di sini? 

Ini bukan harta TS Khalid Ibrahim yang punya. Kalau Pakatan Haram kalah di dalam PRU13, mereka terpaksa mengosongkan kediaman ini. Bukankah begitu? Kalau Menteri Besar BN melakukan sedemikian di negeri yang diperintah oleh mereka, pastinya esok akan dipaparkan di muka surat hadapan Haprakdaily dan Keldaiandaily.

January 25, 2013

1 Mari Kita Tonton Video Abby Abadi Mempersenda Ibu Bapanya Sendiri Di Pentas Ceramah


Beginikah caranya akhlak Muslimah PAS "bersenda gurau" dengan bukan muhrim di khayalak ramai?

Beginikah akhlak Muslimah PAS yang mempersendakan dan mengkecil-kecilkan ibu bapanya sendiri yang merupakan ahli UMNO di khayalak ramai? Inikah ciri-ciri Muslimah PAS?

Mungkin galak sangat agaknya ye hendak menjadi Wakil Rakyat PAS sehingga tergamak menghina ibu bapa sendiri?

9 ADUN PAS Sanglang Akui Guna AP Khas Untuk Wakil Rakyat Untuk Beli Porsche Cayman Anaknya


Geli hati apabila membaca kenyataan naif ADUN PAS Sanglang yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Perlis apabila membuat kenyataan di Haprakdaily mengenai isu pemilikan Porsche Cayman yang didaftarkan atas namanya. Alhamdulillah beliau bersifat terbuka, sama ada disedari atau tidak apabila beliau mengakui bahawa beliau telah menggunakan peruntukan Permit Import (AP) yang diberikan kepadanya sebagai Wakil Rakyat untuk membeli sebuah kereta mewah Porsche Cayman untuk anaknya. AP untuk Wakil Rakyat, kenapa anaknya yang bukan Wakil Rakyat yang mengambil kesempatan? Sungguh amat beretika!

Wajarkah anaknya sebagai seorang Ahli Perniagaan menggunakan hak bapanya sebagai Wakil Rakyat yang dilantik oleh Rakyat untuk membeli kereta mewah untuk dirinya sendiri, yang bukan dilantik oleh Rakyat? Apakah boleh CTS katakan seorang Wakil Rakyat PAS telah menyalahgunakan hak dan keistimewaan yang diberikan kepadanya untuk kepentingan kroni dan keluarganya? CTS pertikaikan ini sebab pemimpin-pemimpin Pakatan Haram setiap hari melaungkan mengenai ketelusan dan tidak salah guna kuasa dan keistimewaan. Puak-puak ni siang malam dok bantai Kerajaan pasal AP. Apabila dapat untuk diri sendiri, rembat juga. Bagi anak pulak tu!

Kedua, betulkah harga kereta tersebut hanya berjumlah RM100,000 lebih sahaja? Diskaun cukai untuk Permit Import (AP) hanyalah RM60,000 sahaja. Rujuk kembali kenyataan Rafizi Ramli yang pernah membuat ananlisa isu AP ini. Mengikut tinjauan CTS mengenai harga "recond" Porsche Cayman bagi tahun 2007 adalah sekitar RM218-RM230 rribu manakala bagi tahun 2009 adalah sekitar harga RM280-320. Selepas campur tolak darab bahagi dan selepas ditolak diskaun AP sebanyak RM60 ribu, mana datangnya harga belian Porsche Cayman yang dibeli untuk anaknya berharga RM100 ribu? Kita mengesa Ustaz Hashim Jasin untuk menunjukkan kepada Rakyat resit pembelian.

11 Pandikutty @anwaribrahim Kutuk Bapa Tun Dr Mahathir Sebagai Pencari Ular Di Kerala India


Anwar Ibrahim adalah seorang pengecut, dayus dan tiada telur. Sesudah beliau menghina bapa Tun Dr Mahathir sebagai pencari ular di Kerala, India, beliau tidak berani mengakui bahawa beliau keturunan India. Datuknya dari India. Itu fakta! Kesahihan beliau sebagai anak di dalam nikah masih menjadi tanda tanya. Komen-komen pembaca beliau seperti di atas telah dibuang! Inikah pemimpin yang diagung-agungkan oleh PGayR? Inikah prinsip keterbukaan yang beliau selalu laung-laungkan. Membuang komen di Facebook. "Block" orang di Twitter. 

Anwar Ibrahim seharusnya tidak malu untuk menjawab dari mana asal usul Datuknya. Siapa ibu kandung beliau yang sebenar. Dari mana asal usul isterinya Dr Wan Azizah. Di manakah mereka berkahwin kerana tidak mendapat restu daripada bapa Dr Wan Azizah. Apa Anwar Ibrahim ingat beliau boleh sembunyikan semua ini? Sebelum beliau ingin menghina orang lain, semak dan teliti dahulu segala kurap, sopak dan nanah di badan. Jangan suka membuka pekung di dada!

January 24, 2013

3 Karaoke Maulidul Rasul? Puak Jahanam Mana Yang Anjur Ni???


Iklan di atas CTS perolehi daripada beberapa "wall" kawan-kawan di laman sosial Facebook. Tidak pasti kesahihan dan kebenaran iklan berkenaan. Dalam Umat Islam sedang sibuk menyambut dan meraikan kedatangan Maulidul Rasul hari ini, ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Maulidul Rasul untuk mengadakan pertandingan karaoke. Amat kurang ajar! 

Adakah karaoke yang dianjurkan hanya melibatkan lagu-lagu memuji Rasul Allah SAW atau ini sebahagian program maksiat yang cuba dianjurkan dengan mengunakan nama Karaoke Maulidul Rasul! Lagi satu, nak buat program maksiat dan menghina hari Maulidul Rasul, janganlah menggunakan nama 1Malaysia. Adakah Belia 1Malaysia Kampung Beladin ini lebih kurang macam NGO SW1M yang mahu merosakkan dan menjejaskan nama baik produk 1Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib Tun Razak?

10 Nasrudin Tantawi Merendahkan Akhlak Dirinya Dengan Mengecam Kunjungan PM @NajibRazak Ke Gaza



CTS tidak hairan jikalau penutur di atas adalah Ketua Umum PGayR, Anwar Ibrahim, yang mempunyai dendam kesumat dengan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Apabila penutur di atas diambil dari seseorang yang diangkat Ustaz, maka lidah menjadi kelu. Beginikah persepsi seorang yang bergelar Ustaz terhadap orang lain. Dalam hatinya sentiasa memandang buruk dan hina terhadap orang lain. Dalam jiwanya sentiasa iri hati melihat orang lain berbuat kebaikkan sedangkan dirinya tidak berbuat apa-apa kebaikkan. 

Dalam pandangan matanya adalah pandangan buruk kepada orang lain walaupun berlaku didepan mata. Mulutnya sentiasa menghamburkan kata hina kepada orang lain walaupun orang itu melakukan kebaikkan yang nyata. Niat dihatinya sentiasa buruk terhadap orang lain walaupun orang itu ikhlas berbuat kebaikkan.Pada pandangan matanya, niatnya, hatinya, pemikirannya dan mulutnya memang tidak pernah ada terselit walau sebesar zarah terhadap kebaikkan orang lain terutama kepada orang-orang UMNO.

Apa hendak jadi dengan pemimpin-pemimpin PAS? Cuba contohi sifat dan kepimpinan Ustaz Nasharuddin Md Isa, Mantan Timbalan Presiden PAS, yang berjiwa besar dengan turut sama di dalam lawatan Perdana Menteri yang dianggap bersejarah kerana inilah lawatan pertama seorang Perdana Menteri Malaysia untuk memberi sokongan kepada Kerajaan Hamas di Gaza. Tidak terdetikkah rasa bangga dan kemanusiaan di kalangan pemimpin-pemimpin PAS ini? Inikah sifat-sifat seorang yang bergelar ustaz. Layakkah manusia seperti ini ditarafkan sebagai seorang ustaz

13 Husam Musa Kata Kota Bharu Ada Telaga Minyak! Ambo Kaya! Ambo Kaya!


Walaweh!! Husam Musa di dalam Sinar Harian (akhbar gebang yang makan dua belah, talam dua muka) dilaporkan berkata bahawa di Kota Baru dan Tumpat sudah ada telaga minyak!!! Atas darat weh!!! 
“Antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab itu Kota Bharu dan Tumpat,” ujarnya. Husam menambah, cadangan untuk melantik syarikat luar berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuarat exco semalam di Kota Darul Naim. Pada sidang medianya itu, Husam berkata, proses pelantikan syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk mengesan penemuan minyak itu akan dilakukan seberapa segera yang mungkin. (Baca juga Haprakdaily di sini)
Sebelum ini Petronas telah menjumpai telaga minyak di Miri setelah 24 tahun menjalankan eksplorasi dan cari gali. Atas kepakaran apa Husam Musa menjumpai sumber telaga minyak di dataran Tumpat dan Kota Bharu? Nujum Pak Belalang kah atau tilikan nasib?

Semua rakyat Kelantan sudah mengenali siapakah Husam Musa ini dan apakah peranannya. Sebenarnya Husam Musa dan PAS sudah terdesak. Apabila DS Najib datang ke Kelantan dan menjanjikan 7 perkara sekurang-kurangnya pembangunan untuk Rakyat Kelantan, PAS Kelantan menjadi "gelabah biawak". Sehinggakan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat mengelarkan 7 janji berkenaan sebagai rasuah politik.

Husam Musa pula tanpa segan silu telah sekali lagi mewar-warkan bahawa telaga minyak telah ditemui di dataran Kota Bharu dan Tumpat. Ianya tidak lain untuk memberikan harapan palsu kepada Rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan wajib mendesak Husam Musa untuk mendedahkan apa perkembangan projek-projek di Kelantan sebelum ini seperti berikut:

1. Projek Kambing Janpari.


2. Projek Keretapi Laju Dari Kota Bharu ke KL.


3. Projek Lebuhraya Percuma.


4. Projek Stadium Baru di Bukit Merbau, Pasir Mas.

 5. Projek Koridor Depu, Kelantan.

January 23, 2013

2 Anwar Ibrahim Menari & Berhibur Di Pesta Ponggol Lembah Pantai 3 Hari Lepas - Bukti Sakit Pinggang Beliau Yang Kronik!!!

CTS menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan Anwar Ibrahim "beraksi"  di dalam video yang dikatakan mirip wajah dan tubuhnya bersama dengan China Doll, di dalam video lucah yang disebarkan tidak lama dahulu. Mana mungkin seorang yang sakit pinggang dan mempunyai masalah "slip disc" yang kronik dapat melakukan aksi sedemikian. Lihatlah video di bawah yang dirakam oleh sahabat CTS Minaq Jinggo, di dalam Pesta Ponggol pada 20 Januari 2013. 

Lihatlah bagaimana menderita dan sengsara Anwar Ibrahim di pentas untuk menari dan berhibur. Lihatlah pengorbanan Anwar Ibrahim. Sanggup beliau menderita menari di pentas untuk menghiburkan pengundi-pengundi Lembah Pantai. Jangan suka fitnah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim adalah sebaik-baik manusia. Manusia yang dihantar oleh Tuhan (God Sent). Kalau tidak masakan ada wanita berbangsa India yang sanggup menyembah kakinya di dalam video tersebut.

January 22, 2013

3 Sebab Utama Lim Guan Eng & Betty Chew Tidak Mahu Bertanding Lagi Di Melaka





Melihatkan Himpunan Biru di Melaka malam ini, adakah Joseph Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew berani untuk bertanding di Melaka di dalam PRU13? Seseorang yang bukan kelahiran Pulau Pinang seperti Joseph Lim begitu angkuh mendabik dada tidak membenarkan penggunaan nama Pulau Pinang dan Penang tanpa kebenaran Kerajaan Negeri. Apa dia ingat Pulau Pinang bapak dia yang punya? Kalau anak jantan, baliklah ke Batu Pahat atau mana-mana DUN di Melaka untuk bertanding. Takkan seumur hidup hendak menjadi Tokong di Pulau Pinang?

Gambar-gambar di atas adalah diambil di Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru Negeri Melaka yang dihadiri lebih 30,000 rakyat yang akan disempurnakan oleh TS Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Timbalan Presiden UMNO. Kehadiran lautan rakyat malam ini menjadi manefestasi sokongan padu rakyat kpd BN pada PRU13. Agak-agak DAP atau Shamsul Kemetot masih bercita-cita untuk menawan Melaka?

10 Terkini!!! Demo PAS Di Hadapan Pejabat Karpal Singh



Kira-kira pukul 9.35 pagi tadi sekumpulan penyokong-penyokong dan ahli-ahli PAS berkumpul di hadapan pejabat guaman Karpal Singh & Co, Jalan Green Hall, Georgetown bagi membantah campurtangan Karpal Singh dalam isu Kalimah Allah. Mereka diketuai oleh Mantan Ketua DPP Pulau Pinang, Saudara Hafiz Nordin. Mereka kelihatan berarak dari perkarangan Dewan Seri Pinang ke pejabat guaman Karpal Singh sejauh 80 meter dengan membawa plakad dan banner.

5 AJK PAS Pusat, Idris Ahmad Kata "Negeri Sarawak Sekolah Dalam Reban Ayam"!


Kenyataan di atas dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad di dalam laman sosial Facebook beliau. Kenyataan kurang ajar dan tidak bertamadun ini dipetik dan disiarkan oleh Harakahdaily yang haprak. CTS tidak tahu kalau ini bukan penghinaan, apa lagi.

Idris Ahmad menulis, Negeri Pahang merempat! Idris Ahmad menulis negeri Sarawak bersekolah di dalam reban. Begitu hinakah Rakyat Sarawak sehingga sanggup melabelkan mereka bersekolah di dalam reban? Jadi tidak hairanlah apabila Rakyat Sarawak mengajar parti PAS ini dengan menolak secara besar-besaran parti PAS PIS PUS ini di dalam Pilihanraya Negeri yang lalu.

Rakyat Sarawak juga tidak lupa, sebelum ini Presiden PAS pernah menghina kaum Iban di Sarawak. Kenapalah hina sangat cawat kaum Iban di Sarawak di kacamata Presiden PAS, Haji Hadi Awang? Haji Hadi berkata orang Iban di Batang Air yang bercawat tu tak reti (sama dengan bodoh) membuang undi. 

Bukankah itu pakaian tradisi sebilangan besar suku kaum di Sabah dan Sarawak, juga masyarakat Orang Asli di Semenanjung? Kenapa begitu sekali penghinaan pemimpin-pemimpin PAS terhadap masyarakat Sarawak. CTS yakin dan pasti, Rakyat Sarawak sekali lagi akan mengajar parti PAS PIS PUS di dalam PRU13 akan datang.

January 21, 2013

13 Bukti Porsche Cayman WWF 3000 Milik Ustaz Hashim Jasin Memang Wujud!



Bukti siasatan di bawah CTS perolehi daripada laman sosial Facebook yang dimiliki oleh sahabat baik CTS, Isu Politik Semasa:
Tadi IPS saja check dalam MyEg... Untuk mengesahkan Porche Cayman WWF 3000 ini milik Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin... Ada dua saman speedtrap AES kenderaan ini selepas IPS buat carian berdasarkan no kad pengenalan: 390801095027... Ada 13 saman semuanya, termasuk 2 saman speedtrap untuk kenderaan WWF 3000, manakala kenderaan lain ialah: RD 6943 (Proton Wira). Kesemua saman berjumlah RM 1250.00... Masih belum dibayar...
Hebat Ustaz PAS ini. Kereta mahal-mahal sanggup dibeli. Saman tak mahu bayar pula dengan segera. Lagi satu, Ustaz-Ustaz PAS ni kaki lumba juga ye?

11 Pesuruhjaya PAS Perlis Pakai Porsche Cayman - Ini Mesti Kes Menabung Dari Kecil



Alhamdulillah, CTS amat gembira mendengar Wakil-Wakil Rakyat PAS yang mampu memiliki dan membeli kereta mewah. Antaranya Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga merupakan ADUN Sanglang, Ustaz Hashim Jasin yang mampu memiliki Porsche Cayman. Bukan calang-calang orang yang mampu memiliki kereta mewah ini.

Inilah amalan yang patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin UMNO iaitu pemimpin-pemimpin PAS menabung dari kecil. CTS tak pastilah jika dengan duit gaji dan elaun sebagai Wakil Rakyat di Perlis mampu untuk membayar ansuran kenderaan berkenaan. Ini belum dicampur dengan kos penyelenggaraan, insuran dan lain-lain lagi.

Buat juak-juak PAS peringkat bawahan, teruskan usaha murni anda untuk menderma di setiap kantung derma di dalam ceramah-ceramah Pakatan Haram. Semoga usaha anda akan memastikan kunci ke syurga milik anda. Biaqlah hangpa naik motor buruk asalkan pemimpin-pemimpin hangpa boleh naik kereta Porsche!

1 Bukti Bergambar Medium Media Sosial Penting Untuk Menawan Kelantan


Selama ini sesetengah pemimpin baik dari BN atau PR memandang rendah peranan yang dimainkan oleh medium media sosial untuk menentukan kemenangan sesebuah parti di dalam PRK mahupun PRU. Kata mereka, peranan yang dimainkan oleh medium media sosial seperti bloggers, facebookers dan twitterers adalah kecil berbanding penceramah-penceramah bebas.

Nah! Sekarang bukti di depan mata. Gambar di atas menceritakan segala. Sehinggakan Kakak yang menjual barangan harian di Pasar Khadijah, Kota Baru, Kelantan, turut memiliki Galaxy Tab 7.0 untuk mengikuti isu politik harian. Gambar ini diambil semperna lawatan 1 hari Perdana Menteri ke Kelantan semalam. Lain kali jangan dok pelece no peranan bloggers dan cybertroopers yang membantu kedua-dua belah pihak.

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 Listen ... Listen ... Listen ... Apabila Bawani Meminta Restu Mursyidul Am PAS ...



Sebelum ini Elizabeth Wong atau YB Eli Wong pernah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, selepas kes kontroversi gambar bogelnya. Beberapa artis selepas melakukan "taubat nasuha" turut mengunjungi Nik Aziz untuk mendapatkan pengampunan. Antaranya, Abby Abadi dan Hairie Othman.

Hari ini seorang pelajar yang terlibat di dalam isu Listen ... Listen ... Listen ... turut mengunjungi Nik Aziz Nik Mat di kediaman Menteri Besar. Tidak dapat dipastikan apakah sebab perjumpaan tersebut. Mungkin untuk meminta restu atau mengikut jejak langkah Kakak-Kakak dan Abang-Abangnya sebelum ini untuk meraih keuntungan politik. Bacalah tulisan beliau di laman sosial Twitter yang gembira bertemu "Tok Guru" yang katanya "mempunyai nilai-nilai sosialisme". Hmmm ...



CTS tidak berpihak kepada sesiapa dalam kes yang hanya melibatkan moderator, Syarifah Zohra Jabeen dan pelajar UUM ini yang juga merupakan ahli parti dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM). Kedua-duanya ada melakukan kesilapan. Namun tidak perlulah masalah peribadi kedua-dua individu berkenaan dijadikan isu sensasi negara sehinggakan Timbalan Menteri IPT saban hari meroyan di laman sosial Twitter beliau dengan isu ini dengan perli dan sindiran beliau. Banyak lagi isu negara yang perlu difikirkan. Ini bukan soal parti dan negara. Ini adalah masalah dua individu yang bermasalah!

January 20, 2013

3 Speed Trap Summon Of The Year - 789 km/j!!

Pihak PDRM disarankan agar setiap saman yang dikeluarkan kepada pesalah-pesalah had laju agar menyemak terlebih dahulu maklumat di atas notis saman tersebut agar ianya tidak menjadi olok-olok di kalangan pengguna jalanraya. CTS tidak pastilah kenderaan Toyota Hilux seperti di notis saman di atas diubahsuai sehingga boleh mencapai kelajuan sebuah Boieng 747 yang hendak berlepas.

Published with Blogger-droid v2.0.10
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates